Pas masih menggunakan kaedah menipu untuk mengekalkan sokongan dan berharap memenangi pilihanraya.
Kaedah menipu kegemaran yang paling utama adalah menyampaikan ceramah yang dinamakan ceramah agama atau majlis agama, samada berbentuk kuliah, tazkirah dan segala macam kaedah yang nampak macam aktiviti keilmuan Islam.
Jika mereka tidak dapat sampaikan ceramah, kuliah atau tazkirah di mesjid, surau atau tempat-tempat awam yang mereka tidak kuasai, serta merta mereka akan menuduh UMNO menghalang penyebaran ilmu Islam kepada masyarakat.
Sebenarnya PAS sangat marah kerana tidak berjaya menyampaikan hasrat politik yang diselitkan dalam ceramah atau khutbah kepada orang ramai.
KUALA LUMPUR, 15 Ogos: Kejahilan para pemimpin dan penyokong-penyokong Umno dalam agama terserlah, apabila ceramah Israk Mikraj yang akan disampaikan oleh penceramah PAS atas undangan mereka sendiri, diminta dibatalkan kerana bimbang akan dijadikan ceramah politik.
Sebagai gantinya, majlis ceramah itu diarahkan ditukar kepada majlis bacaan surah Yaasin, seperti yang lazim diamalkan oleh masyarakat kita pada setiap malam Jumaat, dengan diketuai oleh penceramah terbabit dengan serta merta oleh pihak penganjur atas arahan pemimpin atasan Umno.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Solehin Muhyi menjelaskan, kejadian itu pernah dialami oleh beliau sendiri sekitar tahun 2001 lalu, apabila diundang oleh pihak pentadbiran sebuah masjid di Shah Alam yang dibarisi pemimpin dan penyokong Umno untuk menyampaikan ceramah di masjid itu pada suatu malam.
Bagaimanapun, menurut beliau, arahan tersebut tidak dilaksanakan oleh beliau kerana memikirkan tanggungjawab yang terpikul di bahunya berhubung tugas penyebaran ilmu kepada orang ramai, di samping kerugian yang pasti dihadapi oleh masyarakat sekitarnya berhubung kepentingan menuntut ilmu.
"Mengikut jadual, ceramah itu pun bukannya panjang, hanya untuk satu jam sahaja. Jadi pada pandangan saya, jika hanya untuk ceramah sependek itu pun tak dibenarkan, bagaimanakah lagi masyarakat sekitar akan terdidik dengan didikan agama?
Sebenarnya orang ramai talah maklum bahawa niat PAS bukan menyebarkan agama, tetapi menggunakan majlis agama untuk berpolitik. Pendengar akan ditipu dengan berbagai cara. Ustaz politik PAS akan menggunakan kupasan nas, hadith dan sirah yang menghala kepada keperluan politik pecahbelah, menimbulkan kebencian, menghasut secara halus dan menyuburkan keraguan. PAS juga sanggup bekerja sehingga ke tahap menghalalkan segala perbuatan mungkar politik yang Gerombolan Pakatan mereka lakukan.
Tujuan sebenar PAS adalah untuk mencapai matlamat politik bersama China DAP dan menyelesaikan masalah peribadi Nuar Berahim.
Tujuan sebenar PAS adalah untuk mencapai matlamat politik bersama China DAP dan menyelesaikan masalah peribadi Nuar Berahim.
Bagaimanapun, kebangkitan rakyat tetap tidak mampu disekat oleh Umno BN, apabila rakyat Selangor telah memberikan undi kepada Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 pada tahun 2008 lalu bagi membolehkan Selangor diperintahkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat.
Selama lebih 50 tahun UMNO-BN diberi mandat oleh Rakyat, tidak ada satupun yang gagal dilaksanakan. Rakyat berterima kasih dan bersyukur kerana negara berjaya dibangunkan dalam bidang ekonomi, dan sosial di samping menikmati ketententeram, keselamatan dan perhubungan antara kaum yang harmoni.UMNO-BN tidak menggunakan pendekatan berceramah di merata tempat, tetapi membangunkan seluruh negara dengan mengutamakan kebajikan rakyat.
UMNO-BN tidak memperalatkan agama untuk mendapatkan undi, sebaliknya menggunakan Mandat Rakyat untuk menbangunkan sistem ekonomi dan pendidikan yang terbaik supaya Rakyat bangga menjadi penganut agama masing-masing.
Kini Parti Melayu PAS semakin mengarut. Cuba membangunkan Islam mengikut cara dan telunjuk China DAP.
Akibatnya rakyat, samada berbangsa Melayu, China, India yang beragama Islam, Kristian, Budha atau Hindu semakin menjauhi gabungan parti yang berfahaman Khawarij-Komunis itu.
Kuasa Rakyat juga sudah berjaya mengenepikan cubaan ganas Ambiga-Nuar menggantikan sistem pilihanraya kepada sistem jalanraya. Syabas seluruh rakyat Malaysia yang berwawasan dan berpandangan jauh.
Negara kita telah dibangunkan dengan begitu baik. Semua rakyat berbilang kaum dan agama hidup aman damai. Dapat membaiki taraf hidup dari generasi ke genarasi dan dapt mempraktikkan agama masing2 dengan bebas.
BalasPadamTapi PAS nampaknya bersekongkol dengan parti China DAP untuk memusnahkan semua ini.
Kita berharap ahli2 dan penyokong PAS dapat memikirkan hal ini dengan ikhlas berdasrkan ajaran agama kita.
Usahlah kerana politik sempit, kita kuburkan pencapaian umat Islam di negara kita yang jumlahnya pun tak seberapa.
16 Ogos 2011 12:41 PM
Bahari Sungai Ujung berkata...
Salam Tuan,
Pd pndngan saya, PAS ni tak layak utk memerintah. usahkan sebuah negeri atau negara...sebuah kampung pun tidak mampu.
Ini disebabkan pemikiran dan mentaliti mereka tidak berkualiti sama sekali. Keadaan ini disebabkan dlm pergerakan PAS, mereka terlalu banyak menanam rasa ridak puas hati terhadap UMNO, Kerajaan dan pihak2 yg tidak menyokong mereka.
Emosi dan rasa kebencian pd pihak lain menjadi2 sehinggakan pada pihak yg membantu dan menjaga kebajikan hidup mereka pun dibenci tanpa sebab.
Saya setuju dgn pandangan Tuan dan saya yakin, PAS hanya sesuai menjadi parti penyokong DAP dan alat Anuwar Iberahim melepaskan dirinya sahaja.