Followers

Memaparkan catatan dengan label Konspirasi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Konspirasi. Papar semua catatan

Rabu, 23 Mac 2011

Konspirasi Rakyat: Menolak Politik Racist dan Islam Khawarij Berlesen Di Malaysia


Amat malang bagi negara Malaysia yang sedang membangun tetapi terpaksa menghadapi ancaman dalaman yang sangat berat.

Negara bangsa yang dibina di atas kebijaksanaan Rakyat dan Pemimpin, telah mampu mencipta kejayaan hanya dalam tempoh tidak sampai 50 tahun. Kini diancam oleh puak-puak racist dan penganut fahaman Khawarij Islam dalam politik tanahair.

Rakyat dan Kerajaan telah berupaya meletakkan negara dalam peta negara-negara membangun yang berjaya dalam pelbagai bidang. Berupaya menguruskan kepelbagaian penduduk yang berbagai kefahaman agama, budaya dan bahasa, sehinggalah kepada pencapaian cemerlang dalam bidang pembangunan infrastruktur, kebajikan sosial, kesihatan, pendidikan, alam sekitar dan sebagainya.

Paling unik ialah mencapai kedamaian hidup bertoleransi di kalangan rakyat walaupun mereka berbeza agama, bahasa pertuturan, adat resam, makanan dan budaya hidup seharian. Keunikan yang akhirnya membentuk satu identiti tersendiri bagi rakyat Malaysia yang dikagumi oleh dunia antarabangsa.

Perasaan perkauman yang berasaskan bangsa atau agama tiada lagi dalam pemikiran dan kehidupan rakyat. Kasih sayang dan toleransi dapat ditanam dan disububurkan  secara natural tanpa paksaan. Sikap saling menghormati menjadi tanggungjawab setiap warganegara sehingga terciptanya satu bentuk masyarakat saling menyayangi yang merentasi setiap perbezaan yang wujud.

Rakyat hidup bersama dan berkongsi khazanah negara. Memajukan diri dan keluarga dengan bantuan infrastruktur dan kemudahan gunasama yang disedia dan dibangunkan untuk semua. Persefahaman tercetus akibat kesedaran yang tingii terhadap nilai perpaduan, toleransi dan persepakatan yang tulen.


Seluruh Rakyat Malaysia berjaya melaksanakan cita-cita untuk hidup bersama dan mereka membentuk kerajaan yang bertanggungjawab, amanah dan gigih melaksanakan mandat yang diberi. Anak kunci kejayaan ini adalah perpaduan antara kaum, agama dan budaya Rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, kedamaian dan kesejahteraan yang berkekalan.



Bagaimanapun, sistem demokrasi yang kita amalkan tidak selalunya memberi kesan yang positif sepanjang masa.


Setelah menikmati kehidupan yang selesa dan berkembang maju selama lebih 50 tahun, kini segala-galanya hampir berubah. Jika berlaku kesilapan, akan melenyapkan apa sahaja yang telah dibina selama ini.


Rakyat, secara demokrasi telah berjaya membentuk kerajaan yang terbaik untuk mereka. Dan rakyatlah juga yang akan menjadi mangsa demokrasi yang sedang diruntuhkan.


Jika ini berlaku, siapakah yang bertanggungjawab memusnahkannya?


Jawapannya ialah parti-parti pembangkang.


DAP sentiasa menghasut sentimen perkauman di kalangan kaum China supaya sentiasa berasa tidak puashati, berasa tidak diberi keadilan, berasa sering ditekan, berasa disekat dan dihalang. Manakala di kalangan kaum India disemarakkan supaya sentiasa berasa dianaktirikan, berasa dipinggirkan dan berasa tidak dipedulikan.



PKR ditubuhkan untuk memperjuangkan Nuar Berahim yang jelas memiliki sifat-sifat hina dan keji dari sudut sebagai seorang pemimpin masyarakat. Mahkamah pernah memenjarakannya kerana mengamalkan rasuah, salahguna kuasa dan perilaku liwat. Nuar berahim mengamuk seperti orang yang tidak sedarkan diri untuk melepaskan geram, dendam kesumat dan kegilaannya untuk menguasai pemerintahan. Mencipta fitnah yang berterusan, mengapi2kan permusuhan kaum dan agama, meniupkan rasa benci, marah dan kekeliruan di kalangan rakyat.




PAS pula terang-terangan mengamalkan sifat-sifat Khawarij yang telah terpesong dari ajaran Islam yang sebenar yang dibawakan oleh Rasulullah. Mereka juga mengamalkan asobiah yang melampau sehingga setiap apa yang diperkatakan atau tindakan yang diambil oleh pemimpin mereka dipertahankan. Tragedi Memali adalah contoh tindakan Khawarij Pas di negara ini. Diikuti dengan peristiwa al-Maunah, sembahyang dua imam, tidak sah nikah oleh jurunikah UMNO, pulau- memulau dalam masyarakat serta menuduh pihak lain sebagai kafir.



Kini, DAP, PAS dan PKR telah bekerjasama dengan menggaulkan kemahiran parti masing-masing untuk berusaha memecahbelahkan perpaduan rakyat. Mereka menggunakan persatuan-persatuan, badan NGO, pertubuhan profesional, pelajar IPT, rumah ibadat serta mendapatkan sokongan dari luar negara.


Mereka cuba membina sokongan dengan mencerca kerajaan. Mereka mengumpulkan kuasa melalui kebencian. Mereka membangunkan keyakinan dengan kepalsuan dan idea-idea fantasi yang penuh retorik.


Kumpulan parti politik racist China DAP yang dibantu oleh puak Khawarij Islam Pas serta kegilaan nafsu Bapak Konspirator Nuar Berahim PKR, memegang lesen untuk memusnahkan rakyat dan negara.


Manakala Rakyat yang pernah bersatu selama lebih 50 tahun, akan terus bersatu menjadi benteng yang kukuh menghalang kumpulan anti nasional yang tidak diperlukan ini.




Jumaat, 18 Mac 2011

DNA: Menghina Mahkamah Vs Agenda Konspirasi

...tangan-tangan yang menghayun buaian...

...anak-anak yang asalnya dilahirkan bersih...

Sekumpulan kecil pengikut yang berjaya dihasut oleh Gerombolan Pakatan Pembangkang mengadakan demonstrasi yang tidak mendapat sambutan.

Mereka terpaksa mengadakan demonstrasi untuk menyertai Gerakan Rakyat yang mendesak Nuar Berahim menyerahkan DNA. 

Mereka cuba menghalang Nuar Berahim supaya jangan  membantu mahkamah menegakkan keadilan.

NIBONG TEBAL, 16 Mac:Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang dengan kerjasama AMK Nibong Tebal, PAS dan DAP mengadakan demonstrasi membantah tindakan sesetengah pihak yang cuba mempolitikkan isu DNA Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketuanya, Amir Md Ghazali ketika mengetuai demonstrasi aman di perkarangan tol Jawi petang tadi, berkata, bantahan yang diadakan oleh badan bukan kerajaan atau NGO kebelakangan ini adalah didalangi oleh Umno dan Barisan Nasional (BN).
"Mereka cuba campur tangan dalam kes yang melibatkan perbicaraan mahkamah. Sepatutnya kes yang sedang dibicarakan jangan dipolitikkan semata-mata untuk kepentingan politik pihak tertentu.

Cuma bezanya mereka dihasut untuk menghhina mahkamah dengan menghalang rakyat daripada menyatakan perasaan terhadap keengganan Nuar Berahim membantu mahkamah menegakkan keadilan.

Dengan itu mereka meneruskan agenda konspirasi Nuar Berahim yang telah dilakukannya semenjak dari perbicaraan kes mahkamahnya yang pertama dahulu.

Cuma kali ini mereka tidak bertindak ganas dan liar sebagaimana biasa dan tidak juga menggunakan mesjid serta tempat orang ramai menjalankan perniagaan.

Kumpulan ini juga semakin kecil dan tidak mendatangkan banyak kesusahan. Dengan itu bermakna agenda konspirasi Nuar Berahim sudah berubah. 

Sudah tidak bersemangat, tidak berapi-api, tidak mendapat sokongan dan semakin ditolak.

Akhirnya nanti perkataan seperti konspirasi, reformasi, keadilan untuk rakyat, kerajaan rakyat , kuasa rakyat, gerakan rakyat, akan hilang dilanda tsunami kebencian rakyat.

Isu DNA adalah gerakan rakyat menghalang agenda konspirasi Nuar Berahim yang memusnahkan agama, bangsa dan negara, dan bukannya isu menghina mahkamah. 

Rabu, 16 Mac 2011

Konspirasi Sudah Layu: Pas Hidupkan Semula Sebagai Perang Jihad Fisabilillah

...Parti Melayu Pas hanya pentingkan Islam politik  ciptaannya
...tidak utamakan pembangunan, kemajuan dan kesejahteraan rakyat
"Undi didahulukan - Islam Tak diutamakan"

Ustaz Politik Haji Hadi Awang, yang juga Ketua Kaum parti itu, memberi jaminan akan menyertai kempen "Datuk Najib Altantuya" yang akan dilancarkan oleh Parti Nuar Berahim PKR.

Agenda konspirasi Nuar Berahim ini nampaknya masih berterusan. Parti DAP terus membekalkan peguam untuk beraksi di mahkamah dan kini Parti Melayu Pas membekalkan tentera jihad fisbilillah untuk beraksi dijalanraya.

Ustaz Politik Haji Hadi nampaknya sudah melupakan ayat Allah yang dijaja dalam blognya sendiri. 

Larangan Allah duduk bersama orang jahat - Surah al-An'am ayat 68-69

Ditulis oleh Presiden Pas
Isnin 19 Julai 2010 15:07

ALLAH berfirman yang bermaksud,“Dan jika engkau dilupakan oleh syaitan.” (Surah al-AnĂ­am: 68) Ertinya jika syaitan menyebabkan kamu lupa untuk menghindarkan diri daripada majlis seumpama itu, kamu dimaafkan kerana sebab lupa. Bagaimanapun Allah berfirman yang bermaksud, “Maka jangan kamu duduk selepas ingat semula bersama kaum yang zalim itu.” (Surah al- An’am: 68)


Selepas kamu ingat akan amaran Allah, maka berkewajipan kepada kamu menghindarkan diri daripada majlis tersebut melainkan mereka tidak lagi bercakap menghina Islam, menghina hukum Allah SWT dan menghina Nabi s.a.w.



Kemenangan UMNO- Barisan Nasional dalam PRK Manik Urai, Galas, Tenang, Merlimau dan Kerdau  sangat memeranjatkan PAS-Gerombolan Pakatan Pembangkang. Jelaslah bahawa kasih sayang rakyat kepada UMNO-BN sukar dihakis dengan tipudaya pembohongan dan fitnah yang tidak bertamadun.

Mesej dari kajadian politim di bumi Allah ini sekurang-kurangnya membawa maksud kemusnahan dan hancur berkecai angan-angan dan fantasi Gerombolan Pakatan Pembangkang menjahanamkan rakyat dan negara dari Putrajaya.

Bagaimanapun Pakar-pakar dan strategist konspirasi tidak berputus asa. Mereka dengan cepat menyalahkan perkara lain dan mengenepikan realiti dan kenyataan yang perlu mereka hadapi. Gelagat dan cara pemikiran sebegini tidak menyebabkan UMNO-BN berasa bimbang sebaliknya membantu BN untuk terus mara.

Faktor yang paling menyakitkan hati Parti Melayu Pas ialah pertambahan mendadak sokongan umat Islam terhadap UMNO-BN di samping penolakan kaum China terhadap politik tidak menentu Pas. Semakin kerap Pas menukar matlamat perjuangan parti itu, semakin hilang keyakinan kaum China.

Setelah gagal memperalatkan agama Islam dengan berbagai cara, gagal juga dalam eksperimen memujuk bangsa Melayu dengan berpura-pura berjuang sebagai nasionalist, kini Pas berasa benar-benar terdesak dan kehilangan arah untuk meneruskan jangka hayat politiknya.

Atas pertimbangan itulah Presiden Parti Melayu Pas mengumumkan persetujuan parti itu untuk menyertai Agenda Konspirasi dengan membantu berkempen "Datuk Najib Altantuya" ke seluruh negara bersama parti perosak ummah, PKR.

Ustaz Hadi tahu kempen yang bakal disertainya itu hanyalah Mainan Fitnah dan Agenda Konspirasi Nuar Berahim semata-mata. Kaedah ini bukan sahaja bertentangan dengan amalan politik demokrasi dan etika sosial kemasyarakatan, malah bertentangan dengan ajaran agama Islam yang dijadikan alat oleh Parti Melayu Pas.

Hilangnya asas-asas Islam dari pegangan Ustaz Politik Haji Hadi adalah semata-mata didorong oleh kegelisahan dan ketakutan akibat dari kehilangan undi yang berterusan. Maka para penyokong perlu diikat dan ditambat dengan lebih kemas dengan cara membawa mereka menyertai Kempen Agenda Konspirasi yang akan didendangkan oleh Nuar Berahim.

Pas berasa hampa kerana gagal menumpang undi yang sepatutnya dibekalkan oleh China DAP. Maka dengan itu Agenda Konspirasi Nuar Berahim adalah yang paling sesuai digunakan dalam situasi sekarang walaupun hanya untuk mengekalkan pengikutnya sahaja. 

Jelaslah Parti Melayu Pas sudah tidak mempunyai kekuatan sendiri dan terpaksa menumpang taktik PKR walaupun mereka sedar sangat bertentangan dengan ajaran Islam dan anti nasional.


Komen Pendita:

Selepas tsunami kecil yang lepas, Pas dan Gerombolan Pakatan Pembangkang kini sebenarnya bukan menghadapi UMNO-BN sahaja sebagai pihak yang perlu mereka tangani  di atas pentas politik. Mereka sedang menghadapi tsunami yang lebih besar dan lebih sukar.

Rekod Peratusan keluar mengundi yang meningkat di Merlimau dan Kerdau menunjukkan tiga perkara. 

Pertama kesedaran rakyat untuk keluar mengundi bagi membantu kemenangan UMNO-BN dan menyekat kerusnahan dan kerosakan yang dibawa oleh Gerombolan Pakatan Pembangkang. Kesedaran ini bukan konspirasi tetapi peningkatan kesedaran demokrasi dan solidariti dalam jiwa rakyat. Juga merupakan satu amaran massa terhadap pembangkang yang anti nasional dan memperalatkan agama.

Kedua, membuktikan telah wujud jaringan, rangkaian dan kecekapan jentera parti UMNO-BN menjalankan tugas dan peranan mereka. Ini juga bukan satu konspirasi tetapi kematangan dan kesetiaan nilai perjuangan yang tulen untuk mempertahankan ancaman terhadap agama, bangsa dan tanahair. 

Ketiga, UMNO-BN dengan agenda pembangunannya yang menyeluruh dan holistik, lebih meyakinkan rakyat untuk bersama kerajaan berbanding Parti Melayu Pas yang retorik, Parti China DAP yang caunisit-racist dan PKR yang berjuang untuk Nuar Berahim.

Parti Melayu Pas sedang berhadapan dengan malapetaka sebagaimana tsunami dan gempa bumi yang melanda jepun baru-baru ini.

Tetapi mampukah Parti Melayu Pas menghalang malapetaka ini dengan cara menyertai Agenda Konspirasi yang tidak bermaruah ciptaan Nuar Berahim itu?

Nampaknya Pas akan kehilangan semakin ramai ahli dan pengikut setia yang berjaya dijumudkan pemikiran mereka selama ini. Konspirasi Nuar Berahim yang sudah layu, diberi nafas jihad fisabilillah oleh ustaz Politik Haji Hadi Awang.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...