Pas kini dalam situasi sukar.
Mereka telah menolak "Melayu" dari fokus perjuangan kerana mereka beranggapan "Melayu" tiada dalam agama. Yang ada dalam agama hanyalah "Islam".
Kerana itu itu sejak sekian lama Pas mengindoktrinasikan minda ahli-ahli dan pengikutnya dengan slogan penubuhan negara Islam.
Untuk menubuhkan negara Islam, "Melayu" mesti dibuang dari fokus perjuangan kerana bersifat assobiah dan bertentangan dengan ajaran "Islam".
Bagi mempercepatkan penubuhan Negara Islam itu, slogan jihad fisabilillah diputarkan setiap hari di merata ceruk rantau negara. Akhirnya berlakukan Peristiwa Memali dan Al-Maunah.
Hari ini dengan rasmi Pas membubarkan negara Islam dalam muktamar yang dikuasai dan dipandu oleh ideologi DAP dan percaturan Nuar Berahim.
Pas membuang slogan negara Islam kerana Quran tidak menyebutkan. Lalu menggantikannya dengan negara berkebijikan walaupun idea ini sudah ketinggalan lebih 60 tahun kerana UMNO sudah melaksanakan dengan jayanya.
Jadi Pas sekarang berada dalam keadaan yang amar sukar kerana tidak boleh lagi mempolitikkan slogan negara Islam. Dalam masa yang sama tidak boleh juga menyebut perkataan "Melayu" dalam perjuangan parti kerana istilah bangsa bertentangan dengan agama.
Apa yang boleh dilakukan oleh Pas sekarang untuk meneruskan hayat parti itu, hanya tinggal dua perkara sahaja lagi:
- Meneruskan demonstrasi dan menyebarkan isu konspirasi untuk mempertahankan dan membela Nuar Berahim supaya Pas dilihat sebagai pejuang rakyat.
- Meneruskan agenda Parti Racist China DAP supaya DAP dapat meningkatkan dominasi ekonomi dan politik di negara ini, dan dengan itu akhirnya Perlembagaan Persekutuan akan digantikan dengan Perlembagaan Malaysian Malaysia.
Baca seterusnya:
DAP pemenang utama di sebalik pemilihan Pas
KUALA LUMPUR 7 Jun - Di sebalik pelbagai pihak menyifatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim kini berjaya mencengkam Pas hasil kemenangan golongan 'Anwarinas' pada pemilihan parti itu Sabtu lalu, Tun Dr. Mahathir Mohamad pula tampil dengan pandangan yang berbeza.
Bekas Perdana Menteri itu berkata, individu sebenar yang memperoleh kejayaan besar di sebalik tumbangnya golongan ulama adalah Karpal Singh, apabila Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri secara 'rasmi' menggugurkan hasrat menubuhkan negara Islam.
Katanya, Karpal tidak lagi perlu mati untuk Pas melangkah mayatnya terlebih dahulu jika parti tersebut berhasrat mahu menubuhkan sebuah negara Islam kerana, perjuangan Pengerusi DAP itu sudah pun tercapai tanpa perlu dia bersusah-payah.
"Tokoh yang memang besar di sebalik muktamar kali ini adalah Karpal. Perjuangannya supaya Pas gugurkan matlamat untuk mendiri negara Islam yang akan menguatkuasa hukum hudud sudah pun tercapai. Karpal tidak perlu mati untuk Pas melangkah mayatnya.
"Belum pun dia mati, Pas sekarang sudah menjadikan perjuangan untuk negara Islam dan hukum hudud tidak lagi perkara utama. Sekarang Pas akan berjuang untuk negara kebajikan," kata Dr. Mahathir dalam blognya, http://chedet.co.cc, hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, kurangnya perbincangan dan perbahasan mengenai justifikasi mengapa asas perjuangan menubuhkan sebuah negara Islam yang selama ini menjadi pegangan, digugurkan sebegitu mudah juga membuktikan lemahnya Pas berbanding DAP.
Katanya, Pas sanggup mengorbankan prinsip perjuangan parti semata-mata kerana ingin menghalalkan kerjasama dengan DAP, tetapi pada masa yang sama masih membohongi rakyat kononnya dasar tersebut akan terlaksana selepas menawan Putrajaya.
"Lebih tepat lagi adalah kerana Pas tidak sanggup berhujah dengan Karpal. Syabas dan tahniah kepada Karpal. Akhirnya perjuanganmu menentang negara Islam Pas sudah berjaya," ujarnya sinis.
Lawati Blog chedet
Tiada ulasan:
Catat Ulasan