Followers

Ahad, 9 Disember 2012

Kebijaksanaan Rakyat Malaysia: Menolak Agenda China DAP



Rakyat bersama Kerajaan terus mantap...menolak politik songsang.
Kejayaan negara kita adalah suatu realiti dan gambaran sebenar sikap Rakyat yang berpandangan jauh, rasional dan bertanggungjawab.
Penjenayah politik dan anti nasional yang bergerak di luar batas Perlembagan Persekutuan tetap menjadi duri dalam daging Rakyat yang cintakan keamanan, kedamaian, keselamatan dan kejayaan demi kejayaan.

Masalah peribadi Ketua Umum PKR...bukan masalah Rakyat.
Masalah keterlaluan memperalatkan agama oleh Parti Melayu Pas...bukan masalah Rakyat
Masalah menghasut kaum china DAP ingin menegakkan Malaysian Malaysia...bukan masalah Rakyat

Rakyat tetap dengan pendirian...ingin hidup bersama dengan aman dan sejahtera.

Sungai Rapat Online: Orang Melayu Johor tidak terima Nizar dan Nga Kor ...: Gambar di atas bukti bahawa orang Melayu di negeri Johor tidak menerima bekas menteri besar cina DAP Perak Nizar Jamaluddin dan c...

Dipetik dari blog rakan Pengundisetiasungairapat

Khamis, 6 Disember 2012

Orang Yang Tidak Cerdik Selalu Anggap Dirinya Hebat


Keluarga Bahagia berehat di Munich 2004

Rakyat semakin muak dengan perilaku politik abnormal yang dilakonkan oleh nuar berahim. Pendedahan demi pendedahan membuktikan hukuman Allah sedang menimpa ke atasnya. Mudah-mudahan akan berakhir kecelakaan yang tidak diundang yang menimpa Rakyat Malaysia selama ini.

Ikuti penjelasan yang amat berguna dari RBF sebagai hasil kerja bersama sahabat-sahabat Blogger yang bersamanya:

RBF Online: Cerita Di Sebalik Tabir Bagaimana Anwar Ibrahim Te...: Semua orang sudah nampak dan sudah jelas siapa tok dalang yang memainkan peranan untuk menggerakan Deepak menjelang Perhimpunan Agung Um...

Dipetik dari: rbfonline.net

Khamis, 29 November 2012

TAKTIK HALUS DAP ...Hanya akan berjaya selagi pengikut Pas dan PKR meraikannya

Agenda China PAP-DAP telah banyak menunjukkan perkembangan.
Mereka telah berjaya menguasai Singapura sepenuhnya.
Pulau Pinang, Kelantan, Kedah, Selangor dan Perak.
Selain itu akan terus menguasa bandar-bandar besar di seluruh Malaysia.
Asas perjuangan mereka BUKAN agama, parti atau negara, tetapi KAUM.
Politik, agama dan tanah adalah alat utk survival kaum.
Kaum ini akan bersatu untuk menguasa Tanah,

Baca seterusnya....

GERAKAN ANTI DAP: PILIHANRAYA MASJID DI P.PINANG - TAKTIK HALUS DAP ...: Sudah GAD katakan bahawa DAP ini memang ejen zionis yg kerjanya hanya untuk memecahbelahkan umat Islam. Kalau di Timur Tengah, puak zion...

Rabu, 28 November 2012

Merangka Keutuhan Mencanai Kedewasaan



“BERSAMA MELAKAR KEMENANGAN”


 Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

YB Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil
Ketua Pergerakan Wanita

YB Sdr. Khairy Jamaluddin
Ketua Pergerakan Pemuda

YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Sirlin
Ketua Pergerakan Puteri

YB Naib-Naib Presiden UMNO

YB Setiausaha Agung UMNO

Ahli-Ahli Majlis Tertinggi

Barisan Exco Wanita, Pemuda dan Puteri

Saudara-saudari sidang perwakilan dan para pemerhati sekalian.

1.     Alhamdulillah, UMNO kini berada di persada 66 tahun usianya. Negara kita telah merdeka 55 tahun adanya. Ia datang bersama sebuah pemerintahan dari acuan negara sendiri, dari pimpinan anak watan sendiri. Selama lebih enam dekad inilah, parti kita telah mengabdikan diri kepada anak watan, mengubah keadaan, dari selubung kemunduran dan kemiskinan, kepada cahaya kemajuan dan kemakmuran.

2.     Kita bersyukur, kerana hasil gabungan kebijaksanaan rakyat memilih pemimpin dan kebestarian pemimpin mengemudi negara, Malaysia kekal aman, makmur dan sejahtera. Rakyat dari segala rentasan kaum dan agama hidup dalam suasana yang harmoni, tanpa persengketaan, tanpa kemusnahan. Pada masa yang sama, kita melonjak ke ambang negara maju dan melakar masa depan yang meyakinkan. Impian kita, harapan kita, hanyalah membina negara Malaysia yang berjaya dari Perlis hingga ke Sabah, dan sentiasa berada di bawah naungan Ilahi seperti yang dipohon oleh Nabi Allah Ibrahim:

وَإِذۡ قَالَ إِبۡرَٲهِـۧمُ رَبِّ ٱجۡعَلۡ هَـٰذَا بَلَدًا ءَامِنً۬ا وَٱرۡزُقۡ أَهۡلَهُ ۥ مِنَ ٱلثَّمَرَٲتِ مَنۡ ءَامَنَ مِنۡہُم بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ‌ۖ

Yang bermaksud:

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Mekah) ini, negeri yang aman sentosa dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat di antara mereka.

(Surah Al-Baqarah, Ayat 126)

Saudara dan saudari yang saya hormati,

Politik Perkongsian Kuasa

3.     Menghimbau 55 tahun yang lalu, Malaysia berada dalam situasi yang hampir sama seperti di Sri Lanka, Fiji dan Myanmar ketika negara-negara ini berada di ambang kemerdekaan. Kesemuanya adalah bekas tanah jajahan British yang mempunyai penduduk berbilang kaum dan agama. Apabila British terdesak untuk melepaskan penguasaan ke atas tanah-tanah jajahan mereka, perkara utama yang menjadi persoalan ialah siapakah selain bangsa pribumi yang berhak mendapat hak kerakyatan, bangsa manakah yang akan menerajui pemerintahan negara baru itu, dan apakah bentuk negara yang mahu dibina.

4.     Kecuali di Myanmar, negara-negara ini memilih model politik perkongsian kuasa antara kaum. Di Sri Lanka, etnik Sinhalis dan Tamil bersetuju untuk berkongsi kuasa. Namun, persetujuan untuk berkongsi kuasa sahaja tidak menjamin keamanan dan kestabilan politik yang berkekalan. Perbalahan kaum tercetus di Sri Lanka selama beberapa dekad selepas merdeka, sehingga membawa kepada rusuhan, perang saudara, kemusnahan dan kemunduran.   

5.     Di Fiji, etnik imigran yang ibu bapa mereka berhijrah ke negara itu semasa penjajahan British telah diberikan hak kerakyatan apabila Fiji mencapai kemerdekaan pada tahun 1970. Dengan hak kerakyatan, mereka juga mempunyai hak yang sama dengan Bumiputera Fiji untuk terlibat dalam politik dan ekonomi. Malangnya, kerana tidak ada usaha untuk meratakan padang permainan, Bumiputera Fiji yang lebih mundur memberontak sehingga menyebabkan perbalahan dan rampasan kuasa.

6.     Lebih malang di Myanmar, etnik minoriti Rohingya yang berhijrah ke negara itu semasa penjajahan British tidak diberikan hak kerakyatan langsung. Tanpa hak kerakyatan, mereka tidak mempunyai hak untuk terlibat dalam politik, apatah lagi untuk berkongsi kuasa dengan kaum majoriti. Walaupun Myanmar telah merdeka selama 64 tahun, etnik Rohingya yang beragama Islam dilayan dengan begitu teruk sekali. Mereka tidak dibenarkan bekerja dengan kerajaan dan anak-anak mereka dihalang daripada bersekolah di sekolah kerajaan. Hatta untuk mendapatkan rawatan di hospital pun mereka menghadapi kesukaran. Tidak cukup dengan itu, rumah-rumah mereka dibakar, tanah-tanah mereka dirampas dan keluarga mereka dihalau keluar dari bumi Myanmar. Bagi orang Rohingya, bumi yang mereka pijak ibarat neraka dunia.

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

KEBIJAKSANAAN POLITIK UMNO: MUAFAKAT UNTUK BERKONGSI KUASA

7.     Alhamdulillah, kita di Malaysia tidak mengalami krisis politik dan perkauman yang parah seperti yang dialami di negara-negara lain, walaupun kita mempunyai lebih banyak bangsa, kaum dan suku kaum. Negara kita dipagari daripada malapetaka besar yang menggugat keselamatan dan kesejahteraan rakyat. Dengan izin Allah s.w.t kita dapat hidup dalam suasana yang aman, stabil dan makmur hingga ke hari ini.  

8.     Kesemua ini pastinya tidak terjadi dengan sendiri. Sudah tentulah ada sebab musabab yang menjadikan negara kita kekal aman, makmur dan sejahtera. Sebab yang utama ialah kebijaksanaan pemimpin kita terdahulu memilih acuan politik perkongsian kuasa yang berteraskan semangat persefahaman, pemuafakatan, setiakawan dan tolak ansur antara parti-parti politik yang mewakili pelbagai kaum sewaktu itu, iaitu UMNO, MCA dan MIC. Apabila Barisan Nasional dibentuk pada tahun 1974, muafakat kita semakin kukuh dengan lebih banyak parti-parti yang mewakili pelbagai etnik dan suku kaum bergabung, termasuk dari Sabah dan Sarawak.

9.     Sepanjang lima dekad pemerintahan Barisan Nasional, muafakat yang dicapai untuk memerintah negara secara bersama tidak pernah kita ingkari. Janji untuk bekerjasama dan berkongsi kuasa tidak pernah kita nodai. Prinsip ini sentiasa kita pupuk dan suburkan, dan kini menjadi pasak kekuatan Barisan Nasional.

10.   Alhamdulillah, meskipun ada kalanya kita diduga dengan pelbagai cabaran dan tuntutan, meja rundingan Barisan Nasional sentiasa dapat menawarkan penyelesaian kepada semua perkara yang berkait dengan kepentingan semua kaum. Kerana itu Malaysia kekal aman, stabil dan makmur hingga ke hari ini.

11.   Meskipun begitu, bagi puak yang keras dan melampau dalam pemikiran dan tindakan politik, mereka sentiasa mengapi-apikan semangat perkauman dan agama yang sempit bagi menagih laba politik. PAS sebagai contoh pernah menuduh UMNO sebagai parti sekular, parti taghut, parti mustakbirin, parti fir’aun, parti kafir semata-mata kerana kita bekerjasama dengan rakan-rakan bukan Islam dalam Barisan Nasional.

12.   Begitu juga dengan MCA, MIC dan parti-parti komponen lain dalam Barisan Nasional. Apabila mereka menerima pendirian UMNO dalam perkara yang berkait dengan kepentingan orang Melayu, DAP dengan cepat menuduh mereka sebagai parti yang lemah, atau parti pak turut yang sanggup menggadai kepentingan kaum bukan Melayu, semata-mata untuk mengecap nikmat kuasa bersama UMNO. Malah, DAP menuduh UMNO sebagai parti rasis dan parti ultra-Melayu, semata-mata untuk membangkitkan kebencian orang bukan Melayu terhadap UMNO dan Barisan Nasional.

13.   Sebenarnya saudara-saudari, PAS dan DAP berbuat begitu semata-mata untuk menarik sokongan kaum tertentu kepada parti mereka. PAS menggunakan sentimen agama yang sempit untuk menghasut orang Melayu membenci UMNO dan menyokong mereka. DAP pula menggunakan sentimen perkauman yang melampau untuk menghasut orang bukan Melayu membenci MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti lain dalam Barisan Nasional,  supaya orang bukan Melayu menyokong mereka. Semuanya ini dilakukan atas dasar kepentingan politik yang jumud dan politik serakah, tanpa mengira kesannya ke atas perpaduan masyarakat berbilang kaum dan agama di negara kita.

14.   Hakikatnya, sejak lebih lima dekad yang lalu, parti yang membawa fahaman politik benci dan fitnah, yang membakar sentimen agama dan perkauman bukannya UMNO, bukannya MCA, bukannya MIC, bukan juga parti-parti komponen BN yang lain. Sebaliknya ia didalangi oleh PAS dan DAP. Merekalah yang mengamalkan politik ultra perkauman dan membawa fahaman songsang mengenai agama yang memecah belahkan masyarakat kita. Kononnya undi PAS masuk syurga, sembelihan orang UMNO tidak halal, solat berimamkan orang UMNO tidak sah. Malah, mereka sanggup mendoakan kehancuran bagi orang UMNO yang merupakan saudara seagama mereka. Merekalah yang menyuburkan syak wasangka, merekalah yang membarakan api fitnah, dan mereka jugalah yang membaja benih-benih kebencian.

Sutera dilipat habis dicuci
Tersimpul kemas di dalam laci
Kalau hati berkarat benci
Terpacul di mulut nista dan caci

PEMBANGKANG TIADA PERSEFAHAMAN, TIADA MUAFAKAT

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

15.   PAS dan DAP masih tebal dengan sentimen kaum dan agama. Mereka masih sangat berbeza dari segi ideologi dan pendirian politik. Setelah bertarung sesama sendiri, kini PAS dan DAP melakonkan sebuah pengkisahan kerjasama politik yang cuba ditiru daripada kejayaan Barisan Nasional. Hakikatnya, watak-watak dan pelakon utama semuanya mahu menguasai plot dan jalan cerita, serta menjadi teraju. Sehingga ke hari ini PAS dan DAP sentiasa bersengketa, bertelagah dalam tiap perkara, dan bercakaran kerana ideologi yang jelas berbeza. 

16.   Mari kita lihat tiga senario di tiga buah negeri yang diperintah oleh mereka. Di Pulau Pinang misalnya, DAP tidak mahu berkongsi kuasa pun dengan PAS. Walaupun PAS mempunyai satu kerusi dalam Dewan Undangan Negeri, wakil rakyat PAS sehingga kini tidak dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri. DAP sebaliknya lebih rela menyerahkan portfolio agama kepada PKR. Walhal, sebagai parti yang mengaku memperjuangkan Islam, wakil rakyat PAS lah yang sepatutnya diberikan kepercayaan oleh DAP, untuk menjaga hal ehwal Islam di Pulau Pinang. Nampaknya, DAP tidak percaya kepada PAS.

17.   Di Kedah pula, wakil rakyat tunggal DAP tidak berada dalam barisan Exco Kerajaan Negeri yang dikuasai oleh PAS. Hari ini, apabila kerajaan PAS Kedah membuat peraturan atau dasar yang condong kepada Islam, yang menentang bukannya wakil rakyat BN, tetapi DAP. Ini membuktikan bahawa DAP bukan sahaja tidak mahu berkongsi kuasa dengan PAS, malah menentang dasar Islam PAS.

18.   Di Selangor, seorang Exco PAS dan Exco DAP pernah bertelagah mengenai penguatkuasaan undang-undang Islam  di negeri itu. Bagi parti DAP yang sekular, bukan sahaja hudud tidak patut dilaksanakan, malah undang-undang pencegahan maksiat yang termaktub dalam enakmen undang-undang Islam negeri juga tidak wajar dilaksanakan. Akibat pertelagahan ini, Exco PAS berkenaan dipecat dari Exco Kerajaan Negeri dan parti, dan portfolio agama Islam yang sebelum ini dipegang oleh beliau, diambil alih oleh Menteri Besar dari PKR.
       
19.   Ternyata, PAS hanya melukut di tepi gantang. PAS tidak berkongsi kuasa dengan DAP dan PKR. Sebaliknya, kuasa yang sepatutnya diberikan kepada PAS dirampas oleh DAP dan PKR. Sungguh malang bagi PAS. Bagai kisah si lebai malang. Di sini tak dapat, di sana pun melepas. Bak kata orang Pulau Pinang, Balik Pulau Bayan Lepas, Sini Terpelau Sana Terlepas. PAS berhempas pulas menarik sokongan orang Melayu, tetapi akhirnya yang berkuasa ialah DAP dan PKR. Bagi DAP dan PKR, PAS hanyalah kuda tunggangan, tukang sorak dan tukang takbir untuk mereka merebut kuasa.

Saudara dan saudari,

20.   Cuba kita bayangkan, jika sekarang pun PAS tidak mempunyai tempat dalam pakatan pembangkang, apakah ada jaminan bahawa PAS boleh menegakkan Islam menerusi pakatan pembangkang? Saya pasti saudara dan saudari yang berada di dalam dewan ini, dan juga tuan-puan yang mengikuti ucapan saya di luar sana, tahu apa jawapannya. Tidak mungkin PAS boleh menegakkan negara Islam. Sebab itulah awal-awal lagi sekarang ini, PAS sudah mendendangkan lagu negara berkebajikan, bukan negara Islam.

21.   Selama ini pun PAS sedar, sepanjang 12 kali pilihanraya umum, bilangan kerusi yang mereka tandingi kebanyakannya kurang separuh daripada jumlah keseluruhan kerusi di Parlimen. Misalnya, dalam pilihanraya tahun 1969, PAS bertanding di hanya 62 daripada 144 kerusi Parlimen, tahun 1990 bertanding di 29 daripada 180 kerusi parlimen, tahun 1995 bertanding di 59 daripada 192 kerusi parlimen, tahun 1999 bertanding di 59 daripada 193 kerusi parlimen, tahun 2004 bertanding di 85 daripada 219 kerusi parlimen, dan tahun 2008 bertanding di hanya 66 daripada 222 kerusi parlimen.

22.   Ironinya, jika PAS menang di semua kerusi yang ditandingi sekalipun, PAS tidak boleh membentuk kerajaan untuk menegakkan negara Islam seperti yang dicanangkan. Apatah lagi, pencapaian terbaik PAS ialah memenangi 26 kerusi dalam pilihanraya umum 1999. Saudara-saudari, PAS hanya menang semua kerusi yang ditandingi sewaktu berada dalam Barisan Nasional dalam pilihanraya 1974. Manakala, dalam semua pilihanraya yang lain, jumlah kerusi yang PAS kalah lebih besar daripada jumlah kerusi yang dimenangi.

23.   Berbeza dengan UMNO, sepanjang sejarah pilihanraya di negara kita, jumlah kerusi yang kita tandingi dan menang dalam pilihanraya membolehkan kita menjadi parti teras dalam kerajaan. Dengan kedudukan ini, UMNO mampu melaksanakan dasar-dasar yang selaras dengan perjuangan parti berlandaskan musyawarah dengan parti-parti komponen dalam Barisan Nasional.

24.   Mungkin PAS akan mengatakan kepada kita tidak mengapa bertanding sejumlah kerusi yang kecil, kerana nanti ahli-ahli parlimen PKR dan DAP akan menyokong mereka untuk menegakkan Islam. Janganlah bermimpi di siang hari. Janganlah berbohong kepada pengundi. Jauh panggang dari api. Takkanlah DAP yang rasis lagi cauvinis, takkanlah PKR yang rosak lagi merosakkan, akan menyokong usaha PAS untuk menegakkan Islam. Cukuplah. Cukuplah sepanjang 12 kali pilihanraya, 12 kali PAS berbohong kononnya parti itu berjuang untuk menegakkan Islam. Janganlah kita biarkan PAS berbohong lagi untuk kali ke-13.

25.   Dengan kedudukan PAS yang lemah, agak pelik bagi kita apabila dalam Muktamar PAS baru-baru ini, ada perwakilan parti itu yang mencadangkan Presiden mereka sebagai calon Perdana Menteri pakatan pembangkang. Seperti yang kita jangka, DAP awal-awal lagi tidak bersetuju Presiden PAS menjadi calon Perdana Menteri. Persoalannya, bolehkah Presiden PAS menjadi Perdana Menteri jika jumlah kerusi yang ditandingi dan dimenangi oleh parti itu adalah kecil, dan DAP pula tidak menyokong mereka? Tentu sekali jawapannya tidak boleh.

26.   Jika tidak boleh, dan saya pasti mereka pun tahu ianya tidak boleh, mengapa dikemukakan juga cadangan itu? Bagi kita ini menunjukkan bahawa ahli-ahli akar umbi PAS tidak meletakkan kepercayaan kepada DAP atau PKR untuk mengetuai pakatan pembangkang. Mereka tidak percaya kepada Lim Guan Eng. Mereka tidak percaya kepada Lim Kit Siang. Mereka juga tidak percaya kepada Karpal Singh. Mereka langsung tidak percaya kepada Anwar Ibrahim. Ini adalah satu kegagalan besar bagi PAS dalam membentuk kerjasama dan berkongsi kuasa dengan DAP dan PKR. 

27.   Sebenarnya saudara-saudari, konsep berkongsi kuasa tidak pernah wujud dalam pakatan pembangkang. Mandat rakyat yang diberikan kepada mereka dalam pilihanraya yang lalu untuk mememerintah beberapa buah negeri adalah satu hikmah yang mendedahkan kepada kita bahawa mereka sebenarnya tidak boleh bekerjasama dan berkongsi kuasa. Satu sebab yang paling utama ialah tiadanya sikap saling mempercayai antara mereka. PKR tidak percaya kepada DAP, DAP tidak percaya kepada PKR, dan kedua-dua DAP dan PKR tidak percaya kepada PAS.

28.   Cuba bayangkan saudara-saudari, jika masing-masing tidak percaya antara satu sama lain, bolehkah pembangkang bermuafakat sesama mereka? Bolehkah pembangkang memerintah negara dengan aman? Bolehkah pembangkang membawa kesejahteraan kepada rakyat? Boleh atau tidak saudara-saudari? Jika tidak jawapannya, pastikan kemenangan berpihak kepada kita dalam pilihanraya nanti.|Jangan kita serahkan negara kita ini untuk diporak-perandakan oleh pembangkang.

CABARAN IDEOLOGI: ISLAM, KEBEBASAN DAN DEMOKRASI

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

29.   Kita sedang berhadapan dengan tentangan ideologi baru. Kononnya atas nama kemunculan politik baru, politik pembebasan, politik global, politik kuasa ketiga, wacana hak dan kebebasan individu mengatasi lingkungan agama, budaya dan moral. Di kalangan parti-parti politik tertentu, mereka akan mengutip apa sahaja ideologi yang memberi kelebihan kepada mereka, hatta berkongsi ideologi songsang sekalipun.

30.   Di peringkat antarabangsa, telah muncul kumpulan yang memperjuangkan ideologi songsang yang berteraskan pemikiran sekular liberal yang bertentangan dengan agama. Misalnya, kumpulan yang memperjuangkan hak golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender yang dianggap sebagai kelompok minoriti yang tertindas. Undang-undang negara yang hanya mengiktiraf perkahwinan antara lelaki dan wanita dianggap oleh kumpulan ini sebagai tidak adil, malah zalim kepada mereka.

31.   Hari ini, mereka semakin berpengaruh. Banyak kerajaan menerima tekanan supaya mengiktiraf hak golongan songsang untuk melakukan perkara yang ditegah oleh agama. Mereka turut melobi supaya hak golongan songsang ini dimasukkan dalam Deklarasi Hak Asasi Manusia Asean di Sidang Kemuncak Asean di Phnom Penh baru-baru ini.

32.   Alhamdulillah, Malaysia di bawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak menolak keras cadangan ini, kerana bagi kita amalan yang bertentangan dengan prinsip agama dan fitrah manusia tidak boleh dibiarkan berleluasa. Bayangkan, apa yang akan terjadi kepada anak-anak kita, keluarga kita, masyarakat kita dan agama kita jika amalan songang ini dibiarkan menular. Kita bersyukur, negara-negara Asean lain bersetuju dengan pendirian Malaysia, dan cubaan untuk mengiktiraf amalan yang bertentangan dengan prinsip agama, moral dan fitrah manusia sebagai satu hak gagal.

Saudara-saudari yang saya hormati sekalian,

33.   Di negara kita, ideologi songsang ini sudah menembusi benteng politik pembangkang. Kerana itu, sejak akhir-akhir ini kita lihat pandangan Ketua Pembangkang agak bercelaru. Satu ketika, beliau tanpa segan dan silu mengeluarkan kenyataan bahawa undang-undang jenayah negara kita yang menghalang perlakuan liwat adalah satu undang-undang yang kolot. Sedangkan kita semua tahu bahawa perbuatan terkutuk itu ditegah oleh Islam, dan juga oleh agama-agama lain. Jika undang-undang itu kolot, maka apakah Ketua Pembangkang hendak mengatakan bahawa hukum Allah juga kolot? Janganlah kerana perlakuan songsang ini dibenarkan di Barat, dan diterima sebagai hak asasi manusia oleh mereka, maka dia pun turut hendak menghalalkannya.    

34.   Selain itu, baru-baru ini kita juga dikejutkan oleh kenyataan seorang Naib Presiden PKR. Atas nama kesamarataan hak, beliau mengatakan orang Melayu yang beragama Islam juga wajar diberikan hak kebebasan beragama, sepertimana yang diamalkan oleh penganut-penganut agama lain. Sedangkan kita tahu bagi umat Islam, seluruh kehidupan kita dipandu oleh syari’at Allah. Tidak mungkin hak untuk murtad boleh terpakai untuk umat Islam.

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

35.   Inilah sisi hodoh ideologi demokrasi dan kebebasan yang cuba dibawa oleh pakatan pembangkang. Mereka cuba merungkaikan asas-asas agama Islam yang telah terpahat kukuh di dalam al-Qur’an dan al-Sunnah. Perkara seperti ini tidak pernah berlaku di negara kita sebelum ini. Tidak pernah ada pemimpin Islam yang tergamak bersuara menghalalkan gaya hidup songsang dan murtad. Tetapi hari ini, atas sebab ingin meraih undi dan merebut kuasa, lantaran angan-angan mahu ke Putrajaya, semuanya boleh sahaja.

36.   Inilah sebenarnya bahana besar yang dibawa oleh pembangkang. Kita di dalam UMNO tidak boleh alpa. Ingatlah, UMNO adalah parti yang berjuang untuk menegak dan mendaulatkan Islam. Bangkitlah menjadi benteng mempertahankan masyarakat kita daripada diasak oleh ideologi songsang pembangkang. Jangan biarkan mereka menembusi jiwa anak-anak kita. Jangan biarkan mereka meracuni pemikiran masyarakat kita. Jangan biarkan mereka merungkai asas-asas agama kita. Kita yakin rakyat akan terus bersama UMNO dan Barisan Nasional untuk mempertahankan nilai-nilai murni yang cuba dinoda oleh pembangkang.

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

37.   Walaupun pembangkang menjanjikan bulan, bintang, matahari dan cakerawala apabila bercakap mengenai demokrasi dan kebebasan, mereka tidak mengotakan apa yang janjikan. Seperti yang disimpulkan dengan begitu tepat sekali oleh YAB Presiden, antara sisi hodoh budaya pembangkang ialah bila berhutang tak perlu dibayar, bila menerima tak perlu berterima kasih, bila berjanji tak perlu ditepati. Jika saudara-saudari ingat, dalam manifesto pembangkang dahulu, tercatat janji untuk memberikan bermacam-macam kebebasan kepada rakyat kalau mereka berkuasa, termasuk janji kebebasan media.

38.   Namun, belum pun sempat mereka berkuasa, pembangkang telah awal-awal lagi memungkiri janji mereka. Hari ini, apabila ada akhbar yang mendedahkan kepincangan mereka, mereka bergegas ke mahkamah menyaman akhbar berkenaan. Jumlah saman bukannya sedikit. Misalnya, nilai saman mereka ke atas sebuah akhbar arus perdana sejak tahun 2008 mencecah 1 bilion ringgit. Dengan jumlah sebesar ini, pembangkang di negara kita mencipta rekod dunia mengemukakan jumlah saman yang paling besar kepada sebuah akhbar.

39.   Mereka berharap akhbar-akhbar di negara kita tidak lagi berani mendedahkan hakikat kepincangan dan keburukan mereka. Selain itu, pembangkang juga menghalang akhbar-akhbar tertentu daripada membuat liputan di majlis-majlis yang dianjurkan oleh mereka, termasuk di sidang-sidang Dewan Undangan Negeri. Inilah sebenarnya taktik kotor pembangkang untuk menutup kepincangan dan membisukan pengkritik mereka.    

40.   Inilah wajah sebenar pembangkang. Apabila terkena batang hidung sendiri, mereka lupa janji, lupa diri, lupa segalanya. Lebih memalukan, mereka lupa bahawa merekalah yang menabur fitnah ke serata dunia bahawa mahkamah kita tidak adil, mahkamah kita berat sebelah, mahkamah kita zalim. Tetapi apabila terdesak, merekalah orang yang paling awal berkejar ke mahkamah untuk mendapatkan perlindungan. Sebenarnya mereka tahu bahawa mahkamah kita boleh memberikan keadilan kepada sesiapa sahaja termasuk mereka. Tetapi kerana niat jahat mereka untuk memberikan gambaran buruk tentang negara kita kepada masyarakat antarabangsa, mereka sanggup menabur fitnah.

41.   Samalah juga dengan tindakan Ketua Pembangkang meminta campurtangan kerajaan asing untuk memastikan pilihanraya kita bersih, bebas dan adil. Dia hendak berbohong kepada dunia kononnya pilihanraya kita kotor. Inilah satu lagi pengkhianatan kepada negara. Semata-mata kerana dengki dan niat jahat terhadap kerajaan Barisan Nasional, dia tergamak meminta campurtangan asing dalam hal ehwal politik negara kita.

42.   Bagi kita, ini hanyalah taktik kotor orang yang bermimpi untuk menawan Putrajaya, awal-awal lagi mengatakan pilihanraya di negara kita tidak adil. Barangkali dia pun sudah tahu bahawa pembangkang akan kalah dalam pilihanraya nanti. Jadi, lebih baik dibuat propaganda awal bahawa pilihanraya negara kita tidak adil, supaya apabila mereka kalah dalam pilihanraya, senanglah untuk mereka menuduh bahawa kita tidak berlaku adil kepada mereka. Senang jugalah untuk mereka berhimpun di  jalan-jalan raya bagi menolak keputusan yang telah dibuat oleh rakyat.

43.   Kita fikir lebih baik Ketua Pembangkang menjemput wakil negara asing untuk memerhati pemilihan PKR. Kita hendak tengok apa komen pemerhati asing mengenai PKR. Bersihkah pemilihan PKR? Bebaskah pemilihan PKR? Adilkah pemilihan PKR? Demokratikkah PKR apabila Ketua Pembangkang mengangkat dirinya sendiri menjadi Ketua Umum parti tanpa melalui proses pemilihan? Malah jawatan itu pun tidak ada dalam Perlembagaan parti. Apakah sah kedudukan Ketua Pembangkang dalam partinya sendiri? Perkara seumpama itu hanya boleh berlaku dalam sebuah parti yang dikuasai oleh seorang diktator, bukan sebuah parti yang mengamalkan demokrasi. Daripada Ketua Umum, Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, parti itu ibarat Parti Keluarga dan Rakan-Rakan (PKR).

44.   Kesemua ini tidak membayangkan mereka komited untuk melaksanakan janji demokrasi. Sudahlah komitmen kepada Islam semakin luntur, komitmen kepada demokrasi pun tidak ada. Bagi kita, parti-parti pembangkang tidak ada keabsahan moral untuk bercakap mengenai Islam atau demokrasi.

45.   Demokrasi yang sebenar terlaksana apabila kerajaan mendengar rintihan, denyut nadi dan suara hati rakyat, apabila kerajaan melaksanakan dasar yang memenuhi aspirasi rakyat, apabila kerajaan membela nasib rakyat, apabila kerajaan menghapuskan ketidakadilan sosial yang mengancam perpaduan rakyat. Tiada maknanya demokrasi jika masih ada rakyat hidup melarat. Matlamat demokrasi tercapai apabila setiap rakyat dapat mengecap kehidupan yang sejahtera dalam negara yang makmur. Inilah yang diperjuangkan oleh UMNO untuk bangsa Melayu dan seluruh rakyat Malaysia.
JAMINAN UMNO UNTUK BANGSA MELAYU

Saudara-saudari,

46.   UMNO terus komited untuk membela bangsa Melayu. Usaha-usaha untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi orang Melayu diteruskan melalui insiatif-inisiatif yang diputuskan oleh Majlis Tertinggi Agenda Bumiputera yang dipengerusikan sendiri oleh YAB Perdana Menteri. Usahawan-usahawan Melayu dan Bumiputera akan terus diberikan peluang untuk mendapat manfaat limpahan ekonomi yang sedang pesat berkembang. Hari ini, dengan pelbagai inisiatif yang diambil oleh kerajaan menerusi agensi-agensi yang diwujudkan untuk memperkasa agenda Bumiputera, pegangan ekuiti Bumiputera telah meningkat dari 2 peratus pada tahun 1970 kepada 23.09 peratus pada tahun 2010, dengan nilai sebanyak 167.7 bilion ringgit. Ini adalah satu pencapaian yang menakjubkan bagi parti kita dan bangsa kita. InsyaAllah, dengan pelbagai usaha yang sedang dilaksanakan pada waktu ini, kita akan berjaya mencapai sasaran 30 peratus pemilikan ekuiti Bumiputera menjelang tahun 2020.

47.   Begitu juga dengan perjuangan Islam. UMNO tidak pernah menggadai prinsip perjuangan Islam, malah sentiasa berusaha untuk memartabat dan meningkatkan syiar Islam. Sistem pendidikan Islam kita martabatkan, sistem undang-undang Islam kita pertahankan, sistem ekonomi Islam kita majukan. Hari ini dunia melihat Malaysia sebagai contoh negara Islam yang terbaik. Dengan kedudukan negara kita yang agak lebih ke hadapan berbanding negara-negara Islam yang lain, kita dapat pula membantu saudara Islam kita di seluruh dunia. Kita telah membantu saudara kita di Bosnia, di Gaza, di Myanmar dan di mana sahaja mereka memerlukan bantuan kita. Alhamdulillah, berkat kebijksanaan pimpinan negara kita, Malaysia baru sahaja membantu menyelesaikan konflik Bangsamoro di Filipina. Semua ini adalah hasil perjuangan UMNO untuk memartabatkan Islam.

48.   Sepanjang 66 tahun UMNO memperjuangkan Melayu dan Islam, UMNO tidak pernah menganiaya mana-mana kaum. Inilah keadilan UMNO. Inilah kesaksamaan UMNO. Pejuang UMNO tidak perlu merasa berdosa dan bersalah berada di atas landasan perjuangan UMNO. UMNO berjanji untuk terus membela bangsa Melayu dan rakyat Malaysia seluruhnya. Justeru, UMNO akan terus mengangkat suara Melayu di samping tidak melupai agihan keadilan untuk kaum-kaum lain seperti yang dituntut oleh agama. Firman Allah s.w.t. dalam al-Qur’an:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُونُواْ قَوَّٲمِينَ لِلَّهِ شُہَدَآءَ بِٱلۡقِسۡطِ‌ۖ وَلَا يَجۡرِمَنَّڪُمۡ شَنَـَٔانُ قَوۡمٍ عَلَىٰٓ أَلَّا تَعۡدِلُواْ‌ۚ ٱعۡدِلُواْ هُوَ أَقۡرَبُ لِلتَّقۡوَىٰ‌ۖ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرُۢ بِمَا تَعۡمَلُونَ

Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran; dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.
(Surah Al Ma’idah, Ayat 8)

49.   Saudara dan saudari yang berada di dalam Dewan Merdeka ini, dan juga yang sedang mengikuti ucapan saya di kaca-kaca televisyen, atau di corong-corong radio di luar sana, pak-pak haji yang baru pulang dari masjid, ibu-ibu yang sedang melayani anak-anak di rumah, pemandu-pemandu teksi yang sedang mencari rezeki di kota, para pekerja yang sedang berbakti kepada negara, para anggota keselamatan yang sedang menjaga keamanan kita, mahasiswa yang sedang mentelaah pelajaran di universiti, pemuda-pemuda yang sedang merenung masa hadapan, inilah komitmen UMNO dan Barisan Nasional, inilah janji UMNO dan Barisan Nasional. Kita sentiasa berusaha untuk mentransformasi negara, dan mensejahterakan rakyat tanpa perlu menggadai prinsip perjuangan yang murni. Inilah bezanya antara kita dan pembangkang. Tatkala pembangkang semakin terdesak untuk meraih undi dan merebut kuasa, mereka sanggup melakukan apa sahaja, termasuk menggadai prinsip moral, maruah bangsa dan kesucian agama.

50.   Renungkanlah saudara dan saudari. Tilik betul-betul apa yang dijaja oleh pembangkang dan apa yang dikota oleh UMNO dan Barisan Nasional. Walaupun pembangkang mempamerkan kepada kita bahawa merekalah yang akan membawa sinar kesejahteraan kepada rakyat, janganlah kita terpedaya. Sinar yang mereka janjikan itu ibarat kilauan sekeping kaca yang hanya menanti saat retak dan pecah berderai. Kita pasti rakyat yang matang lagi bijaksana dapat membezakan antara kepalsuan kaca dan ketulenan permata.

BERSAMA MELAKAR KEMENANGAN

Saudara dan saudari yang saya hormati sekalian,

51.   Kita sedang berada di tengah pertarungan politik yang akan menentukan survival parti, masa depan bangsa dan kedudukan negara. Saudara-saudari yang berhimpun ini adalah lambang kekuatan perjuangan di tengah-tengah pertarungan ini. Dalam pusingan terakhir persiapan menghadapi pilihanraya, saudara-saudari di negeri, bahagian dan cawangan telah bekerja kuat untuk memastikan kemenangan UMNO dan Barisan Nasional dalam pilihanraya nanti. Sebagai Timbalan Presiden dan Pengarah Pilihanraya, saya amat menghargai kegigihan, kesungguhan dan pengorbanan saudara-saudari mencurahkan bakti kepada parti tanpa mengenal penat lelah. Percayalah, segala usaha yang dicurahkan oleh saudara-saudari, segala keringat yang menitis ke bumi, akan menyumbang kepada kemenangan UMNO dan Barisan Nasional. InsyaAllah.

52.   Pertingkatkan gerakerja bagi memenangi pilihanraya. Sebagai barisan hadapan jentera parti, Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri adalah pasukan tahan lasak parti. Bergeraklah ke serata pelusuk desa dan kota, harungilah lembah, sungai dan denai, dari Kangar hingga ke Semporna, julanglah panji perjuangan, insyaAllah kita akan mengarak obor kemenangan.

53.   Gerakkan jentera di setiap peringkat. Pastikan mereka bersedia turun ke medan perang apabila semboyan dibunyikan. Atur strategi berkesan untuk menangi hati pengundi. Pujuklah mereka dengan penuh hikmah. Mudah-mudahan dengan izin Allah s.w.t., pintu-pintu hati mereka akan terbuka luas untuk menyokong UMNO dan Barisan Nasional.

54.   Ingatlah, bahawa perpaduan dalam parti adalah kunci utama kemenangan kita. Apabila kita memilih untuk berada di atas landasan perjuangan UMNO, kita bukan bekerja untuk diri kita, tetapi berjuang untuk agama, bangsa dan negara. Perjuangan ini tidak boleh kita lakukan secara bersendirian. Kita memerlukan sokongan dan dokongan rakan-rakan seperjuangan. Bekerjalah dalam semangat kesatuan hati (wahdatul qalb), kesatuan fikiran (wahdatul fikr), kesatuan matlamat (wahdatul hadaf) dan kesatuan amal (wahdatul amal) untuk meneruskan agenda perjuangan parti yang suci.

55.   Yakinlah bahawa kita berada di pihak yang benar. Matlamat UMNO  mempertahankan Islam, membela nasib bangsa Melayu, memelihara kedaulatan negara dan mensejahterakan rakyat tanpa mengira kaum dan agama adalah perjuangan suci yang kita galas hingga ke saat ini. Dengan asakan pelbagai dakyah songsang yang merungkai asas-asas agama, yang mencabar maruah bangsa, yang mengancam kedaulatan negara, maka landasan perjuangan suci UMNO mesti kita perkukuhkan.

56.   UMNO di bawah kepimpinan YAB Presiden selaku Perdana Menteri sedang menerajui transformasi yang besar untuk negara kita.  UMNO telah merasai denyut nadi rakyat. Menerusi program transformasi kerajaan, ekonomi dan politik, sentuhan pembaharuan UMNO sedang dirasai oleh segenap lapisan masyarakat. Baik petani, nelayan dan pekebun kecil di desa, pemandu teksi dan peniaga di kota, golongan pekerja, profesional dan penjawat awam, kesatuan sekerja dan pertubuhan bukan kerajaan, remaja, belia dan mahasiswa, malahan golongan gelandangan dan kurang bernasib baik, semuanya sedang merasai sentuhan UMNO.

57.   Kita akur bahawa transformasi adalah satu proses yang berterusan. Kita tahu bahawa masih banyak rintangan dan cabaran yang menanti. Walau apapun, demi menjamin masa depan Malaysia yang lebih makmur dan sejahtera, marilah kita redah segala rintangan, kita harungi segala dugaan, kita atasi segala cabaran. Marilah kita berikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada YAB Presiden untuk memimpin parti dan negara. Marilah kita berikan sepenuh ketaatan kepada khalifah yang akan memimpin bala tentera kita. Firman Allah s.w.t dalam al-Qur’an al-karim:

أَطِيعُواْ ٱللَّهَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ وَأُوْلِى ٱلۡأَمۡرِ مِنكُمۡ‌ۖ

Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (yakni orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu.

(Surah Al-Nisa’, Ayat 56)
58.   Kepada Wanita, teruskanlah, perhebatkanlah, semarakkanlah perjuangan menjalin rantaian sokongan. Sebarkanlah kasih sayang UMNO melalui Jalinan Rakyat, Skuad Sayang dan Salam Sayang.  Maralah dengan merah yang menyala, tiuplah ia hingga menjadi obor yang menerangi jalan-jalan kemenangan. Wanita UMNO, engkaulah ibu, engkaulah pembimbing, engkaulah srikandi.

59.   Kepada Pemuda, saudara-saudara lah hulubalang benteng hadapan yang akan mempertahankan Putrajaya. Gempurlah musuh kita. Pantang anak muda menyerah. Jangan biarkan walau setapak mereka melangkah. Turunilah ke setiap kota, desa dan lurah. Dekatilah generasi muda dengan hikmah.Berjuanglah dengan tabah. Adat bertarung menjunjung maruah. Membujur lalu melintang patah.

60.   Kepada Puteri, permata yang bergemerlapan, sinarilah generasi muda dengan harapan dan keyakinan. Andalah yang memahami suara hati mereka. Rasailah denyut nadi mereka. Menangilah hati mereka. Bawalah mereka bersama kita dalam perjuangan murni melakari masa depan nusa dan bangsa. 

61.   Kita tidak gentar menghadapi cabaran zaman. Perteguhkanlah pendirian kita. Perkukuhkanlah tekad kita. Pertingkatkanlah kebijakasanaan kita. Kita mengajak rakyat tanpa mengira kaum dan agama, agar bersama-sama kita mempertahankan benteng negara daripada ditembusi oleh ideologi songsang, dakyah politik jahat dan budaya sesat yang dibawa oleh pembangkang. Marilah bersama-sama kita mendaulatkan maruah agama, bangsa dan negara. Marilah kita berdoa ke hadrat Allah s.w.t. agar kita diberikan kekuatan untuk menghadapi mihnah dan fitnah zaman. Marilah kita memohon pedoman dari Allah s.w.t. agar ditetapkan hati-hati kita untuk terus berada di landasan perjuangan yang suci ini. Marilah kita memohon hidayah dari Allah s.w.t. agar dilembutkan hati-hati kita untuk menerima seruan persaudaraan dan perpaduan. InsyaAllah pertolongan Allah sentiasa bersama orang-orang yang berjuang di jalanNya. Firman Allah s.w.t. dalam surah Muhammad, Ayat 7:

يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِن تَنصُرُواْ ٱللَّهَ يَنصُرۡكُمۡ وَيُثَبِّتۡ أَقۡدَامَكُمۡ

Yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.

62.   Pemuda adalah hulubalang UMNO, Wanita adalah srikandi UMNO, Puteri adalah permata UMNO. Ayuhlah hulubalang UMNO! Ayuhlah srikandi UMNO! Ayuhlah permata UMNO! Rapatkanlah saf perjuangan kita. Berjuanglah dengan penuh ikhlas dan yakin membela agama, bangsa dan negara. Bangkitlah menjulang panji perjuangan. Maralah ke medan perang. InsyaAllah, berkat kesungguhan kita berjuang, berkat kebijaksanaan rakyat membuat pilihan, UMNO dan Barisan Nasional akan melakar kemenangan! Marilah kita sama-sama menadah tangan merafakkan doa:

Bismillahirrahmanirrahim.

Ya Allah!

Jadikanlah perhimpunan ini perhimpunan yang dirahmati
Janganlah engkau leraikan hati kami dari mentaatiMu
Satukanlah hati-hati kami di jalanMu

Ya Allah Ya Tuhan Kami!

Terimalah doa kesejahteraan buat sekalian kami
Jauhkanlah hati kami daripada menjahanamkan sesama sendiri
Kembalikanlah mereka yang tersasar ke jalanMu yang diredhai

Ya Allah

Bimbinglah kami di jalan yang lurus
Redhakanlah jalan perjuangan kami
Tetapkanlah kami di jalanMu Ya Allah

Ya Allah

Engkaulah Tuhan Rabbul Jalil
Engkau kurniakanlah ketabahan di setiap hati kami
Engkau kurniakanlah kekuatan di jiwa kami
Engkau perteguhkanlah daya juang kami

Dengan rahmatmu Ya Allah
Engkau kurniakanlah kemenangan buat kami

fai’za ‘azamta fatawakkal ‘alallah

Hidup UMNO! Hidup UMNO! Hidup UMNO!

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! Walillahilhamd.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya dengan sukacitanya merasmikan Persidangan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2012.

Wabillahi al-taufiq wal hidayah wassalamu’alaikum warahmatullahi wa barakatuh.





Jumaat, 23 November 2012





2012 menghampiri penghujungnya. Parti Melayu Pas ditimpa malang yang tidak disangka-sangka akibat doa luar tabie yang mereka amalkan. Seluruh Rakyat yang cintakan keluhuran beragama, mengutuk sehingga meresap ke tulang kering organisasi. Kebiasaannya UMNO akan disalahkan. Tapi kali ini mereka belajar mempertahankan diri dengan berlindung di sebalik kekuatan mentafsir ayat-ayat agama.

Kini Nuar Berahim pula dilanda angin panas. Majlis diatur tetapi tiada peminat lagi. Maka sukarlah untuk menyampaikan ceritera indah lunak. Walaupun lidah tak mahu kelu, tetapi apakan daya, tiada telinga yang sanggup ditadah lagi.

Berakhirkah 2012 membawa bersama hikayat PM 16 Sept. Lupuskan  lagenda luar biasa seiring tiupan trompet penamat sandiwara yang sudah tidak terperi kesia-siaannya.

Allah maha mengetahui.

(foto aku tibai dari blog sahabat khairulryezal.blogspot.comazmykelanajaya..tq bro)








Khamis, 26 Julai 2012

Beli Ahli Parlimen BN : Bukti Anwar Cukup Terdesak Mahu Jawatan Perdana Menteri

Political Animal yang tiada batas sempadan - untuk penuhi nafsu peribadi

Beli Ahli Parlimen BN : Bukti Anwar Cukup Terdesak Mahu Jawatan Perdana Menteri

KUALA LUMPUR 25 Julai – Usaha Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memujuk dan membeli wakil rakyat Barisan Nasional jika gagal membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum nanti adalah petunjuk bahawa Ketua Pembangkang sendiri tiada keyakinan dengan kemampuan pakatan pembangkang untuk menawan Putrajaya.

Ahli Parlimen Batang Sadong, Nancy Shukri menyifatkan perancangan Anwar itu lebih bersifat peribadi, apa yang ingin dilakukan itu adalah untuk merealisasikan hasratnya untuk menjadi Perdana Menteri yang diidam-idamkan sejak dahulu.

“Tindakan Anwar itu jelas melihatkan beliau mengetahui kemampuan pembangkang pada pilihan raya nanti, sebab itu beliau membuat perancangan awal untuk membeli wakil rakyat BN, seperti apa yang pernah cuba dilakukan pada pilihan raya 2008.

“Jika benar seperti apa yang didedahkan, apa yang dilakukan Anwar itu lebih menjurus kepada cita-cita besarnya untuk menjadi Perdana Menteri, pada dirinya menjadi Perdana Menteri adalah matlamat utama dalam karier politiknya,” katanya kepada UMNO-Online di sini.

Nancy berkata demikian ketika diminta mengulas pendedahan bekas Naib Presiden PKR, Datuk Dr Jeffrey Kitingan bahawa wakil rakyat Sabah dan Sarawak akan menjadi tumpuan Anwar untuk dipujuk bagi menyertai pembangkang jika mereka gagal membina kerajaaan selepas pilihan raya nanti.

Menurutnya, pendedahan itu secara tidak langsung melihatkan Anwar memandang rendah kepada wakil rakyat dari Sabah dan Sarawak yang begitu mudah untuk dipujuk atau dibeli oleh pembangkang.
“Itu adalah suatu penghinaan kepada kami sebagai rakyat Sabah dan Sarawak, apakah Anwar menganggap prinsip perjuangan kami boleh dibeli dengan wang ringgit, jika inilah sikap Anwar, beliau tidak layak untuk menjadi seorang Perdana Menteri.

“Pemimpin seperti ini perlu ditolak, takut nanti negara ini juga akan mengalami nasib serupa seperti apa yang cuba dilakukan olehnya terhadap wakil rakyat di Sabah dan Sarawak, perkara ini bukannya sesuatu yang mustahil. Perjuangannya adalah perjuangan peribadi hanya untuk mencapai cita-citanya, bukannya perjuangan untuk rakyat,” katanya.

Nancy berkata, perlu ada keasedaran di kalangan rakyat supaya menolak mana-mana pemimpin yang hanya berpolitik kerana untuk menyampai cita-cita peribadi dan bukanlah berjuang untuk rakyat sebenarnya. -MediaUMNO

Ahad, 13 Mei 2012

DAP Ke Arah Meminda Perlembagaan Persekutuan


Pas terjerat. Nuar Berahim terperangkap. DAP semakin mara dengan gagah dan selesa bermain politik memperbudak-budakkan rakan komponennya.

Menggunakan keghairahan Parti Melayu PAS untuk melaksanakan hukum hudud dan membentuk negara Islam, Karpal Singh sekali lagi mengumumkan dengan tegas sikap DAP terhadap agama Islam.

DAP tuntut pendirian AnwarOleh Faridzwan Abdul Ghafar
2012/05/13


GEORGETOWN: DAP mendesak Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan pendirian rasmi pembangkang bahawa penubuhan negara Islam tiada dalam agenda pakatan itu.


Pengerusi Kebangsaan DAP, Karpal Singh, berkata Anwar juga perlu menyatakan pendiriannya sebagai antara pemimpin utama pembangkang mengenai hasrat PAS untuk melaksanakan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam.

“Anwar kena membuat pengumuman rasmi bagi pihak pimpinan tertinggi pembangkang, selain menyuarakan pendiriannya sendiri berhubung pelaksanaan hukum hudud dan penubuhan negara Islam menerusi pindaan Perlembagaan Persekutuan.

“Hanya dengan cara itu kita lebih mudah membuat keputusan selanjutnya dan dalam hal ini, sekali lagi ingin saya tegaskan bahawa DAP sesekali tidak menyokong negara Islam,” katanya pada sidang media di sini, semalam. ....

Samada Parti Melayu Pas setuju atau tidak dengan kenyataannya, bukan matlamat DAP. Samada Parti Keluarga Nuar Berahim PKR menerima atau menolak kanyataan Karpal, bukan perhitungan DAP. Niat DAP hanya satu iaitu mahu mengumumkan dengan tegas bahawa DAP tidak akan berkompromi dengan Islam.

Peluang DAP menyatakan pendirian tegasnya terhadap Islam digunakan dengan baik atas keghairahan Parti Melayu PAS memperalatkan agama khususnya hukum hudud dan pembentukan negara Islam ala PAS.

Karpal menambah...“Saya bercakap selaku Pengerusi DAP Kebangsaan dan sudah tentu apa yang diucapkan saya mewakili parti dan kerjasama dengan DAP turut bermaksud bekerjasama dengan saya.

“Jangan kelirukan orang ramai dan isu ini mesti dijelaskan dengan pendirian rasmi pembangkang sebelum kita boleh teruskan dengan citi-cita untuk ke Putrajaya,” katanya.


Jelas, sikap DAP menentang Islam jauh lebih penting dari kemenangan Gerombolan Pakatan Pembangkan dalam PRU13 dan menawan Putrajaya. Atau lebih mudah difahami, samada berjaya atau tidak memerintah negara, DAP telah berjaya meyakinkan kaum China dan non-muslim bahawa parti itu sangat tegas menentang gagasan Islam termasuk hasrat politik-agama PAS.

Nuar Berahim pula digunakan supaya meneruskan hasrat dan keghairahannya untuk memporakperandakan keutuhan Perlembagaan Persekutuan di samping keinginan tinggi untuk menjadi Perdana Menteri. Dengan itu lebih mudah proses meminda Perlembagaan Persekutuan dilakukan jika mereka berjaya.

“Anwar kena membuat pengumuman rasmi bagi pihak pimpinan tertinggi pembangkang, selain menyuarakan pendiriannya sendiri berhubung pelaksanaan hukum hudud dan penubuhan negara Islam menerusi pindaan Perlembagaan Persekutuan. (sumber: Berita Haria).

Dalam pengertian lain, DAP berhasrat mengajak Gerombolan Pakatan Pembangkang bekerja kuat menawan Putrajaya terlebih dahulu sebelum bercakap mengenai agama dan lain-lain perkara yang tiada dalam persefahaman yang telah dicapai di kalangan mereka.

Ini bermaksud, PAS terpaksa akur dengan kehendak DAP yang menolak Islam dan Nuar berahim terpaksa terus menghasut orang ramai supaya menolak Perlembagaan Persekutuan.

Di akhir percaturan ini, DAP akan berjaya menerapkan konsep Malaysian Malaysia menggantikan Perlembagaan Persekutuan. Kini, separuh dari hasrat DAP ini sudah tercapai kerana matlamat mereka menafikan kemenangan 2/3 BN sudah disempurnakan dengan bantuan dan pertolongan gigih Parti Melayu PAS dan Parti Keluarga Nuar Berahim PKR.




Sabtu, 12 Mei 2012

PENDEDAHAN PUTAR-BELIT USTAZ NIK AZIZ DARI DULU HINGGA SEKARANG

Sumber:  kickdefella.net

4122487848_c1b3017b56.jpg

“Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahlah DAP, Syaitan pun saya boleh terima,” – YAB Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan, 23 Januari 1999.

Selepas menerima persahabatan dengan DAP atas alasan keikhlasan DAP menerima perjuangan PAS, sudahkah Nik Aziz mengadakan persahabatan dengan Syaitan kerana saya yakin, orang sehebat Nik Aziz, bila-bila pun Syaitan in mendampingi.

nik-aziz-lim-kit-siang-dapas.jpg

Di dalam peringatan mesyuarat ke 6 Jawatankuasa Kerja Agung PAS bertarikh 22 Januari 1986, diminitkan seperti berikut,
PERKARA 5.5 – Terdapat cadangan supaya PAS menerima kerjasama/bantuan dari orang-orang yang bukan Islam.
Setelah menerima pandangan dari Dewan Ulama’ Kelantan dan dibincangkan secara teliti, maka mesyuarat bersetuju:
5.5.1 – PAS sama sekali tidak boleh/dilarang bekerjasama dengan mana-mana pertubuhan yang bukan Islam,
5.5.2 – PAS boleh/harus menerima bantuan/kerjasama dari individu-individu yang bukan Islam.
Nik Aziz hadir di dalam mesyuarat tersebut sebagai Ketua Dewan Ulama dan Pesuruhjaya PAS Kelantan. Menurut salah seorang saksi yang hadir di dalam mesyuarat yang bertempat di Markas Tarbiyyah PAS Pusat, Taman Melewar, Nik Aziz menentang kerjasama dengan DAP dan mana-mana Parti Politik yang tidak ‘Islamik’ berdasarkan ‘ketinggian’ ilmu agamanya.

Pandangan Nik Aziz itu konsisten dengan pendirian lampau PAS berdasarkan kenyataan pada 3 April 1982 yang di buat oleh Yang DiPertua PAS ketika itu, Dato’ Asri Che Muda yang pernah menafikan pendedahan Timbalan Presiden UMNO Musa Hitam bahawa wujud ‘unholy alliance’ antara PAS-DAP.

tokguru,_karpal%5B1%5D.jpg

‘Tok Guru Haji Lah Geting’ atau namanya Tok Guru Abdullah Sa’amah adalah antara Tok Guru Pondok yang masyhur di Kelantan dan hari ini telah dengan lantang bangkit menentang Nik Aziz menerusi penulisannya dan sessi-sessi ceramah di Kelantan.

Penentangan yang dari Tok Guru Haji Lah adalah berdasarkan ‘kesesatan demi kesesatan Nik Aziz’ yang dianggapnya sanggup ‘memperalatkan Islam dan memecah belahkan perpaduan umat Islam yang majoritinya dianuti oleh bangsa Melayu.’

Di dalam salah satu tulisannya yang muncul di dalam sebuah akhbar tempatan baru-baru ini, Tok Guru Haji Lah menulis,
‘Penentangan saya terhadap kelompok ini bermula sejak tahun 1987 apabila seorang pemimpinnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakansifat 20 Allah SWT direka oleh Greek dan Yunani. Bagaimanapun saya mendiamkan diri kerana berpegang kepada dasar parti itu yang kononnya memperjuangkan Islam’.
Seterusnya Tok Guru Haji Lah menambah,
Namun selepas berkali-kali melihat dan mendengar kenyataan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz biar yang bertentangan dengan Ahli Sunnah wal-Jamaah biar pun telah ditegur, ia mula membuka mata saya. Kami ahli Persatuan Pondok seMalaysia beberapa kali telah menasihati beliau tetapi tidak diendahkan.
Untuk pengetahuan umum, Institusi pondok di Kelantan telah lama menentang ajaran-ajaran Nik Abdul Aziz tetapi tidak ada siapa berani bersuara dengan lantang seperti saya kerana telah termakan budi dan bimbang tidak menerima lagi bantuan seperti mana yang dinikmati hari ini.
Hari ini diatas kelantangan Tok Guru Haji Lah menentang ‘ajaran-ajaran sesat’ Nik Aziz, pelbagai sekatan telah dipaksakan ke atasnya oleh Kerajaan Negeri Kelantan termasuklah tidak membenarkan beliau mengadakan kuliah di masjid-masjid di Negeri Kelantan. Bahkan sesiapa yang menghadiri kuliah Tok Guru Haji Lah akan disekat daripada menerima bantuan Kerajaan Negeri Kelantan.
Tok Guru Haji Lah juga turut menulis,
Saya amat yakin perjuangan ini kerana jelas pakatan pembangkang yang disertai PAS, Parti Keadilan Rakyat dan DAP akan hanya menghancurkan umat Islam. Lihat sahaja apa yang berlaku di Pulau Pinang dan Perak ketika dibawah kerajaan boneka DAP.
Perkembangan pada masa sekarang menunjukkan DAP yang menjadi tuan kepada pakatan pembangkang. Datuk Seri Anwar Ibrahim pasti mengikut telunjuk DAP semata-mata untuk mencapai cita-cita menjadi Perdana Menteri manakala PAS mengikut membabi-buta sehingga Nik Abdul Aziz dan Lim Guan Eng tidak jauh bezanya.
(Saya tidak sepenuhnya bersetuju dengan perenggan terakhir di atas tetapi saya siarkan pandangan Tok Guru Haji Lah kerana dari beberapa aspek tetap ada kebenarannya. Bagaimanapun saya yakin dan masih melihat tidak kesemua di dalam PAS yang mengikut membabi buta DSAI. Namun begitu mereka terpaksa menurut dan menjadikan keputusan jemaah untuk terus bersama Pakatan Rakyat bagi mengelak perpecahan dan kemusnahan PAS).
Kita tinggalkan dulu tulisan Tok Guru Haji Lah sehingga saya berpeluang untuk menemuramah beliau untuk blog ini, dan kembali kepada kenyataan-kenyataan Nik Aziz sendiri.
Pada Ogos 1963, Dewan Ulama PAS Kelantan mengeluarkan hukum berikut.
Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir dan haram.
Oleh yang demikian, Nik Aziz menghalalkan penumpahan darah menentang UMNO yang dianggapnya sebagai kafir kerana bekerjasama dengan MIC, MCA, Gerakan dan lain-lain parti yang diterajui oleh bukan Islam dari Sabah dan Sarawak dengan berkata,
Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid,” kata Nik Aziz di dalam kuliahnya di masjid Kg Pulau Melaka.

nik-ajes-lee3.jpg
Pada 3 Julai 1999 di Pengkalan Chepa, Nik Aziz berkata,
Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri-ciri kafir.
Bagaimanapun beberapa bulan sebelum itu iaitu pada 12 Mei 1999, Nik Aziz menekankan bahawa demi memastikan hubungan dengan DAP berjaya, PAS sanggup tidak mendirikan Negara Islam. Katanya,
Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam.
nik_aziz_salam.jpg
Pada 4 Ogos 2001, Nik Aziz menekankan ketiadaan hasrat menubuhkan Negara Islam dengan berkata,
Bukan sahaja dalam manifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri perlembagaan itu.
Tetapi kata-kata Nik Aziz berubah-ubah mengikut khalayaknya kerana sebelum itu pada 24 Januari 1999 Nik Aziz memberitahu khalayaknya bahawa DAP sebenarnya mahu menolong Kerajaan Islam yang diusulkan oleh PAS, kata Nik Aziz,
Siapa yang nak tolong Kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun saya terima.
Benarkah DAP mahu menolong Kerajaan Islam? Adakah DAP akan mengundi bersama dengan wakil-wakil Rakyat PAS bagi meluluskan pindaan perlembagaan yang membolehkan Hukum Hudud dilaksanakan? Atau PAS yang terpaksa menolak hasratnya untuk melaksanakan undang-undang Islam dan mewujudkan Negara Islam bagi mengikat DAP untuk mendampingi mereka?

Sebaliknya apa yang berlaku ialah Nik Aziz yang ingin menolong DAP atau di dalam bahasa Nik Aziz, Islam yang menolong kafir apabila Nik Aziz berkali-kali mempertahankan DAP.
Pada 25 Jun 1999, Nik Aziz berkata,
PAS sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu (dengan DAP), setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa
Lantaran pada 6 November 1999, Nik Aziz berkata lagi,
PAS boleh terima pemimpin DAP jadi Perdana Menteri, tidak ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif.
Kenyataan Nik Aziz ini ternyata amat berbahaya kepada Masyarakat Islam kerana di dalam Pakatan Rakyat hari ini, PAS adalah parti yang minoriti. Oleh yang demikian sudah tentu syarat bukan PAS yang boleh mendabik dada membuat syarat kepada DAP.

Saya tidak dapat salahkan Tok Guru Haji Lah apabila pada pandangan beliau yang tinggi ilmu agamanya menyelar Nik Aziz sebagai sesat, kerana pada 23 April 1994, Nik Aziz telah berkata,
Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram.
Dan pada 12 Ogos 2009 yang lalu, Nik Aziz berkata,
DAP kalau hina Islam pasal dia bukan Islam. Yang orang Islam tolak itu lebih menghina Islam
Di dalam kerakusannya untuk mempertahankan tampuk kuasa dan di dalam kerakusannya menubuhkan Kerajaan Pusat di peringkat persekutuan Nik Aziz sanggup menjadi mengkarung yang boleh berubah-rubah rupa bentuk dan warnanya. Di dalam bahasa Kelantan ia dipanggil Pok Kor.
Yang lebih menakutkan ialah jika dia menjadi Pok Kor Angguk. Yang akan mengangguk-anggukkan kepalanya sepanjang masa. Dan akan menganggukkan sahaja kepalanya kepada DAP yang merupakan parti terbanyak perwakilan di Dewan Rakyat di dalam Pakatan Rakyat.

Gemullah Tok Guru Haji Lah Lubuk Tapah sewaktu hidupnya juga seperti Tok Guru Haji Lah Pondok Geting gelisah dengan pendirian Nik Aziz yang sering bagi para Tok Guru terlalu mempolitikkan agama atau dengan bahasa kasarnya, menjual agama untuk menghalalkan politiknya.
Kegelisahan itu menjadi-jadi bila Nik Aziz secara terbuka berkata sanggup berkawan dengan Syaitan, berkata Allah gedebe atau samseng, Allah mencarut di dalam Al Quran dan lain-lainnya contohnya bila Nik Aziz berkata adalah halal untuk makan tupai.

Saya membaca kembali transkrip ucapan Nik Aziz ketika beliau berkata Allah mencarut di dalam Al Quran ternyata di dalam menghalalkan penggunaan kalimah ‘p***mak’ oleh Shahnon Ahmad di dalam buku Shit, Nik Aziz telah mengelirukan khalayaknya dengan menyamakan definisi mencarut atau di dalam bahasa Kelantan sebagai ‘menyapung’ adalah sama dengan tafsiran bagi ungkapan maki hamun.

Di dalam menghalalkan segala aspirasi politiknya, Nik Aziz telah tergamak memanusiakan Allah SWT. Nik Aziz mewarnakan sifat-sifat Allah yang Esa dengan sifat-sifat manusia.
Bahkan Nik Aziz berkata pada 29 April 1999,
Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci sesorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri.
“Bagi saya, beliau (Nik Aziz) bukan lagi Musyidul Am tapi Mudalilul Am (Penyesat Umum). Beliau orang yang sesat, itu hakikatnya,” kata Tok Guru Ayah Haji Lah, Pengasas Pondok Geting dan Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Pondok Kelantan.


sumber : Blog Kickdefella ( Syed Azidi )

Selasa, 7 Februari 2012

NFC Bukan Masalah UMNO Tetapi Menyebabkan UMNO Bermasalah


Isu NFC bukan masalah UMNO atau Kerajaan. NFC adalah masalah Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan Syarikatnya. Kerajaan telah meluluskan pinjaman mudah sebanyak RM 250 juta tetapi mereka gagal membuktikan pinjaman itu digunakan seperti yang termeterai dalam perjanjian.

Datuk Seri Sharizat Jalil juga tidak bersalah kerana beliau tidak terlibat dengan syarikat itu. Jadi, UMNO, Kerajaan dan Shahrizat tidak bersalah dalam isu NFC ini dari sudut perniagaan.

Bagaimanapun isu NFC telah dilihat bukan sekadar dari sudut perniagaan.

NFC diberi tumpuan dari sudut Penerima Pinjaman Mudah dan kebetulan DS Sharizat ada hubungan keluarga yang sangat rapat dengan syarikat penerima. Kebetulan juga Sharizat adalah Menteri Kabinet Kerajaan BN dan juga Ketua Wanita UMNO Malaysia. Maka tumpuan dari isu pinjaman perniagaan beralih kepada isu politik.

NFC telah menjadi isu politik yang sangat berpotensi dimanipulasi.

Oleh kerana NFC telah menjadi isu politik dan Shahrizat adalah ikon politik, maka isu ini tidak boleh ditangani dari sudut perniagaan. Malangnya Shahrizat cuba melibatkan kedudukannya sebagai Ketua Wanita UMNO sebagai perisai untuk beliau menyerang balas dan bertahan tanpa mengambilkira kesan buruk terhadap parti yang akan menghadapi PRU-13.

Lebih malang apabila Shahrizat melencongkan fokus dan mula menuding jari seolah-olah wujud konspirasi menjatuhkan beliau yang didalangi oleh musuh-musuh dari dalam parti sendiri.

Sudah sampai masanya Shahrizat meletakkan kepentingan parti melebihi kepentingan peribadi beliau. Supaya dengan ini kepimpinan DS Najib dapat menangani isu ini dengan sebaiknya.

Isu NFC ini tidak akan tamat di sini. Usaha sedang dibuat untuk memantapkan persepsi umum bahawa UMNO-BN bertanggungjawab sepenuhnya. Bukan segelintir manusia yang membuat keputusan terhadap pinjaman tersebut. Isu asal telah hilang dan isu politik telah berjaya disemarakkan.

Samalah dengan isu liwat telah ditenggelamkan tetapi isu konspirasi yang dipolitikkan.

Kita yakin DS Najib, DS Mahyudin dan barisan pemimpin UMNO dapat menangani isu ini dengan bijaksana supaya hasrat pihak tertentu mengaut keuntungan dari isu ini dapat dimusnahkan.

Dalam masa yang sama parasit yang terlibat dalam isu NFC ini dapat ditangani.

Ahad, 5 Februari 2012

Hakikat Sebenar Partai Melayu PAS di Pentas Politik Negara Kita


Partai Melayu PAS tidak mampu menipu dan membohongi kaum China DAP.
Oleh itu mereka membenarkan kaum China DAP menipu mereka.

Sebagai balasan Partai Melayu PAS meningkatkan daya usahanya terus menipu dan membohongi para pengikut dan ahli parti mereka sendiri.

Situasi ini meletakkan dengan jelas bahawa Partai Melayu PAS adalah pertubuhan politik yang bergerak berlandaskan fahaman khawarij-komunis. Iaitu pergerakan pertubuhan yang satu ketika dahulu memainkan peranan meroskkan Islam atas nama agama.

China DAP sayang PAS dan akan pastikan PAS buat kerja ini secara berterusan sampai kiamat.

Khamis, 2 Februari 2012

China DAP Berjaya Menguasai Partai Melayu PAS dan Parti Keluarga nuaR Berahim



Amalan politik di negara kita akan terus kucar-kacir selagi Partai Melayu PAS dan Parti Keluarga Nuar Berahim sanggup terus-terusan menjadi alat kepada parti china DAP.

Strateginya mudah:

1. Parti Melayu Pas digunakan supaya umat Islam berpecah-belah
2. Parti Keluarga nuaR Berahim digunakan supaya orang Melayu tidak bersatu
3. Sistem demokrasi digunakan supaya Melayu-Bumiputera hilang solidariti

 Marilah kita terus pertahankan Perlembagaan Persekutuan yang telah diamanahkan kepada generasi kita dari dihancurkan oleh tangan-tangan yang tidak diperlukan oleh Rakyat Malaysia.

Selasa, 17 Januari 2012

Gabungan Komunis-Khawarij-Leberalis DAP PAS dan Nuar Berahim

Semakin ramai ahli dan penyokong Parti Melayu Pas TAWAR HATI untuk terus berada dalam partai politik Pas.

Sebabnya mudah sahaja:

1. Islam haramkan rasuah, tetapi perjuangan PAS menyokong ideologi yang halalkan rasuah kecil
2. Islam haramkan liwat, tetapi perjuangan Pas halalkan liwat dengan cara menyokong Nuar Berahim
3. Islam haramkan assobiah dan kroni, tetapi perjuangan Pas halalkan melalui amalan ustaz Nik Aziz
4. Islam haramkan mungkir janji, tetapi perjuangan Pas jadikan agenda utama mungkir janji memerintah Kelantan
5. Islam haramkan kemusnahan dan perpecahan, tetapi perjuangan Pas halalkan dengan menyokong DAP
6. Islam haramkan buruk akhlak jadi pemimpin, tetapi perjuangan Pas bermatian angkat Nuar Berahim jadi teraju mereka
7. Islam haramkan fitnah, tetapi perjuangan Pas jadikan memfitnah sebagai agenda perjuangan utama yang berterusan
8. ...dan banyak lagi

Semakin bertambah orang ramai yang tidak lagi tidak berminat mendengar ceramah dan kuliah serta tidak menghormati "ustaz-ustaz politik' peliharaan Partai Melayu Pas.


Mudah-mudahan semakin ramai yang tersedar bahawa partai Melayu Pas hanya sekadar alat politik murahan untuk Nuar Berahim dan china DAP sahaja.

Isnin, 9 Januari 2012

Keputusan Mahkamah dari Hakim Yang Bijaksana


Menurut laporan Utusan Malaysia:

Integriti sampel DNA tak boleh 100% dipastikan tak diusik

09/01/2012 11:25am

KUALA LUMPUR 9 Jan. – Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, selepas meneliti keterangan, mahkamah tidak boleh 100 peratus memastikan bahawa integriti sampel DNA yang diambil daripada Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak diusik.

Sehubungan itu, dalam keputusannya hari ini, hakim menyatakan, adalah tidak selamat untuk bergantung kepada bukti DNA semata-mata.

"Di peringkat kes pembelaan dalam kesalahan seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan tertuduh hanya berdasarkan keterangan SP1 (Mohd Saiful).

"Dengan itu, tertuduh (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dilepas dan dibebaskan," kata hakim.
Mahkamah hari ini mendapati Ketua Pembangkang itu tidak bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadi beliau hampir empat tahun lalu. – UTUSAN

komen Pendita

Keputusan hakim itu membanwa maksud:

1. Nuar Berahim tidak berjaya menafikan bahawa dia  tidak melakukan perbuatan liwat terhadap Saiful kerana bukti DNA yang dikemukakan oleh Saiful adalah milik Nuar Berahim dan tidak dinafikan ianya BUKAN milik Nuar Berahim.

2. DNA dari sumber air mani milik Nuar Berahim tidak dipertikai tetapi Hakim hanya ragu-ragu kerana tiada kepastian bukti itu tidak diusik walaupun sah sumbernya dari Nuar Berahim.

3. Hakim tidak menolak bahawa sumber DNA air mani adalah sah kepunyaan Nuar Berahim. Yang disangsikan ialah bukti itu tidak 100% selamat dari diusik.

4. Hakim menerima bahawa sumber DNA itu adalah milik Nuar Berahim tetapi tidak selamat untuk buat keputusan jika bersandar hanya kepada keterangan dan bukti Saiful sahaja walaupun bukti itu sah adalah milik Nuar Berahim.

5. Hakim berjaya mengadili Saiful sebagai pengadu dengan  menerima bukti yang dikemukakan oleh Saiful sebagai milik Nuar Berahim dan Hakim juga berjaya mengadili tertuduh dengan meletakkan kesangsian bahawa bukti itu tidak selamat dari gangguan. 

Maka keputusan melepaskan Nuar Berahim adalah bermaksud bahawa Nuar berahim melakukan perbuatan liwat tetapi tidak boleh dihukum kerana bahan bukti kepunyaan Nuar Berahim itu kemungkinan telah diusik/diganggu walaupun tidak dibuktikan gangguannya. 

Mahkamah bertindak bijaksana dengan mengelak dari membuat keputusan hanya berdasarkan 
keterangan dan bukti Saiful sahaja.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...