
Bekas anggota Komando Malaysia juga menghadiri
majlis taklimat Penerangan Perdana bersama DS Najib
Perdana Menteri DS Najib Razak berjaya menampilkan dirinya sebagai pembawa perubahan apabila mengumumkan bahawa kerajaan akan meneliti dan mengkaji sistem pilihan raya dan sistem media yang sedia ada. Pengumuman ini adalah rentetan daripada kejayaan siri program transformasinya yang telah diterima baik oleh seluruh rakyat dan sekaligus menakutkan semua parti pembangkang.
KUALA LUMPUR, 18 Ogos: Jawatankuasa Khas Parlimen untuk reformasi pilihan raya hanya penghias jendela dan tidak berminat untuk mewujudkan pilihan raya adil dan bersih, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
"Bagaimanapun, kita berterima kasih kepada perkara-perkara meragukan dalam penubuhan jawatankuasa itu kerana ia memberikan alasan yang lebih kukuh kepada rakyat untuk menerus dan mengukuhkan lagi perjuangan menuntut pilihan raya yang adil dan bersih.
"Perkara-perkara meragukan dalam penubuhan jawatankuasa itu semakin membuktikan bahawa hanya perjuangan rakyat seperti yang berlaku 9 Julai lalu yang boleh diharapkan untuk mewujudkan pilihan raya yang adil dan bersih di negara ini," katanya sambil mengulangi supaya lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) dilaksanakan.(sumber: harakahdaily) Pengumuman menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Parlimen telah mengukuhkan persepsi bahawa DS Najib Mendahulukan Rakyat dan sentiasa bersama dengan Suara Rakyat. Dan ini juga memberi tamparan dan tekanan yang amat berat kepada seluruh pemimpin Gerombolan Pakatan Pembangkang yang semakin tenggelam dan hanyut dibawa arus kencang program transformasi yang semakin dijiwai dan dinikmati oleh rakyat.
Sejak mengambilalih tampuk pemerintahan, DS Najib telah berjaya mewujudkan "suasana feel good". Situasi ini amat menyakitkan dan sekaligus menyekat kemaraan politik melalui taktik kotor Pakatan Pembangkang. Kemuncaknya terbukti dengan kehancuran gagasan menghasut yang dinamakan BERSIH 2.0 yang telah ranap ditentang oleh Kuasa Rakyat seluruhnya.
Kehancuran yang memalukan ke atas gagasan BERSIH 2.0 memberi tekanan yang besar terhadap peminmpin-pemimpin Gerombolan Pakatan Pembangkang kerana kejayaan yang dinikmati dari program reformasi DS Najib telah diterima sebagai Kejayaan Rakyat masa kini.
Dalam kata lain, Gerombolan Pakatan Pembangkang tidak mampu dan tidak berjaya melawan Kuasa Rakyat yang kini begitu padu bersama-sama DS Najib mempertahankan demokrasi yang terbukti telah membawa negara dan rakyat hidup sejehtera selama ini.
Pemimpin-pemimpin pembangkang terus cuba menghasut orang ramai untuk mempercayai bahawa Suruhanjaya Pilihanraya dan Jabatan Pendaftaran Negara adalah dua badan kerajaan yang tidak boleh dipercayai. Mereka terus mengulangi ancaman dan tohmahan untuk memperdaya rakyat seolah-olah kedua-dua institusi tersebut adalah alat UMNO-BN walaupun 5 buah negeri telah berjaya dimenangi oleh mereka. Rakyat semakin sukar untuk ditipu dengan cerita dongeng yang begitu rendah mutunya.
Pengumuman penubuhan Jawatankuasa Pilihan Parlimen, sekali lagi mengecewakan Pakatan Pembangkang kerana ini mengingatkan kita terhadap sejarah penubuhan Suruhanjaya Diraja menyiasat kematian Teah Beng Hock, telah juga menumpaskan gerakan politik kotor pembangkang, dan tipudaya mereka ini dianggap seumpama cuba berselindung di sebalik jari.
Rakyat semakin sedar bahawa Pemimpin Pakatan Pembangkang cuba menjadikan isu SPR sebagai “periuk nasi” mereka dan sedar bahawa rakyat hanya diperalatkan sebagai medan untuk menabur tohmahan, hasutan dan membina kebencian yang tidak berasas.
Semakin menghampiri PRU-13, skrip drama Gerombolan Pakatan Pembangkang semakin tidak menjadi. Terbukti, Kerajaan yang terbina hasil dari Kuasa Rakyat semakin sukar digugat.
Semakin menghampiri PRU-13, skrip drama Gerombolan Pakatan Pembangkang semakin tidak menjadi. Terbukti, Kerajaan yang terbina hasil dari Kuasa Rakyat semakin sukar digugat.
Maka...semakin merah menyala...
mata iblis bertopengkan manusia ini...



