Followers

Memaparkan catatan dengan label Pas: Idris Ahmad. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pas: Idris Ahmad. Papar semua catatan

Selasa, 15 Mac 2011

Profesor Universiti Berfikiran Primitif: Dakwaan Terbaru Oleh Profesor Idris Ahmad, Ketua Penerangan Pas Malaysia


Profesor Idris Ahmad, Ketua Penerangan Pas Malaysia semakin marah kepada Profesor-Profesor, Ahli-Ahli Akademik dan Pentadbir IPT di negara ini.

Beliau menggelarkan Profesor-Profesor dan Pentadbir-Pentadbir universiti negara ini sebagai "berfikiran prinmitif' dan "pengampu kerajaan"

Ustaz politik dari Parti Melayu Pas ini sangat marah kerana Profesor-Profesor, Ahli Akademik  dan Pentadbir-Pentadbir Universiti dalam negara kita tidak mahu menyebelahi perjuangan parti pembangkang. Sepatutnya ahli akademik dan tenaga pengajar universiti dalam negara ini hendaklah berfikiran pembangkang dan mengampu parti pembangkang.

Sumber petikan: harakahdaily
KUALA LUMPUR, 14 Mac: Teguran Datuk Seri Najib Tun Razak kepada ahli akademik supaya tidak terlalu berpolitik seperti ketam menyuruh anak berjalan betul.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad (gambar) berkata, punca ahli akademik jadi demikian kerana tingkah laku dan budaya politik Umno yang mengajar mereka.

Beliau juga menyalahkan UMNO dan DS Najib Perdana Menteri kita sebagai pihak yang bertanggungjawab menyebabkan Kakitangan Akademik IPT kita berfikiran primitif dan tidak mengampu parti pembangkang. 

Tambahnya, tindakan Hal Ehwal Pelajar ketika pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bukti pemikiran primitif Umno yang bersarang di kalangan pentadbir, hatta bergelar profesor.

Beliau menganggap Tenaga Pengajar di universiti yang menjalankan tugas mereka dengan baik mengikut Akta Universiti, tidak lebih dari hanya sebagai mengampu kerajaan. 


Komen Pendita:

Jelaslah Profesor Idris Ahmad berasa tidak senang dengan pendirian universiti di negara ini yang gagal menunjukkan komitmen mereka mengikut arahan parti pembangkang tetapi sebaliknya menjalankan tugas mengikut Akta Universiti.

Ketua Penerangan Pas itu mahu universiti kita membelakangkan etika kerja yang telah ditetapkan oleh universiti, dan memberi tumpuan kepada agenda parti pembangkang. Jika ini berlaku  barulah negara ini dianggap sebagai mengamalkan demokrasi dan universiti kita berada di landasan yang betul.

Terbuktilah sekali lagi, Idris Ahmad adalah ustaz politik yang sangat bernilai kepada Parti Melayu Pas kerana saranan dan idea pemikirannya sangat membantu parti itu dalam meniupkan kebencian rakyat kepada pihak yang tidak menyokong parti itu. Walaupun ideanya tidak masuk akal, tetapi tetap menghiburkan hati para pengikut parti itu.

Pendita yakin, ustaz yang merasakan dirinya lebih bijak dari Profesor-Profesor dan Ahli-Ahli Akademik kita, akan dikekalkan sebagai Ketua Penerangan parti itu kerana PRU13 sudah hampir. 

Parti Melayu Pas perlu seorang penghasut yang tegar walaupun hasutan beliau hanya menjadi bahan tertawa rakyat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...