Followers

Khamis, 30 Disember 2010

SUK: PAS Mahu Lantikan Berdasarkan Politik













 Pas dan Pakatan Pembangkang terus menganggu Perkhidmatan Awam


KUALA LUMPUR, 29 Dis: Tindakan kerajaan pusat melantik Datuk Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan (SUK) negeri Selangor membuktikan bahawa Umno lebih pentingkan politik mereka dari menjaga kepentingan rakyat negeri itu.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (gambar) ketika diminta mengulas isu perlantikan itu berkata, semua orang yakin dan percaya bahawa kemasukan Khusrin tidak ada maksud lain melainkan untuk menggagalkan segala usaha yang dirancang oleh kerajaan Pakatan Rakyat negeri itu.....

Pas bukan sahaja membelakangkan semangat faderalisme, tetapi juga merupakan percubaan PAS  mensabotaj Perkhidmatan Awam dengan cara cuba campurtangan dan merampas kredibiliti dan akauntibiliti yang telah digariskan oleh Perlembagaan Persekutuan

Sebabnya amat mudah, Pas sudah mula terasa begitu gentar dan hilang keyakinan untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang mereka percaya akan berlaku awal tahun hadapan.

Pas bukan sahaja tidak menghormati Sultan dan Rakyat Selangor, malah mensabotaj keinginan Rakyat yang mahukan sistem pentadbiran yang mendahulukan Rakyat serta amalan demokrasi hidup subur di negara ini. 
usaha kerajaan Pakatan Rakyat.

Khusrin adalah Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), yang dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru, berkuatkuasa 1 Januari.Beliau menggantikan Datuk Ramli Mahmud, 56, yang akan menamatkan perkhidmatan pada 31 Disember ini.

Khalid Samad yang juga Yang Dipertua PAS Shah Alam tidak berada pada kedudukan yang melaykkannya memberi nasihatk supaya Khusrin menolak perlantikan tersebut. Tetapi beliau wajar menasihatkan Khalid Ibrahim supaya menghormati Perlembagaan Persekutuan serta Sultan Selangor, jika beliau bermaruah.

Pas dan sahabat-sahabat pakatannya akan terus menjadi musuh rakyat negeri Selangor dengan tindak-tanduk anti nasional yang mereka tunjukkan semenjak berjaya menipu rakyat untuk memerintah Selangor.

Khusrin diterima baik oleh rakyat selama beliau berkhidmat dengan JAIS kerana begitu tegas dan dedikasi menjalankan amanah yang diberikan kepadanya. Pas sememangnya memusuhi Khusrin yang dilihat mereka sebagai pebnghalang menggunakan mesjid dan surau untuk berpolitik. Misalnya berkitan dalam isu orang bukan Islam memasuki masjid yang pernah menghangatkan politik tanah air baru-baru ini.

Khusrin dilihat tidak berpihak kepada mana-mana parti politik dan banyak tindakannya khususnya berkaitan pentadbiran dan pengurusan hal ehwal agama di negeri itu dilaksanakannya mengikut ajaran Islam tanpa mengira parti politik.

Ketulusan dan sikap beramanah Khusrin tidak disenangi oleh Pas dan Pakatan Pembangkang. Mereka berharap Khusrin membelakangkan ajaran Islam dan mahu bersekongkol dengan mereka memanipulasi Rakyat Selangor.
Dengan kata lain, Pas dan Pakatan Pembangkang mahukan Jabatan Perkhidmatan Awam dikuasai dan mengikut telunjuk Parti Pembangkang sepenuhnya.

Selasa, 28 Disember 2010

Najib Berjiwa Besar, Berpandangan Jauh

UMNO sudah mengumumkan rombakan yang melibatkan pertukaran beberapa Pengerusi dan Timbalan Pengerusi UMNO Perhubungan Negeri-negeri.

Rombakan ini amat menarik kerana dilihat sebagai satu keputusan yang bijak. Pengekalan dan perubahan jawatan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi nampaknya dibuat berdasarkan usaha untuk memantapkan UMNO Negeri.

DS Najib telah berjaya mengambilkira beberapa faktor penting untuk meneruskan perjuangan UMNO di negeri-negeri. Antaranya faktor kewibawaan pemimpin dan kepimpinan, menggabungkan tenaga pemimpin muda dan pemimpin lama serta penerimaan rakyat terhadap personaliti yang dipilih.

Bagaimanapun, setiap perubahan pasti ada kesan sampingan. dan kita berharap pemimpin yang mempunyai agenda peribadi hendaklah memberi laluan dan menyokong rombakan ini. Sekurang-kurangnya menunjukkan kita setia kepada pemimpin tertinggi dan menghormati keputusan parti yang telah dibuat. Samalah juga, kita berharap oranglain menyokong dan meneriam keputusan yang kita lakukan.

Pendita yakin DS Najib tidak bersendirian dalam mengatur rombakan ini. Pandangan semua pihak telah diambilkira dan kepentingan UMNO diletakkan sebagai keutamaan dalam membuat keputusan.
UMNO tidak mempunyai pilihan lagi melainkan terus membuktikan kepada rakyat bahawa organisasi kita adalah yang terbaik dalam sistem demokrasi yang meguruskan rakyat pelbagai kaum dan agama. Kejayaan UMNO dan rakan-rakan BN adalah bukti kita mampu mengendalikan sebuah negara majmuk untuk terus mara ke hadapan di atas pentas global tanpa sempadan ini.

Pendita mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada barisan kepimpinan UMNO Negeri dan Tahniah Istimewa buat  Dato' Mukhriz. Bekas Pemimpin Pemuda yang semakin matang dan diperlukan oleh parti dan rakyat.

Baca seterusnya senarai rombakan.

SENARAI ROMBAKAN KEPIMPINAN UMNO BAHAGIAN

1.PERLIS
PENGERUSI - YAB DATO' SERI DR. MD ISA BIN SABU
TIMB. PENGERUSI - YB DATO' SERI SHAHIDAN KASSIM

2. KEDAH

PENGERUSI - YB DATO' PADUKA AHMAD BASHAH MD HANIPAH
TIMB. PENGERUSI - YB DATO' MUKHRIZ BIN TUN MAHATHIR

3. KELANTAN
PENGERUSI - YB DATO' SRI MUSTAPA BIN MOHAMED
TIMB. PENGERUSI - YB SEN. DATO' DR AWANG ADEK HUSSIN

Jumaat, 24 Disember 2010

100 Hari: Menjerat Leher Gerombolan Pembangkang

100 Hari: PAS Merayu Pada Najib PDF Cetak Emel

Initipati Ulasan Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dilihat lebih cenderung  kearah merayu kepada Perdana Menteri serta Timbalannya supaya jangan menyerang 'janji 100 hari Pakatan Rakyat' walaupun jelas janji itu tidak berpijak kepada realiti.

Mengulas kenyataan Datuk Seri Najib itu, Tuan Ibrahim berkata memanglah janji Pakatan itu kosong malah masih lagi belum pasti kerana tidak dapat menilai kemampuan sebenar dari segala aspek termasuk kemampuan ekonomi negara.
 
Beliau menyeru supaya Perdana Menteri dan timbalannya janganlah terus mempertikan janji Pakatan ini yang terpaksa dibuat diluar kemampuan Pakatan.
 
Mengaku bahawa Pakatan terpaksa menawarkan sogokan imbuhan RM500 kepada guru-guru untuk mengelakkan mereka dari terus memberi sokongan kepada Kerajaan.

Menurutnya, Pakatan Rakyat memang tidak berkemampuan melaksanakan janji 100 hari itu tetapi janji perlu ditaburkan sekarang untuk persediaan memancing undi orang ramai. 

Juga beliau secara tidak langsung melahirkan rasa kurang yakin Pakatan akan mendapat sokongan kerana Kerajaan semakin kuat berasaskan kepada perubahan pengurusan kewangan negara yang sentiasa dilakukan oleh BN dengan menghapuskan amalan rasuah, penyelewengan, pembaziran dan salah urus pentadbiran kerajaan di samping sistem mahkamah dan sistem keadilan bertambah cekap dan mantap.

Beliau turut mengakui bahawa perkara yang telah menjadi amalan Kerajaan di bawah UMNO-BN sama sekali tidak dapat dibuktikan  dalam pemerintahan Pakatan Rakyat di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Perak ketika Pakatan memerintah negeri itu. Sebaliknya penyelewengan, perompakan khazanah rakyat, kenaikan tarif air menjadi semakin berleluasa dan berlaku di hadapan mata rakyat.

Ulasnya lagi secara tidak langsung, rakyat perlu mengetahui, bahawa sebahagian besar janji Pakatan ini akan melibatkan Perubahan Perlembagaan Negara kepada Perlembagaan Rakyat yang lebih adil dan samarata bagi menepati konsep "Islamik Malaysia Malaysia"

Beliau mengakui bahawa usaha PAS untuk menghapus Felda Plantation bagi melibatkan peneroka dikalangan generasi kedua Felda memang sesuatu yang terpaksa dilakukan untuk mendapatkan undi dari umat Islam yang terdiri dari kaum Melayu walaupun hakikatnya Felda telah berjasa besar membela kehiidupan umat Islam dan sebahagian rakyat Malaysia pelbagai kaum. 

Beliau juga menyeru supaya rakyat tidak perlu bimbang untuk menukar kerajaan kepada Pakatan,  walaupun rakyat masih tidak nampak dan tidak yakin kerana tiada bukti. Beliau seterusnya merayu supaya rakyat menolak Pakatan di masa depan kalau Pakatan tidak tunaikan janjinya.

Khamis, 23 Disember 2010

Konvensyen Ke2 Gerombolan Pakatan Pembangkang: DAP Mara Setak Lagi


 Konvensyen Ke2 Gerombolan Pakatan Pembangkang Membantu  Cauvinist-Racist DAP Mara Setapak Lagi

Sepanjang seminggu lalu, rancangan Pakatan Rakyat untuk tidak membincangkan isu negara Islam dalam konvensyen kedua di Kepala Batas, Pulau Pinang telah berjaya didedahkan oleh Umno sebagai satu bukti kelemahan PAS dalam Pakatan.

Menurut kenyataan pemimpin-pemimpin Umno dan blog-blog penyokong parti itu, PAS telah mengkhianati perjuangan Islam apabila membiarkan agenda penting parti itu tidak menjadi sebahagian agenda konvensyen Pakatan.
Hal ini jelas membuktikan tidak wujud sama sekali persepakatan dalam Pakatan.

Hakikat bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilapor memperkudakan parti-parti Pakatan dan kenyataan yang ditafsir terus oleh ahli-ahli PAS sendiri sebagai penolakan agenda negara Islam oleh Anwar.

Penolakan secara total agenda negara Islam, yang menjadi asas slogan perjuangan PAS sebagai gerakan Islam telah ditolak mentah-mentah dalam konvensyen Ahad lalu.

Pakatan telah memilih untuk tidak membincangkan perkara-perkara asas perjuangan parti komponen dalam konvensyen. Ini bermakna agenda negara Islam PAS sebenarnya dianggap sebagai menjadi halangan kepada perjuangan Pakatan. Jika diterima akan menghalang kesepakatan sehingga dipercayai akan menggagalkan  hasrat untuk mengadakan konvensyen kali kedua itu.

Konvensyen kedua telah memutuskan untuk membincangkan agenda-agenda bersama, seperti yang dipersetujui pada konvensyen pertama di Shah Alam, Selangor tahun lepas di mana hasrat PAS mengemukakan asas slogan perjuangannya telah disekat lebih awal.

Selepas lebih dua tahun wujud sebagai sebuah gabungan parti yang tidak beraspirasi, berangan-angan menggantikan kerajaan Barisan Nasional.  Pakatan telah semakin bercelaru dan menjadi kusut untuk menangani soal ideologi. yang saling bertentangan antara satu sama lain.

Parti-parti Pakatan tidak mampu menerima ideologi parti lain dalam gabungan, dan mengekalkan perbezaan-perbezaan setiap parti sehingga terpaksa menekan PAS menggugurkan slogan negara Islam yang menjadi modal politiknya selama ini.

Sebagai rakan dalam sebuah pakatan yang rapuh, parti-parti anggota menyedari ketidaksamaan matlamat perjuangan antara mereka tetapi terpaksa menghormati satu sama lain untuk menghadapi asakan daripada UMNO-BN yang semakin dipertahankan oleh rakyat pelbagai bangsa dan agama.

Pemerhatian kita terhadap konvensyen hujung minggu lalu membuktikan pendedahan yang dijelaskan oleh Umno itu. Pakatan telah mempersetujui agenda-agenda bersama, yang telah ditandatangani sebelum konvensyen Ahad, 19 Disember lalu dengan mengenepikan dan menolak gagasan negara Islam PAS.

Bagaimanapun, seperti sebelum ini, isu perbezaan masih menghambat Pakatan, gabungan tiga parti itu tidak dapat lari atau menyembunyikan kelemahan ideologi masing-masing yang ditolak oleh rakyat. 

Konvensyen di Kepala Batas tempoh hari juga telah menunjukkan bahawa hubungan PAS dengan DAP, dua parti yang paling cenderung untuk berselisih dalam hal ideologi masih berterusan. Perbalahan ini bertambah buruk sebenarnya dengan amaran berterusan dari ucapan pemimpin kanan DAP Karpal Singh yang menyatakan perjuangan negara Islam PAS “perlu dirundingkan segera”.  Menunjukkan memang wujud ruang isu ini terus membawa kepada pergeseran atau perpecahan dalam Pakatan.

Walaupun dalam kenyataannya Karpal jelas menyatakan hanya menerima Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan tidak lebih daripada itu, sikap Karpal itu menunjukkan penolakan secara tegas berhubung Islam di Malaysia. Jauh sekali DAP mau memperjuangan Islam sebagaimana yang telah dilakukan oleh UMNO-BN selama ini.

Perkembangan ini menunjukkan tidak berlaku perubahan sikap DAP terhadap perjuangan Islam PAS, malah terus menunjukkan sikap DAP yang lebih keras dari sebelum ini cuma disampaikan dalam bentuk sedikit berdiplomasi menggantikan ayat "over my death body".

Agenda menipu rakyat supaya terus menjadi mangsa janji-janji kosong mengenai dasar ekonomi dan sosial kelihatan begitu serius diberi tumpuan dengan menghiasinya dengan kata-kata lunak "membela rakyat terbanyak yang berpendapatan rendah".

Pada masa sama, Pakatan berhasrat terus mengelirukan rakyat dengan memberi tafsiran-tafsiran menyeleweng untuk melemahkan perpaduan antara kaum yang selama ini sangat berjaya dipupuk oleh UMNO-BN.

Berselindung di sebalik janji-jani dan omong-omong kosong perjuangan membela rakyatlah yang menjadi PAS sanggup mengorbankan slogan negara Islamnya kerana terpaksa tunduk dan menyembah  DAP dan Anwar Ibrahim yang sentiasa menekan dan mengungut kehadirannya dalam Pakatan

Apapun, konvensyen itu sekali lagi membuktikan bahawa hakikatnya DAP mara setapak lagi ke arah melupuskan penguasaan politik Bumiputera dan mengukuhkan dominasi ketuanan China.

PAS dan Anwar Ibrahim sekadar haiwan ternakan dan tunggangan DAP. 
Tidak lebih dari itu.


Rabu, 22 Disember 2010

Hebatnya Karpal Singh Tundukkan PAS


Karpal Sing Berjaya Tundukkan PAS  Supaya Jangan Sebut Lagi Tentang Negara Islam.

Untuk menentukan status agama Islam di negara ini Karpal hanya yakin jika dapat mengubah Perlembagaan Persekutuan yang ada sekarang kepada Perlembagaan Rakyat Malaysia Malaysia yang dipelopori oleh DAP.

Sebab itu Karpal perlu terus menggunakan Nuar Berahim sebagai alat untuk menukar sistem pemerintahan sekarang seperti yang dilaungkan oleh Nuar Berahim..Kedaulatan Rakyat..Republik Rakyat Malaysia..

“Kita tidak boleh pergi ke Putrajaya (membentuk kerajaan persekutuan) tanpa Anwar,” kata Karpal sambil menambah beliau akan menggunakan segala keupayaan yang ada untuk membebaskan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu

Berjayakah cita-cita cauvinist-racist ini?

Mampukah putar-belit Karpal Singh yang telah berjaya mentarbiah PAS, merosakkan pula pemikiran rakyat?

Rakyat Malaysia pelbagai kaum dan agama telah matang. Mereka boleh membezakan antara yang benar-benar membela rakyat dengan yang opportunist, cauvinist dan racist.


Baca seterusnya:

guan-eng-dap-perlekeh-raja-raja-melayu



  

 
 

Isnin, 20 Disember 2010

Seruan DS Najib Memperkasakan UMNO


Saya turunkan kembali sedutan ucapan DS Najib semasa Perhimpunan Agung UMNO 2010 di PWTC yang lalu untuk kita hayati bersama.

UMNO bukanlah sebarang parti, UMNO lahir daripada suara hati dan aspirasi orang Melayu. Menelusuri perjalanannya, UMNO telah dilanda rentetan dugaan yang besar. Tahun 1951, Presiden dan Pengasas UMNO telah meninggalkan parti. Kemudiannya, PAS telah ditubuhkan oleh salah seorang calon Presiden yang tewas kepada Almarhum Tunku dalam pertandingan menggantikan Dato’ Onn sebagai pemimpin baru UMNO.

Menjelang 1969, UMNO dan rakan-rakannya telah hilang buat kali pertama majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat, sekaligus kita dihadapkan dengan rusuhan kaum dan demokrasi terpaksa digantung. Dunia ketika itu, sudah seperti melambai selamat tinggal kepada UMNO. Detik cemas 1987 pula menyaksikan parti berpecah dua dan negara menghadapi insiden ketegangan kaum.
 
Setahun kemudian, pada 1988, kita berasa amat pilu dan begitu bersedih hati, bagai kilat turun menyambar, bagai garuda datang menyerang, hilang sudah tempat berteduh, patah ranting tempat berpaut, dengan sungguh rasa berhiba-hiba dan pilu, kita terpaksa menerima keputusan dan berita, bahawa, parti UMNO yang sangat berjasa dan menggala baktinya ini telah diharamkan.

Selanjutnya, di akhir tahun 90an, kita bukan sahaja menghadapi krisis kewangan antarabangsa, kita turut mengalami kemuraman politik apabila ramai orang Melayu telah tidak lagi memberi sokongan. Kita kemudiannya dilintangi oleh tsunami politik pada tahun 2008 yang amat mendebarkan.

Saudara dan Saudari,

Alhamdulillah, walau apa pun jua rintangan, walau apa pun jua dugaan, pada setiap yang terus berusaha, tabah dan bertawakkal kepada Allah Yang Maha Kuasa, kemenangan pasti tiba. Syukur, dalam setiap krisis, UMNO telah berjaya bangkit kembali dan pulih dalam keadaan di mana segala faktor yang ada seolah-olah tidak langsung berpihak kepada kita.

Semuanya ini kerana ahli-ahli dan pemimpin UMNO terus berpijak di bumi nyata. Semuanya ini juga dimungkinkan kerana ahli-ahli dan pemimpin UMNO tidak pernah sedetik pun pudar keyakinannya terhadap perjuangan benar ini, tidak pernah pula sesaat pun luluh harapan kepada pucuk pimpinan. Pokoknya, pegangan mulia UMNO telah memanfaatkan bukan sahaja orang Melayu tetapi seluruh rakyat Malaysia.

Hakikatnya, kitalah parti politik pertama yang berani meluaskan medan pemilihan sehingga melibatkan 140,000 orang ahli. Sebelum kita meminda perlembagaan pun, kita terkenal dengan parti politik yang amat kompetitif pertandingannya.

Demikianlah murninya impian kita. Demikianlah tulusnya langkah keramat UMNO. Demikianlah menggunungnya harapan orang-orang Melayu.

Makanya, bolehkah kita percaya kemakmuran Malaysia akan terus terpelihara sekiranya parti-parti lawan yang kelam kabut, babrak dan goyah memegang tampuk kuasa? Bolehkah rakyat Malaysia meletakkan kepercayaan terhadap mereka ini yang saban waktu dan saban masa hanya mengidam menduduki pusat pemerintahan? Sanggupkah kita menyerahkan Malaysia tercinta ini kepada penkhianat bangsa dan tanahair?

Pengkhianat bangsa dan tanahair yang dimaksudkan oleh DS Najib itu ialah Gerombolan Pakatan Pembangkang yang terdiri daripada DAP, Pas dan PKR

Jumaat, 17 Disember 2010

Kegiatan Anti Nasional Semakin Menjadi-jadi


Kegiatan Anti Nasional Semakin Menjadi-jadi di Malaysia

Rakyat pelbagai kaum dan kepercayaan agama negara ini bertuah kerana dapat hidup selesa, selamat dan menikmati kemakmuran sejak sekian lama.

Kebijaksanaan dan keikhlasan UMNO-BN yang menerajui pemerintahan negara sejak merdeka telah dapat  menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat dengan jayanya. Negara terus melangkah maju mengikut arus semasa di persada global.

Bagaimanapun ranjau-ranjau cabaran dan ujian yang dihadapi oleh UMNO-BN amatlah mencabar. Tetapi dengan sokongan rakyat pelbagai kaum dan agama, semuanya dapat ditangani dan kehidupan rakyat dapat dipelihara dan dipertahankan.

Ancaman-ancaman anti nasional ini bermula dengan ancaman pengkhianat komunis yang ingin mengambil tampuk pemerintahan negara semenjak sebelum merdeka lagi. Komunis menghasut rakyat dengan menyuburkan kebencian terhadap pemerintah. Melakukan pembunuhan, kekejaman dan ancaman untuk menakutkan rakyat.

Rakyat pelbagai kaum dan agama berdiri teguh bersama kerajaan menghapuskan malapetaka yang dilakukan oleh Komunis walaupun fahamannya tidak dapat dihapuskan sama sekali.

Rakyat dan kerajaan juga berjaya membendung ancaman konfrontasi Indonesia yang dipelopori oleh agen-agen komunis Indonesia untuk menghancurkan gagasan pembentukan Persekutuan Malaysia. Kemasukan Singapura, Sabah dan Sarawak menimbulkan ketegangan serantau tetapi dapat ditangani secara diplomasi. Bagaimanapun Singapura berjaya memerdekakan dirinya untuk kaum China menguasai sepenuhnya pulau itu.

Peristiwa 13 Mei 1969 juga adalah angkara kegiatan agen-agen anti nasional dengan menggunakan pentas politik  dalam gelanggang pilihanraya. Negara sekali lagi menjadi huru-hara dan kehidupan rakyat terganggu. Bagaimanapun kerajaan UMNO-BN dapat memulihkan keadaan dengan sokongan rakyat berbilang kaum dan agama. Negara dan rakyat terus dipimpin mencipta kejayaan demi kejayaan.

Selebihnya berlaku peristiwa Memali dan al-Maunah yang disokong dan dipertahankan oleh parti pembangkang terutama parti Pas. Hasutan kebencian melampau yang bukan datangnya dari ajaran agama Islam ditingkatkan dalam majlis ilmu dan ceramah agama mereka. Akibatnya ada yang terpengaruh dan berlakulah peritiwa berdarah itu.

Elemen anti nasional dan subversif ini memang wujud dan sentiasa mencari peluang untuk aktif semula.

Kini, Pakatan Pembangkang telah muncul sebagai gerakan anti nasional dengan bermuafakat sebagai satu gerombolan untuk meruntuhkan Perlembagaan Persekutuan yang selama ini melindungi rakyat pelbagai kaum dan agama hidup dalam sejahtera.

DAP meneruskan cita-cita Malaysian Malaysia yang akan meletakkan dominasi kaum China sepenuhnya di negara ini. Mereka membangkitkan dan sengaja menyerang perkara-perkara yang telah disepakati sejak sekian lama untuk menimbulkan rasa tidak puas kaum China dengan tujuan melemahkan sokongan kepada BN. 

PAS yang tidak konsisten dalam perjuangannya juga melakukan tindakan-tindakan anti nasional dengan membelakangkan Perlembagaan Persekutuan. Mereka menyerang bangsa Melayu, hak istimewa orang Melayu, kedaulatan Raja-raja Melayu yang pada tafsiran mereka tidak ada dalam ajaran Islam.  Mereka menolak Perlembagaan Persekutuan dan menyifatkannya sebagai perlembagaan toghut dan perlu digantikan dengan al-quran sebagai perlembagaan negara. Pas gagal mempamerkan dirinya mewakili Islam tetapi lebih menyerlah sebagai agen anti nasional di bawah bimbingan DAP dan Anwar Ibrahim.

PKR juga amat berjaya memainkan peranan anti nasional dengan berbagai-bagai kerenah yang dicipta oleh Anwar Ibrahim. Parti ini dilihat sengaja ditubuhkan untuk memecahkan dan merobohkan ketahanan negara dengan menyerang elemen-elemen ketahanan rakyat. Anwar Ibrahim dikesan cuba melumpuhkan keyakinan rakyat terhadap sistem kehakiman dan keselamatan, melumpuhkan perpaduan antara kaum dengan menambah bisa-bisa racun perkauman yang telah ditanam oleh DAP, melonggarkan ikatan setiakawan antara parti yang mewakili kaum dalam BN serta memperjudikan masa depan negara kepada kuasa asing. Anwar Ibrahim menggunakan kebebasan yang diberikan kepadanya untuk meruntuhkan sistem demokrasi dengan menjadi kuda tunggangan DAP.

Kita yakin bahawa rakyat berbilang kaum dan agama tidak rela negara ini terjerumus ke kancah kebinasaan semata-mata memenuhi cita-cita anti nasional DAP, PAS dan PKR.  .

Baca seterusnya....
     
 Sumber: http://www.utusan.com.my

200 pengikut Syiah ditahan

KUALA LUMPUR 16 Dis. - Kegiatan satu ajaran Syiah tegar yang dikhuatiri boleh mengancam keselamatan negara dikesan bergerak aktif di negara ini berikutan penahanan 200 pengikut dan dua ketua kumpulannya, malam semalam.
Dua ketua kumpulan itu termasuk seorang warga Iran telah dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang, hari ini dan dibebaskan dengan jaminan.
Para pengikut lain juga telah dibebaskan dengan jaminan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan akan dipanggil untuk diambil keterangan dalam masa terdekat.
Kumpulan yang ditahan di sebuah rumah kedai di Taman Sri Gombak, Batu Caves, dekat sini itu dikatakan berbahaya kerana menganggap penganut Islam mazhab lain sebagai kafir dan halal dibunuh.

Rabu, 15 Disember 2010

Pas Semakin Mengelabah Menghadapi Penolakan Rakyat

http://idrisahmad.wordpress.com/2010/12/12/najib-gelabah-menghadapi-kebangkitan-rakyat/

PAS Semakin Gelabah Menghadapi Penolakan Rakyat

Parti Islam Semalaysia (Pas) melalui ustaz Idris Ahmad, Ketua Penerangannya, kelihatan begitu gelabah dan resah menghadapi gelombang penolakan rakyat. Serangan demi serangan kepada UMNO-BN melalui media Pakatan Rakyat khususnya Harakah ditingkatkan dengan meminta rakyat terus memberi sokongan kepada Gerombolan Pakatan Pembangkang dan terus membenci Barisan Nasional untuk PRU 13.

Pas dengan gigih memaksa rakyat supaya memejamkan mata jangan melihat kebaikan dan jasa bakti yang telah diusahakan oleh UMNO-BN selama selama 53 tahun memerintah dengan jayanya. Apatah lagi pada ketika ini BN di bawah kepimpinan Najib yang sudah mendapat sokongan majoriti dan penolakan terhadap Gerombolan Pakatan Pembangkang pula semakin ketara.


Rakyat telah mula membuat perbandingan antara negeri yang diperintah oleh Gerombolan Pakatan Pembangkang yang tidak mampu meningkatkan hasil dalam negeri tetapi banyak memberi tumpuan perbelanjaan ke arah mengukuhkan politik masing-masing.  Manakala UMNO-BN terus meningkatkan usaha membaiki kebajikan rakyat melalui pelbagai program yang teratur dan berterusan.

Rakyat mula memikirkan apa yang mereka dapat di negeri yang diperintah oleh Gerombolan Pembangkang selain dari apa yang telah disediakan oleh UMNO-BN sebelum ini. Walaupun berlaku kenaikan 5 sen harga petrol dan barangan lain, tetapi rakyat telah memahami rasional di sebalik kenaikan tersebut dan menolak dakyat hasutan pembangkang. Kenaikan tarif air yang mendadak di Pulau Pinang dan Kedah cuba ditutup dengan demonstrasi tarif air di Selangor.


Tektik serangan oleh Gerombolan Pakatan Pembangkang terhadap UMNO-BN adalah untuk melindungi masalah dalaman Pakatan yang begitu parah. Mereka gagal mencapai hajat penyatuan di kalangan mereka sehinggakan PAS terpaksa menggugurkan cita-cita mendirikan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud. Pas dan PKR juga terpaksa berjanji akan menolong DAP membunuh kuasa politik orang-orang Melayu dengan memutarbelitkan konsep Ketuanan Melayu yang sudah digunapakai selama ini.

Karpal Singh pula sentiasa membaharui sumpahnya tidak akan merelakan PAS membangkitkan cita-cita Islam parti itu dalam sebarang perjumpaan dan mesyuarat permuafakatan mereka. DAP pula terus mara ke hadapam mempermainkan dan memperbodohkan pengikut PAS yang sanggup melacurkan agama Islam semata-mata untuk membantu DAP membunuh UMNO dan kuasa politik Melayu-Bumiputera. Pas benarkan mesjid dan surau dijadikan gelanggang politik untuk DAP.

Pas dan Gerombolan Pakatan Pembangkang semakin gelabah apabila Datuk Seri Najib berjaya mengekang pembohongan dan dakyah palsu mereka. Kini rakyat telah celik maklumat hasil daripada dasar pendidikan kerajaan UMNO-BN selama ini dan dengan itu menyekat pembohongan Gerombolan Pembangkang yang semakin dibenci.

Perjuangan UMNO-BN dengan dasar yang jitu telah mengangkat maruah dan martabat anak-anak generasi muda kita ketahap yang serasi untuk bersaing di pentas global. Termasuklah jasa bakti kepada anak-anak Felda yang telah berjaya keluar dari paras kemiskinan.

Pas dan Gerombolan Pakatan Pembangkang akan mencari idea dan fatwa bersama untuk mengajak rakyat mempercayai tuduhan dan fitnah mereka walaupun sudah menjadi semakin sukar. Anak muda masa kini tidak boleh lagi ditipu dengan ceramah kosong berapi-api tetapi mereka mengkaji dan melihat sendiri bukti yang telah dibuat oleh UMNO-BN selama ini.

Khamis, 9 Disember 2010

Suara Anak Jawa: NIK AZIZ, ANWAR, KIT SIANG - LINCAH MENGHASUT

Dipanjangkan rintihan hati kecil generasi muda kita....

Suara Anak Jawa: NIK AZIZ, ANWAR, KIT SIANG - LINCAH MENGHASUT: "Salam 1 Malaysia... Kagum keluarga jawaku kepada kerajaan Barisan Nasional, barisan yang menyatupadukan kesemua bangsa dalam harmoni dan s..."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...