Followers

Khamis, 7 Julai 2011

Dahulu Chin Peng, Kini Ambiga Pula Berhajat Mengetuai Kumpulan Haram


Parti Komunis Malaya telah diharamkan pada 23 Julai 1948. Ketuanya berbangsa China bernama Chin Peng.

Sebab diharamkan kerana pertubuhan ini telah bergerak sebagai gerombolan yang mendatangkan huru-hara kerana ingin menguasai politik dan pemerintahan di Tanah Melayu.

Mereka menghasut rakyat membeci kerajaan yang sah dengan berbagai-bagai cara termasuk menggunakan slogan seperti "kuasa rakyat", "suara rakyat", "keadilan untuk rakyat", kekuatan mutlak rakyat", "kemenangan rakyat", "kerajaan rakyat" dan sebagainya.

Selain itu mereka merancang dan melaksanakan kacau-bilau melalui tunjuk perasaan, perhimpunan haram, mengedar risalah hasutan, menyampaikan ucapan menaikkan kebencian dan kemarahan masyarakat untuk menumbangkan kerajaan yang sah yang dipilih oleh rakyat.

Tetapi seluruh Rakyat telah bersatupadu dan menghalau mereka ke dalam hutan sehinggalah pada 2 Disember 1989 gerombolan ini yang juga diketuai oleh Chin Peng telah bersetuju untuk dikurung di selatan Thailand.

Hari ini wujud sebuah lagi pertubuhan yang tidak berdaftar. Pertubuhan ini adalah HARAM, sama seperti gerombolan komunis yang ditentang oleh rakyat sebelum ini.

Oleh itu sebarang gerombolan yang bergerak tanpa berdaftar adalah pertubuhan HARAM.

Gerombolan bersih adalah pertubuhan haram. Ambiga adalah ketua Gerombolan haram. Penyokongnya adalah menyokong Gerakan Haram. Mereka perlu dilayan mengikut undang-undang yang ada kerana negara Malaysia dan Rakyatnya adalah Berdaulat dan Merdeka.

Negara tidak akan maju dan sejahtera jika Kerajaan mengizinkan Pertubuhan Haram bermaharajalela.

Perlembagaan Persekutuan Malaysia/Kuasa
Khas Menetang Perbuatan Subversif/Keganasan
Terancang, dan Perbuatan dan jenayah yang
Memudaratkan Orang Awam dan Kuasa Darurat


Perkara 149. Perundangan menentang perbuatan subversif, tindakan yang memudaratkan ketenteraman awam, dsb.
(1) Jika sesuatu Akta Parlimen menyebut bahawa tindakan telah diambil atau diancam oleh mana-mana kumpulan besar orang, sama ada di dalam atau di luar Persekutuan—
(a) untuk menyebabkan keganasan terancang terhadap orang atau harta, atau untuk menyebabkan sebilangan besar warganegara takut akan keganasan itu; atau
(b) untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap Yang di-Pertuan Agong atau mana-mana Kerajaan di dalam Persekutuan; atau
(c) untuk menggalakkan perasaan niat jahat dan permusuhan antara kaum yang berlainan atau golongan penduduk yang berlainan yang mungkin menyebabkan keganasan; atau
(d) untuk mendapatkan perubahan, selain dengan cara yang sah, apa-apa jua yang ditetapkan melalui undang-undang; atau
(e) yang memudaratkan penyenggaraan atau perjalanan apa-apa bekalan atau perkhidmatan kepada orang awam atau mana-mana golongan orang awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya; atau
(f) yang memudaratkan ketenteraman awam di dalam Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau yang memudaratkan keselamatannya,


Kerajaan Bawah Pokok di Perak

Gerombolan Ibrahim Libya

Baca Seterusnya mengenai Ordianan Darurat untuk menjamin Kesejahteraan Rakyat Kita KLIK SINI

comments:


Mahasiswa Masih Nganggor berkata...
Salam Pendita... mantap, mudah faham dan memang itulah hakikatnya. Kerajaan tak payah pikir banyak...nak timbang apa lagi...ikut undang2 dah... Tapi elok jugak kerajaan lakukan dengan bijaksana...pasti rakyat akan bertambah sayang.. Come on Tok Jib...kitorang ada bersama...apa jadi pun jangan takut...rakyat bersamamu
WADIRONI berkata...
assallamualaikum...sepatutnya pihak penguatkuasa sudah lama mengambil tindakan dan mengheret Si Ambiga nie ke mahkamah // Inilah kelemahan pemerintah yang dilihat tidak telus dalam mengambil tindakan ( double standard ) . Hal sebegini sepatutnya tidak berterusan . Pihak media sepatutnya mengungguli keadilan sejagat . Kerajaan sedia ada mesti menambahbaik dasar , perlaksanaan dan menghormati keluhuran Perlembagaan ...jika ini berterusan kemungkinan keadaan yang lebih tragik pasti berlaku ///



2 ulasan:

  1. Kerajaan sudah buat yang terbaik dlm semua hal...kitorang anak2 muda benci pd pgkhiant yg brtopengkn demokrasi..kitorang tak mungkin trpengaruh dgn hasutan tepi jalan utk tubuh kerajaan...mintak maaf la...

    BalasPadam
  2. Tahniah kepada kerajaan yang diterajui oleh Najib kerana membela menteri-menteri yang pondan dan penakut. Bubarkab sahaja KDN. Orang-orang dalam KDN makan gaji buta.

    Kalau macam nilah kerajaan Najib, PRU 13 akan dikuasai oleh pembangkang. Rakyat dah fed-up bukan kepada pembangkang tetapi BN. Kerana BN dah jadi BODOH dan No Balls.

    Kita rindu cara Dr. M memerintah, No Nonsense.

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...