Followers

Selasa, 2 Ogos 2011

Penyangak Politik Yang Semakin Tertolak

Tiang Seri Penyokong Nuar Berahim

Kelamkabut!!

Itulah istilah yang sedang bermain di bibir sebahagian besar ahli dan penyokong gerombolan pakatan pembangkang masa kini.

Anggapan orang ramai bahawa PAS, PKR dan DAP sedang berada pada tahap tidak menentu dan sedang menunju ke era baru dalam meneruskan komplot mereka.

Kegagalan demi kegagalan melanda pakatan pembangkang dalam usaha menumbangkan UMNO-BN yang mendapat sokongan rakyat secara berterusan.

Setiap kali selepas PRU, UMNO-BN akan muncul bersama Kuasa Rakyat (People's Power) untuk meneruskan agenda membangunkan negara selaras dengan kehendak mojoriti.

Setiap kali selepas PRU juga, Gerombolan Pakatan Pembangkang akan menghadapi masalah untuk menghakis kesetiaan, kepercayaan, keyakinan dan harapan yang terbina begitu kukuh di antara rakyat dan UMNO-BN.

Akhirnya segala usaha anti nasional yang dimainkan oleh para penghasut yang berfahaman cuvinisme, khawarij-komunisme dan liberalisme berhadapan dengan kebuntuann apabila ikon pemimpin palsu yang mereka julang, telah menjunam ke bumi.

KUALA LUMPUR, 1 Ogos: Pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat tidak sekali-kali dipilih dari para pemimpin NGO dan parti-parti politik lain, sebaliknya hanyalah terbuka kepada pemimpin-pemimpin yang berada dalam Pakatan Rakyat sendiri. 

Oleh itu, dakwaan yang mengatakan Tengku Razaleigh Hamzah akan dilantik menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat, ternyata tidak berasas dan hanyalah disifatkan sebagai permainan politik Umno semata-mata....(Sumber harakahdaily)

Dinosaur yang rajin mengintai

Pandangan Pendita:

Ahli politik yang berasa semakin tertolak, pasti akan mencari jalan untuk menyelamatkan diri. Samada berjaya atau tidak, bukan perkiraan utama. Yang penting berusaha supaya tidak terkeluar terus dari arus pergerakan semasa. 

Inilah yang berlaku kepada Ku Li. Dinosaur politik Gua Musang yang sudah bosan kerana bertapa begitu lama dalam kepompong jajahannya.

Merasakan dirinya masih hebat, berharga dan dihormati, Ku Li ingin mengasak dirinya kembali ke dalam arus politik perdana, walaupun tarafnya sekarang hanyalah sekadar jaguh kampung Hulu Kelantan.  Sebenarnya Ku Li akan lebih dihormati dan diingati jika berjaya mematikan angan-angan mat jeninnya.

Samalah dengan Nuar Berahim. Pada skala politik nasional, nyawanya sudah hampir melepasi halqum. Terpaksa mengharapkan simpati, dokongan dan kerahan tenaga luar biasa rakan-rakan dalam gerombolan pakatan untuk mengubah takdir kematiannya.

Solat hajat politik dan doa gerombolan umat Islam PAS telah diperkenankan. Tuhan telah membuka hati pemimpin kecil Gua Musang untuk menaiki pentas dan bakal mewarisi kerja tangan Nuar berahim menghancurkan agama, bangsa dan negara.

Samada Ku Li diterima baik atau tidak oleh sekutu Gerombolan Pakatan Pembangkang, Nama Ku Li dan Nuar Berahim telah tersemat dalam sejarah sebagai ahli politik yang semakin tertolak dalam arus ganas yang mereka cipta sendiri.

Apapun yang akan berlaku, rakyat dan negara telah terselamat dari bencana yang dibawa oleh dua makhluk yang tidak diperlukan ini. 

(Rakyat terutama ahli UMNO, tidak pernah lupa peranan S46 yang diterajui oleh Ku Li dan pemimpin dua wajah Nuar Berahim)


2 ulasan:

  1. intai jgn tak intai

    BalasPadam
  2. kmu lupa kot.nk buruk kn S46,bkn TRH sorng je,Rais Yatim,Shaberi Chik,Tg Azlan,Ibrahim Ali dn rmai lg.Dimna mrka skrg?klau ko ahli umno yg sjati,ko ptut risau dgn hal dlm parti ko bkn hal di luar.ko tk nmpk ke bkn mlayu dh brebut rbut msuk parti ko yg asal ny parti mlayu.ko tk nmpk ke yg mreka ni dh mula mngmbil hak org2 mlayu dlm parti ko.brp lma lg agk ny org2 mlayu akn trplanting kluar dari parti mrk sndri.udah le bahagian org mlayu di mlaysia ni dh mmng skit,dh ada plk kaum lain yg msuk nk ambil hak mlayu dlm prti mlayu

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...