Followers

Khamis, 30 September 2010

Anak Cucu Che Siti Wan Kembang Sedang Menolak PAS di Kelantan


PAS sedang mengalami kedukaan politik
atas kematian Wakil Rakyat DUN Galas

Pilihanraya kecil N45 DUN Galas semakin pasti. Tetapi PAS semakin hilang keyakinan diri. Beberapa kenyataan untuk menghilangkan keresahan dibuat oleh pemimpinnya. Terbaru adalah kenyataan dari Ketua Penerangan Pusatnya sendiri, Ustaz Idris Ahmad.

KUALA LUMPUR, 30 Sept: PAS menyifatkan perlantikan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Pilihan raya Umno dan BN bagi pilihan raya kecil (PRK) Dun Galas sebagai kata dua kepadanya yang menyokong tuntutan royalti Kerajaan PAS Kelantan.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, jelas ianya tindakan terdesak Umno kerana ternyata parti itu amat bergantung harap kepada pengaruh Tengku Razaleigh bagi merampas semula Dun berkenaan.
Sumber: harakahdaily

Seperti biasa Ustaz Idris Ahmad akan memberi ulasan dan pandangan yang merepek. Bukan sahaja pandangannya sentiasa bersifat  kebudak-budakan, malah kelihatan amat tidak matang dan agak merapu.

Tetapi apa yang penting dengan kenyataan Ustaz ini ialah, secara langsung beliau mendedahkan betapa PAS amat tertekan dengan ujian yang tidak diduga ini. Kematian Che Hashim Sulaima seolah-olah menjadi beban yang tidak dikehendaki oleh PAS. Kematian Che Hashim menimbulkan kedukaan politik kepada PAS Kelantan.

Ini disebabkan PAS Kelantan sudah sedia maklum tentang berlakunya penolakan rakyat secara menyeluruh di negeri itu. Rata-rata penduduk Kelantan telah mula membuka mata dan fikiran terhadap maksiat politik dan penyelewengan yang sedanag rancak dilakukan di negeri Che Siti Wan Kembang itu.

Rakyat sudah muak dengan ceramah berapi-api ustaz-ustaz politik mengenai usaha pemimpinnya meminta sedekah wang Petronas untuk Parti PAS. Sedangkan rakyat tahu agihan wang tersebut sudahpun dinikmati oleh rakyat Kelantan dalam pelbagai bentuk. Rakyat sudah dapat mencium muslihat sebenarnya adalah untuk menggunakan wang Petronas untuk politik parti PAS dan bukan untuk rakyat.

Seketika dahulu Rakyat Kelantan terkejut besar apabila Ustaz Nik Aziz yang selalu menampilkan dirinya sebagai orang yang amat zuhud, didapati terlibat dengan amalan buruk nepotisme, kronisme dan salahguna kuasa sewenang-wenangnya. Semua peluang kekayaan dan manipulasi aktiviti ekonomi telah dirampas oleh kaum kerabat, keluarga dan rakan-rakan rapat beliau.

Isu Nik Aziz menerima duit rasuah dari rakan-rakan niaganya untuk melancong ke Mekah setiap tahun juga telah menjadi bualan ramai rakyat negeri itu. Ditambah pula dengan rasuah yang diterima oleh adiknya sendiri baru-baru ini, menjadikan Nik Aziz dan keluarganya menjadi pusat penyelewengan utama dan agen rasuah di negeri itu.

Masalah Dinar Emas Kelantan juga tidak pernah berhenti menjadi tajuk utama di kedai-kedai kopi dan surau-surau di seluruh negeri. Rakyat sudah mengerti bahawa projek itu sebenarnya adalah peluang berniaga dengan keuntungan yang berlipat-ganda untuk kroni-kroni Nik Aziz sedangkan rakyat tidak mendapat apa-apa keuntungan.

Dalam waktu yang sama rakyat negeri Che Siti Wan Kembang, Tanah Serendah Sekebun Bunga itu setiap hari menghirup nafas berdebu dari lori-lori balak yang mengaut khazanah negeri di depan mata mereka. Sedangkan air yang diminum oleh rakyat masuh berkarat dan jalan-jalan terbiar rosak dan berlopak. Wang hasil jualan balak dan tanah Kelantan masuk ke poket kroni Nik Aziz sedangkan rakyat yang memberi mandat terbiar, tersiksa dan menderita. Kesejahteraan mereka dirampas hanya dengan mendendangkan ayat Quran dan Hadis setiap hari.

Ustaz Nik Aziz masih dengan cara dan gayanya. Dengan mulut yang celupar terus menjadikan Islam sebagai alat Parti untuk meraih undi. Memilih DAP sebagai rakan kongsi telah menjerat PAS dalam isu kesucian agama yang memalukan. Nama Allah dipermainkan, kafir DAP dijemput ke surau dan mesjid untuk memijak sejadah tempat orang Islam sujud, menghalalkan DAP merasuah warga emas dengan duit judi di Pulau Pinang dan banyak lagi insiden yang memalukan.

Akhirnya, PAS telah terasa bahawa Rakyat Kelantan yang berfikiran dan matang telah semakin ramai. Sudah tiba masanya mereka membuat penilaian dan akhirnya akan membuat keputusan meminggirkan parti yang hanya mampu berceramah dan mengapi-apikan kebencian dari peta politik kelantan yang mereka cintai itu.

Ustaz Idris harus mencari idea yang lebih baik untuk menghadapi penolakan Rakyat kalau mahu meningkatkan keyakainan menghadapi ujian yang tidak diduga ini.

Rabu, 29 September 2010

Dewan Pemuda PAS Bergantung Harap Pada Kerajaan UMNO-BN



Dewan Pemuda PAS Yakin dan Minta Semua Dasar-dasar Kerajaan Pusat diteruskan.

Sumber harakahdaily
Bajet 2011: Pemuda PAS mahu pendidikan diutamakan
Hazayani Zakaria 
  
PUTRAJAYA, 28 Sept: Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) hari ini menyerahkan memorandum mengandungi 10 harapan anak muda terhadap Bajet 2011 kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Memorandum berkenaan diserahkan oleh Ketua DPPP, Nasrudin Hassan dan diterima oleh Setiausaha Sulit Kanan Menteri Kewangan, Datuk Mohd Fauzi.

Memorandum berkenaan antaranya menggesa kerajaan agar mengekalkan peruntukan terhadap sektor pendidikan dan pembinaan modal insan sebagai antara penerima peruntukan yang terbesar dalam bajet yang akan dibentangkan di Parlimen, Oktober ini.

"Peruntukan tersebut tidak harus dibelanjakan bagi pembinaan infrastruktur dan materialistik semata-mata, sebaliknya diseimbangkan dengan perbelanjaan terhadap aktiviti-aktiviti latihan, pemikiran, kepimpinan dan jatidiri yang sebenar," kata Nasrudin kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum itu...

Perkara ini berlaku adalah berikutan kesedaran dan keinsafan Dewan Pemuda Pas Malaysia terhadap keterbatasan kemampuan mereka membantu memajukan rakyat dan negara. Diakui bahawa Dewan Pemuda Pas hanya mampu setakat menganjurkan demonstrasi, membakar semangat, meniupkan emosi kebencian serta tingkahlaku melanggar perlembagaan dan pencabulan kedaulatan undang-undang negara.

Sebagaimana yang diketahui ramai, parti PAS memang  terdapat ramai ustaz-ustaz yang berminat menyampaikan ceramah dan pidato. Mereka berceramah setiap masa tanpa henti. Sering diadakan perjumpaan yang dinamakan "majlis ilmu Islam" di mesjid, surau, pondok, rumah-rumah, malah di restorans dan tempat orang mati sekalipun. Malangnya diakui bahawa dakwah yang mereka bawa tidak sampai ke mana-mana.

Dakwah Islamiah yang disampaikan oleh PAS itu tidak mampu menangani gejala sosial atau mengubah sahsiah anak-anak muda kita. Sebaliknya diakui Sistem Pendidikan dan Dasar-dasar Pendidikan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Pusat didapati jauh lebih berkesan. Bukan sahaja generasi muda kita berpendidikan, berkemahiran malah terbina personaliti anak muda yang mampu menjuarai zamannya dalam pelbagai bidang kehidupan moden.

Dewan Pemuda PAS Pusat akur dengan kejayaan Falsafah Pendidikan Negara yang selama ini berjaya mengangkat ummah dalam pelbagai bidang kehidupan. Sistem persekolahan yang dinamik dengan tenaga pengajar yang profesional serta infrastruktur yang lengkap telah membantu rakyat semua kaum memperoleh pendidikan dalam suasana yang amat kondusif. Dengan ini kerajaan yang diterajui UMNO berjaya menegakkan syariat dan syiar Islam sebagaimana yang digariskan oleh al-Quran, hadith dan ijmak ulamak.

Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Saudara Nasruddin Hasan dengan penuh ikhlas menyampaikan hasrat Dewan Pemuda kepada YAB DS Najib dengan penuh harapan.
10 Harapan Anak Muda Terhadap Bajet 2011

1. Mendesak kerajaan supaya meneruskan urus tadbir yang terbaik, ketelusan dan akauntabiliti yang tinggi supaya seluruh urusan negara dapat dijalankan dengan penuh tanggungjawab, adil dan berkebajikan sebagaimana yang telah diamalkan di negara kita selama ini.


Perkara ini telahpun dicapai kerana Kerajaan Pusat berjaya menghayati dan mengamalkan tuntutan terhadap Islam dan kerajaan telah mendaulatkan undang-undang negara, penerapan akhlak mulia disamping mengekalkan polisi seperti amalan pemisahan kuasa, Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Rahsia Rasmi, Akta Universiti dan Kolej Universiti, Akta Percetakan dan Penerbitan serta Akta Polis yang telah menjamin kedaulatan Perlembagaan dan kesejahteraan rakyat
.
Pemimpin-pemimpin kerajaan dan pembangkang diharap bebas dan bersih daripada sebarang krisis moral, korupsi, amalan kronisme, nepotisma,  mengumpul harta kekayaan dari khazanah negeri dan sebarang unsur negatif yang boleh menjejaskan penghormatan dan imej negara di mata rakyat dan peringkat antarabangsa.


2. Dewan Pemuda Pas Pusat bangga keraja Kerajaan Pusat teruskan amalan meletakkan prioriti pembangunan dan pelaburan atas neraca yang adil selaras dengan keperluan rakyat. Dengan itu perbelanjaan negara tepat kepada golongan sasaran, mengelakkan pembaziran, rakyat diutamakan serta memberikan kesan gandaan yang positif sebagaimana yang telah diamalkan semenjak negara mencapai kemerdekaan.


Dengan dasar yang telah dijalankan ini, Dewan Pemuda PAS Pusat yakin di bawah pemerintahan Kerajaan Pusat, akan mampu melonjakkan rangsangan ekonomi negara di samping meningkatkan dana simpanan negara bagi menghadapi tamparan unjuran krisis ekonomi yang semakin kritikal diperingkat global serta memberikan keselesaan terhadap generasi negara akan datang.


 3. Yakin dengan dasar kerajaan yang sentiasa mengkaji semula kemudahan asas untuk rakyat seperti eletrik dan air supaya tidak berlaku peningkatan tarif yang tidak releven disamping mengekalkan subsidi bagi meringankan beban rakyat seperti yang sedang dinikmati oleh rakyat masa ini.


Kerajaan Pusat diyakini akan terus memanfaatkan hasil dan khazanah negara dengan bijaksana seperti pendapatan dari kegiatan Petronas, dividen, royalti dan cukai supaya dapat mengawal tidak berlaku inflasi. mengawal  harga petrol, diesel dan barang-barang keperluan yang lain serta menyemak dari semasa ke semasa kadar-kadar tol untuk membantu rakyat.


4. Kerajaan Pusat dipuji kerana meneruskan sistem cukai yang sedia ada kerana sangat berkesan sambil membuat beberapa kajian semula (jika perlu). Kerajaan didapati memiliki keazaman dalam memastikan rakyat di negara ini tidak terbeban dengan penetapan cukai yang dikenakan ke atas mereka dengan Rang Undang-Undang Cukai Barang dan Perkhidmatan yang dijangka akan dibahas dan diwartakan dalam sesi mesyuarat ketiga Parlimen sepanjang Oktober hingga Disember ini.
    
Pihak Dewan Pemuda Pas Pusat amat yakin pihak kerajaan akan terus berusaha menyelaras pelaksanaan sistem kutipan zakat dan pengurusan baitulmal di peringkat negeri-negeri supaya usaha membantu golongan sasar atau asnaf dapat diuruskan dengan lebih efektif dan efisyen di samping menambahbaik konsep wakaf untuk manfaat rakyat.


5. Menyokong penuh Kerajaan Pusat untuk meneruskan dasar memelihara dan memulihara sumber alam seperti perhutanan, tanah, pasir, sungai, laut, lombong, minyak, gas dan lain-lain dengan baik supaya ia dapat menampung aset negara disamping mengekalkan warisan untuk generasi akan datang.


Pihak Dewan Pemuda Pas Pusat berasa kagum dan  menyambut baik usaha teknologi hijau yang telah dibangunkan kerajaan selama ini bagi menangani ancaman pemanasan global, krisis makanan dan bencana alam. Langkah ini sesuai dengan amalan Islam bagi membendung masalah kesihatan, manipulasi pasaran dan keuntungan sesetengah pihak semata-mata.
  
6. Dewan Pemuda Pas Pusat amat bersyukur kerana langkah yang telah diambil oleh Tun Dr Mahathir ekoran daripada krisis kewangan global yang melanda Eropah dan khususnya Amerika Syarikat sebelum ini, telah menyelamatkan negara dan seluruh rakyat Malaysia.  Negara dan Rakyat kita terselamat daripada terpaksa bergantung dan berhutang kepada kuasa besar.


Menyokong sepenuhnya Dasar Diplomasi Kerajaan Pusat selama ini dalam hubungan diplomatik dengan negara maju serta negara-negara sedang membangun seperti di negara Timur Tengah, ASIA dan ASEAN bagi membentuk rangkaian ekonomi yang konstruktif di samping mengukuhkan nilai dalam sistem matawang negara.


7. Dewan Pemuda Pas Pusat melahirkan rasa kagum dengan peruntukan Kerajaan Pusat terhadap sektor pendidikan untuk pembinaan modal insan dan berharap sangai dikekalkan dalam Bajet 2011 kelak untuk meneruskan aktiviti-aktiviti latihan, pemikiran, kepimpinan dan jatidiri yang sebenar. Dengan peruntukan yang diagih secara adil dan saksama di sekolah-sekolah di kawasan pendalaman Semenanjung Malaysia, Labuan, Sabah dan Sarawak telah dapat membantu rakyat berpendidikan.


Kerajaan dirayu supaya terus menyediakan kemudahan pinjaman pendidikan PTPTN bagi yang memerlukan kerana ia dapat melatih rakyat negara kita menghargai sumbangan dan bertanggungjawab terhadap pinjaman disamping terus memberi perhatian berat terhadap pembinaan syakhsiyah jatidiri mahasiswa seiring dengan tuntutan serta kehendak industri. Dalam soal ini, penghayatan terhadap falsafah pendidikan negara terus disegarkan kerana mampu mealhirkan rakyat yang dinamik dan berdaya saing.


8. Dewan Pemuda Pas Pusat berasa kagum dengan tahap kesihatan rakyat negara ini yang berjaya membendung penularan wabak penyakit kritikal seperti Influenza A (H1N1), demam denggi, chikungkunya, meliodosis dan leptospirosis. Yakin bahawa Pihak Kerajaan Pusat terus melaksanakan pre-emptive plan sebagaimana yang dilakukan bagi menangani penularan wabak penyakit tersebut.


Kejayaan Sistem Pendidikan Negara telah berjaya meningkatkan penyelidikan dan pembangunan penemuan kajian-kajian terbaru di samping melahirkan tenaga-tenaga pakar untuk mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan rakyat.


 9. Pihak Dewan Pemuda Pas Pusat amat bersyukur dan  menyokong penuh usaha yang dilakukan oleh Kerajaan Pusat yang berjaya mengurangkan kadar pengangguran semasa iaitu 3.3 peratus (Julai 2010) kepada tahap paling minima. Keberkesanan dasar Kerajaan ini telah telah mengurangkan kadar pengangguran hanya kepada 13% sahaja daripada jumlah keseluruhan kadar pengangguran di Malaysia.


10. Dewan Pemuda Pas Pusat kesal terhadap persekitaraan kehidupan yang materialistik yang menjerat kebanyakan golongan muda sehingga ramai dikalangan mereka berstatus muflis. Mereka ini dipengaruhi oleh kelemahan peribadi yang terikut-ikut dengan trend gemar berhutang menggunakan instrumen kad kredit, pinjaman pembelian kenderaan dan pinjaman peribadi.


Dewan Pemuda Pas Pusat berasa kagum dengan langkah Kerajaan Pusat yang sering memberi nasihat dan ingatan kepada rakyat supaya bijak berbelanja dan berjimat cermat dalam hidup mereka kerana itulah sebenarnya yang dianjurkan oleh ajaran Islam.

Penutup

Allah SWT berfirman (bermaksud), “Wahai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu bukti kebenaran dari Tuhanmu, dan telah Kami turunkan kepadamu cahaya yang terang (Al-Qur’an), adapun orang-orang yang beriman kepada Allah dan berpegang teguh kepada agamaNya, nescaya Allah akan memasukkan mereka ke dalam rahmat dan limpahan kurniaNya, dan menunjukkan mereka jalan yang lurus” (Surah An-Nisa’ : 174-175)

Dewan Pemuda Pas Pusat bersyukur dan berterima kasih kepada Kerajaan Pusat yang amat perihatin dan beristiqomah dalam memikul amanah dan Mandat Rakyat dan berharap agar seluruh harapan yang telah dinyatakan ini dapat dikekalkan untuk mempertahankan kemaslahatan kepada agama, rakyat dan negara sebagaimana yang telah dicapai selama ini.

Dewan Pemuda Pas Pusat juga sedang mengkaji samada perbuatan parti DAP dan PKR yang sering memperkudakan parti Pas selama ini, selaras dengan ajaran Islam atau sebaliknya.

Selasa, 28 September 2010

Presiden PAS Semakin Hilang Punca Untuk Berhadapan dengan Kemenangan Rakyat


Hadi Awangpun berbunyilah:
Sumber: harakahdaily

KUALA LUMPUR, 27 Sept: Pemimpin Umno BN telah gagal memikul amanah rakyat majmuk untuk membina negara Malaysia yang hebat dan dalam masa yang sama menunjukkan contoh model keadilan Islam yang sebenar.

Ini juga, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengakibatkan orang Melayu yang mendapat majoriti besar dalam pilihan raya gagal memartabatkan Islam yang menjadi agama Persekutuan.

Sehubungan itu, PAS mengajak seluruh orang Melayu Islam yang bimbang dengan kedudukan mereka agar dapat berfikir dengan rasional dan fakta yang jelas, bahawa Umno BN akan sekali lagi berlaku curang terhadap mereka.

Kemenangan Rakyat Selama Ini adalah kerana mereka memberi mandat kepada UMNO-BN sehingga berjaya mengangkat maruah dan martabat rakyat dan negara hanya dalam masa 50 tahun lebih sahaja.

Fenomena ini menyebabkan Presiden PAS telah semakin hilang punca untuk terus menerajui parti. Berbagai-bagai kerenah dan muslihat yang diperkenalkan PAS, tetapi ternyata tidak menjadi. Akhirnya terpaksa mengeluarkan kata-kata kekecewaan:

 "biarlah kami kalah..."

Usaha untuk menidakkan jasa dan bakti UMNO telah dilakukan oleh parti PAS sebaik sahaja ditubuhkan sehinggalah sekarang ini. Namun parti itu tetap menemui kegagalan demi kegagalan. Pas semakin hilang punca dan arah tuju perjuangannya. Allah tetap meredhai daya usaha UMNO, dan Allah jua yang menetapkan PAS berada ditakuk lama.

Paling menghampakan ialah kesilapan PAS menolak faktor bangsa Melayu dalam perjuangan partinya. Kesilapan ini nampaknya semakin memakan dirinya sendiri kerana nyawa PAS berada di tangan bangsa Melayu 100%. Mangsa paling parah ialah rakyat Kelantan yang terpaksa menderita kerana ketidakmampuan PAS. Kini Petronas dipaksa supaya memberi sedekah duit kepada PAS Kelantan.

Apabila PAS menolak unsur bangsa dalam partinya, maka DAPlah yang paling beruntung kerana ahli-ahli PAS akan mengundi calon DAP di mana sahaja mereka bertanding dan menolak calon MCA atau MIC. Sekiranya menang, kerusi PAS tidak akan bertambah sebaliknya berlaku pengukuhan kuasa DAP. Inilah yang berlaku di Perak, Pulau Pinang dan Selangor.

Laungan dan gesaan supaya orang Melayu perlu bersama dengan PAS untuk menggantikan Umno sebagai teras politik Melayu Islam adalah retorik parti itu yang sudah kehilangan arah tuju dan mekanisme perjuangan yang semakin bercelaru. PAS sebenarnya hanya berminat untuk menambah undi dan sokongan, tetapi bukan kerana melaksanakan syiar Islam seperti yang dilaungkan. Bangsa Melayu tetap dijadikan mangsa nombor satu parti PAS.

Seluruh rakyat dalam negara kita sudah sedia maklum keberkesanan dasar-sadar yang dijalankan oleh UMNO-BN selama lebih 50 tahun memerintah dengan adil dan sejahtera. Kejayaan yang jelas dan nyata ini menyulitkan PAS dan Gerombolan Pakatan Pembangkang memesongkan keyakinan rakyat daripada terus menyayangi dan menyokong UMNO-BN.

Justeru, pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad yang disokong oleh beberapa pimpinan Umno lain bahawa orang-orang Melayu akan kehilangan kuasa dan 'suara' jika Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih pemerintahan negara adalah merupakan suatu pandangan yang sangat tepat dan berpandangan jauh berdasarkan realiti tindak-tanduk yang ditunjukkan oleh Gerombolan Pakatan Pembangkang selama ini.

Sejarah sekali-kali tidak boleh menafikan bahawa UMNO-BN adalah parti yang berpandangan jauh, matang berpolitik dan telah menjadi payung kepada seluruh rakyat yang berbilang kaum dan agama. Selepas berjaya memerdekakan negara ini, UMNO-Perikatan terus melaksanakan formula yang terbaik membawa negara dan rakyat ke arah yang lebih sejahtera dan berjaya dalam pelbagai bidang kehidupan.

Pas dan rakan-rakan Gerombolan Pembangkangnya semakin hari semakin kehilangan arah dalam perjuangan sehingga terpaksa menggunakan pelbagai cara dan kaedah yang tidak masuk akal. Hal ini tentu tidak baik untuk negara kita yang terdiri dari pelbagai bangsa, kaum dan kepercayaan.

Generasi muda hari ini adalah cermin kejayaan UMNO-BM.

Kini DS Najib sedang meneruskan kejayaan yang telah dicapai oleh rakyat dan seluruh rakyat pasti akan bersama UMNO-BN di samping terus mengabaikan Gerombolan Pakatan Pembangkang yang mereka anggap hanya pandai membuat kacau sahaja.

Kemenangan rakyat selama ini... 
adalah kerana mereka memberi mandat kepada UMNO-BN.

Sabtu, 25 September 2010

Gerombolan Pakatan Pembangkang Cuba Menumpang Populariti Tun Mahathir


Nizar bin Jamaludin dan Nurul Izzah bt. Nuar Brahim cuba menumpang popilariti Tun Dr. Mahathir bin Muhamad.

Menurut Harakahdaily: 
  
KUALA LUMPUR, 24 Sept: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Muihamad Nizar Jamaludin mendakwa Tun Dr Mahathir dikuasai otak perkauman manakala Nuzul Izzah Anwar pula mencabarnya berdebat ekoran dakwaan beliau Melayu akan hilang kuasa jika Pakatan Rakyat memerintah....

Nizar dan Nurul Izzah telah tersilap terjah!.

Seluruh Rakyat tahu bahawa samada Nizar Jamaludin atau Nurul Izzah, kedua-duanya sama sekali tidak layak untuk berdebat dengan Tun Mahathir. Usahkan berdebat, berbual sambil minum bah kut tea pun tak layak. Perbezaan antara Nizar dan Nurul Izzah dengan Tun Dr. Mahathir amatlah jauh sekali. Perbandingan mereka ibarat langit dengan bumi. Ibarat Dato' Seri Harussani dengan Nik Aziz. Ibarat P. Ramlee dengan Mat Sabu.

Tetapi persamaan Nizar PAS dengan Nurul Izzah PKR ibarat Nuar Brahim dengan Pembohong Besar.

Tun Dr. Mahathir adalah pemimpin yang sangat berjaya bagi seluruh Rakyat Malaysia selama 22 tahun perkhidmatannya, manakala Nizar Jamaludin hanyalah kuli dan budak suruhan DAP serta buah catur Nuar Brahim. Manakala Nurul Izzah hanyalah sekadar budak perempuan yang sudah rosak akhlak politiknya di bawah bimbingan Nuar Brahim iaitu bapanya sendiri yang kini sedang kelemasan dalam perbicaraan kes meliwat.

Keinginan menawarkan diri berdebat dengan Tun Dr Mahathir dibuat bukanlah kerana mereka mampu menyanggah pandangan negarawan ulung itu, tetapi lebih kepada ingin menumpang popularitinya. Dengan berbuat demikian mereka berharap rakyat akan terpesona dan menganggap mereka hebat kerana berani mencabar Tun Dr Mahathir. Itu sahaja.


Nizar memang diketahui umum sebagai ahli politik dari parti PAS yang sangat menyanjung perjuangan cauvinist-racist DAP. Dia secara sedar merelakan diri menjadi haiwan tunggangan DAP dan sanggup menjadi boneka untuk membantu DAP menghakis kuasa politik Melayu-Bumiputera. Tetapi rancangan Allah lebih baik dari rancangan Nizar, Lim Kit Siang dan Nuar Brahim.

Nizar secara luar biasa mendakwa Tun Dr Mahathir sebagai bersifat perkauman. Tentulah dakwaan ini tidak benar kerana seluruh Rakyat tahu bahawa Tun Dr. Mahathir telah berjaya menyatukan pelbagai kaum yang berlainan kepercayaan dan adat resam. Ditambah pula dengan kejayaan Tun membangunkan negara dan meningkatkan taraf hidup rakyat dalam segala bidang. Kini segala pencapaian tersebut disambung pula oleh DS Najib dengan menambahbaik kaedah yang sedia ada.



Manakala Nurul Izzah pula, sama seperti bapanya Nuar Brahim, sangat takut jika rakyat akan mengenepikan cita-cita peribadi keluarganya dan akhirnya akan dipinggirkan begitu sahaja. Meniru perangai songsang bapanya, Nurul Izzah terlalu biadap menuduh Tun Dr Mahathir sengaja menggunakan Perkara 153 dalam Perlembagaan Negara untuk menakut-nakutkan rakyat.

Pandangan kelas rendah Nuru Izzah ini tidak benar kerana seluruh Rakyat tahu bahawa Perlembagaan yang digunakan sekarang inilah yang menjadi faktor yang memajukan negara dan membangunkan rakyat semua kaum. Perlembagaan inilah yang telah menjamin kesejahteraan hidup dan hubungan antara kaum terpelihara, kebebasan beragama, penggunaan bahasa ibunda dan peluang meningkatkan taraf hidup.

Sebenarnya, Nurul Izzah sama seperti bapanya, sangat takut jika Rakyat terus menyayangi Tun Dr. Mahathir, mengasihi DS Najib serta meyakini UMNO dan BN. Jika ini terus berlaku, Nurul Izzah sudah dapat menghidu satu mala petaka yang besar akan menimpa keluarganya. Kerana itu dia cuba menonjolkan dirinya  dengan cara menumpang populariti Tun Dr. Mahathir.

Seluruh Rakyat telah perasan dan nempak dengan jelas bahawa perlakuan Nizar Jamaludin dari parti politik Pas dan Nurul Izzah dari parti politik PKR samalah seperti menggali kubur bangsanya sendiri. Berpolitik tetapi tidak berpendirian. Berpolitik tetapi menjadi dalang menghancurkan kuasa bangsa sendiri.

Nizar dan Nurul Izzah mengharapkan undi Melayu-Bumiputera tetapi dalam masa yang sama membantu DAP yang racist-cauvinist mencapai agenda mereka mengambilalih kuasa politik untuk menguasa segala-galanya di negara ini.

Dalam tegurannya YBhg. Tun Dr. Mahathir mendakwa, walaupun menteri besarnya Melayu dari PAS iaitu Muhamad Nizar tetapi kerajaan itu dikuasai oleh DAP.


Nizar berkata, kenyataan sebegini adalah jelas dari otak perkauman Mahathir.


"PAS bertindak secara Islam untuk mendapatkan dari Umno yang perkauman untuk menyelematkan Malaysia," kata Nizar.


Jelaslah bahawa PAS percaya "menjadi haiwan tunggangan DAP" itu adalah tindakan cara Islam.

Nurul Izzah pula bercakap mengenai keadilan, kebebasan bersuara, agihan ekonomi, perkauman, yang kesemuanya hanyalah mengulangi retorik bapanya yang tak berkesudahan dan semakin tersisih dari rakyat.

Jika Nizar PAS sanggup memperalatkan Islam sebagai alat politiknya, maka Nurul Izzah PKR sanggup mempermainkan emosi rakyat untuk menyelamatkan Nuar Brahim...bapanya.

Itulah sifat Gerombolan Pakatan Pembangkang yang semakin dikenali oleh Rakyat.

Jumaat, 24 September 2010

PKR Semakin Cenderung Ke Arah UMNO

Tahniah DS Najib!! Tahniah Dato' Harussani!!
Akhirnya nasihat Dato' Seri berdua telah didengari oleh PKR.


Setelah berasa letih mempermain-mainkan emosi rakyat...PKR telah beransur-ansur sedar perbuatan itu salah.dan tidak bermoral.

Setelah berhempas-pulas berbohong dan menyebarkan fitnah...PKR sudah mula bermuhasabah kerana mendapati perbuatan itu tidak beretika.

Setelah sekian lama bergelumang dengan sikap keji dan tidak bertamadun...PKR akhirnya mengaku bahawa mereka tidak bermaruah dan beramal dengan kaedah politik yang jijik.

Sumber: Harakahdaily


Hentikan kritikan terhadap individu bertanding
Yahya Sahri  


Presiden parti KEADILAN di gesa supaya segera mengeluarkan arahan agar jangan ada sesiapa dari kalangan ahli parti baik yang bertanding ataupun tidak; baik yang berjawatan atau tidak ; mengeluarkan kenyataan dalam apa jua media khususnya  menyentuh personaliti calon-calon yang bertanding merebut jawatan dalam parti bulan November akan datang.

Hal ini amat penting bagi menjaga keharmonian kempen masing-masing. Jika pun mereka mahu memberikan komen, maka ia harus dilakukan dalam kerangka atau platfom parti.

Jangan gunakan media atau jangan respon terhadap media jika ada isu yang berkaitan dengan personaliti seseorang. Tidak wajar seseorang memberi komentar terhadap prestasi seseorang yang lain dalam media yang boleh memberikan pelbagai tafsiran kepada umum. Tindakan sedemian serupa dengan membuka pekung di dada. Ia tidak ubah seperti membuka pintu rumah seluas-luasnya untuk pencuri masuk.


Setelah menyedari hakikat sebenar bahawa PKR berjuang di atas landasan yang salah, menggunakan pendekatan yang tidak bermaruah...akhirnya mereka kembali merujuk kepada budaya politik yang diamalkan UMNO selama ini.

Mereka tidak merujuk kepada fatwa Nik Aziz. Tidak juga mengambil contoh Lim Kit Siang atau kata-kata hikmat Karpal Singh. Mereka langsung tidak pedulikan jeritan batin Anwar Ibrahim yang berapi-api dan membakar semangat memberontak.

Mereka kembali kepada laungan keramat pemimpin-pemimpin UMNO sejak berzaman...menggali semula kepada nasihat Harussani yang digelar anjing UMNO...menoleh kembali kata-kata guru-guru agama dan pemimpin agama yang tidak melacurkan Islam untuk politik.

Rakyat sedang memerhatikan mereka.
Manakala mereka sudah semakin hilang dari hati Rakyat.

Selasa, 21 September 2010

Ujang Ranggi: Re-Union : An Evening With Mantoya and Jinggo

Ujang Ranggi: Re-Union : An Evening With Mantoya and Jinggo: "Re-Union : An Evening With Lan Mantoya and Junid Jinggo On the way home from Shah Alam, I saw Lan Mantoya again in Bangsar Sphere yesterday..."

Drs Khalil Idham Lim Ajak Rakyat Kelantan Sokong UMNO-BN


Memahami Pemikiran dan Metaliti PAS
Dengan bangganya Drs Khalil Idham Lim, seorang penganut Islam yang mendapat tarbiyyah anjuran parti politik PAS, mengajak rakyat Kelantan supaya menolak "air bersih" yang ditawarkan oleh UMNO dan mengajak rakyat Kelantan memilih "akidah bersih" yang ditawarkan oleh parti politik yang menjadi sahabat karib DAP itu.

Menurut ajaran agama Islam yang dianuti oleh Drs Khalil Idham Lim, tawaran UMNO untuk membekalkan air bersih untuk rakyat Kelantan itu adalah satu bentuk pengkhianatan kepada rakyat Kelantan.

Maka sekiranya Rakyat Kelantan menolak tawaran UMNO yang ingin membekalkan air bersih, maka rakyat Kelantan adalah diiktiraf sebagai lebih "pandai" dari Awang Adik dan UMNO yang bodoh.

Sekiranya rakyat Kelantan berdegil juga atau terppengaruh memilih untuk menerima "air bersih", ini bermakna rakyat Kelantan dengan sengaja telah "menolak akidah bersih". Iaitu bermakna menerima UMNO tetapi menolak Allah.

Rakyat Kelantan juga diajak menerima "air keruh" kerana air yang keruh bukan bermakna air kotor.

Seterusnya Drs Khalil Idham Lim menyatakan bahawa pemerintah dari Parti Politik PAS akan kekal berterusan tidak akan membekalkan air bersih kerana tidak mampu dan mempunyai wang untuk berbuat demikian.

Akhirnya Drs Khalil Idham Lim menjelaskan bahawa seluruh Rakyat Kelantan perlu memecat Kerajaan PAS Kelantan dan menggantikannya dengan Kerajaan UMNO-BN yang sudah bersedia dengan peruntukan yang mengarah kepada jumlah 2 bilion untuk rakyat Kelantan.

Betul jugak!
Kenapa rakyat perlu sokong PAS yang tak mampu berbuat apa-apa selain menghidangkan ceramah demi ceramah.

Lebih baik bersama dengan UMNO-BN yang terbukti selama ini menyediakan air bersih. Kerana air bersih itu menggambarkan aqidah yang bersih.


Isnin, 20 September 2010

#links

#links

House PK: FROM PERAK WITH LOVE: MAJLIS ILMU USTAZ KHAZIM!

House PK: FROM PERAK WITH LOVE: MAJLIS ILMU USTAZ KHAZIM!: "Perak Today ada satu cerita menarik tentang Majlis Ilmu yang telah diadakan di kediaman rasmi MB Perak, korang baca la kat sini dan sini, me..."

Keburukan PKR: Mengikut Penjelasan Syed Husin Ali



Syed Husin Ali Mula Dedahkan Segalanya!!

(Hasil Wawancara yang dijalankan oleh Lim Hong Siang dan Wong Shu Qi dari MerdekaReview, di pejabat Timbalan Presiden PKR, Syed Husin Ali pada 16 September 2010)

1. PKR hanya boleh hidup dengan mengenepi dan melanggar undang-undang .....“Kita terus menerbitkan Suara, walaupun cara ini melanggar undang-undang"

2. Mengajak rakyat bersama-sama melanggar undang-undang - memaksa para peniaga menjual suara keadilan dan berniaga tanpa permit...... "Kita terus mengedarkan Suara walaupun banyak pengedar yang tiada permit".

3. PKR memilih untuk terus melanggar undang-undang untuk terus hidup... "Kita tidak ada pilihan lain. Pihak berkuasa menuduh kita melanggar undang-undang".

4. PKR mengamalkan prinsip 'tujuan menghalalkan cara"..."Akan tetapi, dengan menafikan hak kita untuk bersuara, sebagaimana yang dijanjikan oleh Perlembagaan Persekutuan, Kerajaan sebenarnya menggalakkan kita melakukan aktiviti di luar undang-undang. Ini tuntutan masa dan keadaan.” — juga Dipetik daripada ucapan perasmian Syed Husin Ali, selaku Timbalan Presiden dalam Kongres Nasional Tahunan AMK dan Wanita PKR, pada 1 September 2006.

5. Syed Husin mengakui bahawa Suara Keadilan, lidah rasmi PKR selepas penggabungan antara Parti Rakyat Malaysia (PRM) dengan Parti KeADILan Nasional, tidak memperolehi permit sejak terbitan sulungnya pada Jun 2005. Bagaimanapun, terbitan diteruskan biarpun dengan cara melanggar undang-undang.

6. Tindakan melanggar undang-undang terpaksa diambil kerana PKR telah terdesak dan berada dalam situasi paling sukar dengan hanya tinggal seorang ahli parlimen, iaitu Presidennya, Wan Azizah Wan Ismail setelah dibadai “gelombang biru” dalam PRU ke-11.

7. Tian Chua semasa sesi penggulungan perbahasan dalam Kongres Nasional Tahunan, memulakan proses melanggar undang-undang dengan cara kekerasan dan berdemonstrasi mengajak pimpinan dan anggota PKR turun gelanggang untuk berkumpul di bawah pejabat SUHAKAM pada 24 November 2006 yang dianggap sebagai tindakan hangat-hangat tahi ayam.
.
8. PKR terus menerus menjalankan kegiatan melanggar undang-undang dengan langkah untuk menerbitkan lidah partinya dalam bentuk edisi tidak berkala, bermula dengan Keadilan (12 Julai 2010), Obor Keadilan (19 Julai 2010), Sinar Keadilan (26 Julai 2010), Utusan Keadilan (2 Ogos 2010), Berita Keadilan (9 Ogos 2010) dan kemudiannya berhenti di Metro Keadilan (16 Ogos 2010).

9. Syed Husin meneruskan gerakan membelakangkan undang-undang negara dengan terus menerbitkan Suara Keadilan tanpa permit.....“Saya rasa ini sedang diperjuangkan…” Syed Husin Ali, Timbalan Presiden PKR cuba mempertahankan partinya, dalam satu wawancara bersama MerdekaReview, yang diadakan di pejabatnya, semalam.

10. Syed Husin mengakui gerakan membelakangkan undang-undang didokong oleh ahli parti yang bersemangat tinggi melanggar perlembagaan dan undang-undang negara......“orang yang bersemangat tetapi dianggap tidak profesional yang tertdiri daripada Zunar, Ketua Pengarang dengan kakitangannya dalam Suara Keadilan"

11. Syed Husin sentiasa bangga supaya dilihat sebagai hero yang berani melanggar undang-undang walaupun ada pihak dalam PKR (golongan profesional) yang ingin akur....“Test (ujian) yang pertama ialah golongan profesional ini, misalnya kali pertama, dua tahun lalu, (Suara Keadilan) dihentikan, (selepas tsunami), sudah dihentikan. Suara Keadilan tak ada permit, mereka berundur. Yang profesional takut. Dan saya kata waktu itu, keluarkan (terbitkan), buat atas nama saya. Dan mereka teruskan. Tapi yang meneruskan ialah golongan yang bersemangat dan berani itu. Tetapi, apabila golongan yang profesional ini mengambil alih, walaupun saya katakan nama permit tu nama saya, saya ambil tanggungjawab, tapi mereka kurang berani.”

12. PKR berusaha mencanangkan bahawa maksud BERANI itu ialah keberanian untuk mengenepikan perlembagaan negara dan melanggar undang-undang...."Profesional tetapi tak berani?...Di sini ia memperlihatkan satu perubahan dalam sikap, yang berlaku di kalangan anggota mahupun pimpinan parti. Tapi, itu tak bererti terus mengalah begitu sahaja. Sebab sekarang, salah satu sebab, golongan profesional ini dia memikirkan soal kewangan, untung-rugi, kan? Dan bila tak ada wang, dia tak berani nak keluarkan.”

13. Syed Husin akan berundur dari jawatan Timbalan Presiden tetapi amat risau sekiranya semangat untuk melanggar undang-undang tidak diteruskan dan diganti dengan semnagat hanya cintakan kebendaan.... “Ada, ada kemungkinannya nilai-nilai kebendaan dan kewangan mendominasi dalam parti. Kebimbangan itu ada. Ini bukan masalah parti. Ini masalah seluruh masyarakat. Seluruh dunia. Dan sangat susah untuk kita menongkah arus… Orang yang bodoh-bodoh macam saya sahaja…”

14. Syed Husin mengakui PKR tidak mampu meneruskan agenda politik untuk membawa rakyat lebih sejahtera kerana ditimpa oleh berbagai-bagai masalah...."tetapi kini dengan segala syarat atau kelebihan yang ada, misalnya kuasa kerajaan negeri, bilangan wakil rakyat yang bertambah...ini satu fenomena yang kurang baik, kerana lebih sibuk sekarang ini dengan soal-soal kerajaan, dengan soal jadi wakil rakyat, dengan soal jadi ADUN, daripada memikirkan kerja-kerja dan sumbangan terhadap rakyat...walaupun saya berada di situ, ataupun tak ada di situ, perkara ini akan berlaku…”

15. Syed Husin menjelaskan konspirasi dalaman PKR melalui penglibatan Soh Chee Wen:

Jelas, sesuatu yang “tidak kena” berlaku dalam PKR itu sendiri. Kemasukan “golongan yang dianggap profesional, tetapi tidak bersemangat” ke dalam parti selepas tsunami politik pada tahun 2008, harus diteliti. Wartawan seterusnya menyebut nama “Soh Chee Wen”, yang dibangkitkan oleh Zaid Ibrahim secara terbuka baru-baru ini dalam kenyataannya…

Apabila ditanya, “Sejauh manakah peranan Soh Chee Wen dalam parti?”
“Sekarang tak ada,” jawab Syed Husin Ali.
“Dulu ada?” tanya wartawan.
“Dulu ada, dari segi kewangan…” Syed Husin Ali jelas teragu-ragu, mungkin dikhuatiri sama ada dirinya membongkar rahsia parti, yang sebenarnya sudah menjadi rahsia terbuka.
“Sekarang tak ada. Sekarang tidak boleh lagi.” Apabila wartawan mendesak, beliau dengan lantas menjawab, “Saya tidak tahu”. Bagaimanapun, akhirnya beliau memberi bayangan, “Baca Free Malaysia Today, kaji siapa di belakangnya… Adakah ia menganggap parti sebagai kawan, atau lawan?”

Namun, jelas Syed Husin Ali terusik dengan kenyataan Zaid Ibrahim, Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, yang mempersoalkan, bukankah Soh Chee Wen sahabat Anwar? ?Siapakah ‘”Musuh Parti” dalam PKR??
“Saya akan kata, satu waktu dulu…” Syed Husin Ali menjelaskan, “Anwar pun sahabat baik dengan ramai orang yang telah keluar daripada parti. Sama ada anggota parlimen, ataupun orang yang pernah aktif dalam parti. Tetapi bila mengambil satu sikap yang tertentu, takkan boleh katakan mereka tu bekerjasama ataupun sepandangan.”
“Sudah berubah, sudah berubah…” Demikianlah yang diulangi oleh ahli politik yang berusia 74 tahun ini.

Beliau menambah, perhubungan antara orang dengan keadaan sentiasa berubah dalam politik, sehingga orang mengatakan “tiada yang tetap dalam politik”.
“Maka tak usahlah dibangkitkan bahawa hubungan mereka yang baik seketika dahulu, apabila keadaan sudah berubah sekarang,” kata Syed Husin Ali.
Soh Chee Wen dikatakan memainkan peranan yang aktif seketika dahulu di ibu pejabat PKR.

Bagaimanapun, beliau kini telah meninggalkan pejabatnya, kebetulan tidak lama selepas bekas Setiausaha Agung, Salehuddin Hashim meletak jawatan.

Soh Chee Wen, bekas pemimpin yang berkecimpung di antara dunia politik dan korporat, terkenal sebagai orang kanan Ling Liong Sik ketika Ling menerajui pimpinan MCA. Namun, hubungan Soh Chee Wen dengan Ling Liong Sik menjadi tegang semasa kemelut ekonomi pada tahun 1997, malah Soh melarikan diri ke luar negara setelah disabit dengan tuduhan jenayah komersial.

“Dana sumbangan” merupakan sesuatu yang lumrah dalam operasi parti politik. Dalam dunia realiti, udang tetap akan bersembunyi di sebalik batu. Dana sumbangan tidak datang secara percuma…
“Ada, ” Syed Husin Ali cuba menafikan, menjelaskan bahawa “ada yang menderma dan tidak begitu demanding (permintaan yang banyak)”. Beliau menambah, tanpa merujuk kepada siapa-siapa, “Dia (penyumbang dana politik) tidak boleh menggunakan wang sebagai leverage (pengaruh) untuk menentukan dasar.”

“Mana-mana parti politik tidak akan keberatan untuk menerima sumbangan yang ikhlas, tetapi bukan dikenakan syarat, misalnya siapa yang hendak diangkat (menjadi pimpinan), rancangan apa yang dijalankan, atau dasar apa yang perlu dilaksanakan…” tegas beliau.

Sementara mengalu-alukan sokongan kebendaan dan moral, Syed Husin Ali berterus-terang, “Sebenarnya parti tidak seharusnya bergantung kepada orang-orang tertentu. Sama ada dari segi kewangan ataupun dari segi organisasi. Ataupun dari segi politik. Tak boleh. Bahkan parti tak boleh bergantung hanya pada Anwar.”
“Parti harus bergantung kepada organisasi, dasar dan sebagainya…” tegas Syed husin Ali.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...