Followers

Ahad, 3 Oktober 2010

Indoktrinasi Menanam Kebencian dan Manipulasi Ajaran Islam Untuk Politik Murahan

Projek Indoktrinasi Menanam Kebencian
diberi nama dan warna Islam

Pas Meneruskan Tradisi Menanam Kebencian dan Manipulasi Agama Islam.

Sumber:  harakahdaily
Rusli Yasmin   
MARANG, 3 Okt: Umno yang menolak Islam sebagai dasar perjuangannya kosong dan tidak mempunyai roh tarbiah, berbeza dengan PAS yang menjadikan tarbiah sebagai asas perjuangannya.

Justeru itu, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, program tarbiah seperti Ijtima' Tarbawi yang dianjurkan oleh Pemuda PAS tidak dapat dianjurkan oleh Umno kerana parti itu tidak mengambil Islam sebagai teras perjuangan.


Umno  melaksanakan tuntutan Islam secara sistematik. Roh Islam disuburkan ke dalam jiwa masyarakat melalui perancangan dan pelaksanaan dasar yang konsisten. Risalah ajaran Nabi Muhammad yang berpandukan al-Quran diterjemah secara praktikal sepanjang masa.

Inilah yang membezakan kefahaman Islam yang dipegang oleh UMNO dengan yang difahami oleh Pemimpin dan pengikut Pas. 

Pas menganggap pelaksanaan Islam itu adalah program ceramah, tazkirah, pidato, usrah dan gerakan demonstrasi tunjuk rasa secara besar-besaran. Semakin ramai yang hadir mendengar atau menunjuk perasaan, ditafsirkan sebagai sudah berjaya menegakkan Islam. 

Kerana itulah Pas menganggap usaha mereka mengadakan Ijtimak Tarbawi di Terengganu baru-baru ini sebagai satu kejayaan dalam perjuangan Islam. Dengan ini mereka beranggapan perjuangan UMNO tidak ada roh kerana tidak mengadakan ijtimak seperti itu.

Pendekatan UMNO-BN sangat berbeza. Pada tahun 2009 kerajaan telah memperuntukkan hampir RM 2.4 bilion (3.399 bilion) kepada Kementerian Pelajaran untuk memenuhi keperluan pendidikan rakyat Malaysia.

Maka jelaslah kerajaan Pusat yang ditunjangi oleh UMNO menggunakan kuasa mandat dan kuasa berpolitik, untuk menyelamatkan rakyat (khusus Islam) dari siksa di dalam kubur, persediaan ke Padang Mahsyar, dan jambatan ke syurga.

Dilaporkan pakar-pakar penghasut dalam program indoktrinasi menanam kebencian dan manipiulasi ajaran Islam untuk tujuan politik murahan itu termasuklah  Datuk Mahfuz Omar, Ustaz Idris Ahmad dan Ustazah Nuridah Mohd Salleh.

_________________________________________________

Baca juga di sini: DAP Berjaya Mentarbiah PAS 

sumber: theunspinners.blogspot.com 

dan

di sini: Lidah Ustaz Pas Lebih Berkuasa Dari Perintah Allah

dan di sini: Pas Nak Rampas Duit Petronas Dari Rakyat!
_______________________________________________

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...