Followers

Isnin, 4 Oktober 2010

Isu Perkauman: Pas, Dap dan PKR Saling Melengkapi


Naib Presiden Pas Mahfuz Omar tidak mempunyai idea dan hujah yang bernas tetapi masih bernafsu untuk terus menyerang UMNO. Mungkin dia berharap seluruh rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu dan Bumiputera akan membenci dan menjauhkan diri dari UMNO.

Sumber: harakahdaily

Abd Aziz Mustafa   
KUALA LUMPUR, 4 Okt: Tindakan-tindakan perkauman pegawai awam akan berterusan selagi Umno memerintah negara ini, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.


Menurutnya, Umno tiada pilihan lain untuk terus kekal berkuasa selain terus meniupkan api perkauman seperti mereka lakukan sejak dahulu lagi.....

Apa lagi yang pemimpin Pas hendak cakap selain memutarbelitkan isu perkauman? Bila bercakap soal demokrasi, rakyat mencemuh Pas dan Gerombolan Pakatan Pembangkang mereka tidak demokratik. Sekarang seluruh rakyat Malaysia sedang menyaksikan betapa demokrasi tidak pernah wujud dalam PKR. Mesyuarat pemilihan mereka berantakan dan penuh dengan aksi-aksi ganas, peras ugut dan rasuah.


Bila bercakap soal ekonomi, ahli-ahli dan penyokong Pas, khususnya di Kelantan sendiri mempersendakan Nik Aziz yang mengamalkan nepotisme, kronisme dan salahguna kuasa. Berbanding dengan UMNO-BN berjaya merancang masa depan negara kita melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.


Dari segi ketelusan pula Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan telahpun memberi amaran kerajaan tidak akan bertolak ansur terhadap pegawai awam yang menyentuh soal sensitiviti kaum dan agama. Kerajaan akan mengambil tindakan dan tidak akan berdolak-dalik mengambil tindakan terhadap pihak yang bertindak mengapi-apikan perkauman.


Contohnya Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan dengan tegas supaya siasatan dilakukan terhadap seorang pengetua di Kulaijaya, Johor dan seorang guru di Bukit Selambau, Kedah yang dianiayai oleh pembangkang yang sengaja mendakwa mengeluar kenyataan berbaur perkauman.

Bagaimanapun kerajan tetap bersikap lembut dengan kakitangan kerajaan yang menyokong Pas atau Gerombolan Pakatan Pembangkang. Ini terbukti sudah berpuluh-puluh tahun didapati mereka menikam kerajaan dari belakang tetapi terus kekal dalam perkhidmatan dan menikmati kenaikan pangkat di samping keselesaan kerjaya.


Cuma apa yang tidak fahami oleh Mahfuz ialah perbezaan dan pemisahan bidang kuasa antara Kementerian Pelajaran dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).


Mahfuz dilihat akan terus menggunakan idea kelas rendah dan hujah kedai kopi untuk menentukan ahli-ahli dan penyokong Pas kekal dalam jemaah yang berbahaya itu.

Rakyat sudah maklum bahawa dasar dan prinsip UMNO-BN selama ini telah berjaya menyatupadukan rakyat yang berbeza kaum dan agama, hidup bersama dengan aman dan sejahtera.

Pas hanya menggunakan orang Melayu dengan memperalatkan agama Islam. Pas juga mengelirukan orang-orang China dan India dengan memperalatkan agama Islam. DAP sememangnya parti racist-cauvinist yang berjaya memperalatkan Pas dan PKR.

Sememangnya Pas, DAP dan PKR adalah parti perkauman sempit yang saling lengkap melengkap.

UMNO-BN tetap di hati rakyat dan inilah yang sangat ditakuti oleh Mahfuz dan Gerombolan Pakatan Pembangkang.

Anda tentu minat membaca:

  1. Raja Petra Alat Politik Yang Semakin Tidak Laku
  2. Raja Petra Gasak Nuar Berahim, Nik Aziz Ketar Lutut
  3. Nuar Berahim Bakal Melarikan Diri

2 ulasan:

  1. Begitulah ulasan dari orang yang telah menggadaikan bangsa Melayu semata-mata nak kuasa dan jawatn....

    Terima kasih di atas kesudian linkkan blog kawan.... dan blog tuan telah pun disenaraikan dlm bloglist kawan...

    BalasPadam
  2. Suatu ketika dahulu saya lah yg meng war war kan PAS akan ganti umno,setelah Pas bersekongkol dengan DAP(PAP) maka itu adalah satu malaputaka pada bangsa melayu,sikap org melayu yg senang di gula gula kan oleh DAP di tambah pula pemimpin Pas yg munafik lagi hipokrit...contoh tengok saja melayu Spore apakah nasib mereka di bela?pergi lah sendiri tengok dgn mata kepala...lihat di penang nasib org melayu? pas bersuara pun tak berani...nak harapkan mereka membela nasib org melayu kalau mereka memerintah????jangan guruh di langit air di tempayam di buang, kelak org melayu jadi bahan sejarah seperti Kg Gelam di S'pore....tapi kalau itu yg di mimpi terserah tepuk dada tanya selera.....

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...