Followers

Isnin, 19 Mei 2014

PRK Teluk Intan: Antara Meneruskan Agenda Negara VS Mengukuhkan Agenda china Dap


Kedua-dua parti yang telah memutuskan untuk bertanding di PRK P076 Teluk Intan.

BN berhasrat untuk meneruskan komitmen Kerajaan Barisan Nasional memajukan negara dan mensejahterakan rakyat.

Manakala DAP berhasrat mengekalkan kejayaannya menafikan penguasaan 2/3 kerusi Parlimen oleh Barisan Nasional dan meneruskan agenda Malaysian Malaysia untuk menggantikan Perlembagaan Persekutuan di negara ini.

Dipercayai bahawa pendirian pengundi tradisional di kalangan kedua-dua pihak tidak akan berubah dan diyakini keputusan akan kekal menyebelahi Dap.

Keputusan hanya akan berubah jika MCA dan Gerakan bersatu dengan strategi yang berkesan meyakinkan bahawa masyarakat China perlu bersama Barisan Nasional untuk terus membangunkan negara dan mensejahterakan rakyat sebagaimana yang telah dicapai semenjak kemerdekaan negara hingga kini.

Ketulusan, keikhlasan dan kerja kuat MCA dan Gerakan boleh mempengaruhi pemikiran dan keputusan dari kalangan masyarakat Cina dan India. Manakala jentera UMNO dan MIC pasti dapat membantu menguruskan pengundi dari kalangan masyarakat Melayu dan India.

Majoriti pengundi di P076 mampu menilai keberkesanan Barisan Nasional selama ini kerana buktinya berada di depan mata dan di mana sahaja.

DAP hanya mampu membakar sentimen dan emosi pengundi dengan kata-kata dan slogan-slogan popular mereka yang dihiasi dengan klausa dan frasa "kerajaan rasuah, kerajaan zalim, kerajaan menindas, kerajaan racis, kerajaan tidak adil" dan sebagainya. Kata-kata yang kini sukar diterima oleh rakyat apabila perbandingan sangat mudah dilakukan berdasarkan apa yang berlaku di negeri-negeri yang dikuasai oleh DAP dan sekutunya.

Kita sangat berharap parti Gerakan, MCA, MIC dan UMNO serta NGOs pro BN mampu mengatur strategi bersepadu sehingga hanya "Pengundi Tradisi" sahaja yang tinggal untuk membantu DAP.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...