Followers

Jumaat, 19 Ogos 2011

Skrip Drama Pembangkang Yang Semakin Tidak Menjadi

Bekas anggota Komando Malaysia juga menghadiri 
majlis taklimat Penerangan Perdana bersama DS Najib

Perdana Menteri DS Najib Razak berjaya menampilkan dirinya sebagai pembawa perubahan apabila mengumumkan bahawa kerajaan akan meneliti dan mengkaji sistem pilihan raya dan sistem media yang sedia ada. Pengumuman ini adalah rentetan daripada kejayaan siri program transformasinya yang telah diterima baik oleh seluruh rakyat dan sekaligus menakutkan semua parti pembangkang. 
KUALA LUMPUR, 18 Ogos: Jawatankuasa Khas Parlimen untuk reformasi pilihan raya hanya penghias jendela dan tidak berminat untuk mewujudkan pilihan raya adil dan bersih, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
"Bagaimanapun, kita berterima kasih kepada perkara-perkara meragukan dalam penubuhan jawatankuasa itu kerana ia memberikan alasan yang lebih kukuh kepada rakyat untuk menerus dan mengukuhkan lagi perjuangan menuntut pilihan raya yang adil dan bersih.
"Perkara-perkara meragukan dalam penubuhan jawatankuasa itu semakin membuktikan bahawa hanya perjuangan rakyat seperti yang berlaku 9 Julai lalu yang boleh diharapkan untuk mewujudkan pilihan raya yang adil dan bersih di negara ini," katanya sambil mengulangi supaya lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) dilaksanakan.(sumber: harakahdaily) 

Pengumuman menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Parlimen telah mengukuhkan persepsi bahawa DS Najib Mendahulukan Rakyat dan sentiasa bersama dengan Suara Rakyat.  Dan ini juga memberi tamparan dan tekanan yang amat berat kepada seluruh pemimpin Gerombolan Pakatan Pembangkang yang semakin tenggelam dan hanyut dibawa  arus kencang program transformasi yang semakin dijiwai dan dinikmati oleh rakyat.

Sejak mengambilalih tampuk pemerintahan, DS Najib telah berjaya mewujudkan "suasana feel good".  Situasi ini amat menyakitkan dan sekaligus menyekat kemaraan politik melalui  taktik kotor Pakatan Pembangkang. Kemuncaknya terbukti dengan kehancuran gagasan menghasut yang dinamakan BERSIH 2.0 yang telah ranap ditentang oleh Kuasa Rakyat seluruhnya.

Kehancuran yang memalukan ke atas gagasan BERSIH 2.0 memberi tekanan yang besar terhadap peminmpin-pemimpin Gerombolan Pakatan Pembangkang kerana kejayaan yang dinikmati dari program reformasi DS Najib telah diterima sebagai Kejayaan Rakyat masa kini.


Kehancuran gagasan menghasut yang dinamakan BERSIH 2.0 adalah Kemenangan Rakyat, dan kemusnahan idea anti nasional yang dibawa oleh Gerombolan Pakatan Pembangkang. Ia adalah hasil Penolakan Rakyat terhadap tindakan tidak bertamadun dan tidak demokratik yang cuba membina kemenangan pilihanraya secara mudah melalui jalanraya.

Dalam kata lain, Gerombolan Pakatan Pembangkang tidak mampu dan tidak berjaya melawan Kuasa Rakyat yang kini begitu padu bersama-sama DS Najib mempertahankan demokrasi yang terbukti telah membawa negara dan rakyat hidup sejehtera selama ini.

Pemimpin-pemimpin pembangkang terus cuba menghasut orang ramai untuk mempercayai bahawa Suruhanjaya Pilihanraya dan Jabatan Pendaftaran Negara adalah dua badan kerajaan yang tidak boleh dipercayai. Mereka terus mengulangi ancaman dan tohmahan untuk memperdaya rakyat seolah-olah kedua-dua institusi tersebut adalah alat UMNO-BN walaupun 5 buah negeri telah berjaya dimenangi oleh mereka. Rakyat semakin sukar untuk ditipu dengan cerita dongeng yang begitu rendah mutunya.

Pengumuman penubuhan Jawatankuasa Pilihan Parlimen, sekali lagi mengecewakan Pakatan Pembangkang kerana ini mengingatkan kita terhadap sejarah penubuhan Suruhanjaya Diraja menyiasat kematian Teah Beng Hock, telah juga menumpaskan gerakan politik kotor pembangkang, dan tipudaya mereka ini dianggap seumpama cuba berselindung di sebalik jari.

Rakyat semakin sedar bahawa Pemimpin Pakatan Pembangkang cuba menjadikan isu SPR sebagai “periuk nasi” mereka dan sedar bahawa rakyat hanya diperalatkan sebagai medan untuk menabur tohmahan, hasutan dan membina kebencian yang tidak berasas.


Semakin menghampiri PRU-13, skrip drama Gerombolan Pakatan Pembangkang semakin tidak menjadi. Terbukti, Kerajaan yang terbina hasil dari Kuasa Rakyat semakin sukar digugat. 


Maka...semakin merah menyala...
mata iblis bertopengkan manusia ini...

1 ulasan:

  1. Kehancuran negara kita bukan disebabkan oleh anasir luar tetapi oleh anak bangsa kita sendiri.
    Maka utk mengelakkan ini berlaku, rakyat mesti bersatu menentang china DAP, PAS sesat dan Nuar Berahim pengkhianat nombor satu negara kita.

    19 Ogos 2011 12:28 AM

    Jawi Peranakan berkata...
    Belum pernah berlakudlm sejarah anak bangsa kita, penderhakaan yang begini dahsyat. Hanya Nuar Berahim dan PAS yang sanggup lakukan sedemikian.

    Semoga Allah melindungi rakyat Malaysia keseluruhannya.
    19 Ogos 2011 12:28 AM

    Ibnu Rahmah berkata...
    Allah telah tunjuk banyak kebenaran terhadap kejayaan rakyat negara kita dalam menghadapi bencana yang dibawa oleh syaitan berwajah manusia ini. Negara bertambah makmur dan rakyat hidup sejahtera sesuai dengan taraf sebuah negara yang merdeka dan diperintah dengan baik.

    Allah juga telah tunjukkan kebenaran atas pihak yang membuat kemungkaran politik menghancurkan ummah dan negara. Parti yg dipimpinnya menjadi kucar-kacir dan dirinya sendiri ditimpa bala yang memalukan satu persatu.
    19 Ogos 2011 12:30 AM

    Tanpa Nama berkata...
    'Tuan' kpd gambar kat bawah tu - mata merah menyala tanpa biji mata seperti manusia, sebelah telinga kiri bersubang besi bulat sebesar bulatan telinga dan sebelah kanan subangnya lebih besar sikit. kepala botak tapi bertoncet dari atas ubun2.

    kalau meresapi tubuh manusia orang tu matanya memang kelihatan kemerah-merahan dan percakapannya kasar dan nampak ciri2 perwatakan bengis, lebih2 lagi selepas masuk waktu Maghrib hingga bawak ke Subuh ....

    orang yg mengaku (secara rohaniah) utk mengikut suruhannya (dgn memenuhi syarat2 tertentu) akan ditunaikan 5 janji didunia ni - salah satunya; setiap apa yg diperkatakannya (biasanya yg membawa kemudharatan) akan dipercayai oleh pengikut2nya tanpa belah-bagi dan setiap suruhannya akan dituruti sekalipun boleh membawa kerosakan pada diri sendiri dan orang lain. hebat godaan 'tuan' sekor ni. begitu jugak pada manusia 'pilihan'nya.

    patutlah dia digelar 'anugerah tuhan' oleh bininya, tapi tuhan yg mana satu? ...
    19 Ogos 2011 12:34 AM

    Penditakainsingkat berkata...
    Sangat setuju dengan Tuan Tanpa Nama 12:34am
    Harap kita berhati2 dengan species ni.
    19 Ogos 2011 1:36 AM

    Abd Ghani Osman berkata...
    Salam Tuan,

    Saya sangat bersetuju bahawa segala kemusnahan politik seperti yang berlaku sekarang ini adalah berpunca daripada perbuatan syaitan yang bertopengkan manusia.

    Kerana memenuhi nafsu peribadi yang tak terkawal, manusia ini sanggup lakukan apa sahaja. Tidak mempedulikan bencana yang akan menimpa bangsa sendiri malah sampai hati membelakangkan agama.

    Saya menjangkakan rakyat sudah mula memahami keadaan sebenar dan tidak mudah lagi tertipu, melainkan beberapa orang yang mempunyai kepentingan.

    Saya ambil peluang ini menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia terutama golongan muda supaya menjauhi gerakan anti nasional seperti yang dilakukan oleh PAS, DAP dan Anuwar Iberahim. Kita lebih mulia sebagai warganegara berbanding mereka yang menjadi pengkhianat, perosak bangsa, agama dan tanahair yang dicintai.
    19 Ogos 2011 5:40 AM

    Ahmad Abdul Khair berkata...
    Kejayaan pembangkang hanya berjaya mengumpulkan para penghasut untuk menipu rakyat dan merampas kuasa memerintah negara.

    Tetapi malangnya Kuasa Rakyat lebih besar dan berpengaruh menghalang niat jahat mereka.

    Rakyat tetap mempertahankan kebenaran, kesederhanaan, kesejahteraan dan kejayaan.

    Kehidupan generasi akan datang tidak mungkin diperjudikan hanya dengan mendengar retorik dan hasutan jahat.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...