Followers

Rabu, 6 Oktober 2010

Mahfuz Gagal Lagi Buktikan Pas Bukan Parti Ekstrem Ganas


DS Najib amalkan Islam persaudaraan
Pas menganjurkan Islam Politik
Solat hajatpun dipolitikkan di depan pejabat DAP

Sumber: harakahdaily
Dzulfikar Mashoor

KUALA LUMPUR, 6 Okt: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dinasihatkan supaya menggalakkan penyebaran faham Islam yang sebenar sekiranya Malaysia mahu menangani Islamofobia di peringkat antarabangsa dan setempat.

Menurut Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar, faham Islam yang Umno serta Perkasa popularkan di tanah air adalah faham yang salah serta mengundang Melayufobia.

Fahaman Pas yang salah terhadap ajaran Islam yang sebenar boleh menggalakkan maraknya api perkauman serta penghinaan yang berterusan terhadap kesucian agama Islam. Pas menyelewengkan ajaran Islam yang sebenar untuk mendapatkan undi masyarakat bukan Islam. Perbuatan ini meningkatkan lagi Islamofobia di kalangan  bukan Islam bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Fenomena yang dahsyat ini berlaku kerana Pas menyebarkan ajaran Islam yang salah melalui pentas politik kepartian.

Kalau lihat kepada fahaman ekstrem yang dianuti oleh Pas, mereka menjadikan orang Melayu, China dan India serta kaum-kaum Bumiputera yang lain hanyalah sebagai alat untuk mendapatkan undi sahaja. Rakyat yang perlu dibela diketepikan sahaja apabila diberi mandat. Nasib yang menimpa Rakyat Kelantan adalah contoh terbaik untuk memahami hakikat ini.

UMNO-BN bukan sahaja terbukti dapat mengekalkan syariat dan mengembangkan syiar Islam di negara ini, tetapi juga berjaya mempertahankan kehidupan yang sejahtera rakyat berbilang kaum dan agama. Rakyat Malaysia bukan Islam terus maju dalam pelbagai lapangan hidup malah sangat menyerlah pencapaian mereka dalam bidang ekonomi. Inilah bukti ajaran Islam sebenar yang diamalkan oleh UMNO-BN mendorong ke arah muhibbah dan maju sebagaimana yang diamalkan di zaman Rasulullah S.A.W.

Islamphobia yang berlaku sekarang adalah hasil dari perlakuan ganas dan ekstrem yang ditunjukkan oleh Partai islam Semalaysia dalam percaturan politik mereka untuk mendapatkan undi dan simpati masyarakat. Permaianan politik keji yang menjadi sentiman perkauman dan manipulasi agama adalah sebahagian daripada ciri-ciri assobiah yang menjadi pegangan Pas selama ini.

Akibat dari salah fahaman tersebut, telah mengakibatkan lahirnya perbuatan ekstrem seperti berdemonstrasi di jalanraya, menghasut orang ramai sehingga berlaku Peristiwa Memali, menyokong penjenayah bersenjata dalam Peristiwa al-Maunah Jenalik, mengagungkan pembunuh Datuk Sosilawati tetapi menghina dan merendah-rendah tugas Polis serta menyediakan program dengan menjemput orang kafir menghulurkan rasuah politik sambil memijak sejadah tempat sujud orang Islan dalam surau dan mesjid yang telah mereka rampas.

Jelaslah bahawa Pas hanya mampu memperalatkan Islam untuk tujuan politik murahannya tetapi gagal memahami maksud keadilan, kedamaian, kehormatan, kejujuran, kepelbagaian, kasih sayang serta kesederhanaan yang diajarkan oleh Islam.

Kerana itulah Pas terpesong jauh dari landasan agama dan muncul sebagai sebuah parti politik perkauman yang mengajar ahli dan penyokongnya menjadi pelampau agama serta taasub pada gerakan menyemarakkan api perkauman bersama parti DAP dan PKR serta terus menggubal agenda perpecahan yang dijadikan kurikulum dalam proses tarbiyyahnya islamiahnya.

Kita amat bersyukur, hari ini kaum Melayu, China, India dan kaum Bumiputera yang lain hidup maju dalam kesejahteraan dan penuh kebajikan. Hal ini berlaku kerana UMNO-BN mengamalkan ajaran Islam yang sebenar.

Anda juga meminati:


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...