Followers

Khamis, 30 September 2010

Anak Cucu Che Siti Wan Kembang Sedang Menolak PAS di Kelantan


PAS sedang mengalami kedukaan politik
atas kematian Wakil Rakyat DUN Galas

Pilihanraya kecil N45 DUN Galas semakin pasti. Tetapi PAS semakin hilang keyakinan diri. Beberapa kenyataan untuk menghilangkan keresahan dibuat oleh pemimpinnya. Terbaru adalah kenyataan dari Ketua Penerangan Pusatnya sendiri, Ustaz Idris Ahmad.

KUALA LUMPUR, 30 Sept: PAS menyifatkan perlantikan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Pilihan raya Umno dan BN bagi pilihan raya kecil (PRK) Dun Galas sebagai kata dua kepadanya yang menyokong tuntutan royalti Kerajaan PAS Kelantan.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, jelas ianya tindakan terdesak Umno kerana ternyata parti itu amat bergantung harap kepada pengaruh Tengku Razaleigh bagi merampas semula Dun berkenaan.
Sumber: harakahdaily

Seperti biasa Ustaz Idris Ahmad akan memberi ulasan dan pandangan yang merepek. Bukan sahaja pandangannya sentiasa bersifat  kebudak-budakan, malah kelihatan amat tidak matang dan agak merapu.

Tetapi apa yang penting dengan kenyataan Ustaz ini ialah, secara langsung beliau mendedahkan betapa PAS amat tertekan dengan ujian yang tidak diduga ini. Kematian Che Hashim Sulaima seolah-olah menjadi beban yang tidak dikehendaki oleh PAS. Kematian Che Hashim menimbulkan kedukaan politik kepada PAS Kelantan.

Ini disebabkan PAS Kelantan sudah sedia maklum tentang berlakunya penolakan rakyat secara menyeluruh di negeri itu. Rata-rata penduduk Kelantan telah mula membuka mata dan fikiran terhadap maksiat politik dan penyelewengan yang sedanag rancak dilakukan di negeri Che Siti Wan Kembang itu.

Rakyat sudah muak dengan ceramah berapi-api ustaz-ustaz politik mengenai usaha pemimpinnya meminta sedekah wang Petronas untuk Parti PAS. Sedangkan rakyat tahu agihan wang tersebut sudahpun dinikmati oleh rakyat Kelantan dalam pelbagai bentuk. Rakyat sudah dapat mencium muslihat sebenarnya adalah untuk menggunakan wang Petronas untuk politik parti PAS dan bukan untuk rakyat.

Seketika dahulu Rakyat Kelantan terkejut besar apabila Ustaz Nik Aziz yang selalu menampilkan dirinya sebagai orang yang amat zuhud, didapati terlibat dengan amalan buruk nepotisme, kronisme dan salahguna kuasa sewenang-wenangnya. Semua peluang kekayaan dan manipulasi aktiviti ekonomi telah dirampas oleh kaum kerabat, keluarga dan rakan-rakan rapat beliau.

Isu Nik Aziz menerima duit rasuah dari rakan-rakan niaganya untuk melancong ke Mekah setiap tahun juga telah menjadi bualan ramai rakyat negeri itu. Ditambah pula dengan rasuah yang diterima oleh adiknya sendiri baru-baru ini, menjadikan Nik Aziz dan keluarganya menjadi pusat penyelewengan utama dan agen rasuah di negeri itu.

Masalah Dinar Emas Kelantan juga tidak pernah berhenti menjadi tajuk utama di kedai-kedai kopi dan surau-surau di seluruh negeri. Rakyat sudah mengerti bahawa projek itu sebenarnya adalah peluang berniaga dengan keuntungan yang berlipat-ganda untuk kroni-kroni Nik Aziz sedangkan rakyat tidak mendapat apa-apa keuntungan.

Dalam waktu yang sama rakyat negeri Che Siti Wan Kembang, Tanah Serendah Sekebun Bunga itu setiap hari menghirup nafas berdebu dari lori-lori balak yang mengaut khazanah negeri di depan mata mereka. Sedangkan air yang diminum oleh rakyat masuh berkarat dan jalan-jalan terbiar rosak dan berlopak. Wang hasil jualan balak dan tanah Kelantan masuk ke poket kroni Nik Aziz sedangkan rakyat yang memberi mandat terbiar, tersiksa dan menderita. Kesejahteraan mereka dirampas hanya dengan mendendangkan ayat Quran dan Hadis setiap hari.

Ustaz Nik Aziz masih dengan cara dan gayanya. Dengan mulut yang celupar terus menjadikan Islam sebagai alat Parti untuk meraih undi. Memilih DAP sebagai rakan kongsi telah menjerat PAS dalam isu kesucian agama yang memalukan. Nama Allah dipermainkan, kafir DAP dijemput ke surau dan mesjid untuk memijak sejadah tempat orang Islam sujud, menghalalkan DAP merasuah warga emas dengan duit judi di Pulau Pinang dan banyak lagi insiden yang memalukan.

Akhirnya, PAS telah terasa bahawa Rakyat Kelantan yang berfikiran dan matang telah semakin ramai. Sudah tiba masanya mereka membuat penilaian dan akhirnya akan membuat keputusan meminggirkan parti yang hanya mampu berceramah dan mengapi-apikan kebencian dari peta politik kelantan yang mereka cintai itu.

Ustaz Idris harus mencari idea yang lebih baik untuk menghadapi penolakan Rakyat kalau mahu meningkatkan keyakainan menghadapi ujian yang tidak diduga ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...