Followers

Sabtu, 5 Februari 2011

Merlimau: Pakatan Haram Dah Mula Berebut Kekalahan!


DAP sedang memerhati tingkahlaku ternakannya 
yang akan berebut kekalahan di Merlimau.

Parti Melayu Pas kata merekalah yang layak. Parti Nur Berahim kata merekalah yang lebih layak.

PKR  kata jentera kempennya lebih berkesan. Pas kata mereka lebih ganas melanyak UMNO.

Pas kata PKR parti bermasalah. PKR kata Pas tak layak sebab baru kalah di Tenang.

PKR kata mereka mampu ubah Perlembagaan Persekutuan. Pas kata mereka dah ubah tak perjuangkan Islam.

Pas kata mereka takkan membela Melayu sebab assobiah. PKR kata mereka lagi berani lawan Raja Melayu

DAP dan PAP terus memerhati 
dengan penuh minat 
sambil menikmati enaknya limau mandarin.

Baca Kaitan DISINI dari Blog HHalem

Sumber Sinar Harian

SHAH ALAM – Calon parti yang akan mewakili Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau bulan hadapan dilihat lebih sesuai diwakili oleh Pas berbanding PKR. 

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ahmad Atory Hussain berkata, Pas lebih berpeluang cerah untuk menang kerana perkembangan yang berlaku dalam PR. 

Menurutnya, PKR sekarang mempunyai masalah dalaman, terutamanya selepas isu pemilihan parti PKR hujung tahun lalu dan isu-isu semasa yang dikhuatiri dijadikan modal oleh pihak lawan.... 

Sementara itu, Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Dr Jeniri Amir pula menyifatkan PKR lebih layak bertanding di DUN Merlimau kerana calon Pas sudah diberi peluang di DUN Tenang. 

Katanya, hujah ini dikuatkan lagi apabila calon Pas tewas pada pilihan raya umum lalu dan sekarang peluang perlu diberikan kepada PKR untuk membuktikan kebolehan. 

“Mungkin ada kompromi di dalam PR untuk menurunkan calon PKR pula kerana isu yang didakwa berlaku dalam PKR bukanlah isu besar, dalam dunia politik isu-isu sebegini sering timbul,” katanya. 



2 ulasan:

  1. 2 comments:

    KL BOYZ berkata...
    Bungkus...Pakatan Koyak Rabak... bungkus..!!
    2011 Februari 5 09:37

    Apai Ngelai berkata...
    Bravo.. tepat sekali.. memang mereka berebut kekalahan.. haha

    BalasPadam
  2. Salam Bro.
    Blog sdra sudah saya pautkan.
    Salam perjuangan

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...