Followers

Selasa, 28 September 2010

Presiden PAS Semakin Hilang Punca Untuk Berhadapan dengan Kemenangan Rakyat


Hadi Awangpun berbunyilah:
Sumber: harakahdaily

KUALA LUMPUR, 27 Sept: Pemimpin Umno BN telah gagal memikul amanah rakyat majmuk untuk membina negara Malaysia yang hebat dan dalam masa yang sama menunjukkan contoh model keadilan Islam yang sebenar.

Ini juga, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengakibatkan orang Melayu yang mendapat majoriti besar dalam pilihan raya gagal memartabatkan Islam yang menjadi agama Persekutuan.

Sehubungan itu, PAS mengajak seluruh orang Melayu Islam yang bimbang dengan kedudukan mereka agar dapat berfikir dengan rasional dan fakta yang jelas, bahawa Umno BN akan sekali lagi berlaku curang terhadap mereka.

Kemenangan Rakyat Selama Ini adalah kerana mereka memberi mandat kepada UMNO-BN sehingga berjaya mengangkat maruah dan martabat rakyat dan negara hanya dalam masa 50 tahun lebih sahaja.

Fenomena ini menyebabkan Presiden PAS telah semakin hilang punca untuk terus menerajui parti. Berbagai-bagai kerenah dan muslihat yang diperkenalkan PAS, tetapi ternyata tidak menjadi. Akhirnya terpaksa mengeluarkan kata-kata kekecewaan:

 "biarlah kami kalah..."

Usaha untuk menidakkan jasa dan bakti UMNO telah dilakukan oleh parti PAS sebaik sahaja ditubuhkan sehinggalah sekarang ini. Namun parti itu tetap menemui kegagalan demi kegagalan. Pas semakin hilang punca dan arah tuju perjuangannya. Allah tetap meredhai daya usaha UMNO, dan Allah jua yang menetapkan PAS berada ditakuk lama.

Paling menghampakan ialah kesilapan PAS menolak faktor bangsa Melayu dalam perjuangan partinya. Kesilapan ini nampaknya semakin memakan dirinya sendiri kerana nyawa PAS berada di tangan bangsa Melayu 100%. Mangsa paling parah ialah rakyat Kelantan yang terpaksa menderita kerana ketidakmampuan PAS. Kini Petronas dipaksa supaya memberi sedekah duit kepada PAS Kelantan.

Apabila PAS menolak unsur bangsa dalam partinya, maka DAPlah yang paling beruntung kerana ahli-ahli PAS akan mengundi calon DAP di mana sahaja mereka bertanding dan menolak calon MCA atau MIC. Sekiranya menang, kerusi PAS tidak akan bertambah sebaliknya berlaku pengukuhan kuasa DAP. Inilah yang berlaku di Perak, Pulau Pinang dan Selangor.

Laungan dan gesaan supaya orang Melayu perlu bersama dengan PAS untuk menggantikan Umno sebagai teras politik Melayu Islam adalah retorik parti itu yang sudah kehilangan arah tuju dan mekanisme perjuangan yang semakin bercelaru. PAS sebenarnya hanya berminat untuk menambah undi dan sokongan, tetapi bukan kerana melaksanakan syiar Islam seperti yang dilaungkan. Bangsa Melayu tetap dijadikan mangsa nombor satu parti PAS.

Seluruh rakyat dalam negara kita sudah sedia maklum keberkesanan dasar-sadar yang dijalankan oleh UMNO-BN selama lebih 50 tahun memerintah dengan adil dan sejahtera. Kejayaan yang jelas dan nyata ini menyulitkan PAS dan Gerombolan Pakatan Pembangkang memesongkan keyakinan rakyat daripada terus menyayangi dan menyokong UMNO-BN.

Justeru, pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad yang disokong oleh beberapa pimpinan Umno lain bahawa orang-orang Melayu akan kehilangan kuasa dan 'suara' jika Pakatan Rakyat berjaya mengambil alih pemerintahan negara adalah merupakan suatu pandangan yang sangat tepat dan berpandangan jauh berdasarkan realiti tindak-tanduk yang ditunjukkan oleh Gerombolan Pakatan Pembangkang selama ini.

Sejarah sekali-kali tidak boleh menafikan bahawa UMNO-BN adalah parti yang berpandangan jauh, matang berpolitik dan telah menjadi payung kepada seluruh rakyat yang berbilang kaum dan agama. Selepas berjaya memerdekakan negara ini, UMNO-Perikatan terus melaksanakan formula yang terbaik membawa negara dan rakyat ke arah yang lebih sejahtera dan berjaya dalam pelbagai bidang kehidupan.

Pas dan rakan-rakan Gerombolan Pembangkangnya semakin hari semakin kehilangan arah dalam perjuangan sehingga terpaksa menggunakan pelbagai cara dan kaedah yang tidak masuk akal. Hal ini tentu tidak baik untuk negara kita yang terdiri dari pelbagai bangsa, kaum dan kepercayaan.

Generasi muda hari ini adalah cermin kejayaan UMNO-BM.

Kini DS Najib sedang meneruskan kejayaan yang telah dicapai oleh rakyat dan seluruh rakyat pasti akan bersama UMNO-BN di samping terus mengabaikan Gerombolan Pakatan Pembangkang yang mereka anggap hanya pandai membuat kacau sahaja.

Kemenangan rakyat selama ini... 
adalah kerana mereka memberi mandat kepada UMNO-BN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...