Followers

Jumaat, 29 Julai 2011

Nuar Berahim Merayu Pada Umi Hafilda...

video
Anugerah Istimewa Timbalan Presiden PAS Kepada Nuar Berahim

video
Kezaliman Nuar Berahim dan Penderitaan Umi Bermula
Siri pendedahan oleh umi Hafilda Ali

Umi Hafilda Ali terus menjelajah ke seluruh negar kerana memenuhi jemputan rakyat jelata.

Rakyat mahu mendengar dari mulut Umi sendiri mengenai pengalamannya dianiayai oleh Nuar Berahim yang pada masa itu sangat berkuasa sebagai Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Naib Presiden UMNO .

Semakin banyak dan rancak pendedahan demi pendedahan ditunaikan, semakin banyak jemputan sehingga Umi tidak dapt memenuhi semuanya.

Dalam sesi pendedahan dan penerangannya, Umi menceritakan pengalaman peribadi yang dilaluinya secara terperinci. Pendengar tidak berganjak sehingga sesi Umi selesai.

Program pendedahan di seluruh negara ini akan berjalan secara berterusan dan matlamatnya hanya satu, iaitu menceritakan perangai buruk Nuar Berahim dalam banyak perkara.

Oleh kerana itu, semakin ramai berasa hairan, mengapakah Nuar Berahim masih tidak menyaman Umi sebagaimana yang dilakukannya sebelum ini.

Kesannya semakin ramai anak-anak generasi muda yang telah menolak permainan poitik kotor Nuar Berahim dan sekutunya PAS dan DAP. 

Pendedahan oleh Umi Hafilda secara berterusan itu menyebabkan ada pihak yang yakin, satu ketika nanti Nuar Berahim akan merayu pada Umi Hafilda supaya berhenti. Ini disebabkan Nuar Berahim tidak mampu menjawab walau sepatah kata di atas segala kebenaran yang disampaikan oleh Umi.

Pendita berpandangan walau apapun situasinya sekarang, Nuar Berahim sedang mengalami proses pereputan yang menuju kehancuran dirinya sendiri. Hanya masa yang menentukan.


Sabtu, 23 Julai 2011

Mat Sabu.."Takkanlah Saya Nak Tipu..Saya Timbalan Presiden Parti Allah"


GEORGETOWN, 23 Julai: “Buat apa saya tipu, siapa mahu masuk hospital, duduk saja, tidak boleh berceramah hentam Umno yang zalim,” kata  Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu. (Sumber: harakahdaily)

Dengan kata-kata itu maka Mat Sabu pun kekal di hati ahli-ahli dan penyokong PAS untuk meneruskan perjuangan fisabilillah mereka.

Bagaimanapun sejarah telah merakamkan Kuasa Rakyat Malaysia berjaya menggagalkan mini kudeta Gerombolan khawarij-komunis PAS, China DAP dan Nuar Berahim PKR dari bertapak di bumi keramat ini.


Khamis, 21 Julai 2011

Faktor2 Kuasa Rakyat Yang Menggagalkan Rusuhan Anjuran Gerombolan Pakatan Pembangkang



1. Perhimpunan yang dinamakan BERSIH 2.0 adalah Pergerakan Haram yang didalangi oleh Gerombolan Pakatan Pembangkang. Oleh itu seluruh rakyat berdiri teguh bersama pihak Kerajaan Pilihan Rakyat untuk mempertahankan demokrasi. 

2. Rakyat menyedari bahawa Perhimpunan Haram itu adalah bertujuan untuk memainkan 8 Retorik Politik yang sengaja menjadikan SPR sebagai alat untuk menjatuhkan Kerajaan Pilihan Rakyat. 


3. Rakyat terlebih dahulu sudah memahami dan mencium bau politik yang amat kuat di belakang Strategi Merusuh yang diaturkan oleh China DAP, Nuar Berahim dan parti PAS yang sudah bersekutu menggunakan cantuman pendekatan ala Komunis-Khawarij_Liberalisme yang berbahaya itu. 


4. Gerombolan Pakatan Pembangkang, terutamanya PAS berusaha untuk mengelirukan rakyat dengan pelbagai fitnah dan tohmahan yang akhirnya mendedahkan bahawa niat sebenar Program Rusuhan itu adalah untuk meneruskan perjuangan komunis kerana dipercayai mendapat pembiayaan dari pihak asing yang berniat jahat kepada negara ini. 


5. Rakyat memerhatikan bahawa pihak Gerombolan Pakatan Pembangkang sedang panik menyaksikan kebangkitan rakyat di bawah pentadbiran DS Najib. Keadaan ini amat mengecewakan kerana Pakatan Pembangkang tidak mampu lagi membohongi rakyat dan sekaligus menggugat angan-angan mereka ingin menguasai Putrajaya. 


6. Rakyat memahami dan menyokong dasar-dasar Kerajaan Pilihan Rakyat sekarang ini berasaskan beberapa tindakan dan pelaksanaan yang sedang dijalankan oleh kerajaan dalam mengemaskan sistem pilihanraya, membanteras rasuah, meningkatkan keberkesanan tadbirurus kerajaan, yang semuanya menjurus ke arah kesejahteraan rakyat. 


7. Seluruh rakyat membenci apa sahaja bentuk kekerasan, keganasan, rusuhan bersenjata yang sering diamalkan oleh Gerombolan Pakatan Pembangkang untuk memenangi pilihanraya di jalanraya. Rakyat juga tahu bahawa Nuar Berahim cuba menggunakan jalanraya bagi membantunya menghadapi masalah kes mahkamah. 


8. Rakyat menolak sikap Pembangkang yang sentiasa mengajak orang ramai memusihi pasukan polis sedangkan Polis dan Tentera adalah sebahagian daripada People's Power yang mempertahankan negara ini dari sebarang ancaman. Pembangkang cuba melemahkan negara dengan cara menambah dan menghasut kebencian terhadap polis dan sistem perundangan. 


9. Kuasa Rakyat jauh lebih bertenaga dari kuasa Para Penghasut walaupun Gerombolan Pakatan Pembangkang menjadikan para penyokong mereka sebagai umpan politik untuk membelasah polis yang menjalankan urusan Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong. 


10. Kuasa Rakyat telah bangkit untuk menumpaskan strategi Gerombolan Pakatan Pembangkang yang ingin menumbangkan Kerajaan Pilihan Rakyat secara kekerasan. Kebangkitan ini akan berterusan kerana Rakyat Malaysia  adalah berjiwa besar sebagai rakyat sebuah negara yang merdeka dan berdaulat. 


11. Faktor terakhir kejayaan Kuasa Rakyat membendung Strategi Rusuhan Gerombolan Pakatan Pembangkang ini ialah kejayaan penerapan 1Malaysia yang amat diyakini menjadi sandaran kukuh terhadap masa depan rakyat dan negara.

Himpunan Haram gagal Merusuh kerana Kuasa Rakyat lebih bertenaga menghadapi pihak yang tidak bertamadun dan undemocratic yang cuba membawa budaya yang sudah ketinggalan zaman dalam sistem demokrasi kita.



comments:


Zawawi Ihsan berkata...
Amat setuju.. "Rakyat menolak sikap Pembangkang yang sentiasa mengajak orang ramai memusihi pasukan polis sedangkan Polis dan Tentera adalah sebahagian daripada People's Power yang mempertahankan negara ini dari sebarang ancaman. Pembangkang cuba melemahkan negara dengan cara menambah dan menghasut kebencian terhadap polis dan sistem perundangan".

Ahad, 17 Julai 2011

Rakyat Patut Benci Polis Kerana Polis Adalah Penjenayah


PKR sedang dan akan terus mengatur strategi menanam kebencian supaya Rakyat marah, benci dan hilang kepercayaan kepada PDRM.

Naib Presiden PKR, N. Surendran dengan dibantu oleh R. Sivarasa, Lateefa Koya dan seorang saksi A. Rajaratnam dilaporkan oleh Harakahdaily (KLIK SINI) telah memaklumkan kepada pemberita bahawa Polis telah melakukan jenayah dan bertanggungjawab ke atas Baharudin yang telah mati.

Peguam N. Surendran berkata, pihak polis secara tergesa-gesa mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak bersalah dalam insiden tersebut sebelum siasatan menyeluruh dibuat.

"Kami berada di sini hari ini kerana tidak puas hati dengan sikap dan tindakan polis. Tanpa siasatan menyeluruh, percubaan melindungi kesalahan mereka telah bermula," katanya yang juga naib presiden PKR.

Menurutnya juga, polis tidak boleh berdolak dalik dalam perkara ini kerana pihak peguam sedang mengumpulkan bukti bergambar yang menunjukkan polis menggunakan gas pemedih mata secara berlebihan.

"Ini merupakan satu jenayah. Tulang rusuk arwah patah,gigi patah, luka di bibir,apa penjelasan polis?

"Kita ada 'footage' kekasaran polis dan saksi sendiri nyatakan sewaktu allahyarham bergelut dalam kesakitan,tiada polis datang membantu," katanya.

...Turut bersama dalam penyerahan tersebut ialah seorang lagi naib presiden PKR, peguam R. Sivarasa dan ketua penerangan PKR, Latheefa Koya yang juga seorang peguam bersama kira-kira 20 aktivis Bersih 2.0 (Sumber harakahdaily)

Pandangan Pendita:

Oleh kerana Parti PKR iaitu parti kepunyaan Keluarga Nuar Berahim sudah memiliki "footage", ada saksi, ada bukti tulang rusuk patah, ada bukti gigi patah dan bukti bibir luka, maka eloklah mereka mengheret Polis yang melakukannya ke mahkamah.

Hakikatnya mereka tidak begitu tetapi sebaliknya masih membawanya ke jalanraya melalui penyerahan tuntutan beramai-ramai supaya pihak PDRM mengaku menyebabkan Baharudin telah mati dan memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia di atas kematian itu.

Jika kematian Teoh Beng Hock telah dijadikan modal untuk menghasut Rakyat membenci SPRM dan Teoh Lee Lan dijadikan umpan politik China DAP, maka kematian Baharudin telah dijadikan modal menghasut Rakyat membenci Polis dan PDRM. Kali ini keluarga Baharudin yang telah mati diheret untuk dijadikan modal politik parti keluarga Nuar Berahim yang sedang mengalami penolakan rakyat Malaysia.

Kempen pilihanraya awal yang sedang dijalankan oleh PKR dan Geromloan Pakatan Pembangkang itu adalah untuk "discredit" Kerajaan dengan cara meniupkan kebencian kepada agensi seperti PDRM, SPRM, Institusi Peguam Negara dan Mahkamah.

Pendita yakin Kuasa Rakyat yang selama ini telah berjaya membentuk kerajaan yang berwibawa tidak akan mudah ditipu dengan permainan "KOTOR" walaupun dinamakan "BERSIH"


 comments:


Ahmad Abdul Khair berkata...
Rakyat tidak mungkin benci polis. Yg benci polis ni adalah pembangkang kerana merekalah yg paling suka melakukan tindakan yg bertentangan dengan perlembagaan negara dan undang2. Mereka hasut rakyat benci polis dan kerajaan supaya senang mengadakan pemberontakan atas nama demokrasi. Saya yakin rakyat tidak sebodoh itu. Saya dan rakan2 amat berharap KDN mengambil tindakan yg sewajarnya terhadap anasit anti nasional selaras dengan perlembangan dan undang2 negara denmi untuk kesejahteraan rakyat yang telah memberi mandat.
Tanpa Nama berkata...
"Peguam N. Surendran berkata, pihak polis secara tergesa-gesa mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tidak bersalah dalam insiden tersebut sebelum siasatan menyeluruh dibuat." = DSAI secara tergesa-gesa menafikan dirinya adalah pelaku video seks sebelum mana2 media menyebut mengenainya. kelakar la dorang ni... DSAI buat cam tu boleh ye, PDRM tak boleh pulak ke? sengal la layan kaki belit, lidah bergulung ni. anyway, aku yakin PDRM tak tangkap orang yang tak bersalah. selagi kita ikut undang2, InsyaAllah PDRM takkan ganggu kita... tp, yang akan tetap mengganggu adalah syaitan.
Tanpa Nama berkata...
kalau tak ada POlis Peguam tu nak makan apa?.....Penjenayah tak ada siapa yang tangkap...mahkamah kosong.. Bila POlis byk tangkap Kuat kuasakan undang2 maka ada la can meka nak cari makan... jika cari makan kes sivil payah jugak, makan masa lama ...gua nasihatkan Polis.. jangan tangkap banyak, Jamin Polis aja....Jika banyak tangkapan kaya mereka maaa , penjenayah yg papa kedana / miskin meka tak layan...sebab itu yg kita nampak hari ni < Kau tanya Banduiuan yg masuk penjara .. meka tak pernah ada peguam..kenapa meh......sudah lah pak polisi..Mereka tahu yang YB datok HishamKERISmudin ( Menteri KDN ) tak akan berada di belakang kau orang semua ...Kini selamanya kamu orang aja di tibai/ditohmah/ digasak/ dimaki dan di ludah//Jika ERA Pak lah siaplah kamu Ssemua POlis yg Berkeja pada 9 julai...akan Tubuh Lagi Suruhanjaya.. imej kau org akan di bakul sampah atau di Longkangkan lagi... ikut sangat Telunjuk Pakatan BerShit ni...itu pandanag gua orang rakyat biasa.. tak ada apa kepentingan ni
Tanpa Nama berkata...
lawyer memang keparat. sebenar mereka lah yang banyak buat jenayah. pusing sana pusing sini janji menang. kau makanlah duit haram tu. patutlah ramai lawyer macam puaka
Tanpa Nama berkata...
PENDITA BUKAN KAIN JE SINGKAT, OTAK PUN SINGKAT... ORANG BUKAN NAK TENGOK PONGGONG MU YG LEPER, KEPALA BOTAK MENJUNJUNG UBAN PUN MASIH X JUMPA JALAN :D
Tanpa Nama berkata...
Tanpa Nama 7:26pm Takpe la Pendita tu kain dan otaknya singkat. Biarlah dia junjong uban dan tak jumpa jalan. Asalkan jangan terus berjalan dilorong yang salah.


Sabtu, 16 Julai 2011

Jom Pakat Pakai Baju Kuning...Jommm!


Warna kuning adalah International Colour for Cancer Survivorship. Ini adalah warna antarabangsa yang digunakan untuk mengingati pesakit kanser.

Warna Pink pula adalah warna dikenali untuk Kanser Payudara. Manakala warna "teal", warna hijau dll dikenali sebagai warna sokongan kanser kanak2, kanser prostate dan macam2 lagi

Hari ini (Sabtu 16 Julai ) mulai pukul 6.00 petang akan diadakan Relay For Life di UKM Bangi anjuran National Cancer Society of Malaysia (NCSM/Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia).

Relay ini adalah acara International di 22 buah negara dan di negara kita sudah 7 tahun berturut-turut dilaksanakan. Tahun diadakan di tiga tempat iaitu di Melaka pada 4 -5 Jun, di UKM Bangi pada 16 Julai dan di Penang pada1-2 Oktober. 

NCSM sudah merancang RELAY FOR LIFE setahun yang lepas. Semuanya dikelolakan oleh volunteers/sukarelawan. Ini adalah acara Kesedaran Kanser, untuk memberi sokongan kepada pesakit kanser, mengingati mereka yang tiada bersama akibat kanser, dan juga untuk mencari penderma/penaja untuk sentiasa menaiktaraf peralatan "Screening Facilities" yang canggih di Kampung Baru (Mammography machines & Nuclear Medicine Facilities), untuk kebajikan. Perkhidmatan screening (mammogram & pap smear untk wanita) juga diberikan secara percuma kepada mereka yang kurang mampu. Terdapat juga "Children's Home Of Hope" iaitu  tempat tinggal untuk kanak2 kanser yg sudah melalui proses "bone marrow treatment" dan memerlukan tempat tinggal semasa menjalani rawatan pesakit luar. 

Singgahlah di:
66 Jln Raja Muda Abdul Aziz (depan Naza motor), Kampung Baru Kuala Lumpur dari pukul 9 pagi - 4 petang pada hari Sabtu & Ahad.

Pendita menyokong penuh usaha NCSM dan teruslah memberi sepenuh sokongan terhadap usaha murni ini.


Keluarlah beramai-ramai dan jangan takut memakai baju kuning yang merupakan warna tema International Colour for Cancer Survivorship itu.

Usaha ini jauh lebih mulia, lebih murni dan lebih berwibawa berbanding dengan pihak yang menganjurkan pemakaian baju kuning untuk tujuan yang hina, keji dan merugikan seperti yang berlaku pada minggu lepas.

Semoga Dato' Zuraidah Atan terus tabah dan sentiasa cekal meneruskan perjuangan ini. Allah sentiasa bersama dengan golongan yang berbuat kebajikan. 




.

Jumaat, 15 Julai 2011

Seloka Politik Semasa


Rakyat hidup aman sentosa
Pelbagai kaum mencipta jaya
Terkenal Malaysia seluruh dunia
Disayangi semua rakyat jelata.

Kerajaan pilihan rakyat semua,
Dasar dibuat bersama-sama
Kerajaan berkebajikan semua merasa
Hanya pembangkang bersyukur tiada.

Aman sejahtera segenap penjuru
Cuma pembangkang buat-buat tak tahu
Rakyat berfikir selagi mampu
Supaya hidup jangan tertipu.

Pembangkang menghasut petang dan pagi
Rakyat mendengar bertambah benci
Hasutan mengarut buang ke tepi
Selamat dunia akhirat menanti.

Nafsu pembohong suka mengganggu
Laparkan kuasa dirasuk hantu.
Mujurlah Rakyat kuasa penentu
PRU ke 13 pembangkang dah buntu.

Menghasut memfitnah berhati busuk
Amalan Pakatan, China DAP yang cucuk
Sehingga umat Islam menjadi mabuk
Buang Islam cara komunis pulak diikut

Bila dah taksub jadi pembangkang
Penyokong dibodohkan agama dibuang
Ceramah Islam tapi kuat temberang
Membohong pengikut depan belakang.

Bicara liwat tak selesai lagi,
Tapi dah tak nampak jalan nak lari
Anak beranak tubuhkan parti
Tak pasal-pasal PakTurut kena gari.

Kerana kes peribadi dah jadi beban
Bukti yang sahih tak boleh nak humban
Sangguplah pula menipu kawan-kawan
Jerat mahkamah tetap mengikat badan

Serban dikat berpakaian jubah
Islam dipinggir komunis pula di sembah
Rupanya rakan pakatan membawa rebah
Kebencian rakyat semakin bertambah.

Solat politik dijadikan umpan
Doa dikarang mempermainkan Tuhan.
Rakyat menggeleng kepala sakan
Apa nak jadi ulamak pakatan

Firman dan hadith dah jadi alat politik
Kerana nak dapatkan undi sedikit
Berbohong memfitnah semakin menggamit
Akhirnya parti sendiri menanggung sakit.

China DAP bangga jadi batu api
Umat Islam berpecah semakin menjadi
Tak boleh perintah pun dah puas hati
Uamt Islam dibodohkan sepanjang hari.

Allah nak hukum tak boleh tepis
Islam dibuang, amalkan komunis
China DAP seronok gembira habis
Matlamat tercapai, Islam dah berkudis

Kepada Allah kita berserah
Rakyat bersatu dengan Pemerintah
Sejahtera  dipohon makmur bertambah
Berkat usaha kerajaan yang tabah.


comments:


Sayuti Buhari berkata...
Salam Tuan Pendita, Saya kesian tengok sedara mara kita yg terikut2 perjuangan parti pembangkan yg tidak sesuai lagi dengan kehendak rakyat negara kita. Negera kita sedang bergerak maju seiring dengan negara maju yag lain, tetapi penyokong pembangkang tertipu dengan khayalan kosong dan harapan palsu yg di rasuk oleh pembangkang. Kita harap mereka akan insaf dan mengenepikan perjuangan yang sia-sia dan tidak dituntuk oleh agama dan juga perlembagaan negara kita.

Selasa, 12 Julai 2011

PAS Semakin Gagal Menjadikan Penyokongnya Sebagai Lembu-Lembu Politik



Ustaz Politik Hadi Awang terus menghasut penyokongnya supaya mengekalkan perasaan benci kepada UMNO-BN.
Tanpa berterima kaish kepada Kerajaan kerana PDRM membebaskannya tanpa sebarang pertuduhan susulan, beliau terus mengajak penyokongnya terus melakukan tunjuk perasaan untuk menumbangkan Kerajaan Pilihan Rakyat yang ada sekarang ini.
KUALA TERENGGANU, 12 Julai: “Kita mahu demokrasi yang mencerdikkan rakyat dan bukan demokrasi yang membodohkan rakyat,” kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Sehubungan itu, jelasnya, himpunan yang dianjurkan oleh Bersih 2.0 diatur oleh pertubahan bukan kerajaan di kalangan Islam dan bukan Islam.
Menurutnya, mereka bukan parti politik dan tidak terlibat dengan pilihan raya. (Sumber: harakahdaily)
Pandangan Pendita:
  1. Hadi Awang tidak beramal dengan ajaran Islam apabila gagal menerangkan kepada para pengikutnya bahawa PDRM telah melakukan tugas yang terbaik dalam menghadapi para perusuh pertubuhan haram sepanjang demonstrasi haram yang lalu. 
  2. Hadi Awang cuba membodohkan pengikutnya dengan membuat tafsiran bahawa menunjuk perasaan, merusuh, berhimpun secara haram, menyertai pertubuhan haram, untuk menentang kerajaan yang sah adalah kaedah demokrasi untuk menjadikan rakyat menjadi lebih "cerdik".
  3. Berpegang kepada fahaman politik khawarij-komunisme, Hadi Awang cuba meneruskan kaedah indoktrinasi ke dalam minda penyokongnya bahawa kejayaan kerajaan selama ini dianggap tidak demokrasi, tetapi menentang kerajaan dengan mengadakan perhimpunan haram yang ganas dan anti nasional itu adalah amalan demokrasi. 
  4. Haji Hadi terus berdusta mengatakan sistem pilihanraya di negara ini kotor dan tidak demokratik sedangkan kemenangan gerombolan pembangkang di 5 buah negeri tidak dipertikaian dan tidak pula menuduh SPR sebagai agen UMNO-BN. Rakyat tahu PAS memenangi Kelantan dan Kedah, PKR di Selangor dan DAP di Pulau Pinang serta seluruh bandar yang majoriti kaum China. 
  5. Kerajaan Pilihan Rakyat sekarang belum mencapai taraf Kerajaan Allah. Oleh itu rusuhan, tunjuk perasaan dan keganasan di jalanraya beramai-ramai perlu diadakan untuk membetulkannya.
  6. Ustaz Hadi Awang yang mempamerkan dirinya sebagai beragama islam tetapi tidak takut berbohong dengan mendakwa rusuhan haram itu adalah gerakan NGO sedangkan seluruh rakyat tahu bahawa  yang ditangkap oleh polis termasuklah dirinya sendiri, Mat Sabu, Mahfuz Omar dan Salahudin Ayob 
  7. Haji Hadi hanya mengajak orang Melayu dan umat Islam sahaja melakukan rusuhan haram menentang kerajaan sedangkan tidak berjaya mengajak kaum lain bersamanya kecuali beberapa perusuh yang sengaja turut serta untuk mengapi-apikan umat Islam meneruskan pemberontakan haram. Hakikatnya hanya umat Islam dari keturunan Melayu yang berjaya diindoktrin oleh PAS ke arah fahaman Khawarij-Komunisme.
  8. Cuba menutup kejahatan akhbar Harakah yang dijadikan media menghasut fikiran orang ramai membenci pihak lain terutama UMNO dan menuduh media lain tidak memberi liputan segala jasa dan bakti PAS kepada rakyat.
  9. Cuba memesongkan fikiran penyokong Pas bahawa para perusuh gerakan haram yang melanggar arahan polis bukan bermakna menentang pihak agensi keselamatan negara, tetapi menentang Polis UMNO.
  10. Haji Hadi cuba menutup hakikat sebenar bahawa beliau adalah pemimpin dari kalangan umat Islam keturunan Melayu yang sudah berjaya dipengaruhi oleh fahaman politik pembangkang yang berteraskan liberalisme, sosialisme ekstrem, komunisme ganas dan assobiah cauvinistik melampau yang dianjurkan oleh China DAP dan Nuar Berahim.
PAS didapati semakin gagal dalam usahanya menjadikan para penyokong dan ahli-ahli partinya supaya terus menjadi lembu-lembu politik China DAP.

Majoriti Rakyat Malaysia juga mempunyai hak untuk mempertahankan Kerajaan Pilihan Rakyat yang telah banyak membina kajayaan untuk negara dan seluruh rakyat pelbagai kaum dan agama.

Hak Rakyat dan Kuasa Rakyat selama ini telah berjaya menegakkan amalan demokrasi sehingga mendorong kejayaan negara dan membela kehidupan rakyat keseluruhannya.

Hadi Awang Gagal Bebaskan Diri dari cengkaman Nuar Berahim

  




Isnin, 11 Julai 2011

Alamak..Najib pun dah turun ke jalanraya...habisla


Belum pun sejuk perasaan marah Rakyat kepada puak-puak penghasut yang cuba menjatuhkan Kerajaan  menggunakan jalanraya, tiba-tiba YAB Dato' Seri Najib pula turut sama turun ke jalanraya.

Cuma bezanya DS Najib tidak memakai baju kuning, tidak membawa sepanduk, tidak menjerit-jerit perkataan "reformasi..reformasi.." tidak disambut oleh FRU, dan tidak juga memanggil pemberita negara asing untuk membuat liputan.

DS Najib juga tidak menggunakan mana-mana NGO, termasuklah Majlis Peguam, tidak juga memaksa dirinya mengadap YDP Agong, atau menggunakan facebook, twitter untuk mengajak orang ramai turun ke jalanraya.

Berbeza dengan perhimpunan haram yang di ketuai bersama oleh bekas Presiden Majlis Peguam, DAP dan Nuar Berahim, ketibaan DS Najib tidak disambut oleh FRU dengan semburan water cannon. 

Sebaliknya DS Najib disambut dan diserbu oleh Rakyat berbilang kaum dan disembur dengan kata-kata mesra, ucapan terima kasih dan penghargaan diatas kesudiannya turun ke jalanraya.


Dalam serbuan terhadap kehadiran DS Najib di jalanraya itu, tiada seorangpun yang terpelanting songkok putih atau terpaksa terbaring di atas katil sambil mengesat air mata.

(Pinjam gambo dari Blogger Ujang Ranggi)

Baca seterusnya dari akhbar Thestar


Najib warmly received by shoppers and traders in his walkabout

KUALA LUMPUR: Many people spending their Sunday evening shopping in Jalan Tuanku Abdul Rahman were pleasantly surprised to see the bespectacled man casually walking past and smiling at them was the Prime Minister himself.

They could not stop looking at Datuk Seri Najib Tun Razak as he made small talk with some folk in his walkabout to the area a day after the illegal rallies.
He spent an hour at the busy shopping district as hundreds of shoppers and traders took the opportunity to shake hands and have their pictures taken with him.
Najib, also Umno president, was accompanied by Family and Community Development Minister Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Deputy Urban Development and Well-being Minister Datuk M. Saravanan and several community leaders.
First, the Prime Minister stopped by at the Sogo shopping complex, before making his way from Jalan Tuanku Abdul Rahman to Jalan Masjid India at 5pm yesterday.
Trader Fauziah Sulaiman, 24, said she was surprised and happy to see Najib.
“I did not expect the leader of this country to visit my shop today. I am also glad that business is back to normal,” she said.
A textile wholesaler, Mohd Elah, 45, said she was very excited that Najib had come by.
“I will enlarge the photograph I took with him and have it displayed in my shop,” she said while showing reporters the picture she took with Najib on her handphone.
The manager of Madras Jeweller Sdn Bhd, M. Vasudevan, 34, said his outlet suffered losses amounting to almost RM100,000 as a result of Saturday’s closure due to the illegal rallies.
Earlier, Najib held an explanation session with Umno grassroots leaders and supporters at Dewan Merdeka in the Putra World Trade Centre. (Sumber Thestar)


comments:



Tanpa Nama berkata...
Makin sakitla Nuar nampaknya bila baca berita ni. Kikikikik
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...