Followers

Selasa, 15 Mac 2011

Profesor Universiti Berfikiran Primitif: Dakwaan Terbaru Oleh Profesor Idris Ahmad, Ketua Penerangan Pas Malaysia


Profesor Idris Ahmad, Ketua Penerangan Pas Malaysia semakin marah kepada Profesor-Profesor, Ahli-Ahli Akademik dan Pentadbir IPT di negara ini.

Beliau menggelarkan Profesor-Profesor dan Pentadbir-Pentadbir universiti negara ini sebagai "berfikiran prinmitif' dan "pengampu kerajaan"

Ustaz politik dari Parti Melayu Pas ini sangat marah kerana Profesor-Profesor, Ahli Akademik  dan Pentadbir-Pentadbir Universiti dalam negara kita tidak mahu menyebelahi perjuangan parti pembangkang. Sepatutnya ahli akademik dan tenaga pengajar universiti dalam negara ini hendaklah berfikiran pembangkang dan mengampu parti pembangkang.

Sumber petikan: harakahdaily
KUALA LUMPUR, 14 Mac: Teguran Datuk Seri Najib Tun Razak kepada ahli akademik supaya tidak terlalu berpolitik seperti ketam menyuruh anak berjalan betul.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) berkata, punca ahli akademik jadi demikian kerana tingkah laku dan budaya politik Umno yang mengajar mereka.

Beliau juga menyalahkan UMNO dan DS Najib Perdana Menteri kita sebagai pihak yang bertanggungjawab menyebabkan Kakitangan Akademik IPT kita berfikiran primitif dan tidak mengampu parti pembangkang. 

Tambahnya, tindakan Hal Ehwal Pelajar ketika pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bukti pemikiran primitif Umno yang bersarang di kalangan pentadbir, hatta bergelar profesor.

Beliau menganggap Tenaga Pengajar di universiti yang menjalankan tugas mereka dengan baik mengikut Akta Universiti, tidak lebih dari hanya sebagai mengampu kerajaan. 


Komen Pendita:

Jelaslah Profesor Idris Ahmad berasa tidak senang dengan pendirian universiti di negara ini yang gagal menunjukkan komitmen mereka mengikut arahan parti pembangkang tetapi sebaliknya menjalankan tugas mengikut Akta Universiti.

Ketua Penerangan Pas itu mahu universiti kita membelakangkan etika kerja yang telah ditetapkan oleh universiti, dan memberi tumpuan kepada agenda parti pembangkang. Jika ini berlaku  barulah negara ini dianggap sebagai mengamalkan demokrasi dan universiti kita berada di landasan yang betul.

Terbuktilah sekali lagi, Idris Ahmad adalah ustaz politik yang sangat bernilai kepada Parti Melayu Pas kerana saranan dan idea pemikirannya sangat membantu parti itu dalam meniupkan kebencian rakyat kepada pihak yang tidak menyokong parti itu. Walaupun ideanya tidak masuk akal, tetapi tetap menghiburkan hati para pengikut parti itu.

Pendita yakin, ustaz yang merasakan dirinya lebih bijak dari Profesor-Profesor dan Ahli-Ahli Akademik kita, akan dikekalkan sebagai Ketua Penerangan parti itu kerana PRU13 sudah hampir. 

Parti Melayu Pas perlu seorang penghasut yang tegar walaupun hasutan beliau hanya menjadi bahan tertawa rakyat.

4 ulasan:

  1. Rakyat Malaysia hari ini tidak memerlukan pemain politik ketinggalan zaman seperti ustaz2 pemimpin Pas.

    Rakyat, terutama golongan muda mampu berfikir dan menentukan masa depan mereka tanpa terpengaruh dengan dakyat dan hasutan tidak bertamadun.
    14 Mac 2011 10:22 PM


    Cepu berkata...
    comments:

    Salam,

    Kita tidak boleh biarkan dan benarkan puak2 pembangkang ni menguasai perjalanan pengurusan dan pentadbiran di dalam negara kita.

    Mereka ini berfikiran negatif dan agak terkebelakang dari zaman.

    Negara dan rakyat akan menderita sekiranya mereka memegang tampuk pemerintahan negara.


    ajai62 berkata...
    Assalam Bro

    Kalau pensyarah2 Universiti nak sokong parti pembangkang di persilakan tapi syarat paling utama ialah berhenti dari makan gaji dengan kerajaan. Kalau berpolitik masa bekerja bila masa mereka nak mendidik anak bangsa orang melayu/islam. Jangan mengkhianati akujanji yang dibuat semasa menjawat jawatan pensyarah dengan kerajaan.
    14 Mac 2011 10:26 PM


    GURU MALAYSIA berkata...
    AKU SOKONG

    KALAU BOLEH CIKGU PUN SAMA BUAT AKUJANJI, NAK BANGKANG KERAJAAN, LETAK JAWATAN
    14 Mac 2011 10:44 PM


    Terunapondoktimur berkata...
    awak dua org kat atas ni bodo la..

    kalau letak jwatan..mcm mana nak makan...nak beri anak skolah...nak tanggung bini...fikir la sikit..jgn fkir dgn kpala lutut...

    Allah yang bagi rezeki...bukan najib altantuya apco

    org nak menegkkan Islam awak tidak suka ke?
    awak suka yahudi mcm rosmah tu..

    org mcm awak brdua ni YAB Tuan Guru tdak suka...

    baik awak brtaubat...
    14 Mac 2011 11:08 PM


    Jeffry berkata...
    KEHKEHKEH DAK TERUNA PECAH DARA NI MARAH LA PLAK. KLU MCM TU CIKGU2 CIKGI2 YG KEJE DGN KERAJAAN MESTI KEJE BANGKANG DASAR KERAJAAN YG DAH JADIKAN DIORANG SEBAGAI CIKGU CIKGI.

    GEGET TGN ORG YG DAH BAGI DIORANG PELUANG BERKERJAYA DAN KARIER YANG BAIK SEMATA2 NAK IKUT CKP PEMBANGKANG. BEK JADI KETAM BANGKANG JEK BRADERRR KEHKEHKEH..JGN MARA HAAA..KANG AKU JUAL KT PASAR LONGGOK! >|D
    14 Mac 2011 11:24 PM


    Tanpa Nama berkata...
    tu dia....cakap pasal rezeki plak da....

    da tu biaq lah yang tak sokong pembangkang tu...teruskan jer dengan pemikiran 'primitif' depa.....yang pasti depa tau Allah yang bagi rezeki tu....depa bersyukur dan depa percaya dan yakin yang kalimah Allah tu hanya milik agama ISLAM yang BENAR....(diterimapakai untuk kakitangan yang MUSLIM sahaja ye....)

    asalkan depa yang berfikiran 'advance' tu terbuka minda mereka terima yang berfikiran 'primitif' tu seadanya mereka....maklumlah 'hak asasi manusia' kan...? hidayah plak Allah yang bagi.....usaha plak atas agama.....

    ye ke rosmah tu yahudi...(dia bukan melayu eh?) ye ker najib tu apco...? (bukan Najib Razak ker?) tak perasan la plak....sebab yang Yahudi cukup suker tu Anwar...dan bakal suker tu Tok Nik....

    BalasPadam
  2. Gema berkata...
    maka sia2 lah hdup awak semua krana wlw skolah tinggi tetapi awk semua menentng Islam..

    al fadhil ustaz Idris Ahmad adlh ulamak yg terpilih oleh YAB Tuan Guru...awk tak faham ke..Tuan Guru tidak pilih ikut nafsu..ikut aqal syaiton...ikut apco yahudi...

    disisi Allah bukan profeser yg tinggi dan mulia...tapi org yg brjuang agama Islam...agama Allah..

    rezeki utk manusia ditentukan Allah...bukan manusia yg brkuasa beri rezeki.

    awk jadi kafir klw ingat rezeki bukan Allah yg beri pd manusia.

    awk menentng YAB Tuan Guru...awak tdak akan slamat...awk tdak skong prjuangan Islam samalah awak derhaka pd YAB Tuan Guru yang sangat cinta pd Islam...awak tak faham ke Islam itu agama yg benar...Nabi Muhamad adalah benar...kitabullah adalah benar...kenapa awak tolak prjuangan YAB Tuan Guru?

    maknanya awak tolak Islam...tolak Quran...tolak hadis..tolak sirah nabawi..
    awal awal lagi awk tolak Islam dan syurga yg Tuan Guru nak ajak awak bersama...
    15 Mac 2011 1:09 AM


    usin berkata...
    terunapondoktimur & gema, kelakar jugak la awk 2 org ni. sikit2 tok guru awak je yg betul ek? tok guru awk kata x undi pas jahiliah, betul. baik berkawan dgn syaitan dr berkawan dgn umno, betul. x peduli dgn peniaga 'lubang kubur tok guru', betul. pendek kata semua betullah. awk 2 org ni betul2 pengikut tegar tok gurulah ek. suka ati koranglah. aku cuma peminat korang je..hehehe
    15 Mac 2011 1:22 AM


    Tanpa Nama berkata...
    kecian2...teruskan dengan usaha masing-masing..x usah mghakimi orang lain,.sokong umno x semestinya kafir,dan sokong pas x semestinya benar-benar belaka. bkn semua profesor2 berfikiran primitif.setiap orang ada kepentingan dan caranya sendiri. penghakiman hanyalah di tangan Pencipta..manusia x berhak ke atas penghakiman dan hukuman akhir zaman..

    BalasPadam
  3. Assallamualaikum...Intelektual dan Cendikiawan Pas lantang mendepani isu tanpa jaringan kajian dan kepakaran dan dek terlalu cerdik HUDUD yang diperbesarkan dilaung laungkan dijalanan ..Natijahnya mereka kelu dan lesu berkokok di dalam Dewan untuk menegakan kebenaran. Kini Cendikiawan dan Ilmuan dalam kerajaan dan pusat pengajian yang dipersalahkan jesteru ketandusan tafsiran dan kerencaman , mereka sanggup memperlekehkan kebijakan .Inilah wacana perosak minda awam yang gemarkan negara beberantakkan dan Islam terus ditelanjangkan .

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum...baru-baru nie..dah terjadi di Insaniah Alor Star pelajar dan pensyarah dari Ahli-ahli PAS tunjuk perasaan sebab tak puashati dengan pentadbiran Insaniah. ehhh....bagi tau professor idris ahmad tu..tak payah la dok susah-susah kata org lain primitif sebab suruh budak-budak maahad tahfiz keluar dari tempat belajar dan diganti dengan pelajar sekolah bistari yang lebih banyak menyumbangkan yuran pengajian mereka. Rasanya tidak ada pun isu terbabit timbul di IPTA awam...kalo primitif tu rasanya merendahkan martabat org2 berilmu sebab PAS telah mengenetepikan tahap pelajar2 yang hafiz dalam Quran...rasanya ini tahap jahiliah moden kot yang dianjurkan oleh PAS...rasanya muhasabah lah diri sikit dan jaga percakapan sebagai tingkah laku bergelar professor.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...