Followers

Sabtu, 5 Mac 2011

Pas Terjebak Dengan Idea Perniagaan Tawkeh Bunga DAP

..haiiyya apa susah...lu kasi itu olang ini bunga...
kita olang ada manyak bunga...gua jual murah sama lu...

Pas sudah termasuk perangkap dengan idea perniagaan tawkeh bunga DAP. Calon Pas PRK Merlimau digunakan sebagai alat untuk melariskan perniagaan bunga mereka.

Orang ramai yang ditemui selepas menerima sumbangan bunga dari Yuhaizad memberikan komen yang berbeza.

Di kalangan masyarakat China, mereka menganggap perbuatan itu adalah baik kerana memberi bunga menandakan kemesraaan antara pemberi dan penerima. Bagaimanapun mereka berpendapat memberi bunga kerana  memancing undi adalah tidak ikhlas dan tidak sesuai kerana perbuatan itu tidak baik.

The tradition of giving flowers is one that is revered by lovers, friends and families all around the globe. While flower giving can accompany almost any occasion, the most common reason to give flowers is to express romantic love.

Nervous first dates, wedding decorations and bridal bouquets, anniversaries, unexpected "I Love You's", "I'm Sorry's", and, of course, the annual love fest that is Valentine's Day are all special occasions that call for beautiful, carefully selected flowers.

Manakala di kalangan masyarakat Melayu pula, mereka  berpandangan bahawa memberi bunga bukanlah berasal dari budaya Melayu atau budaya Islam. Bercanggah pula dengan amalan Islam kerana tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah. Ramai daripada mereka mengingatkan supaya umat Islam jangan terikut-ikut atau membiarkan diri mereka terperangkap dengan tipu helah musuh Islam tetapi berpegang teguhlah dengan panduan dan ajaran Allah yang diturunkan kepada Nabi Muhamad S.A.W:

سُوۡرَةُ آل عِمرَان
قُلۡ إِن كُنتُمۡ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِى يُحۡبِبۡكُمُ ٱللَّهُ وَيَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ۬ (٣١)

Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (31) 

Jelaslah bahawa Pas sudah tidak memiliki jati diri dalam perjuangan. Pergerakan mereka dikawal dan sudah dijajah. Minda mereka sudah dikuasai oleh Parti China DAP. Pas akan menurut sahaja nasihat dan petunjuk yang diberikan oleh Parti China DAP  walaupun terpaksa mengenepikan ajaran Islam, sirah dan sunah Rasulullah.

Yuhaizad juga telah dilarang memakai pakaian yang boleh ditafsirkan sebagai mirip kepada cara berpakaian umat Islam. Sebab itulah Yuhaizad mengelak daripada daripada memakai jubah, songkok atau ketayap putih, iaitu Pakaian Kebangsaan Rasmi Islam Pas.

Kebanyakan pengundi dan orang ramai yang ditemui menyatakan bahawa Yuhaizad telah gagal membawa imej Parti Pas yang sering menggunakan slogan keagamaan. Mereka mendakwa parti Pas sudah dikuasai sepenuh oleh Parti China DAP untuk mendapatkan undi pelbagai kaum.

Pemerhati politik pula menyifatkan Yuhaizad gagal memahami peranan Wakil Rakyat yang sebenar. Analisa ucapannnya dalam siri kempen pilihanraya yang sedang rancak berjalan, membuktikan Yuhaizad tidak layak menduduki kerusi Dewan Undangan Negeri kerana kefahamannya terhadap sistem demokrasi dan pemilihan wakil penduduk berada di tahap yang sangat rendah.

Petikan ucapan Yuhaizad yang memalukan Institusi Penggubal Dasar negeri:

"...jika tuan-tuan memberikan kepercayaan pada 6hb Mac...maka saya akan berbakti dan bertugas sebagai wakil rakyat tuan-tuan sepenuh masa...untuk bersama tuan-tuan di mana sahaja tuan-tuan berada...di mesjid..di kedai kopi...di warung-warung...mungkin tuan-tuan akan berjumpa saya di pejabat-pejabat pos bagi menyelesaikan apa jua permasalahan yang dihadapi tuan-tuan..."

Murahnya tawaran Yuhaizad untuk mendapatkan undi sehingga peranan Wakil Rakyat sebagai Penggubal Dasar hanyalah sebagai penjilat setem dan kaki borak di warung-warung tepi jalan.

Masyarakat tempatan di Merlimau menyatakan mereka amat selesa dan lebih yakin dengan UMNO-BN di bawah DS Ali Rustam dan DS Najib yang berjaya memerintah negara ini memakmurkan rakyat pelbagai kaum selama lebih 51 tahun.

Mereka juga memberi pandangan bahawa Pas sekarang hanyalah berjuang untuk mendapatkan sedikit undi tetapi menyerahkan maruahnya untuk di tentukan oleh parti China DAP.

Orang ramai telah mula faham dan sedar matlamat Parti China DAP adalah untuk meruntuhkan Perlembagaan Persekutuan dan digantikan dengan Perlembagaan Malaysian Malaysia ciptaan Parti China DAP yang akan menguasai segala-galanya di Malaysia ini sebagaimana kejayaan kaum China PAP menguasai Singapura dan Pulau Pinang.


  

1 ulasan:

  1. comments:

    Penditakainsingkat berkata...
    anak sufi berkata...
    SAYA MENYOKONG PANDANGAN PENDITA! MEMANG PAS TELAH DIKUASAI DAPPIG CELAKA!
    4 Mac 2011 8:42 PM

    wadi berkata...
    assallamualaikum....demi nusabangsa , kita perlu lebih peka dan usah terpedaya , kekalkan adab dan kesantunan kita dimana mana jua tapi tetap GAH menentang DAP kemana jua kita pergi . Wahai Melayu kenalilah dirimu , kembalilah mendukung ibu dan keluargamu.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...