Followers

Jumaat, 18 Mac 2011

DNA: Menghina Mahkamah Vs Agenda Konspirasi

...tangan-tangan yang menghayun buaian...

...anak-anak yang asalnya dilahirkan bersih...

Sekumpulan kecil pengikut yang berjaya dihasut oleh Gerombolan Pakatan Pembangkang mengadakan demonstrasi yang tidak mendapat sambutan.

Mereka terpaksa mengadakan demonstrasi untuk menyertai Gerakan Rakyat yang mendesak Nuar Berahim menyerahkan DNA. 

Mereka cuba menghalang Nuar Berahim supaya jangan  membantu mahkamah menegakkan keadilan.

NIBONG TEBAL, 16 Mac:Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang dengan kerjasama AMK Nibong Tebal, PAS dan DAP mengadakan demonstrasi membantah tindakan sesetengah pihak yang cuba mempolitikkan isu DNA Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketuanya, Amir Md Ghazali ketika mengetuai demonstrasi aman di perkarangan tol Jawi petang tadi, berkata, bantahan yang diadakan oleh badan bukan kerajaan atau NGO kebelakangan ini adalah didalangi oleh Umno dan Barisan Nasional (BN).
"Mereka cuba campur tangan dalam kes yang melibatkan perbicaraan mahkamah. Sepatutnya kes yang sedang dibicarakan jangan dipolitikkan semata-mata untuk kepentingan politik pihak tertentu.

Cuma bezanya mereka dihasut untuk menghhina mahkamah dengan menghalang rakyat daripada menyatakan perasaan terhadap keengganan Nuar Berahim membantu mahkamah menegakkan keadilan.

Dengan itu mereka meneruskan agenda konspirasi Nuar Berahim yang telah dilakukannya semenjak dari perbicaraan kes mahkamahnya yang pertama dahulu.

Cuma kali ini mereka tidak bertindak ganas dan liar sebagaimana biasa dan tidak juga menggunakan mesjid serta tempat orang ramai menjalankan perniagaan.

Kumpulan ini juga semakin kecil dan tidak mendatangkan banyak kesusahan. Dengan itu bermakna agenda konspirasi Nuar Berahim sudah berubah. 

Sudah tidak bersemangat, tidak berapi-api, tidak mendapat sokongan dan semakin ditolak.

Akhirnya nanti perkataan seperti konspirasi, reformasi, keadilan untuk rakyat, kerajaan rakyat , kuasa rakyat, gerakan rakyat, akan hilang dilanda tsunami kebencian rakyat.

Isu DNA adalah gerakan rakyat menghalang agenda konspirasi Nuar Berahim yang memusnahkan agama, bangsa dan negara, dan bukannya isu menghina mahkamah. 

3 ulasan:

  1. Salam Tuan Pendita,

    Anuar sudah lama menghina mahkamah dan akan terus mengajak org ramai menghina apa sahaja untuk menyelamatkan dirinya.
    18 Mac 2011 12:50 AM


    Cabang berkata...
    Salam Tuan,

    Pd saya Anuar takperlu serah DNA dia.
    Rakyat sudah percaya dia memang bersalah.
    Banyak lagi bukti lain yang meyakinkan.
    Saya rasa Anuar hanya nak politikkan masalah peribadinya saja supaya org ramai masih anggap dia pemimpin.
    18 Mac 2011 12:57 AM


    Cepu berkata...
    Anwar ni memang pelik..
    Buat kerja maksiat...kena bicara di mahkamah...
    tapi ajak orang ramai jangan percaya dia buat salah.
    Semua org dia tipu. Mahkamah dan undang2 dia permainkan.
    Anak isteri dan rakan2 pun dia bohong.
    Memang pelik.
    18 Mac 2011 1:00 AM


    Tanpa Nama berkata...
    Tuan Pendita,

    Saya setuju Anuwarlah sebenarnya yang menghina mahkamah. Sejak 1998 lagi dia jadikan kes mahkamah sebagai alat untuk dapatkan sokongan orang ramai.
    Dulu betullah dia hampir berjaya...tapi sekarang dia kantoi...sebab semua org sudah faham tipu helah karut yang dibawanya.

    Hanya org yg ada kepenpingan politik yang masih bersama Anuwar. Misalnya DAP, Nik Aziz dll.

    BalasPadam
  2. Salam Tuan Pendita,

    Kenapa Anuar Aljubri bersungguh nak jadi Menteri Kewangan semasa dalam UMNO dahulu?

    Selain songlap duit rakyat dia suka bangunan Kementerian Kewangan ketika itu di Jalan Duta, Kuala Lumpur kerana ditingkat 16 (sebelah kiri)dibanguna tersebut terdapat Penthouse siap dengan bilik tidor yang kemas, teratur dan terkawal. Cerita lanjut boleh tuan bongkarkan sendiri daripada bekas "Buruh Kasar" Kementerian Kewangan yang mengawal selia bilik tersebut.

    BalasPadam
  3. assallamualaikum...ketelusan dan keadilan akan tetap sirna , badan kehakiman teruja dengan ulah mereka dan bersedia memacu keadilannya tanpa retorik semata mata . mengadili sesuatu isu bukan kerana rasa ikhsannya tetapi jesteru ketelusan wacananya , cuma segelintir minda terusik membangkitkan kebijakan minda Tuan Yang Arif Lagi Bijaksana . Malah ada yang sanggup turun mencanangkan DNA punca segala angkaranya , sedangkan mereka teruja mengadili minda secara logiknya sahaja . Lebih malang penyokong kerajaan juga terpalit sama menyongsongkan muka konon membantu minda Tuan Yang Arif Lagi Bijaksana , sedang mereka itu terjerumus dengan wacana petualang negara yang gagah menduga dan menggali apa saja usaha untuk menghilangkan KEYAKINAN MINDA TENTANG KEADILAN BADAN KEHAKIMAN YANG MULIA . Keadilan dan dasar sering dipertelingkahkan agar penghinaan akan berterusan . Bangkit lah kalian dengan kesopanan dan kesusilaan sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan dan bukan tergugah dek sergahan minda si penjajah .

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...