Followers

Jumaat, 8 Oktober 2010

Rakyat Kelantan Menderita, Kroni ustaz Nik Aziz Semakin Kaya Raya


Penderitaan Rakyat Kelantan Dibayar Dengan Penjualan Balak Rakyat Yang Masuk Ke Poket Kroni Ustaz Nik Aziz

Penderitaan Rakyat Kelantan terutama dalam isu air bersih, seperti sudah tidak dapat dibendung lagi. Di sana sini, di kedai kopi, di mesjid dan surau, di rumah kematian, di pasar, malah di mana-mana sahaja seluruh rakyat menyatakan kekesalan mereka.

Kerajaan Pas Kelantan didapati bukan sahaja tidak mampu mentadbir negeri, malah dilihat tidak langsung memberi keutamaan terhadap kebajikan dan kesusahan yang ditanggung mereka.

Kekesalan sudah mula diluahkan secara senyap kerana mereka takut dipulaukan sekiranya didapati bercakap sesuatu yang negatif terhadap Kerajaan Islam Kelantan. Bagaimanapun kesusahan hidup harian yang mereka deritai selama ini tidak dapat membendung kemarahan dan rasa benci terhadap kerajaan yang hanya memberi tumpuan kepada majlis-majlis ceramah politik sahaja.

Baca seterusnya...

PUTRAJAYA 7 Okt. - Kelantan terus ketinggalan dalam aspek penerimaan bekalan air bersih apabila hanya 55.7 peratus daripada populasi negeri itu menerima bekalan air terawat.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui berkata, peratusan penduduk yang menerima bekalan air terawat di negeri itu jauh di belakang kadar nasional iaitu 91.6 peratus.

Menurutnya, keadaan di Sabah dan Sarawak juga lebih baik berbanding Kelantan apabila masing-masing mencatatkan 76.3 peratus dan 86.2 peratus dari segi liputan air terawat untuk penduduk.

"Liputan bekalan air terawat di Kelantan adalah 57.7 peratus di kawasan bandar dan 54.7 peratus di kawasan luar bandar.

"Kelantan paling rendah dari segi peratusan penduduk yang menerima air terawat," katanya kepada Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Sehubungan itu, Peter berkata, Kerajaan Persekutuan ketika ini sedang giat melaksanakan projek bekalan air luar bandar di negeri Kelantan melalui kerjasama dengan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di bawah program Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).

"Bagi negeri Kelantan, kesungguhan Kerajaan Persekutuan terbukti melalui pelaksanaan projek-projek bekalan air di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) melibatkan pembinaan loji rawatan air serta menaiktaraf loji, tangki air dan sistem pengagihan," katanya.

Dalam pada itu, Peter berkata, secara keseluruhannya, Malaysia merupakan negara paling baik dari segi perkhidmatan bekalan air di kalangan negara-negara membangun di Asia.

"Secara purata, 91.6 peratus penduduk negara ini menerima bekalan air terawat iaitu 96.8 peratus bagi kawasan bandar manakala 86.5 peratus untuk kawasan luar bandar.

"Purata liputan perkhidmatan bekalan air bagi kebanyakan negeri melebihi 90 peratus. Hanya Kelantan, Sabah dan Sarawak yang masih mempunyai liputan bekalan air yang rendah berbanding negeri lain," katanya.

Dijangkakan, pilihanraya kecil DUN Galas akan merupakan medan di mana rakyat akan menentang kemungkaran Kerajaan Partai Islam Semalaysia yang mengkhianati mandat rakat selama 20 tahun pemerintahan yang membazirkan.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...