Followers

Rabu, 29 September 2010

Dewan Pemuda PAS Bergantung Harap Pada Kerajaan UMNO-BN



Dewan Pemuda PAS Yakin dan Minta Semua Dasar-dasar Kerajaan Pusat diteruskan.

Sumber harakahdaily
Bajet 2011: Pemuda PAS mahu pendidikan diutamakan
Hazayani Zakaria 
  
PUTRAJAYA, 28 Sept: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) hari ini menyerahkan memorandum mengandungi 10 harapan anak muda terhadap Bajet 2011 kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Memorandum berkenaan diserahkan oleh Ketua DPPP, Nasrudin Hassan dan diterima oleh Setiausaha Sulit Kanan Menteri Kewangan, Datuk Mohd Fauzi.

Memorandum berkenaan antaranya menggesa kerajaan agar mengekalkan peruntukan terhadap sektor pendidikan dan pembinaan modal insan sebagai antara penerima peruntukan yang terbesar dalam bajet yang akan dibentangkan di Parlimen, Oktober ini.

"Peruntukan tersebut tidak harus dibelanjakan bagi pembinaan infrastruktur dan materialistik semata-mata, sebaliknya diseimbangkan dengan perbelanjaan terhadap aktiviti-aktiviti latihan, pemikiran, kepimpinan dan jatidiri yang sebenar," kata Nasrudin kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum itu...

Perkara ini berlaku adalah berikutan kesedaran dan keinsafan Dewan Pemuda Pas Malaysia terhadap keterbatasan kemampuan mereka membantu memajukan rakyat dan negara. Diakui bahawa Dewan Pemuda Pas hanya mampu setakat menganjurkan demonstrasi, membakar semangat, meniupkan emosi kebencian serta tingkahlaku melanggar perlembagaan dan pencabulan kedaulatan undang-undang negara.

Sebagaimana yang diketahui ramai, parti PAS memang  terdapat ramai ustaz-ustaz yang berminat menyampaikan ceramah dan pidato. Mereka berceramah setiap masa tanpa henti. Sering diadakan perjumpaan yang dinamakan "majlis ilmu Islam" di mesjid, surau, pondok, rumah-rumah, malah di restorans dan tempat orang mati sekalipun. Malangnya diakui bahawa dakwah yang mereka bawa tidak sampai ke mana-mana.

Dakwah Islamiah yang disampaikan oleh PAS itu tidak mampu menangani gejala sosial atau mengubah sahsiah anak-anak muda kita. Sebaliknya diakui Sistem Pendidikan dan Dasar-dasar Pendidikan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat didapati jauh lebih berkesan. Bukan sahaja generasi muda kita berpendidikan, berkemahiran malah terbina personaliti anak muda yang mampu menjuarai zamannya dalam pelbagai bidang kehidupan moden.

Dewan Pemuda PAS Pusat akur dengan kejayaan Falsafah Pendidikan Negara yang selama ini berjaya mengangkat ummah dalam pelbagai bidang kehidupan. Sistem persekolahan yang dinamik dengan tenaga pengajar yang profesional serta infrastruktur yang lengkap telah membantu rakyat semua kaum memperoleh pendidikan dalam suasana yang amat kondusif. Dengan ini kerajaan yang diterajui UMNO berjaya menegakkan syariat dan syiar Islam sebagaimana yang digariskan oleh al-Quran, hadith dan ijmak ulamak.

Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Saudara Nasruddin Hasan dengan penuh ikhlas menyampaikan hasrat Dewan Pemuda kepada YAB DS Najib dengan penuh harapan.
10 Harapan Anak Muda Terhadap Bajet 2011

1. Mendesak kerajaan supaya meneruskan urus tadbir yang terbaik, ketelusan dan akauntabiliti yang tinggi supaya seluruh urusan negara dapat dijalankan dengan penuh tanggungjawab, adil dan berkebajikan sebagaimana yang telah diamalkan di negara kita selama ini.


Perkara ini telahpun dicapai kerana Kerajaan Pusat berjaya menghayati dan mengamalkan tuntutan terhadap Islam dan kerajaan telah mendaulatkan undang-undang negara, penerapan akhlak mulia disamping mengekalkan polisi seperti amalan pemisahan kuasa, Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Rahsia Rasmi, Akta Universiti dan Kolej Universiti, Akta Percetakan dan Penerbitan serta Akta Polis yang telah menjamin kedaulatan Perlembagaan dan kesejahteraan rakyat
.
Pemimpin-pemimpin kerajaan dan pembangkang diharap bebas dan bersih daripada sebarang krisis moral, korupsi, amalan kronisme, nepotisma,  mengumpul harta kekayaan dari khazanah negeri dan sebarang unsur negatif yang boleh menjejaskan penghormatan dan imej negara di mata rakyat dan peringkat antarabangsa.


2. Dewan Pemuda Pas Pusat bangga keraja Kerajaan Pusat teruskan amalan meletakkan prioriti pembangunan dan pelaburan atas neraca yang adil selaras dengan keperluan rakyat. Dengan itu perbelanjaan negara tepat kepada golongan sasaran, mengelakkan pembaziran, rakyat diutamakan serta memberikan kesan gandaan yang positif sebagaimana yang telah diamalkan semenjak negara mencapai kemerdekaan.


Dengan dasar yang telah dijalankan ini, Dewan Pemuda PAS Pusat yakin di bawah pemerintahan Kerajaan Pusat, akan mampu melonjakkan rangsangan ekonomi negara di samping meningkatkan dana simpanan negara bagi menghadapi tamparan unjuran krisis ekonomi yang semakin kritikal diperingkat global serta memberikan keselesaan terhadap generasi negara akan datang.


 3. Yakin dengan dasar kerajaan yang sentiasa mengkaji semula kemudahan asas untuk rakyat seperti eletrik dan air supaya tidak berlaku peningkatan tarif yang tidak releven disamping mengekalkan subsidi bagi meringankan beban rakyat seperti yang sedang dinikmati oleh rakyat masa ini.


Kerajaan Pusat diyakini akan terus memanfaatkan hasil dan khazanah negara dengan bijaksana seperti pendapatan dari kegiatan Petronas, dividen, royalti dan cukai supaya dapat mengawal tidak berlaku inflasi. mengawal  harga petrol, diesel dan barang-barang keperluan yang lain serta menyemak dari semasa ke semasa kadar-kadar tol untuk membantu rakyat.


4. Kerajaan Pusat dipuji kerana meneruskan sistem cukai yang sedia ada kerana sangat berkesan sambil membuat beberapa kajian semula (jika perlu). Kerajaan didapati memiliki keazaman dalam memastikan rakyat di negara ini tidak terbeban dengan penetapan cukai yang dikenakan ke atas mereka dengan Rang Undang-Undang Cukai Barang dan Perkhidmatan yang dijangka akan dibahas dan diwartakan dalam sesi mesyuarat ketiga Parlimen sepanjang Oktober hingga Disember ini.
    
Pihak Dewan Pemuda Pas Pusat amat yakin pihak kerajaan akan terus berusaha menyelaras pelaksanaan sistem kutipan zakat dan pengurusan baitulmal di peringkat negeri-negeri supaya usaha membantu golongan sasar atau asnaf dapat diuruskan dengan lebih efektif dan efisyen di samping menambahbaik konsep wakaf untuk manfaat rakyat.


5. Menyokong penuh Kerajaan Pusat untuk meneruskan dasar memelihara dan memulihara sumber alam seperti perhutanan, tanah, pasir, sungai, laut, lombong, minyak, gas dan lain-lain dengan baik supaya ia dapat menampung aset negara disamping mengekalkan warisan untuk generasi akan datang.


Pihak Dewan Pemuda Pas Pusat berasa kagum dan  menyambut baik usaha teknologi hijau yang telah dibangunkan kerajaan selama ini bagi menangani ancaman pemanasan global, krisis makanan dan bencana alam. Langkah ini sesuai dengan amalan Islam bagi membendung masalah kesihatan, manipulasi pasaran dan keuntungan sesetengah pihak semata-mata.
  
6. Dewan Pemuda Pas Pusat amat bersyukur kerana langkah yang telah diambil oleh Tun Dr Mahathir ekoran daripada krisis kewangan global yang melanda Eropah dan khususnya Amerika Syarikat sebelum ini, telah menyelamatkan negara dan seluruh rakyat Malaysia.  Negara dan Rakyat kita terselamat daripada terpaksa bergantung dan berhutang kepada kuasa besar.


Menyokong sepenuhnya Dasar Diplomasi Kerajaan Pusat selama ini dalam hubungan diplomatik dengan negara maju serta negara-negara sedang membangun seperti di negara Timur Tengah, ASIA dan ASEAN bagi membentuk rangkaian ekonomi yang konstruktif di samping mengukuhkan nilai dalam sistem matawang negara.


7. Dewan Pemuda Pas Pusat melahirkan rasa kagum dengan peruntukan Kerajaan Pusat terhadap sektor pendidikan untuk pembinaan modal insan dan berharap sangai dikekalkan dalam Bajet 2011 kelak untuk meneruskan aktiviti-aktiviti latihan, pemikiran, kepimpinan dan jatidiri yang sebenar. Dengan peruntukan yang diagih secara adil dan saksama di sekolah-sekolah di kawasan pendalaman Semenanjung Malaysia, Labuan, Sabah dan Sarawak telah dapat membantu rakyat berpendidikan.


Kerajaan dirayu supaya terus menyediakan kemudahan pinjaman pendidikan PTPTN bagi yang memerlukan kerana ia dapat melatih rakyat negara kita menghargai sumbangan dan bertanggungjawab terhadap pinjaman disamping terus memberi perhatian berat terhadap pembinaan syakhsiyah jatidiri mahasiswa seiring dengan tuntutan serta kehendak industri. Dalam soal ini, penghayatan terhadap falsafah pendidikan negara terus disegarkan kerana mampu mealhirkan rakyat yang dinamik dan berdaya saing.


8. Dewan Pemuda Pas Pusat berasa kagum dengan tahap kesihatan rakyat negara ini yang berjaya membendung penularan wabak penyakit kritikal seperti Influenza A (H1N1), demam denggi, chikungkunya, meliodosis dan leptospirosis. Yakin bahawa Pihak Kerajaan Pusat terus melaksanakan pre-emptive plan sebagaimana yang dilakukan bagi menangani penularan wabak penyakit tersebut.


Kejayaan Sistem Pendidikan Negara telah berjaya meningkatkan penyelidikan dan pembangunan penemuan kajian-kajian terbaru di samping melahirkan tenaga-tenaga pakar untuk mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan rakyat.


 9. Pihak Dewan Pemuda Pas Pusat amat bersyukur dan  menyokong penuh usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Pusat yang berjaya mengurangkan kadar pengangguran semasa iaitu 3.3 peratus (Julai 2010) kepada tahap paling minima. Keberkesanan dasar Kerajaan ini telah telah mengurangkan kadar pengangguran hanya kepada 13% sahaja daripada jumlah keseluruhan kadar pengangguran di Malaysia.


10. Dewan Pemuda Pas Pusat kesal terhadap persekitaraan kehidupan yang materialistik yang menjerat kebanyakan golongan muda sehingga ramai dikalangan mereka berstatus muflis. Mereka ini dipengaruhi oleh kelemahan peribadi yang terikut-ikut dengan trend gemar berhutang menggunakan instrumen kad kredit, pinjaman pembelian kenderaan dan pinjaman peribadi.


Dewan Pemuda Pas Pusat berasa kagum dengan langkah Kerajaan Pusat yang sering memberi nasihat dan ingatan kepada rakyat supaya bijak berbelanja dan berjimat cermat dalam hidup mereka kerana itulah sebenarnya yang dianjurkan oleh ajaran Islam.

Penutup

Allah SWT berfirman (bermaksud), “Wahai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu bukti kebenaran dari Tuhanmu, dan telah Kami turunkan kepadamu cahaya yang terang (Al-Qur’an), adapun orang-orang yang beriman kepada Allah dan berpegang teguh kepada agamaNya, nescaya Allah akan memasukkan mereka ke dalam rahmat dan limpahan kurniaNya, dan menunjukkan mereka jalan yang lurus” (Surah An-Nisa’ : 174-175)

Dewan Pemuda Pas Pusat bersyukur dan berterima kasih kepada Kerajaan Pusat yang amat perihatin dan beristiqomah dalam memikul amanah dan Mandat Rakyat dan berharap agar seluruh harapan yang telah dinyatakan ini dapat dikekalkan untuk mempertahankan kemaslahatan kepada agama, rakyat dan negara sebagaimana yang telah dicapai selama ini.

Dewan Pemuda Pas Pusat juga sedang mengkaji samada perbuatan parti DAP dan PKR yang sering memperkudakan parti Pas selama ini, selaras dengan ajaran Islam atau sebaliknya.

1 ulasan:

  1. As salam... "Dewan Pemuda Pas Pusat juga sedang mengkaji samada perbuatan parti DAP dan PKR yang sering memperkudakan parti Pas selama ini, selaras dengan ajaran Islam atau sebaliknya." Bagaimana??? Semuga dirahmati Allah SWT untuk mendapat kebenaran utk kita semua... Tanpa bantuan kerajaan, kita ndak mungkin berjaya seperti sekarang, ndak mungkin kita dpt melanjutkan pelajaran ke IPTA dsbnya, ndak mungkin sbb kita ndak punya tanah utk d gadai dan djadikan modal utk ke sana... Terima kasih, semuga diriku dirahmati Allah SWT apabila d sana kelak... InsyaAllah...

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...