Followers

Sabtu, 4 Jun 2011

Kononnya PAS berBai'ah Untuk Islam..Tapi Bantu China DAP Kuasai Tanahair


Ahli-ahli dan pengikut Parti Melayu Pas semakin keliru. 

Mereka tidak faham mengapa Pas memaksa calon-calon yang bertanding supaya berbai'ah (bersumpah setia dengan nama Allah). Ikrar tidak akan melompat parti jika menang kerusi yang ditandingi. Jika ingkar Allah akan melaknat mereka dan parti akan menjatuhkan hukum talak secara automatik ke atas pasangan tersebut.

Dengan paksaan ini, calon-calon yang menang berasa amat takut akan kemurkaan Allah dan kehilangan hak ke atas isteri masing-masing. Maka terpaksalah sentiasa bersetia kerana jika tidak, akan dianggap murtad dan kehilangan hak beragama Islam mengikut ketetapan parti.

Begitulah Parti Melayu Pas menguasai minda dan kepercayaan di kalangan mereka. 

Mengikut kepercayaan agama Islam, apabila seseorang itu telah mengucapkan dua kalimah shahadah, maka bermakna sudah berbai'ah beraqidahkan Islam. Menerima Islam sebagai sistem kepercayaan dan diamalkan sebagai panduan dalam kehidupan yang lengkap.

Parti Melayu Pas menganggap ikrar syahadah ini tidak lengkap. Pas kurang yakin hanya dengan berbai'ah menerima Allah yang esa dan Muhammad sebagai Pesuruh Allah. Pas terpaksa menggunakan bai'ah lain yang lebih berkuasa dari hanya naik saksi memperakukan Allah dan Muhammad.

Tujuan Pas mudah sahaja difahami. Parti politik itu mahu supaya kesetiaan dikekalkan untuk menguatkan perjuangan Islam. Tetapi parti itu bersubahat dengan Parti Racist China DAP untuk meruntuhkan Perlembagaan Persekutuan yang selama ini telah menjamin kesejahteraan,  keselamatan dan perpaduan antara kaum dan agama di negara ini.

Ahli-ahli dan pengikut Parti Melayu Pas faham bahawa dalam konteks di Malaysia, perjuangan Islam itu adalah  mempertahankan, mengembangkan dan melaksanakan syariat dan syiar Islam sebaik mungkin. Ini termasuklah menjaga kebajikan umat Islam dan bukan Islam yang mendiami negara ini. Semua ini telah dicapai dengan cemerlang sebagaimana yang diamalkan di zaman Rasulullah.

Ahli-ahli dan pengikut Parti Melayu Pas juga faham bahawa Perlembagaan Persekutuan adalah perlembagaan bertulis yang digunapakai dalam sistem demokrasi di Malaysia. Perlembagaan Persekutuan telah digubal sedemikian rupa dengan memberi keutamaan  kepada semua kaum, agama dan kebudayaan.


Dengan Perlembagaan Persekutuan ini semua bangsa, kaum dan agama hidup bersama dan mendapat kebajikan sewajarnya. Konsep yang dibawa dan dipraktikkan oleh Rasullullah telah dapat direalisasikan dengan sebaiknya.

Tetapi hari ini semakin ramai ahli-ahli dan pengikut Parti Melayu Pas berasa hairan mengapakah Pas bersungguh-sungguh membantu Parti Racist China DAP mahu memusnahkan Perlembagaan Persekutuan.

Mereka tidak nampak bagaimana Perlembagaan Malaysian Malaysia adalah lebih baik dari Perlembagaan Persekutuan. 

Ahli-ahli dan pengikut Parti Melayu Pas amat faham bahawa Perlembagaan Persekutuan digubal oleh banyak pihak sebelum diterimapakai. Pemimpin politik, ulamak, cendekiawan, pakar yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama telah duduk semeja memerah fikiran. Akhirnya berjaya merumuskan perlembagaan yang terbaik untuk rakyat di negara ini.

Berbeza samasekali dengan Perlembagaan Malaysian Malaysia yang sedang diperjuangkan oleh Parti Melayu Pas. 

Perlembagaan Malaysian Malaysia adalah ciptaan Parti Racist China DAP untuk kepentingan parti itu menghapuskan ketuanan Melayu-Bumiputera. Tujuan DAP adalah untuk meningkatkan monopoli kaum China dalam kekayaan ekonomi negara dan merampas kuasa politik untuk menguasai pentadbiran dan pemerintahan negara ini. 


Dengan itu Parti Melayu Pas terpaksa berbaiah dengan calon-calon pilihanrayanya untuk mempastikan Parti Racist China DAP berjaya menumbangkan Perlembagaan Persekutuan dan menggantikannya dengan Perlembagaan Malaysian Malaysia.


Kononnya Pas berbaiah untuk Islam, tetapi sebenarnya membantu DAP menghancurkan perpaduan umat Islam di tanahair kita.

Marilah kita berdoa semoga umat Islam tidak lagi tertipu dengan permainan politik pemusnah yang dibawa oleh puak politik khawarij ini.

 comments:


Tanpa Nama berkata...
Bodoh la kamu semua.....pemimpin2 melayu Islam baik Pas ataupun UMNO.Buka sedikit mata mu lihat.Singapura sudah Cina punya.P.Pinang sudah Cina punya.Perak pun dah Cina punya.KL memag dah lama.Selangor pun dah Cina punya.Ekonomi Cina control seluruh Malaysia.Kalau Cina mogok tak mahu berurusan ngan Melayu atau kaum lain dah pasti dia tidak hadapi apa2 masalah.Melayu dan kaum lain lapar lah.Sebenarnya Cina Kominis setelah gagal kaedah diguna dahulu maka..kaedah skrang digunakan.Lemah ekonomi melayu dan kaum-kaum lain lepas 2 kuasai politik.Melayu semuoa boleh beli la.......Mampus Melayu.
Segala daya usaha yg dilakukan UMNO mendapat keredhoaan Allah selama ini. Semua bangsa dan penganut agama hidup aman sejahtera sebagaimana yg diaturkan oleh Islam. Tetiba puak Nuar Berahim dan khawarij Pas membantu parti racist china DAP menghancurkan semua ini. Memang benar, komunis gagal gunakan kekerasan bersenjata utk tawan negara ini, tetapi dengan gunakan Pas dan NUar Berahim, DAP akan dpt terus kuasa ekonomi dan pilitik... Melayu-Bumiputera akan jadi pak turut kpd China DAP tak lama lagi..
Pas dan PKR dan penyokong mereka jadi talibarut DAP komunis. Tak sedar dia orang ni..melayu bodoh. Di saat melayu perlu bersatu, mereka masih dengan sikap angkuh dan sombong dan menolak perpaduan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...