Followers

Selasa, 17 Januari 2012

Gabungan Komunis-Khawarij-Leberalis DAP PAS dan Nuar Berahim

Semakin ramai ahli dan penyokong Parti Melayu Pas TAWAR HATI untuk terus berada dalam partai politik Pas.

Sebabnya mudah sahaja:

1. Islam haramkan rasuah, tetapi perjuangan PAS menyokong ideologi yang halalkan rasuah kecil
2. Islam haramkan liwat, tetapi perjuangan Pas halalkan liwat dengan cara menyokong Nuar Berahim
3. Islam haramkan assobiah dan kroni, tetapi perjuangan Pas halalkan melalui amalan ustaz Nik Aziz
4. Islam haramkan mungkir janji, tetapi perjuangan Pas jadikan agenda utama mungkir janji memerintah Kelantan
5. Islam haramkan kemusnahan dan perpecahan, tetapi perjuangan Pas halalkan dengan menyokong DAP
6. Islam haramkan buruk akhlak jadi pemimpin, tetapi perjuangan Pas bermatian angkat Nuar Berahim jadi teraju mereka
7. Islam haramkan fitnah, tetapi perjuangan Pas jadikan memfitnah sebagai agenda perjuangan utama yang berterusan
8. ...dan banyak lagi

Semakin bertambah orang ramai yang tidak lagi tidak berminat mendengar ceramah dan kuliah serta tidak menghormati "ustaz-ustaz politik' peliharaan Partai Melayu Pas.


Mudah-mudahan semakin ramai yang tersedar bahawa partai Melayu Pas hanya sekadar alat politik murahan untuk Nuar Berahim dan china DAP sahaja.

Isnin, 9 Januari 2012

Keputusan Mahkamah dari Hakim Yang Bijaksana


Menurut laporan Utusan Malaysia:

Integriti sampel DNA tak boleh 100% dipastikan tak diusik

09/01/2012 11:25am

KUALA LUMPUR 9 Jan. – Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, selepas meneliti keterangan, mahkamah tidak boleh 100 peratus memastikan bahawa integriti sampel DNA yang diambil daripada Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak diusik.

Sehubungan itu, dalam keputusannya hari ini, hakim menyatakan, adalah tidak selamat untuk bergantung kepada bukti DNA semata-mata.

"Di peringkat kes pembelaan dalam kesalahan seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan tertuduh hanya berdasarkan keterangan SP1 (Mohd Saiful).

"Dengan itu, tertuduh (Datuk Seri Anwar Ibrahim) dilepas dan dibebaskan," kata hakim.
Mahkamah hari ini mendapati Ketua Pembangkang itu tidak bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadi beliau hampir empat tahun lalu. – UTUSAN

komen Pendita

Keputusan hakim itu membanwa maksud:

1. Nuar Berahim tidak berjaya menafikan bahawa dia  tidak melakukan perbuatan liwat terhadap Saiful kerana bukti DNA yang dikemukakan oleh Saiful adalah milik Nuar Berahim dan tidak dinafikan ianya BUKAN milik Nuar Berahim.

2. DNA dari sumber air mani milik Nuar Berahim tidak dipertikai tetapi Hakim hanya ragu-ragu kerana tiada kepastian bukti itu tidak diusik walaupun sah sumbernya dari Nuar Berahim.

3. Hakim tidak menolak bahawa sumber DNA air mani adalah sah kepunyaan Nuar Berahim. Yang disangsikan ialah bukti itu tidak 100% selamat dari diusik.

4. Hakim menerima bahawa sumber DNA itu adalah milik Nuar Berahim tetapi tidak selamat untuk buat keputusan jika bersandar hanya kepada keterangan dan bukti Saiful sahaja walaupun bukti itu sah adalah milik Nuar Berahim.

5. Hakim berjaya mengadili Saiful sebagai pengadu dengan  menerima bukti yang dikemukakan oleh Saiful sebagai milik Nuar Berahim dan Hakim juga berjaya mengadili tertuduh dengan meletakkan kesangsian bahawa bukti itu tidak selamat dari gangguan. 

Maka keputusan melepaskan Nuar Berahim adalah bermaksud bahawa Nuar berahim melakukan perbuatan liwat tetapi tidak boleh dihukum kerana bahan bukti kepunyaan Nuar Berahim itu kemungkinan telah diusik/diganggu walaupun tidak dibuktikan gangguannya. 

Mahkamah bertindak bijaksana dengan mengelak dari membuat keputusan hanya berdasarkan 
keterangan dan bukti Saiful sahaja.


Hati Yang Penuh Kehinaan vs Jiwa Yang Dimulikan Allah

Saiful telah menjalani proses perbicaraan yang panjang. Tetap tabah dan yakin bahawa kebenaran tetap akan muncul.
Kini berserah kepada Allah, Tuhan bagi agama yang dianutinya. Tuhan yang disembah dan ajaran yang menjadi sistem kepercayaannya.
Saiful tidak perlu menghasut orang ramai kerana dia percaya Kuasa Allah tidak mampu dikalahkan walaupun seluruh dunia ini dikumpul untuk menentang ketentuannya.
Tahniah Saiful kerana tidak menghina dan mengheret orang lain menjadi hina hanya untuk kepentingan diri.

Ahad, 1 Januari 2012

Mari Kita Teruskan Kerajaan Rakyat, Kerajaan Yang Kita Bina Selama Ini



Pilihanraya Umum  ke 13 yang dijangka pada tahun depan amat penting kepada rakyat pelbagai kaum dan agama negara ini. 

Seluruh Rakyat sudahpun bersedia bagi mengekalkan pencapaian dan perubahan besar yang telah dicapai oleh rakyat sepanjang 54 tahun menguruskan negara ini, dan dalam masa yang sama Rakyat akan mengambil tindakan tegas menamatkan keangkuhan dan kezaliman Parti Melayu PAS, PKR dan DAP terhadap pemikiran politik di negara kita.

Rakyat pelbagai kaum, kepercayaan agama dan adat resam yang selama ini bersatupadu, akan terus kekal mempertahankan Kerajaan Rakyat yang kita bina untuk melenyapkan kemungkaran, pembohongan, penyelewengan dan putar-belit agenda politik pembangkang. 

FRakyat berasa perlu   menyelamatkan negara ini daripada kehancuran dan kezaliman Gerombolan Pembangkang yang sangat tidak bertanggungjawab dan tindak-tanduk meraka sangat tidak diperlukan oleh Rakyat.

Keghairahan Gerombolan "Liberalis-Khawarij-Komunis" untuk menawan Putrajaya, tidak lain dan tidak bukan adalah untuk memenuhi hasrat sebenar Gerombolan iaitu menamatkan dan menguburkan Perlembagaan Persekutuan dan digantikan dengan Perlembagan Malaysian Malaysia.

Perlembagaan Persekutuan adalah hasil pemikiran politik, perkiraan keagamaan, percaturan ekonomi dan pertimbangan kebajikan seluruh Rakyat melalui wakil-wakil mereka. Manakala Perlembagaan Malaysian Malaysia adalah hasil ciptaan dan keinginan sebenar  china DAP yang disokong oleh Nuar Berahim, dan kini Parti Melayu Pas merelakan ahli dan ustaz-ustaz parti itu menjadi haiwan tunggangan china DAP dan Nuar Berahim. Mereka berbai'ah dan berjanji sesama sendiri untuk mendapat habuan undi dari orang ramai walaupun terpaksa menghancurkan negara dan rakyat.
 
UMNO-BN amat sukar diranapkan kerana kejayaan UMNO-BN selama 54 tahun adalah Kejayaan Rakyat. Seluruh Rakyat pelbagai kaum dan agama merasai dan menikmati perubahan dan kesejahteraan hidup yang semakin bertambah. Keamanan dan keselamatan yang tidak terdapat di negara lain serta peluang yang amat luas untuk mendapatkan pendidikan, aktiviti ekonomi, peluang berniaga, peluang bekerja dalam segala bidang.

Seluruh Rakyat negara ini berasa amat bangga dengan segala bentuk pencapaian yang diusahakan oleh Kerajaan Rakyat selama diberikan masa yang panjang untuk memerintah negara ini. Ternyata Kerajaan Rakyat melalui UMNO-BN telah berjaya mentadbir dengan baik dan meletakkan pembangunan negara dan pencapaian hidup Rakyat ke tahap yang semakin menggalakkan. 

Berbanding dengan usaha dan tindakan Gerombolan Pembangkang yang hanya banyak beretorik, cakap-cakap kelentong, janji kosong, di samping begitu gemar mengapi-apikan permusuhan, menyebarkan fitnah, melakukan huru-hara, menghasut mahasiswa dan segala macam tindakan yang tidak disukai oleh Rakyat. Segala bentuk  kezaliman ini akan  menjuruskan negara ini ke  arah kehancuran dan ketidakstabilan.

Majoriti Rakyat pelbagai kaum dan agama semakin prihatin dan insaf tentang peranan mereka untuk menyelamatkan negara ini khususnya demi masa depan genarasi yang akan datang.

Pelbagai perubahan yang berlaku di negara Amarika Syarikat dan juga negara negara Arab, memberikan keinsafan dan kesedaran kepada Rakyat untuk terus bersatu menghalang Gerombolan Pembangkang ini dari merosakkan negara ini. 

Seluruh Rakyat dijangka akan terus menjalankan tugas dan peranan mereka secara bijak untuk menghalang kerosakan yang sedang diusahakan oleh Gerombolan Pembangkang yang diketuai oleh china DAP, disokong oleh Nuar Berahim dan Parti Melayu Pas menjadi hamba suruhannya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...