Followers

Rabu, 23 Mac 2011

Konspirasi Rakyat: Menolak Politik Racist dan Islam Khawarij Berlesen Di Malaysia


Amat malang bagi negara Malaysia yang sedang membangun tetapi terpaksa menghadapi ancaman dalaman yang sangat berat.

Negara bangsa yang dibina di atas kebijaksanaan Rakyat dan Pemimpin, telah mampu mencipta kejayaan hanya dalam tempoh tidak sampai 50 tahun. Kini diancam oleh puak-puak racist dan penganut fahaman Khawarij Islam dalam politik tanahair.

Rakyat dan Kerajaan telah berupaya meletakkan negara dalam peta negara-negara membangun yang berjaya dalam pelbagai bidang. Berupaya menguruskan kepelbagaian penduduk yang berbagai kefahaman agama, budaya dan bahasa, sehinggalah kepada pencapaian cemerlang dalam bidang pembangunan infrastruktur, kebajikan sosial, kesihatan, pendidikan, alam sekitar dan sebagainya.

Paling unik ialah mencapai kedamaian hidup bertoleransi di kalangan rakyat walaupun mereka berbeza agama, bahasa pertuturan, adat resam, makanan dan budaya hidup seharian. Keunikan yang akhirnya membentuk satu identiti tersendiri bagi rakyat Malaysia yang dikagumi oleh dunia antarabangsa.

Perasaan perkauman yang berasaskan bangsa atau agama tiada lagi dalam pemikiran dan kehidupan rakyat. Kasih sayang dan toleransi dapat ditanam dan disububurkan  secara natural tanpa paksaan. Sikap saling menghormati menjadi tanggungjawab setiap warganegara sehingga terciptanya satu bentuk masyarakat saling menyayangi yang merentasi setiap perbezaan yang wujud.

Rakyat hidup bersama dan berkongsi khazanah negara. Memajukan diri dan keluarga dengan bantuan infrastruktur dan kemudahan gunasama yang disedia dan dibangunkan untuk semua. Persefahaman tercetus akibat kesedaran yang tingii terhadap nilai perpaduan, toleransi dan persepakatan yang tulen.


Seluruh Rakyat Malaysia berjaya melaksanakan cita-cita untuk hidup bersama dan mereka membentuk kerajaan yang bertanggungjawab, amanah dan gigih melaksanakan mandat yang diberi. Anak kunci kejayaan ini adalah perpaduan antara kaum, agama dan budaya Rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, kedamaian dan kesejahteraan yang berkekalan.



Bagaimanapun, sistem demokrasi yang kita amalkan tidak selalunya memberi kesan yang positif sepanjang masa.


Setelah menikmati kehidupan yang selesa dan berkembang maju selama lebih 50 tahun, kini segala-galanya hampir berubah. Jika berlaku kesilapan, akan melenyapkan apa sahaja yang telah dibina selama ini.


Rakyat, secara demokrasi telah berjaya membentuk kerajaan yang terbaik untuk mereka. Dan rakyatlah juga yang akan menjadi mangsa demokrasi yang sedang diruntuhkan.


Jika ini berlaku, siapakah yang bertanggungjawab memusnahkannya?


Jawapannya ialah parti-parti pembangkang.


DAP sentiasa menghasut sentimen perkauman di kalangan kaum China supaya sentiasa berasa tidak puashati, berasa tidak diberi keadilan, berasa sering ditekan, berasa disekat dan dihalang. Manakala di kalangan kaum India disemarakkan supaya sentiasa berasa dianaktirikan, berasa dipinggirkan dan berasa tidak dipedulikan.



PKR ditubuhkan untuk memperjuangkan Nuar Berahim yang jelas memiliki sifat-sifat hina dan keji dari sudut sebagai seorang pemimpin masyarakat. Mahkamah pernah memenjarakannya kerana mengamalkan rasuah, salahguna kuasa dan perilaku liwat. Nuar berahim mengamuk seperti orang yang tidak sedarkan diri untuk melepaskan geram, dendam kesumat dan kegilaannya untuk menguasai pemerintahan. Mencipta fitnah yang berterusan, mengapi2kan permusuhan kaum dan agama, meniupkan rasa benci, marah dan kekeliruan di kalangan rakyat.




PAS pula terang-terangan mengamalkan sifat-sifat Khawarij yang telah terpesong dari ajaran Islam yang sebenar yang dibawakan oleh Rasulullah. Mereka juga mengamalkan asobiah yang melampau sehingga setiap apa yang diperkatakan atau tindakan yang diambil oleh pemimpin mereka dipertahankan. Tragedi Memali adalah contoh tindakan Khawarij Pas di negara ini. Diikuti dengan peristiwa al-Maunah, sembahyang dua imam, tidak sah nikah oleh jurunikah UMNO, pulau- memulau dalam masyarakat serta menuduh pihak lain sebagai kafir.



Kini, DAP, PAS dan PKR telah bekerjasama dengan menggaulkan kemahiran parti masing-masing untuk berusaha memecahbelahkan perpaduan rakyat. Mereka menggunakan persatuan-persatuan, badan NGO, pertubuhan profesional, pelajar IPT, rumah ibadat serta mendapatkan sokongan dari luar negara.


Mereka cuba membina sokongan dengan mencerca kerajaan. Mereka mengumpulkan kuasa melalui kebencian. Mereka membangunkan keyakinan dengan kepalsuan dan idea-idea fantasi yang penuh retorik.


Kumpulan parti politik racist China DAP yang dibantu oleh puak Khawarij Islam Pas serta kegilaan nafsu Bapak Konspirator Nuar Berahim PKR, memegang lesen untuk memusnahkan rakyat dan negara.


Manakala Rakyat yang pernah bersatu selama lebih 50 tahun, akan terus bersatu menjadi benteng yang kukuh menghalang kumpulan anti nasional yang tidak diperlukan ini.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...