Followers

Selasa, 12 Julai 2011

PAS Semakin Gagal Menjadikan Penyokongnya Sebagai Lembu-Lembu Politik



Ustaz Politik Hadi Awang terus menghasut penyokongnya supaya mengekalkan perasaan benci kepada UMNO-BN.
Tanpa berterima kaish kepada Kerajaan kerana PDRM membebaskannya tanpa sebarang pertuduhan susulan, beliau terus mengajak penyokongnya terus melakukan tunjuk perasaan untuk menumbangkan Kerajaan Pilihan Rakyat yang ada sekarang ini.
KUALA TERENGGANU, 12 Julai: “Kita mahu demokrasi yang mencerdikkan rakyat dan bukan demokrasi yang membodohkan rakyat,” kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Sehubungan itu, jelasnya, himpunan yang dianjurkan oleh Bersih 2.0 diatur oleh pertubahan bukan kerajaan di kalangan Islam dan bukan Islam.
Menurutnya, mereka bukan parti politik dan tidak terlibat dengan pilihan raya. (Sumber: harakahdaily)
Pandangan Pendita:
  1. Hadi Awang tidak beramal dengan ajaran Islam apabila gagal menerangkan kepada para pengikutnya bahawa PDRM telah melakukan tugas yang terbaik dalam menghadapi para perusuh pertubuhan haram sepanjang demonstrasi haram yang lalu. 
  2. Hadi Awang cuba membodohkan pengikutnya dengan membuat tafsiran bahawa menunjuk perasaan, merusuh, berhimpun secara haram, menyertai pertubuhan haram, untuk menentang kerajaan yang sah adalah kaedah demokrasi untuk menjadikan rakyat menjadi lebih "cerdik".
  3. Berpegang kepada fahaman politik khawarij-komunisme, Hadi Awang cuba meneruskan kaedah indoktrinasi ke dalam minda penyokongnya bahawa kejayaan kerajaan selama ini dianggap tidak demokrasi, tetapi menentang kerajaan dengan mengadakan perhimpunan haram yang ganas dan anti nasional itu adalah amalan demokrasi. 
  4. Haji Hadi terus berdusta mengatakan sistem pilihanraya di negara ini kotor dan tidak demokratik sedangkan kemenangan gerombolan pembangkang di 5 buah negeri tidak dipertikaian dan tidak pula menuduh SPR sebagai agen UMNO-BN. Rakyat tahu PAS memenangi Kelantan dan Kedah, PKR di Selangor dan DAP di Pulau Pinang serta seluruh bandar yang majoriti kaum China. 
  5. Kerajaan Pilihan Rakyat sekarang belum mencapai taraf Kerajaan Allah. Oleh itu rusuhan, tunjuk perasaan dan keganasan di jalanraya beramai-ramai perlu diadakan untuk membetulkannya.
  6. Ustaz Hadi Awang yang mempamerkan dirinya sebagai beragama islam tetapi tidak takut berbohong dengan mendakwa rusuhan haram itu adalah gerakan NGO sedangkan seluruh rakyat tahu bahawa  yang ditangkap oleh polis termasuklah dirinya sendiri, Mat Sabu, Mahfuz Omar dan Salahudin Ayob 
  7. Haji Hadi hanya mengajak orang Melayu dan umat Islam sahaja melakukan rusuhan haram menentang kerajaan sedangkan tidak berjaya mengajak kaum lain bersamanya kecuali beberapa perusuh yang sengaja turut serta untuk mengapi-apikan umat Islam meneruskan pemberontakan haram. Hakikatnya hanya umat Islam dari keturunan Melayu yang berjaya diindoktrin oleh PAS ke arah fahaman Khawarij-Komunisme.
  8. Cuba menutup kejahatan akhbar Harakah yang dijadikan media menghasut fikiran orang ramai membenci pihak lain terutama UMNO dan menuduh media lain tidak memberi liputan segala jasa dan bakti PAS kepada rakyat.
  9. Cuba memesongkan fikiran penyokong Pas bahawa para perusuh gerakan haram yang melanggar arahan polis bukan bermakna menentang pihak agensi keselamatan negara, tetapi menentang Polis UMNO.
  10. Haji Hadi cuba menutup hakikat sebenar bahawa beliau adalah pemimpin dari kalangan umat Islam keturunan Melayu yang sudah berjaya dipengaruhi oleh fahaman politik pembangkang yang berteraskan liberalisme, sosialisme ekstrem, komunisme ganas dan assobiah cauvinistik melampau yang dianjurkan oleh China DAP dan Nuar Berahim.
PAS didapati semakin gagal dalam usahanya menjadikan para penyokong dan ahli-ahli partinya supaya terus menjadi lembu-lembu politik China DAP.

Majoriti Rakyat Malaysia juga mempunyai hak untuk mempertahankan Kerajaan Pilihan Rakyat yang telah banyak membina kajayaan untuk negara dan seluruh rakyat pelbagai kaum dan agama.

Hak Rakyat dan Kuasa Rakyat selama ini telah berjaya menegakkan amalan demokrasi sehingga mendorong kejayaan negara dan membela kehidupan rakyat keseluruhannya.

Hadi Awang Gagal Bebaskan Diri dari cengkaman Nuar Berahim

  




6 ulasan:

  1. Kami tuntut demokrasi berkebajikan iaitu
    1 Kebebasan berdemo pada hujung minggu di pusat
    badar KL tanpa perlu permit dari polis
    2 Wang ihfak tak kurang dari RM200 untuk peserta
    demo
    3 Penginapan disediakan untuk peserta yang datang
    dari luar KL
    4 Buffet percuma sepanjang Jalan TAR selepas
    selesai demo
    5 Kebebasan memfitnah dan memburuk2kan kerajaan
    tanpa boleh didakwa di bawah Akta Hasutan, ISA
    atau apa2 saja akta yang wujud dalam undang.

    -hotel california-

    BalasPadam
  2. 6. Kalau kami mengamuk memecahkan apa sahaja kerana nak tunjuk perasaan..jangan halang kami
    7. Ganti semula pakaian kami yang basah kerana ditembak dengan air.
    8. Pastikan mata kami tidak pedih oleh bom asap
    9. Beri kami makanan yang baik dan enak jika kami ditahan.
    10. Hantar kami sampai kerumah apabila dibebaskan dari tahanan.

    BalasPadam
  3. hadi menunjukkan kebodohan sendiri.ALLAH MAHA MENGETAHUI,ALAH MAHA MENGETAHUI APA YANG DIA MAHU.JANGAN DILANGGAR HUKUM ALLAH.KELAK TERKENA DIRI SENDIRI.

    TAPI KERANA TAKSUB PADA JUBAH DAN JWATAN DIA LUPA AKAN ALLAH YANG MAHA KAYA DAN MAHA BESAR..

    TANDA TANDA KEJATUHAN PAS YANG MEMALUKAN TELAH BERMULA.INSYAALLAH PADA PRU AKAN DATANG ALLAH AKAN MENUNJUKAN SIAPA BENAR DAN SIAPA SALAH.ALLAHUAKBAR.

    BalasPadam
  4. heran mengapa majlis fatwa kebangsaan dan kerajaan tidak memerangi fatwa2 politik pas yang terang2 melanggar hukum Allah dan menghina agama Islam..dan jugak heran mengapa ulamak2 tersohor yang berada dlam Pas boleh membenarkan fatwa2 mengarut sedemikian menular di kalangan pengikut jumud lagi taksub pas...heran mengapa orang-orang Melayu terpelajar tidak mampu menjadi jauhari yang mengenal manikam sedangkan jelas fatwa2 dan ajaran2 politik songsang Pas jelas sesatkan aqidah dan iman orang2 Islam

    BalasPadam
  5. seburuk2 UMNO, buruk dan jahat lagi PAS..antara fatwa yang meragukan...
    1. Haram memakan sembelihan org2 UMNO
    2. Sembahyang 2 imam kerana tidak sah sembahyang berimamkan orang UMNO
    3. Tidak digalakkan ahlinya pergi ke kenduri orang2 UMNO
    4. Dibolehkan bekerjasama dengan puak2 syaitan
    5. Baiah terhadap ahli PAS jika mereka kuar parti atau melompat parti..hendaklah menceraikan isteri2 mereka..
    6. Islam menghalalkan demonstrasi dan memerangi kerajaan sekarang dan Ulul Amri adalah wajib dan sesiapa meninggal dunia dikira syahid..
    7. Terlalu percayakan dan membiarkan pemimpin bukan Islam menggunakan dan memperalatkan ayat suci Al-Quran dan Hadis dlam ceramah politik parti pembangkang kerana alasan yang yang diberi mereka ini sudah berminat dengan Islam dan pasti menganut Islam!!


    Selain itu ceramah2 PAS tidak lengkap jika tiada unsur cacian dan fitnah , PAS juga gagal menunaikan banyak janjinya pada rakyat bila memenangi pilihanraya..
    Apabila dikatakan parti itu adalah pilihan Allah dan sangat sinonim dengan Islam, maka PAS tidak boleh membuat kesilapan kerana segala kesilapan dan kerosakan yang berlaku akan mencalitkan imej yang buruk kepada Islam itu sendiri...bukan kepada to guru Nik Aziz (yang sememangnya ustaz politik totok yang kurang ilmunya) dan pemimpin bertopengkan agama spt hadi, mahfuz, mat sabu, husam,atau ulamak teromaph spt harun taib dan lain2. Ingat Islam adalah agama yang sempurna dan tiada cacat celanya...
    Bila to guru menipu dan melakukan kezaliman dan memecahbelahkan ummah..maka dia berdosa...dan mereka ini MEMANG KAKI PENIPU DAN BERSIFAT DAJJAL!!!

    BalasPadam
  6. "Amanat Haji Hadi"KAFIR- senjata makan Tuan.semakin hari mereka semakin meroyan.muhasabah lah kembali kejalan Illahi semoga Umat Islam semua selamat,Insyaalah,

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...