Followers

Jumaat, 17 Disember 2010

Kegiatan Anti Nasional Semakin Menjadi-jadi


Kegiatan Anti Nasional Semakin Menjadi-jadi di Malaysia

Rakyat pelbagai kaum dan kepercayaan agama negara ini bertuah kerana dapat hidup selesa, selamat dan menikmati kemakmuran sejak sekian lama.

Kebijaksanaan dan keikhlasan UMNO-BN yang menerajui pemerintahan negara sejak merdeka telah dapat  menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat dengan jayanya. Negara terus melangkah maju mengikut arus semasa di persada global.

Bagaimanapun ranjau-ranjau cabaran dan ujian yang dihadapi oleh UMNO-BN amatlah mencabar. Tetapi dengan sokongan rakyat pelbagai kaum dan agama, semuanya dapat ditangani dan kehidupan rakyat dapat dipelihara dan dipertahankan.

Ancaman-ancaman anti nasional ini bermula dengan ancaman pengkhianat komunis yang ingin mengambil tampuk pemerintahan negara semenjak sebelum merdeka lagi. Komunis menghasut rakyat dengan menyuburkan kebencian terhadap pemerintah. Melakukan pembunuhan, kekejaman dan ancaman untuk menakutkan rakyat.

Rakyat pelbagai kaum dan agama berdiri teguh bersama kerajaan menghapuskan malapetaka yang dilakukan oleh Komunis walaupun fahamannya tidak dapat dihapuskan sama sekali.

Rakyat dan kerajaan juga berjaya membendung ancaman konfrontasi Indonesia yang dipelopori oleh agen-agen komunis Indonesia untuk menghancurkan gagasan pembentukan Persekutuan Malaysia. Kemasukan Singapura, Sabah dan Sarawak menimbulkan ketegangan serantau tetapi dapat ditangani secara diplomasi. Bagaimanapun Singapura berjaya memerdekakan dirinya untuk kaum China menguasai sepenuhnya pulau itu.

Peristiwa 13 Mei 1969 juga adalah angkara kegiatan agen-agen anti nasional dengan menggunakan pentas politik  dalam gelanggang pilihanraya. Negara sekali lagi menjadi huru-hara dan kehidupan rakyat terganggu. Bagaimanapun kerajaan UMNO-BN dapat memulihkan keadaan dengan sokongan rakyat berbilang kaum dan agama. Negara dan rakyat terus dipimpin mencipta kejayaan demi kejayaan.

Selebihnya berlaku peristiwa Memali dan al-Maunah yang disokong dan dipertahankan oleh parti pembangkang terutama parti Pas. Hasutan kebencian melampau yang bukan datangnya dari ajaran agama Islam ditingkatkan dalam majlis ilmu dan ceramah agama mereka. Akibatnya ada yang terpengaruh dan berlakulah peritiwa berdarah itu.

Elemen anti nasional dan subversif ini memang wujud dan sentiasa mencari peluang untuk aktif semula.

Kini, Pakatan Pembangkang telah muncul sebagai gerakan anti nasional dengan bermuafakat sebagai satu gerombolan untuk meruntuhkan Perlembagaan Persekutuan yang selama ini melindungi rakyat pelbagai kaum dan agama hidup dalam sejahtera.

DAP meneruskan cita-cita Malaysian Malaysia yang akan meletakkan dominasi kaum China sepenuhnya di negara ini. Mereka membangkitkan dan sengaja menyerang perkara-perkara yang telah disepakati sejak sekian lama untuk menimbulkan rasa tidak puas kaum China dengan tujuan melemahkan sokongan kepada BN. 

PAS yang tidak konsisten dalam perjuangannya juga melakukan tindakan-tindakan anti nasional dengan membelakangkan Perlembagaan Persekutuan. Mereka menyerang bangsa Melayu, hak istimewa orang Melayu, kedaulatan Raja-raja Melayu yang pada tafsiran mereka tidak ada dalam ajaran Islam.  Mereka menolak Perlembagaan Persekutuan dan menyifatkannya sebagai perlembagaan toghut dan perlu digantikan dengan al-quran sebagai perlembagaan negara. Pas gagal mempamerkan dirinya mewakili Islam tetapi lebih menyerlah sebagai agen anti nasional di bawah bimbingan DAP dan Anwar Ibrahim.

PKR juga amat berjaya memainkan peranan anti nasional dengan berbagai-bagai kerenah yang dicipta oleh Anwar Ibrahim. Parti ini dilihat sengaja ditubuhkan untuk memecahkan dan merobohkan ketahanan negara dengan menyerang elemen-elemen ketahanan rakyat. Anwar Ibrahim dikesan cuba melumpuhkan keyakinan rakyat terhadap sistem kehakiman dan keselamatan, melumpuhkan perpaduan antara kaum dengan menambah bisa-bisa racun perkauman yang telah ditanam oleh DAP, melonggarkan ikatan setiakawan antara parti yang mewakili kaum dalam BN serta memperjudikan masa depan negara kepada kuasa asing. Anwar Ibrahim menggunakan kebebasan yang diberikan kepadanya untuk meruntuhkan sistem demokrasi dengan menjadi kuda tunggangan DAP.

Kita yakin bahawa rakyat berbilang kaum dan agama tidak rela negara ini terjerumus ke kancah kebinasaan semata-mata memenuhi cita-cita anti nasional DAP, PAS dan PKR.  .

Baca seterusnya....
     
 Sumber: http://www.utusan.com.my

200 pengikut Syiah ditahan

KUALA LUMPUR 16 Dis. - Kegiatan satu ajaran Syiah tegar yang dikhuatiri boleh mengancam keselamatan negara dikesan bergerak aktif di negara ini berikutan penahanan 200 pengikut dan dua ketua kumpulannya, malam semalam.
Dua ketua kumpulan itu termasuk seorang warga Iran telah dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang, hari ini dan dibebaskan dengan jaminan.
Para pengikut lain juga telah dibebaskan dengan jaminan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan akan dipanggil untuk diambil keterangan dalam masa terdekat.
Kumpulan yang ditahan di sebuah rumah kedai di Taman Sri Gombak, Batu Caves, dekat sini itu dikatakan berbahaya kerana menganggap penganut Islam mazhab lain sebagai kafir dan halal dibunuh.
Mereka yang menggunakan nama Hauzah Ar Ridha Alaihissalam itu dikesan sudah dua tahun menjalankan kegiatan mereka di tingkat empat rumah kedai berkenaan.
Dalam serbuan sepasukan penguat kuasa JAIS pada pukul 10.15 malam itu, seramai 200 pengikut terdiri daripada lelaki dan perempuan termasuk kanak-kanak sedang khusyuk berselawat dan mendengar khutbah daripada seorang lelaki warga Iran.
Sebahagian pengikutnya yang ditahan merupakan pensyarah dan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT), peguam dan kakitangan kerajaan.
Pengikutnya terdiri daripada 75 lelaki dan 35 wanita tempatan, enam wanita dan tiga lelaki warga Indonesia, dua wanita Myanmar serta masing-masing seorang lelaki Pakistan, Myanmar dan Iran, manakala selebihnya kanak-kanak.
Ia merupakan penahanan terbesar melibatkan pengikut ajaran yang didakwa sesat dicatatkan di Selangor setakat ini dan JAIS percaya ajaran tersebut turut tersebar di negeri-negeri lain.
Pengarahnya, Datuk Muhammed Khusrin Munawi berkata, pihaknya telah mengikuti pergerakan kumpulan terbabit sejak dua tahun lalu dan setelah memperoleh cukup bukti mengaitkan mereka sebagai pengikut ajaran Syiah yang tegar, barulah markas itu diserbu.
Beliau berkata, ajaran Syiah jika dibiarkan berkembang boleh mengancam keselamatan negara kerana pengikut yang fanatik menganggap umat Islam mazhab lain sebagai kafir.
"Bagi mereka, darah pengikut fahaman lain adalah halal dan ia bermakna penganut Ahli Sunnah Wal Jamaah boleh dibunuh.
"Ajaran Syiah lebih bahaya berbanding ajaran sesat seperti Al Arqam. Pengikut Syiah di Iran dan India misalnya bergaduh sesama Islam semata-mata berbeza fahaman.
"Inilah yang ingin dielakkan berlaku di negara ini dan tujuan ia disekat," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi serbuan di sini hari ini.
Muhammed Khusrin berkata, mengikut Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989, fahaman dan ajaran Syiah adalah menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah kerana wujud beberapa percanggahan dari sudut akidah dan syariah.
Katanya, antaranya adalah menyanjung sahabat Rasulullah, Saidina Ali secara keterlaluan, menghalalkan nikah mutaah, menolak hadis yang diriwayatkan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah sekalipun hadis Mutawir dan mengkafirkan para sahabat Rasulullah.
"Penyelewengan dari sudut syariah pula adalah menolak ijmak ulama, qias dan mengamalkan nikah mutaah. Pengikut Syiah juga terlibat pelbagai penyelewengan umum seperti percaya ganjaran syurga jika menziarahi kubur Saidina Husin.
"Selain itu menyiksa diri dengan memukul badan menggunakan rantai sehingga berdarah sempena 10 Muharam, mengharuskan jamak sembahyang dalam semua keadaan dan tidak mewajibkan haji," katanya.
Menurut Muhammed Khusrin, pihaknya percaya ajaran Syiah yang memudahkan ibadat dan menghalalkan nikah mutaah menjadi punca tarikan umat Islam di negara ini untuk menjadi pengikutnya.
Beliau berkata, kumpulan ajaran sesat terbabit mempunyai dana sendiri bagi membiayai aktiviti dan menyewa bangunan untuk dijadikan markas operasi, manakala penyebarannya pula dibuat secara tertutup melalui penganjuran majlis-majlis tertentu.
Katanya, semua yang ditangkap akan didakwa di bawah Seksyen 12(c) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 iaitu menghina, mengingkari, melanggar atau mempertikaikan arahan-arahan yang dinyatakan dan diberikan fatwa oleh pihak berkuasa agama

2 ulasan:

  1. Salam tuan,

    Artikel ini sedarkan saya tentang mengapa DAP dan kaum China sekarang bersatu menolak BN.

    Rupa-rupanya tujuan mereka adalah untuk mendominasi kuasa di tanahair kita.

    Sikap ini amat tidak baik kerana selama ini bangsa Melayu tidak pernah mengkhianati kaum China atau India. Malah mereka mencapai kehidupoan yang jauh lebih bahagia dari bangsa Melayu dan umat Islam.

    Saya juga amat terkilan dengan sikap sedara mara kita dalam parti PAS dan PKR yg sanggup menjadi alat kepentingan DAP.

    Saya dan rakan2 menganggap Anwar Berahim dan Nik Aziz adalah pengkianat bangsa, agama dan negara.

    Saya menyerus seluruh rakyat Malaysia menolak cara berpolitik yang dibawa oleh poakatan pembangkang ini sepenuhnya.

    BalasPadam
  2. Keturunan kita (Melayu) mudah lupa.
    Sesetengah mereka tanpa berfikir panjang dan tanpa mengenang kembali sejarah pahit maung Pejuang2 bangsa kita memerdekakan negara, mengutuk pemimpin negara yg banyak berjasa, Apakah sumbangan DAP ? Tak ingatkah mereka sejarah negara 13 Mei 1969 ?
    ingatlah bansa ku, jgn gadaikan maruah bangsa dan menjual negara.
    DAP adalah KOMUNIS.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...