Followers

Selasa, 7 Februari 2012

NFC Bukan Masalah UMNO Tetapi Menyebabkan UMNO Bermasalah


Isu NFC bukan masalah UMNO atau Kerajaan. NFC adalah masalah Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan Syarikatnya. Kerajaan telah meluluskan pinjaman mudah sebanyak RM 250 juta tetapi mereka gagal membuktikan pinjaman itu digunakan seperti yang termeterai dalam perjanjian.

Datuk Seri Sharizat Jalil juga tidak bersalah kerana beliau tidak terlibat dengan syarikat itu. Jadi, UMNO, Kerajaan dan Shahrizat tidak bersalah dalam isu NFC ini dari sudut perniagaan.

Bagaimanapun isu NFC telah dilihat bukan sekadar dari sudut perniagaan.

NFC diberi tumpuan dari sudut Penerima Pinjaman Mudah dan kebetulan DS Sharizat ada hubungan keluarga yang sangat rapat dengan syarikat penerima. Kebetulan juga Sharizat adalah Menteri Kabinet Kerajaan BN dan juga Ketua Wanita UMNO Malaysia. Maka tumpuan dari isu pinjaman perniagaan beralih kepada isu politik.

NFC telah menjadi isu politik yang sangat berpotensi dimanipulasi.

Oleh kerana NFC telah menjadi isu politik dan Shahrizat adalah ikon politik, maka isu ini tidak boleh ditangani dari sudut perniagaan. Malangnya Shahrizat cuba melibatkan kedudukannya sebagai Ketua Wanita UMNO sebagai perisai untuk beliau menyerang balas dan bertahan tanpa mengambilkira kesan buruk terhadap parti yang akan menghadapi PRU-13.

Lebih malang apabila Shahrizat melencongkan fokus dan mula menuding jari seolah-olah wujud konspirasi menjatuhkan beliau yang didalangi oleh musuh-musuh dari dalam parti sendiri.

Sudah sampai masanya Shahrizat meletakkan kepentingan parti melebihi kepentingan peribadi beliau. Supaya dengan ini kepimpinan DS Najib dapat menangani isu ini dengan sebaiknya.

Isu NFC ini tidak akan tamat di sini. Usaha sedang dibuat untuk memantapkan persepsi umum bahawa UMNO-BN bertanggungjawab sepenuhnya. Bukan segelintir manusia yang membuat keputusan terhadap pinjaman tersebut. Isu asal telah hilang dan isu politik telah berjaya disemarakkan.

Samalah dengan isu liwat telah ditenggelamkan tetapi isu konspirasi yang dipolitikkan.

Kita yakin DS Najib, DS Mahyudin dan barisan pemimpin UMNO dapat menangani isu ini dengan bijaksana supaya hasrat pihak tertentu mengaut keuntungan dari isu ini dapat dimusnahkan.

Dalam masa yang sama parasit yang terlibat dalam isu NFC ini dapat ditangani.

5 ulasan:

  1. topiknya salah urus wang rakyat demi rakyat di bawah undi rakyat kerajaan Be And.Nilai pinjaman tak masuk akal utk ternak lembu,bukan mcm pinjaman sektor tenaga bukan arabg batu,gas kalau bio-gas dr bahan reput ok ler.Yang marah,suara dari rakyat bukan suara harimau,gajah dll di dlm hutan.NFc ingat rakyat mcm binatang di hutan ker

    BalasPadam
  2. Mmg le patut kita berasa tidak senang hati dlm perkara ini..wajar lah pihak yg salah urus itu bertanggungjawab sepenuhnya...ini isu salah urus...buan isu politik..

    BalasPadam
  3. cuba la terang kan KPI,GTP,ETP,apa kebendanye semua tu.Kalau tol free,pendidikan percuma,pasal lektrik tu makcik paham ler.Ade satu lagi nie,tranformer2 apakebenda makhluk tu..

    BalasPadam
  4. ada ler org kampung bercerita,pase SPP,TPP,PPP apa benda semua tu ler,yg kerajaan sebut tu,tak tahu teman nak menyebutnye,orang lain kata ler..tahun depan kerajaan nak bagi duit mcm ari tu, kali dgn dua pulak,tahun tulatnye pulak dgn angka tiga....

    BalasPadam
  5. kaye ler kite,kalo rhupe tu kerajaan nak bagi kt kite,boleh kumpul2 gi Haji.Kerajaan Hong Kongpun tak ble bagi macam tu taw

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...