Followers

Rabu, 15 Disember 2010

Pas Semakin Mengelabah Menghadapi Penolakan Rakyat

http://idrisahmad.wordpress.com/2010/12/12/najib-gelabah-menghadapi-kebangkitan-rakyat/

PAS Semakin Gelabah Menghadapi Penolakan Rakyat

Parti Islam Semalaysia (Pas) melalui ustaz Idris Ahmad, Ketua Penerangannya, kelihatan begitu gelabah dan resah menghadapi gelombang penolakan rakyat. Serangan demi serangan kepada UMNO-BN melalui media Pakatan Rakyat khususnya Harakah ditingkatkan dengan meminta rakyat terus memberi sokongan kepada Gerombolan Pakatan Pembangkang dan terus membenci Barisan Nasional untuk PRU 13.

Pas dengan gigih memaksa rakyat supaya memejamkan mata jangan melihat kebaikan dan jasa bakti yang telah diusahakan oleh UMNO-BN selama selama 53 tahun memerintah dengan jayanya. Apatah lagi pada ketika ini BN di bawah kepimpinan Najib yang sudah mendapat sokongan majoriti dan penolakan terhadap Gerombolan Pakatan Pembangkang pula semakin ketara.


Rakyat telah mula membuat perbandingan antara negeri yang diperintah oleh Gerombolan Pakatan Pembangkang yang tidak mampu meningkatkan hasil dalam negeri tetapi banyak memberi tumpuan perbelanjaan ke arah mengukuhkan politik masing-masing.  Manakala UMNO-BN terus meningkatkan usaha membaiki kebajikan rakyat melalui pelbagai program yang teratur dan berterusan.

Rakyat mula memikirkan apa yang mereka dapat di negeri yang diperintah oleh Gerombolan Pembangkang selain dari apa yang telah disediakan oleh UMNO-BN sebelum ini. Walaupun berlaku kenaikan 5 sen harga petrol dan barangan lain, tetapi rakyat telah memahami rasional di sebalik kenaikan tersebut dan menolak dakyat hasutan pembangkang. Kenaikan tarif air yang mendadak di Pulau Pinang dan Kedah cuba ditutup dengan demonstrasi tarif air di Selangor.


Tektik serangan oleh Gerombolan Pakatan Pembangkang terhadap UMNO-BN adalah untuk melindungi masalah dalaman Pakatan yang begitu parah. Mereka gagal mencapai hajat penyatuan di kalangan mereka sehinggakan PAS terpaksa menggugurkan cita-cita mendirikan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud. Pas dan PKR juga terpaksa berjanji akan menolong DAP membunuh kuasa politik orang-orang Melayu dengan memutarbelitkan konsep Ketuanan Melayu yang sudah digunapakai selama ini.

Karpal Singh pula sentiasa membaharui sumpahnya tidak akan merelakan PAS membangkitkan cita-cita Islam parti itu dalam sebarang perjumpaan dan mesyuarat permuafakatan mereka. DAP pula terus mara ke hadapam mempermainkan dan memperbodohkan pengikut PAS yang sanggup melacurkan agama Islam semata-mata untuk membantu DAP membunuh UMNO dan kuasa politik Melayu-Bumiputera. Pas benarkan mesjid dan surau dijadikan gelanggang politik untuk DAP.

Pas dan Gerombolan Pakatan Pembangkang semakin gelabah apabila Datuk Seri Najib berjaya mengekang pembohongan dan dakyah palsu mereka. Kini rakyat telah celik maklumat hasil daripada dasar pendidikan kerajaan UMNO-BN selama ini dan dengan itu menyekat pembohongan Gerombolan Pembangkang yang semakin dibenci.

Perjuangan UMNO-BN dengan dasar yang jitu telah mengangkat maruah dan martabat anak-anak generasi muda kita ketahap yang serasi untuk bersaing di pentas global. Termasuklah jasa bakti kepada anak-anak Felda yang telah berjaya keluar dari paras kemiskinan.

Pas dan Gerombolan Pakatan Pembangkang akan mencari idea dan fatwa bersama untuk mengajak rakyat mempercayai tuduhan dan fitnah mereka walaupun sudah menjadi semakin sukar. Anak muda masa kini tidak boleh lagi ditipu dengan ceramah kosong berapi-api tetapi mereka mengkaji dan melihat sendiri bukti yang telah dibuat oleh UMNO-BN selama ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...