Followers

Sabtu, 20 Ogos 2011

Guan Eng DAP Beri Duit Dan Siram Api Kebencian Di Kalangan Umat Islam


Guan Eng dari Parti China DAP menyatakan bahawa sekiranya pilihanraya dijalankan secara telus, maka sudah lama UMNO-BN berkubur.

Kata-kata Guan Eng tidak lain dari hanya bermaksud untuk menyiram dan menyuburkan benih kebencian di hati umat Islam terhadap Kerajaan Pilihan Rakyat yang didokongi oleh UMNO-BN.

Dengan berkata demikian, Guan Eng yakin bahawa Parti PAS akan bekerja siang malam menghasut orang ramai supaya mempercayai bahawa SPR, Jabatan Pendaftaran Negara, Polis, Mahkamah dan Kerajaan tidak boleh dipercayai, zalim, menindas rakyat dan perlu ditumbangkan.

Dengan kata-kata dan sedikit umpan dari wang kutipan zakat umat Islam sendiri, Guan Eng terus berjaya mengekalkan sokongan kaum China kepada parti DAP dan PAS akan bermati-matian berusaha  memecahbelahkan solidariti umat Islam. DAP mendapat keuntungan kerana partinya semakin kuat dan PAS berbangga kerana setia menjalankan agenda politik China DAP.

Dengan memberi sedikit wang, Parti Melayu Khawarij PAS akan bermati-matian mengelolakan majlis dan menghimpun umat Islam untuk disiram dengan api kebencian oleh pemimpin China DAP ini dalam kawasan mesjid mereka sendiri.


BUTTERWORTH, 20 Ogos: Pembentukan Jawatankuasa Terpilih Parlimen seperti mana yang dilaung-laungkan oleh BN sejak awal lagi sudah menunjukkan ketidakadilan mereka dalam menangani isu pilihan raya.

Demikian dinyatakan oleh Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng (gambar)ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada golongan yang memerlukan di perkarangan Masjid Mak Mandin, Butterworth petang semalam.

PAS sentiasa menganggap apa sahaja kerja yang mereka lakukan untuk Parti China DAP adalah 'jihad fisabilillah". Mereka beranggapan bahawa jika China DAP menaburkan fitnah, membuat tohmahan, menghasut kebencian dan menimbulkan ketegangan antara kaum dan agama,   itulah kerja Islam dan dituntut oleh ajaran agama.

Keterlanjuran PAS sudah menjadi amat sukar untuk diperbetulkan. Hanya Kuasa Rakyat yang kini bersama-sama Kerajaan Pilihan Rakyat sahaja yang dapat mengekang parti berfahaman Khawarij-Komunis ini dari terus merosakkan agama dan umat Islam.

Parti China DAP sangat berjaya memperalatkan pemimpin-pemimpin PAS dan pemimpin-pemimpin PAS sangat bangga mereka terus diperalatkan. Walaupun telah ramai pemimpin bawahan, ahli-ahli dan penyokong yang meninggalkan parti itu, tetapi pemimpin China DAP berjaya memujuk supaya terus menjalankan tugas sebagai pemecahbelah umat Islam.

Kebijaksanaan pemimpin China DAP dalam memperbodohkan umat Islam yang bersama PAS amat ketara sekali.

Dengan mengumpan sedikit wang, PAS akan menyerahkan mimbar mesjid kepada China DAP untuk terus berkhutbah memperbodohkan umat Islam.


Sehingga kini, Parti Melayu PAS 
kekal sebagai sekutu China DAP
mewujudkan perjuangan Khawarij-Komunis


Jumaat, 19 Ogos 2011

Skrip Drama Pembangkang Yang Semakin Tidak Menjadi

Bekas anggota Komando Malaysia juga menghadiri 
majlis taklimat Penerangan Perdana bersama DS Najib

Perdana Menteri DS Najib Razak berjaya menampilkan dirinya sebagai pembawa perubahan apabila mengumumkan bahawa kerajaan akan meneliti dan mengkaji sistem pilihan raya dan sistem media yang sedia ada. Pengumuman ini adalah rentetan daripada kejayaan siri program transformasinya yang telah diterima baik oleh seluruh rakyat dan sekaligus menakutkan semua parti pembangkang. 
KUALA LUMPUR, 18 Ogos: Jawatankuasa Khas Parlimen untuk reformasi pilihan raya hanya penghias jendela dan tidak berminat untuk mewujudkan pilihan raya adil dan bersih, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
"Bagaimanapun, kita berterima kasih kepada perkara-perkara meragukan dalam penubuhan jawatankuasa itu kerana ia memberikan alasan yang lebih kukuh kepada rakyat untuk menerus dan mengukuhkan lagi perjuangan menuntut pilihan raya yang adil dan bersih.
"Perkara-perkara meragukan dalam penubuhan jawatankuasa itu semakin membuktikan bahawa hanya perjuangan rakyat seperti yang berlaku 9 Julai lalu yang boleh diharapkan untuk mewujudkan pilihan raya yang adil dan bersih di negara ini," katanya sambil mengulangi supaya lapan tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) dilaksanakan.(sumber: harakahdaily) 

Pengumuman menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Parlimen telah mengukuhkan persepsi bahawa DS Najib Mendahulukan Rakyat dan sentiasa bersama dengan Suara Rakyat.  Dan ini juga memberi tamparan dan tekanan yang amat berat kepada seluruh pemimpin Gerombolan Pakatan Pembangkang yang semakin tenggelam dan hanyut dibawa  arus kencang program transformasi yang semakin dijiwai dan dinikmati oleh rakyat.

Sejak mengambilalih tampuk pemerintahan, DS Najib telah berjaya mewujudkan "suasana feel good".  Situasi ini amat menyakitkan dan sekaligus menyekat kemaraan politik melalui  taktik kotor Pakatan Pembangkang. Kemuncaknya terbukti dengan kehancuran gagasan menghasut yang dinamakan BERSIH 2.0 yang telah ranap ditentang oleh Kuasa Rakyat seluruhnya.

Kehancuran yang memalukan ke atas gagasan BERSIH 2.0 memberi tekanan yang besar terhadap peminmpin-pemimpin Gerombolan Pakatan Pembangkang kerana kejayaan yang dinikmati dari program reformasi DS Najib telah diterima sebagai Kejayaan Rakyat masa kini.


Kehancuran gagasan menghasut yang dinamakan BERSIH 2.0 adalah Kemenangan Rakyat, dan kemusnahan idea anti nasional yang dibawa oleh Gerombolan Pakatan Pembangkang. Ia adalah hasil Penolakan Rakyat terhadap tindakan tidak bertamadun dan tidak demokratik yang cuba membina kemenangan pilihanraya secara mudah melalui jalanraya.

Dalam kata lain, Gerombolan Pakatan Pembangkang tidak mampu dan tidak berjaya melawan Kuasa Rakyat yang kini begitu padu bersama-sama DS Najib mempertahankan demokrasi yang terbukti telah membawa negara dan rakyat hidup sejehtera selama ini.

Pemimpin-pemimpin pembangkang terus cuba menghasut orang ramai untuk mempercayai bahawa Suruhanjaya Pilihanraya dan Jabatan Pendaftaran Negara adalah dua badan kerajaan yang tidak boleh dipercayai. Mereka terus mengulangi ancaman dan tohmahan untuk memperdaya rakyat seolah-olah kedua-dua institusi tersebut adalah alat UMNO-BN walaupun 5 buah negeri telah berjaya dimenangi oleh mereka. Rakyat semakin sukar untuk ditipu dengan cerita dongeng yang begitu rendah mutunya.

Pengumuman penubuhan Jawatankuasa Pilihan Parlimen, sekali lagi mengecewakan Pakatan Pembangkang kerana ini mengingatkan kita terhadap sejarah penubuhan Suruhanjaya Diraja menyiasat kematian Teah Beng Hock, telah juga menumpaskan gerakan politik kotor pembangkang, dan tipudaya mereka ini dianggap seumpama cuba berselindung di sebalik jari.

Rakyat semakin sedar bahawa Pemimpin Pakatan Pembangkang cuba menjadikan isu SPR sebagai “periuk nasi” mereka dan sedar bahawa rakyat hanya diperalatkan sebagai medan untuk menabur tohmahan, hasutan dan membina kebencian yang tidak berasas.


Semakin menghampiri PRU-13, skrip drama Gerombolan Pakatan Pembangkang semakin tidak menjadi. Terbukti, Kerajaan yang terbina hasil dari Kuasa Rakyat semakin sukar digugat. 


Maka...semakin merah menyala...
mata iblis bertopengkan manusia ini...

Rabu, 17 Ogos 2011

Nizar Pengkhianat Rakyat Buat Kerja Bodoh Lagi di Perak..


Salah satu cara komunis mempengaruhi orang ramai untuk menjatuhkan kerajaan yang sah adalah dengan cara menimbulkan kebencian terhadap Polis dan Tentera. Apabila orang ramai tidak lagi hormat pada pasukan keselamatan, maka senanglah diatur pelbagai bentuk demonstrasi, rusuhan, tunjuk perasaan, perhimpunan haram dan segala macam aktiviti keganasan yang di luar undang-undang.


Ini bersamaan dengan fahaman Khawarij yang menghasut umat Islam menentang pemerintah dan pihak-pihak yang tidak disukai oleh kumpulan itu. Maka gabungan PAS-DAP adalah juga merupakan gabungan yang berusaha keras untuk meningkatkan rasa kebencian orang ramai terhadap Polis tanpa sebab yang wajar. 


Tindakan Nizar Jamaludin dan kuncu-kuncu gerombolan pembangkang yang menyaman Datuk Zakaria menyebabkan rakyat bertambah marah dan benci terhadap gerombolan pakatan pembangkang kerana mereka mempermainkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan negeri Perak, perlembagaan Persekutuan dan Peraturan Tetapo Dewan Undangan Negeri.

IPOH, 16 Ogos: Adun Pakatan Rakyat Perak menggesa Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Zakaria Yusof menarik balik kenyataan terhadap mereka dan memohon maaf kepada rakyat.
Gesaan itu dibuat oleh Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mewakil semua Adun Pakatan Rakyat di dalam laporan polis di Ibu pejabat Polis Daerah Ipoh, di sini, hari ini.
“Maka dengan ini, saya gesa Datuk Zakaria menarik balik kenyataannya terhadap kami wakil rakyat dan memohon maaf kepada rakyat dan kami wakil rakyat dalam tempoh bulan Ramadzan ini dan berhenti menjadi pekakas dan alat Umno BN.
“Jangan cemarkan nama baik PDRM dan pulihkan nama baik PDRM di kaca mata rakyat!” ujarnya yang juga AJK PAS Pusat dalam laporan polis itu.(Sumber: harakahdaily)
Pandangan Pendita:
Tidak ada sebab sama sekali Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusuf memohon maaf pada mana-mana pihak malah beliau sepatutnya dipuji kerana menjalankan tugas dengan cemerlang dan meletakkan kepentingan rakyat sebagai keutamaan.
Datuk Zakaria sewajarnya memberi ingatan kepada semua ADUN Perak supaya menjaga adap, tata susila, kesopanan dan disiplin semasa berada dalam Dewan kerana Dewan adalah forum tertinggi yang digunakan untuk menyampaikan suara rakyat.
Ingatan itu membawa kepada kefahaman bahawa semua ADUN telah diberi mandat oleh pengundi dan diberi amanah untuk menyampaikan hasrat mereka dalam sidang DUN. Kerana itu semua ADUN perlu memiliki 'adap' yang bersesuaian semasa berada dalam dewan.
Pada setiap kali dewan bersidang, ADUN yang mewakili pembangkang didapati tidak berminat untuk berkelakuan baik. Mereka sering mempamerkan tingkahlaku yang biadap, tidak menghormati pihak lain, dan berusaha mengganggu perbahasan. Ini membuktikan parti pembangkang tidak menghormati sistem demokrasi dan sekaligus mendedahkan mereka adalah anti nasional, perkauman dan pengkhianat sistem berkerajaan yang sah.
Pendita mengambil kesempatan mengucapkan syabas dan tahniah kepada Datuk Zakaria dan seluruh anggota Polis dan Pasukan Keselamatan kita yang sentiasa menjaga kepentingan rakyat dan negara daripada diceroboh oleh pengganas berlesen ini.
Ahli-ahli dan penyokong PAS semakin meluat dengan kerja-kerja bodoh yang dilakukan oleh Nizar Jamaludin yang selama ini telah banyak kali memalukan umat Islam,  Bangsa Melayu dan rakyat Malaysia.

Selasa, 16 Ogos 2011

Guna Ceramah Agama Sebagai Alat Menipu Dalam Politik



Pas masih menggunakan kaedah menipu untuk mengekalkan sokongan dan berharap memenangi pilihanraya. 


Kaedah menipu kegemaran yang paling utama adalah menyampaikan ceramah yang dinamakan ceramah agama atau majlis agama, samada berbentuk kuliah, tazkirah dan segala macam kaedah yang nampak macam aktiviti keilmuan Islam.


Jika mereka tidak dapat sampaikan ceramah, kuliah atau tazkirah di mesjid, surau atau tempat-tempat awam yang mereka tidak kuasai, serta merta mereka akan menuduh UMNO menghalang penyebaran ilmu Islam kepada masyarakat.


Sebenarnya PAS sangat marah kerana tidak berjaya menyampaikan hasrat politik yang diselitkan dalam ceramah atau khutbah kepada orang ramai. 
KUALA LUMPUR, 15 Ogos: Kejahilan para pemimpin dan penyokong-penyokong Umno dalam agama terserlah, apabila ceramah Israk Mikraj yang akan disampaikan oleh penceramah PAS atas undangan mereka sendiri, diminta dibatalkan kerana bimbang akan dijadikan ceramah politik.
Sebagai gantinya, majlis ceramah itu diarahkan ditukar kepada majlis bacaan surah Yaasin, seperti yang lazim diamalkan oleh masyarakat kita pada setiap malam Jumaat, dengan diketuai oleh penceramah terbabit dengan serta merta oleh pihak penganjur atas arahan pemimpin atasan Umno.
Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, Solehin Muhyi menjelaskan, kejadian itu pernah dialami oleh beliau sendiri sekitar tahun 2001 lalu, apabila diundang oleh pihak pentadbiran sebuah masjid di Shah Alam yang dibarisi pemimpin dan penyokong Umno untuk menyampaikan ceramah di masjid itu pada suatu malam. 
Bagaimanapun, menurut beliau, arahan tersebut tidak dilaksanakan oleh beliau kerana memikirkan tanggungjawab yang terpikul di bahunya berhubung tugas penyebaran ilmu kepada orang ramai, di samping kerugian yang pasti dihadapi oleh masyarakat sekitarnya berhubung kepentingan menuntut ilmu. 
"Mengikut jadual, ceramah itu pun bukannya panjang, hanya untuk satu jam sahaja. Jadi pada pandangan saya, jika hanya untuk ceramah sependek itu pun tak dibenarkan, bagaimanakah lagi masyarakat sekitar akan terdidik dengan didikan agama?
Sebenarnya orang ramai talah maklum bahawa niat PAS bukan menyebarkan agama, tetapi menggunakan majlis agama untuk berpolitik. Pendengar akan ditipu dengan berbagai cara. Ustaz politik PAS akan menggunakan kupasan nas, hadith dan sirah yang menghala kepada keperluan politik pecahbelah, menimbulkan kebencian, menghasut secara halus dan menyuburkan keraguan. PAS juga sanggup bekerja sehingga ke tahap menghalalkan segala perbuatan mungkar politik yang Gerombolan Pakatan mereka lakukan.

Tujuan sebenar PAS adalah untuk mencapai matlamat politik bersama China DAP dan menyelesaikan masalah peribadi Nuar Berahim.
Bagaimanapun, kebangkitan rakyat tetap tidak mampu disekat oleh Umno BN, apabila rakyat Selangor telah memberikan undi kepada Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12 pada tahun 2008 lalu bagi membolehkan Selangor diperintahkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat. 
Selama lebih 50 tahun UMNO-BN diberi mandat oleh Rakyat, tidak ada satupun yang gagal dilaksanakan. Rakyat berterima kasih dan bersyukur kerana negara berjaya dibangunkan dalam bidang ekonomi, dan sosial di samping menikmati ketententeram, keselamatan dan perhubungan antara kaum yang harmoni.


UMNO-BN tidak menggunakan pendekatan berceramah di merata tempat, tetapi membangunkan seluruh negara dengan mengutamakan kebajikan rakyat.


UMNO-BN tidak memperalatkan agama untuk mendapatkan undi, sebaliknya menggunakan Mandat Rakyat untuk menbangunkan sistem ekonomi dan pendidikan yang terbaik supaya Rakyat bangga menjadi penganut agama masing-masing.


Kini Parti Melayu PAS semakin mengarut. Cuba membangunkan Islam mengikut cara dan telunjuk China DAP.

Akibatnya rakyat, samada berbangsa Melayu, China, India yang beragama Islam, Kristian, Budha atau Hindu semakin menjauhi gabungan parti yang berfahaman Khawarij-Komunis itu. 

Kuasa Rakyat juga sudah berjaya mengenepikan cubaan ganas Ambiga-Nuar menggantikan sistem pilihanraya kepada sistem jalanraya. Syabas seluruh rakyat Malaysia yang berwawasan dan berpandangan jauh. 


Isnin, 15 Ogos 2011

Musang Berbulu Ayam Dalam SPR


Setelah gagal menambah sokongan terhadap parti itu, PAS semakin bernafsu mengajak orang ramai mempercayai bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia adalah satu badan yang tidak boleh dipercayai. 


Parti berfahaman Khawarij-Komunis itu telah semakin hilang keyakinan untuk menghadapi pilihanraya secara demokrasi dan terpaksa menimbulkan tohmahan umum, tuduhan melulu, isu kesilapan teknikal yang dibesarkan dan persepsi palsu yang sengaja diadakan untuk membina gangguan-gangguan.


Hakikatnya, seluruh rakyat terutamanya pengundi amat maklum bahawa SPR telah berjaya menjalankan tugasnya dengan sebaik mungkin dan dihormati di seluruh dunia.


SPR secara ikhlas mengakui kemungkinan wujud “kesilapan teknikal yang berlaku semasa proses pendataan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)” sehingga menyebabkan kelemahan dalam daftar pemilih yang dikendalikan SPR selama ini.

“Dalam daftar pemilih kita ada lebih kurang 12.3 juta pengundi dan sudah tentu akan berlaku kesilapan sana dan sini, seluruh dunia pun ada masalah yang sama ... tiada dunia yang daftar pemilihnya sempurna.

"Janganlah perbesarkan kesilapan ini, semua yang berlaku ini tidak dirancang oleh SPR, SPR bukan sengaja mahu benarkan mereka mengundi dua kali, kadang-kadang akan berlaku kesilapan semasa pendataan (oleh JPN), silap letak dan kami akan semak, kalau tak betul kami akan buang,” jelas 
TAN SRI DATO' SERI ABDUL AZIZ BIN MOHD YUSOF, Pengerusi, Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia



Semakin kuat PAS memfitnah SPR, semakin bertambah ramai orang mempercayai bahawa tugas paling sukar yang dihadapi oleh SPR bukanlah membersihkan daftar pemilih, tetapi membersihkan SPR daripada musang berbulu ayam yang berada di dalam reban SPR.


Musang berbulu ayam ini sanggup menerima gaji untuk menyara kehidupan anak isteri dan menunaikan haji ke Mekah walaupun tangan mereka bergelumang najis kotor menikam SPR dari belakang dan dari dalam tanpa rasa berdosa.


Pendita ingin memberi nasihat kepada Parti Melayu PAS supaya memikirkan bagaimana meningkatkan lagi pencapaian kehidupan rakyat dan negara sepertimana yang telah dicapai oleh UMNO-BN selama ini supaya umat Islam yang menjadi ahli parti tersebut mendapat manfaat dunia dan akhirat.


 PAS juga harus berfikir bagaimana melepaskan dirinya dari cengkaman fahaman China DAP yang semakin ketara telah berjaya menjadikan parti PAS sebagai haiwan politik ternakan China DAP. PAS perlu membuka mata terhadap kejayaan China DAP dan PAP Singapore  memperoleh tanah di Kelantan dan Pulau Pinang, hasil dari daya usaha fisabilillah Parti Melayu Khawarij-Komunis ini.


Umat Islam dianiayai dengan slogan agama palsu PAS dan China DAP mengaut keuntungan dengan memanipulasi kebodohan Parti Melayu PAS dalam segala bidang samada berniaga, berpolitik mahupun beragama.





Selasa, 9 Ogos 2011

PAS Terus Ajak Kakitangan Kerajaan Keluar Dari Ajaran Islam



Nampaknya Parti Melayu PAS terus menerus mengajak orang ramai terutama kakitangan Kerajaan keluar dari mengamalkan ajaran Islam yang sebenar. 


Pengumuman Kerajaan mengenai pemberian bonus setengah gaji dan bantuan khas RM 500.00 sempena Aidilfitri telah memberi peluang kepada Parti Khawarij-Komunis ini terus menghasut dan mengajak orang ramai membenci Kerajaan tanpa sebab yang munasabah.


Kajian menunjukkan semua Kakitangan Kerajaan termasuk yang menyokong PAS dan pembangkang, menyambut baik langkah kerajaan itu kerana atas apa alasan sekalipun, pemberiaan itu patut disyukuri dan bukannya dicaci.


Pemimpin dan pengikut Parti DAP yang bukan beragama Islam walaupun tidak memuji langkah baik kerajaan untuk rakyat, tetapi mereka pun tidak pula mencaci langkah yang diambil oleh Kerajaan itu. Jelaslah DAP memahami Islam tetapi PAS memperalatkan Islam.


Dengan ini semakin terbukti, PAS adalah sebuah pertubuhan politik yang beramal dengan fahaman Khawarij-Komunis yang bergerak dengan cara menghasut, menimbulkan perpecahan, kesangsian, sebagai dasar utama gerakan pertubuhannya.


KUALA LUMPUR, 9 Ogos: Pengumuman pemberian bonus setengah bulan kepada penjawat awam oleh Perdana Menteri dikhuatiri tidak membantu meringankan beban golongan berpendapatan rendah.

Bekas Presiden Kongres Kesatuan Sekerja (MTUC), Syed Shahrir Syed Mohamud berkata, para penjawat awam khususnya yang berpendapatan RM1,500 ke bawah mengharapkan pengumuman yang lebih baik.
"Kita tidak tahu jumlah sebenar sebab gaji berbeza-beza. Pengumuman ini terlalu umum.
"Kumpulan yang berpendapatan rendah misalnya gaji mereka RM1,000 mereka akan dapat RM500. Adakah ianya boleh menceriakan keluarga itu untuk menyambut hari raya?" soalnya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Beliau yang juga Ahli Majlis Pimpinan PKR dan Ketua Cabang Kelana Jaya turut berkata, penjawat awam khususnya mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana mengharapkan jumlah yang lebih tinggi.


Selasa, 2 Ogos 2011

Penyangak Politik Yang Semakin Tertolak

Tiang Seri Penyokong Nuar Berahim

Kelamkabut!!

Itulah istilah yang sedang bermain di bibir sebahagian besar ahli dan penyokong gerombolan pakatan pembangkang masa kini.

Anggapan orang ramai bahawa PAS, PKR dan DAP sedang berada pada tahap tidak menentu dan sedang menunju ke era baru dalam meneruskan komplot mereka.

Kegagalan demi kegagalan melanda pakatan pembangkang dalam usaha menumbangkan UMNO-BN yang mendapat sokongan rakyat secara berterusan.

Setiap kali selepas PRU, UMNO-BN akan muncul bersama Kuasa Rakyat (People's Power) untuk meneruskan agenda membangunkan negara selaras dengan kehendak mojoriti.

Setiap kali selepas PRU juga, Gerombolan Pakatan Pembangkang akan menghadapi masalah untuk menghakis kesetiaan, kepercayaan, keyakinan dan harapan yang terbina begitu kukuh di antara rakyat dan UMNO-BN.

Akhirnya segala usaha anti nasional yang dimainkan oleh para penghasut yang berfahaman cuvinisme, khawarij-komunisme dan liberalisme berhadapan dengan kebuntuann apabila ikon pemimpin palsu yang mereka julang, telah menjunam ke bumi.

KUALA LUMPUR, 1 Ogos: Pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat tidak sekali-kali dipilih dari para pemimpin NGO dan parti-parti politik lain, sebaliknya hanyalah terbuka kepada pemimpin-pemimpin yang berada dalam Pakatan Rakyat sendiri. 

Oleh itu, dakwaan yang mengatakan Tengku Razaleigh Hamzah akan dilantik menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat, ternyata tidak berasas dan hanyalah disifatkan sebagai permainan politik Umno semata-mata....(Sumber harakahdaily)

Dinosaur yang rajin mengintai

Pandangan Pendita:

Ahli politik yang berasa semakin tertolak, pasti akan mencari jalan untuk menyelamatkan diri. Samada berjaya atau tidak, bukan perkiraan utama. Yang penting berusaha supaya tidak terkeluar terus dari arus pergerakan semasa. 

Inilah yang berlaku kepada Ku Li. Dinosaur politik Gua Musang yang sudah bosan kerana bertapa begitu lama dalam kepompong jajahannya.

Merasakan dirinya masih hebat, berharga dan dihormati, Ku Li ingin mengasak dirinya kembali ke dalam arus politik perdana, walaupun tarafnya sekarang hanyalah sekadar jaguh kampung Hulu Kelantan.  Sebenarnya Ku Li akan lebih dihormati dan diingati jika berjaya mematikan angan-angan mat jeninnya.

Samalah dengan Nuar Berahim. Pada skala politik nasional, nyawanya sudah hampir melepasi halqum. Terpaksa mengharapkan simpati, dokongan dan kerahan tenaga luar biasa rakan-rakan dalam gerombolan pakatan untuk mengubah takdir kematiannya.

Solat hajat politik dan doa gerombolan umat Islam PAS telah diperkenankan. Tuhan telah membuka hati pemimpin kecil Gua Musang untuk menaiki pentas dan bakal mewarisi kerja tangan Nuar berahim menghancurkan agama, bangsa dan negara.

Samada Ku Li diterima baik atau tidak oleh sekutu Gerombolan Pakatan Pembangkang, Nama Ku Li dan Nuar Berahim telah tersemat dalam sejarah sebagai ahli politik yang semakin tertolak dalam arus ganas yang mereka cipta sendiri.

Apapun yang akan berlaku, rakyat dan negara telah terselamat dari bencana yang dibawa oleh dua makhluk yang tidak diperlukan ini. 

(Rakyat terutama ahli UMNO, tidak pernah lupa peranan S46 yang diterajui oleh Ku Li dan pemimpin dua wajah Nuar Berahim)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...