Followers

Khamis, 30 Jun 2011

Rakyat Semakin Bangkit Untuk Mengganyang Gerombolan Penghasut Pakatan Pembangkang


Kuasa Rakyatlah Yang  Memilih Kerajaan Pilihan Rakyat Hari ini 

Hasrat para penghasut dari Gerombolan Pakatan Pembangkang untuk memanipulasi dasar mesra demokrasi kerajaan semakin menjadi luntur dan hilang arah.
Seluruh rakyat bukan sahaja sukar menerima taktik kotor para penghasut untuk menumbangkan Kerajaan Pilihan Rakyat , tetapi juga turut bangun di seluruh negara bagi menghalang konspirasi tidak bertamadun ini dari menjadi subur di negara ini.
Yang Di-Pertuan Agong adalah payung negara, payung pelindung bagi rakyat segenap lapisan masyarakat. Institusi Yang Di-Pertuan Agong bukan untuk para penghasut tepi jalan yang sengaja mahu mengotorkan sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini.
Rakyat telah jelas bahawa himpunan yang akan diadakan pada 9 Julai ini ialah satu himpunan para penghasut untuk mencipta iklim dan meningkatkan kebencian serta menghakis kepercayaan awam terhadap SPR dan Kerajaan Pilihan Rakyat.
Ruh demokrasi yang diperuntukkan dalam Perkara 10, Perlembagaan Malaysia dicemar dan ditafsir secara hina oleh para penghasut dari Gerombolan Penghasut Pakatan Pembangkang ini. Mereka berusaha berterusan, dengan sikap degil meneruskan penghinaan terhadap perlembagaan yang dijunjung oleh seluruh rakyat Malaysia. Perlembagaan yang menjamin hak semua rakyat untuk menikmati kehidupan yang aman, selamat, sejahtera dan membangun.
Perhimpunan Para Penghasut ini selain daripada cuba menyuburkan dan menanam pemikiran ganas, telah cuba menggunakan kemesraan demokrasi kerajaan untuk mencetuskan kekacauan dan ketidakstabilan. Satu teknik yang dicipta untuk menanam kebencian dan menggunakan huru-hara sebagai kaedah menjatuhkan Kerajaan Pilihan Rakyat yang sah.
Bagaimanapun Rakyat di seluruh negara tetap bersama dengan Kerajaan Pilihan Rakyat menghadapi untuk mengganyang Gerombolan Penghasut Pakatan Pembangkang ini. Hasrat mereka untuk merosakkan demokrasi di negara ini akan tetap ditentang habis-habisan:
a)      Pada 13 Jun 2011, PERKASA telah berjaya membentuk satu kumpulan rakyat yang cintakan negara, dan dengan beraninya mengistiharkan untuk bertembung dengan Gerombolan Penghasut Pakatan Pembangkang jika ingin meneruskan rancangan menghasut mereka pada 9 Julai nanti.
b)      Pada 15 Jun 2011, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang mewakili aspirasi Rakyat Malaysia telah memberi amaran untuk tidak mengeluarkan permit termasuk membuat tangkapan awal sebagai langkah pencegahan sebelum Para Penghasut ini semakin besar kepala.
c)       Pada 17 Jun 2011, Majlis Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK) pula mencadangkan kepada pihak polis supaya mengambil tindakan yang lebih tegas dengan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kepada perancang Gerakan Pakatan Para Penghasut ini.
d)      Pada 18 Jun 2011, Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi, Datuk Seri Rais Yatim telah memberi maklumat bahawa serangan siber  terhadap laman web kerajaan adalah bermotifkan politik dan mempunyai kaitan dengan Gerombolan Pakatan Para penghasut.
e)      Pada 18 Jun 2011 juga, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin mengingatkan bahawa himpunan Gerombolan Pakatan Para Penghasut pada 9 Julai ini adalah agenda yang sama seperti yang telah dilakukan pada tahun 1998. Tujuannya untuk menanam kebencian melalui huru-hara dan pelbagai ancaman provokasi.
f)       Pada 19 Jun 2011, Timbalan Perdana Menteri mewakili kerajaan Pilihan Rakyat telah mendakwa himpunan Para Pakatan Penghasut ini adalah agenda himpunan untuk membangkitkan kemarahan rakyat seterusnya menjatuhkan kerajaan sah hari ini.
g)      Pada 19 Jun 2011 juga, Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS) dengan tegas mendakwa bahawa perhimpunan pada 9 Julai nanti adalah idea manipulasi Para Penghasut yang cuba mencontohi perhimpunan rakyat di negara Asia Barat seperti Mesir, Syria dan Libya sedangkan Rakyat tahu senario di negara tersebut tidak sama dengan di negara ini.
h) Lebih 1800 aduan polis oleh rakyat telah dibuat dan sehingga hari ini ratusan ulat-ulat yang tekah berjaya dihasut oleh para penghasut, telah ditangkap dan rakyat berasa amat gembira kerana terbukti Kerajaan Pilihan Rakyat telah melaksanakan mandat dan kuasa yang telah diberikan untuk menjamin keamanan, keselamatan dan kesejahteraan semua.
Gerombolan Pakatan Penghasut cuba menafikan hak rakyat yang telah diiktiraf oleh Perlembagaan Persekutuan untuk menikmati kehidupan yang semakin bertambah baik sekarang ini. Mereka menggunakan kebebasan demokrasi untuk mencemari kedaulatan undang-undang. Malah, mereka menggunapakai  undang-undang rimba. 
Ingatlah, para penghasut yang angkuh dan menggunakan kaedah huru-hara dan menanam kebencian untuk mendapatkan undi rakyat tidak akan mendapat tempat di bumi ini. Rakyat tidak boleh dibohongi dan disekat kerana akal, budi dan jiwa mereka sebenarnya bebas. Kerana itu mereka mampu memiliki sebuah Kerajaan Pilihan Rakyat yang berkesan selama ini.



Nuar berahim kesal tak dapat huru-harakan negara, 
Ambiga masih nak tunjuk keras kepala,
dan PAS semakin hilang arah dan mula dibenci oleh ahli parti sendiri, 
...tetapi China DAP tetap tidak berputus asa.




Ahad, 26 Jun 2011

Polis Mula Bertindak, Rakyat Semakin Gembira, Nuar Berahim Bertambah Resah


KUBANG PASU, 25 Jun: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa kerajaan Umno BN sangat bimbang dengan lapan tuntutan Bersih 2.0 sehingga meningkatkan usaha menyekat rakyat hadir ke himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini.(Sumber Harakahdaily)

Apabila pihak berkuasa mula bertindak, rakyat berasa gembira. Keyakinan rakyat pada kerajaan semakin bertambah. Seluruh rakyat tahu bahawa pihak berkuasa sedang melakukan yang terbaik untuk menjamin keselamatan, keamanan dan kesejahteraan untuk semua.

Kerajaan Malaysia hari ini adalah Kerajaan Pilihan Rakyat hasil dari pilihanraya dan proses demokrasi yang terbaik di rantau ini. 

Bagaimanapun pihak gerombolan pakatan pembangkang yang diketuai oleh Nuar Berahim tidak senang hati dengan apa yang sudah dicapai dan dinikmati oleh rakyat Malaysia.

Nuar Berahim ingin mencapai hasrat dirinya dan menggunakan rakyat dengan cara mengubah persepsi terhadap SPR dan pilihanraya.

Kini seluruh Rakyat terutama generasi muda sentiasa peka dan menyedari bahawa kerajaan tidak bertindak zalim dan tidak membelakangkan undang-undang.

Rakyat juga tahu bahawa seluruh proses pilihanraya di negara ini telah dijalankan dengan sebaik-baiknya sehingga gerombolan pakatan pembangkang berjaya menawan 6 buah negeri.

Ramai yang berpendapat bahawa Nuar berahim terpaksa mengadakan demonstrasi besar-besaran sebagaimana mereka pernah lakukan pada tahun 2008, kerana percaya kaedah itu dapat menambah undi.

Senario 2008 amat berbeza dengan hari ini. Rakyat pada ketika itu agak keliru dan kecewa dengan pentadbiran Pak Lah yang sangat lemah.

Tetapi hari ini, DS Najib telah berjaya menterjemahkan bentuk pemerintahan dan pentadbiran yang dikehendaki oleh rakyat. DS Najib berjaya memahami keinginan rakyat semua peringkat dan melaksanakan transformasi yang berasaskan kepada mendahukukan rakyat.

Kejayaan DS Najib adalah ancaman yang sangat besar kepada cita-cita Nuar Berahim untuk menipu dan terus membohongi rakyat dengan retorik dan putar belit yang semakin membosankan semua pihak.

Penahanan beberapa orang pengikut gerombolan pembangkang yang cuba melakukan kegiatan menghasut merupakan tindakan yang sangat diharap-harapkan oleh rakyat.

Walau apapun yang akan diperkatakan oleh Nuar Berahim dan kuncu-kuncu gerombolannya, rakyat lebih maklum bahawa SPR dan proses pilihanraya di negara ini semakin baik dan dikagumi oleh negara-negara luar termasuk wakil-wakil negara maju.

Pilihanraya dan prosesnya adalah untuk memenuhi harapan dan kehendak rakyat bukan untuk memenuhi nafsu puak-puak atau individu tertentu.

Apabila polis mula bertindak, seluruh rakyat berasa amat gembira tetapi Nuar Berahim menjadi semakin cemas.

 comments:


enalrahim berkata...
Salam sahabat, Telah link dengan Tenggara is Southeast dan terima kasih kerana linkkan saya.



Khamis, 16 Jun 2011

Himpunan Bersih Yang Amat Kotor: China DAP Bertepuk Tangan Meraih Keuntungan Melihat Pas Jadi Juara Membela Nuar Berahim

Anggota FRU semasa rusuhan 13 Mei berlaku.

Kerajaan berjaya mematahkan pertembungan kaum dalam peristiwa 13 Mei 1969. Kejadian ini membawa kepada penubuhan MAGERAN untuk memulihkan kestabilan dan penyususnan semula masyarakat.

Kerajaan juga berjaya cemerlang menghapuskan tindakan militan Ustaz Politik Ibrahim Libya dalam Peristiwa Memali 1985  dan  Kumpulan Al-Maunah pada tahun 2000.

Pada tahun 2007 satu percubaan membangkitkan huru-hara melalaui Demonstrasi Bersih 1 telah berjaya diadakan oleh Gerombolan Parti Pembangkang semasa pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi, pihak Polis sekali lagi berjaya membanteras gerakan yang tidak diperlukan di negara kita ini.

Hari ini para Pemimpin Perusuh dari Gerombolan Pakatan Pembangkang sekali lagi cuba mengadakan gangguan sivil untuk mewujudkan suasana kucar-kacir yang tidak dikehendaki oleh seluruh Rakyat Malaysia.

Mereka lupa bahawa sekarang adalah era DS Najib mengetuai kerajaan. DS Najib sentiasa mengutamakan kesejahtyeraan rakyat mengatasi segala-galanya. 

Gerombolan Pakatan Pembangkang cuba melupakan bahawa kuasa yang ada pada DS Najib adalah kuasa dan mandat yang diamanahkan oleh Rakyat untuk kepentingan rakyat. Maka sebagai langkah permulaan pihak polis sudah merayu, memohon dan memberi amaran supaya demonstrasi ini tidak diteruskan. 

Rayuan dan larangan oleh pihak polis ini nampaknya tidak disenangi oleh para Pemimpin Perusuh dari Gerombolan Pakatan Pembangkang di negara kita

KUALA LUMPUR, 15 Jun: Pakatan Rakyat amat kesal dengan tindakan pihak polis yang akan melakukan tangkapan awal atau tangkapan pencegahan terhadap penganjur Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini, memandangkan ia jelas merupakan salahguna kuasa yang dilakukan oleh pihak polis di negara ini.

Tindakan seperti itu tidak sepatutnya dilakukan oleh pihak polis kerana tangkapan yang dilakukan itu bukan sekadar bercanggah dengan amalan demokrasi, tetapi juga melakukan tangkapan terhadap orang yang belum terbukti bersalah.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Himpunan Bersih 2.0 diadakan atas tujuan yang murni bagi mendesak kerajaan melaksanakan pilihan raya yang bersih dan adil di negara ini.

Menurut beliau, pihak polis perlu faham perkara itu dan sepatutnya memberikan kerjasama yang baik kepada pihak penganjur, bukannya dengan menangkap individu yang belum terbukti bersalah bagi menghalang perhimpunan itu....


Pandangan Pendita:

1. Tindakan tegas kerajaan sangat tepat kerana rakyat pasti akan menjadi lebih marah kepada kerajaan jika tidak dihalang budaya yang tidak bertamadun  ini yang akan mencetuskan suasana lebih buruk di tanah air kita.

2. Tindakan polis untuk membuat tangkapan awal adalah selaras dengan  tuntutan rakyat untuk memelihara keharmonian, keamanan dan kesajteraan. Rakyat tidak mahu keadaan yang lebih buruk akan berlaku jika agenda kotor ini dibiarkan.

3. Tindakan polis untuk membuat tangkapan awal ini akan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap polis yang tegas berusaha menjamin kehidupan rakyat pada sebarang masa mengikut undang-undang yang ada.

4. Jika pihak Gerombolan Pakatan Pembangkang meneruskan juga hasrat mereka, rakyat akan berdiri bersama-sama kerajaan kerana jelas sikap pembangkang yang sengaja menunjukkan siukap bermusuhan dengan pihak polis yang menjaga keselamatan dan keamanan.

5. Jika segelintir para Pemimpin Perusuh mendakwa SPR gagal mengadakan pilihanraya yang bersih, majoriti rakyat Malaysia tidak menganggapnya begitu. Ini hanya  cubaan pengkhianat untuk menimbulkan rasa benci yang tidak bersebab, manaikkan kemarahan yang tidak ada asas serta sengaja menanam persepsi yang salah terhadap SPR dan kerajaan pilihan rakyat.

6. Pihak polis tidak perlu mengadakan perjumpaan atau perbincangan dengan pihak penganjur kerana tiada keperluan berbuat demikian. Pihak polis hanya perlu menjalankan tugas mereka sebagaimana yang diharapkan oleh majoriti rakyat di negara ini.

7. Rakyat akan menganggap polis melakukan kesilapan besar jika tidak melakukan tangkapan awal untuk tujuan pencegahan. Polis tidak akan dianggap melakukan kesalahan tetapi para Pemimpin Perusuh itulah sebenarnya yang bersalah kerana melanggar amalan demokrasi dan cuba menerapkan budaya kuku besi parti mereka dalam menentang kerajaan Pilihan Rakyat negara ini.

8. Rakyat akan bertambah yakin kepada institusi Polis di negara ini kerana bersikap amat peka dan bertindak merayu, memohon dan akhirnya memberi amaran akan membuat tangkapan awal jika berdegil.

9. Rakyat akan berasa kagum sekiranya bibit-bibit kotor yang menggugat sistem demokrasi berparlimen di negara ini dapat dihapuskan oleh kerajaan yang mendapat mandat rakyat untuk memerintah dan metadbir negara demi menjamin kehidupan rakyat agar terus menikmati kehidupan yang sejahtera seperti sebelum ini.

10. majoriti Rakyat Malaysia tidak mahu para Pemimpin Perusuh dari Gerombolan Pakatan Pembangkang cuba menawan parlimen dengan cara yang "kotor" walaupun menamakan demonstrasi jalanan mereka dengan nama "bersih".

Rakyat Malaysia di bawah pimpinan DS Najib semakin bersatu menolak agenda China DAP dan Nuar Berahim. Rakyat trelah semakin sedar dan insaf bahawa  Parti Melayu Pas telah berjaya dijadikan haiwan politik tunggangan yang tidak ada maruah dan arah tuju perjuangan lagi.

Teruskan ke Blog sahabat:  Ujang Ranggi

comments:


Tanpa Nama berkata...
Setiap kata2 yang keluar dari Mahfuz Omar, selalu nya susah nak di percayai. Mendesak supaya pilehan raya lebeh bersih dan adil????? Selama ini PR perintah 4 negeri ...tak adil??? Mahfuz ...sebenar nya kau ni memang badut. Dengan membuka mulut....kau menunjokkan kebodohan kau sendiri. Tidak hairan PAS sekarang jadi hamPAS...kerana memileh kau menjadi sorang daripada naib presiden hamPAS.
WADIRONI berkata...
Assallamualaikum...harus dingat pemikiran liberalisme ini lebih berbahaya dari ideologi lain lainnya , lihat saja perkembangan akhir akhir ini , gerak kerja halus mereka dalam jangka masa yang singkat telah mewarnai pelbagai medium dan menggamit kesantunan adab dan kesopanan Muslim disetiap penjuru dunia . Mereka bergerak dengan kehalusan kata dan perlakuan yang akhirnya memusnahkan persekitaran kehidupan bangsa , lebih lebih lagi kaum Muslimin dan Muslimat yang memang dijadikan target untuk memusnahkan kemurniaan peradaban Islam dan ketentuan Allah yang menciptakan Alam . Kekecohan dan kemusnahan dari sebuah negara Islam ke satu negara Islam lain lansung tidak dijadikan ikhtibar oleh pemerentah(Pengusa Islam ) dalam menegakan ketegasan undang undang bagi melindungi kedaulatan persekitarannya. Adalah harapan saya muga Malaysia masih mampu mengekalkan kuatkuasa undang Undang bagi menjamin keutuhan Perlembagaan negara ini dan melindungi warganegaranya dari terus diracuni pemikiran golongan liberalisme ini . Parti Parti Politik juga kini tak terkecuali telah lama diresapi kefahaman dan ideologi liberalisme . Warganegara Malaysia seharusnya bangkit dan mendesak pemerintah bertindak tegas keatas golongan yang memang terang terang telah dijadikan alat untuk memporak perandakan keamanan dan ketenteraman negara ini .
Haji Rashid Yan berkata...
Salam Tuan Pendita, Saya bersetuju dgn Tuan Wadironi bahawa pluralisme, liberalisme, fahaman khawarij adalah seangkatan dengan fahaman komunis (berdasarkan sejarah). Saya juga sangat setuju dgn pandangan Tanpa nama 10:15 yang menganggap Pas adalah parti hamPAS yang tidak relevan dan tidak berfaedah kepada umat Islam dan rakyat Malaysia keseluruhannya. Manusia pengkhianat seperti Ambiga, Nik Aziz, Nuar Berahim, Nizar Jamaludin, adalah haiwan politik peliharaan China DAP...walupun mereka tidak emnyedarinya. Saya yakin seluruh rakyat Malaysia yg cintakan keamanan dan kesejahteraan akan menghukum mereka ini, kecuali Pulau Pinang yang akan selamanya menjadi hak milik PAP-DAP.
WADIRONI berkata...
Assallamualaikum...demonstrasi jalanan adalah metode yang dicetuskan oleh orang orang yahudi , jesteru semua muslimin dan muslimat mesti memahaminya . Hanya orang orang Islam yang sesat saja mengikutinya ...
Ahmad Abdul Khair berkata...
Salam Tuan, Mana2 Manusia yang mengucap dua kalimah syahadah bermakna mereka rela beraqidahkan agama tauhid. Maka dengan itu bermulalah perjalanan hidup insan yang dipandu oleh al-quran, hadith, ijmak dan sirah. Mereka hanya akan terpesong aqidah apabila terpesong pemahaman dari ajaran dan maksud Islam sebagai addeen. Pemesongan ini dilakukan oleh ustaz-ustaz politik yang cenderung menjadikan agama sebagai gerakan politik. Setuju dengan Bro Wadironi...umat Islam tidak sesat setelah melafazkan kalimah syahadah, tetapi disesatkan oleh ustaz-ustaz politik dari semasa ke semasa. Hal ini berlaku di mana sahaja semenjak selepas kewafatan Rasulullah SAW. Marilah kita peliharan ahli2 keluarga, jiran dan sahabat handai dari tersesat oleh gerakan2 agama politik yang sedang aktif di negara kita.
Tanpa Nama berkata...
kalau polis tak rela tangkap awal penganjur bersih dan penganjur rusuhan, apa kata kita sebagai rakyat malaysia pakat sama2 tangkap jer diaorang hantar ke balai polis..baru diorang tahu betapa fed-up rakyat tentang pembangkang yang tak reti2 bahasa ni...

Isnin, 13 Jun 2011

DAP Berjaya Kuasai Tauke China dan PAS Tetap Jadi Ejen Pemusnah Yang Setia


video

Dipanjangkan penjelasan menarik dari blogger sahabat papagomo.com

Minyak Ron 95 tidak di naikkan dan sebaliknya Subsidi Minyak nelayan laut dalam di tarik balik serta subsidi minyak kepada Pengangkutan juga di tarik balik. Ikuti kenyataan Dato Seri Noh Omar:

"Nelayan laut dalam tidak lagi mendapat bekalan minyak pada harga super subsidi iaitu RM1.25 seliter, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar

Beliau berkata sehubungan itu, pengusaha bot nelayan laut dalam kategori Zon C2 perlu membeli minyak mengikut harga di stesen minyak iaitu RM1.80 seliter. "Bukan sahaja nelayan Zon C2 yangkena beli minyak dengan harga RM1.80, lori, trak dan kontena yang berbentuk industri kena beli pada harga berkenaan,"

Gomo menyambut baik apa yang di lakukan oleh Kerajaan Malaysia dalam hal ini dan ini menjadi satu kepastian yang sepatutnya sudah lama di lakukan oleh Kerajaan Malaysia. Namun oleh kerana hal ini semakin keterlaluan maka keputusan kerajaan dalam menarik balik subsidi pada waktu ini adalah tepat sama sekali.

Namun yang tidak enak adalah suara suara sumbang dari pihak Pakatan Pembangkang yang cuba memanipulasi isu inin dengan menyatakan akan kenaikkan harga barang dan makanan ekoran subsidi minyak di tarik balik. Malah di katakan harga ikan akan naik kerana Nelayan Laut dalam terpaksa menampung kos lebih dalam mencari ikan di laut dalam.

Ni yang Gomo nak jelaskan kepada semua dan di harapkan anda semua dapat mengambil iktibar dan seterusnya menyampaikan kepada rakan rakan, sanak saudara dan sesiapa sahaja dalam menjelaskan isu Penarikan Subsidi minyak kepada Nelayan Laut dalam dan Pengangkutan.

Selama ini mereka Nelayan laut dalam mendapat harga Subsidi Minyak namun Harga ikan pun tetap MAHAL dan kadang kadang mereka menjual Ikan dengan harga yang melampau kepada peraih Ikan. Harga tersebut kemudiannya mejadi lebih mahal buat rakyat.

Mereka Nelayan laut dalam dapat harga Subsidi tapi mereka menjual nya pula ke negara Jiran dan ini berlaku sama sekali. Mereka membeli dengan harga subsidi dan kemudiaan nya menjual ke negara Jiran seperti Thailand, Indonesia, Filipina.

Mereka Nelayan Laut dalam dengan harga minyak Subsidi menangkap Ikan jauh di luar pesisiran laut Malaysia dan apakah anda semua ingat Mereka akan balik ke Malaysia dan menjual semua ikan yang di tangkap kepada Rakyat Malaysia? Ini TIDAK BERLAKU sama sekali kerana kebanyakkannelayan Laut dalam menjual Ikan yaang di tangkap kepada Negara Singapura kerana harga lebih tinggi berbanding Malaysia.

lagi satu Gomo nak nyatakan di sini, sentimen bahawa Kenaikkan harga Ikan akan berlaku di sebabkan penarikkan balik Subsidi Minyak adalah di setkan oleh Tauke Tauke Besar CINA yang memang menjadi agenda mereka dalam mendesak kerajaan Malaysia agar akur dengan kehendak mereka. Ini lah yang sebelum ini berlaku dalam isu Tong Ikan yang di wajibkan oleh kerajkaan untuk pemborong Ikan membeli Tong tersebut.

Mereka Tauke Besar Cina ini Berkomplot dengan Pakatan Pembangkang agar menaikkan sentimen Rakyat benci dan marah pada Kerajaan BN dan seterusnya rakyat akan di hantui dengan kenaikkan harga barang dan makanan. Ini modus operandi Tauke Cina dan ianya bukan setakat dalam penjualan Ikan tapi termasuk lah dengan barang barang lain.

Subsidi Minyak kepada Pengangkutan juga di tarik balik kerana bukan sahaja Lori membawa makanan yang perolehi subsidi tapi lori Simen, Lori Batu, Lori Pasir, dan macam macam jenis kenderaan berat pun perolehi subsidi minyak. Ini adalah satu hal yang patut kita halang kerana mereka ini Tauke Tauke Besar buat Projek yang mereka Untung besar dan tidak layak menerima Subsidi minyak yang sepatutnya Rakyat terima.


Namun demikian Pemberian super subsidi dikekalkan kepada kenderaan yang melibatkan kepentingan orang ramai seperti bas sekolah, teksi, individu yang membeli enjin bot sangkut dan sebagainya.

Lagi sekali Dalang dalam mencetuskan isu ini juga adalah terdiri dari Tauke Tauke Cina dan Pakatan Pembangkang yang nak memainkan sentimen BN Barang Naik kerana penggangkutan tidak dapat harga minyak Subsidi.

Ingatlah wahai rakyat Malaysia, mereka kaum Cina memonopoly serba serbi barang keperluan di dalam Malaysia dan ini menjadikan mereka kuat di tambah dengan sokongan Pakatan Pembangkang yang memainkan Strategi ini dalam menghasut rakyat membenci kerajaan Malaysia.

Percayalah jika menjelang Pilihanraya Harga Barang akan di naikkan oleh Pembekal tauke Tauke Cina ini dengan berbagai bagai alasan yang pastinya kesan nya akan menjerat Kerajaan dan seterusnya rakyat akan marah pada Kerajaan.

Kaum Cina sekarang ini 80% beralih kepada DAP dan Pakatan Rakyat dan ini yang menjadikan mereka mampu mengawal harga satu persatu dan yang akan mendapat kesan dari hal ini pastinya orang Melayu.

Ini Game mereka Kaum Cina dan Jangan lah kita marahkan Nyamuk sampai kelambu di bakar. Perhalusi setiap tindakan Kerajaan BN. Ingatlah BN sudah bertahun menjaga kebajikan Rakyat dan tidak pernah mengabaikan Rakyat Malaysia.

JAGA JAGA PERMAINAN TAUKE CINA DAN PAKATAN RAKYAT

Psssttt....tu hakikatnya, mereka kawal dan akan desak kerajaan....rakyat jangan emo tapi selidiki dari semua sudut.






Pas Lebih Takut Tak Dapat Undi Dari Takutkan Allah...Pas Perosak Agama dan Pengkhianat Ummah


Sehingga hari ini Parti Melayu PAS tidak pernah menyiarkan surat jawapan dari Ustaz Politik Nik Aziz terhadap surat YBhg Tun Dr Mahathir.

Mereka asyik menyebarkan dakyah bahawa YBhg TunMahathir menolak Islam kerana menolak hudud.

Mereka juga tidak bercakap benar bahawa yang ditolak adalah "Hudud Ciptaan PAS".

Untuk rujukan semua, Pendita turunkan semula surat YBhg Tuan Dr Mahathir kepada Ustaz Politik Nik Aziz untuk penilaian.


YAB Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Menteri Besar Kelantan
KELANTAN
Y.A.B. Tuan Haji,
PENGUATKUASAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993 DI NEGERI KELANTAN
Rujukan : MB(KN)(S)16/6/(26) Bertarikh 8 Jun 1994
Pihak kerajaan pusat sentiasa berpandukan kepada kebijaksanaan (al-Hikmah) yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW. dan juga para sahabat baginda khususnya al-khulafa ar-Rasyidun dalam melaksanakan ajaran Islam lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hukum-hukum jenayah.
1.       Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kapada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu “tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum).” Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.
2.       Sepertimana yang Amat Berhormat sendiri sedia ketahui, KEADILAN adalah ASAS yang paling utama ditekankan oleh agama Islam apabila melaksanakan sesuatu perkara. Penekanan mengenai dengan keadilan adalah sangat terserlah dalam ajaran Islam lebih daripada penekanan yang terdapat dalam ajaran-ajaran yang lain dalam sejarah agama. Baginda Rasulullah SAW. sewaktu mengembangkan agama Islam ialah usaha menghapuskan ketidakadilan yang menjadi sebahagian daripada budaya dizaman itu.
3.       Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman. Disamping itu al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.
4.       Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan akan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:-
(i)       Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku. Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran.
Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW. Tetapi terdapat perbedzaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan. Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan agama Islam.
(ii)       Masaalah kesalahan merogol wanita, berdasarkan kapada undang-undang PAS, jika seseorang wanita yang belum kahwin melahirkan anak maka ini adalah bukti ia telah berzina dan akan dihukum mengikut undang-undang PAS, sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah wanita itu adalah mangsa rogol. Mengikut undang-undang PAS jika ia menuduh perogolnya, tuduhan hanya boleh diterima sah jika terdapat empat orang saksi (yang terdiri daripada orang-orang yang baik, yang tidak melakukan dosa besar) yang menyatakan bahawa telah melihat dengan terang dan jelas bahawa yang dituduh telah merogol wanita berkenaan.
Seperti kita ketahui, melainkan dalam keadaan perang seperti di Bosnia diwaktu mana orang Serb merogol beramai-ramai wanita Bosnia, tidak mungkin jenayah merogol dilakukan di hadapan saksi-saksi yang terdiri daripada orang-orang yang baik. Jika saksi ini melihat dan mereka tidak menolong wanita berkenaan, mereka boleh dianggap sebagai bersubahat seperti penjenayah-penjenayah Serb bersubahat dengan perogol daripada kaum mereka. Jika ada pun saksi, dan mereka tidak membuat apa-apa untuk menolong mereka tidak boleh dianggap sebagai terdiri daripada orang yang baik, tetapi disebaliknya dianggap sudah bersubahat. Dengan itu tuduhan mangsa rogol akan ditolak dan perogol akan terlepas.
Keadaan di mana mangsa rogol dihukum salah kerana melahirkan anak di luar nikah dan perogol dilepaskan sebagai tidak bersalah kerana tidak ada saksi adalah sama sekali tidak boleh diterima oleh sesiapa pun sebagai sesuatu yang adil, bahkan ia adalah satu kezaliman yang dahsyat.
5.       Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku. Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolak sebarang kezaliman. Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya .
6.        Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya. Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya.
7.        Kerajaan Pusat tidak berhajat untuk bersubahat dengan PAS bagi melaksanakan ketidakadilan semata-mata untuk kepentingan politik dan sokongan oleh orang yang telah diabui matanya. Kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan Kerajaan Pas menjalankan sesuatu yang bercangah dengan prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Kerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.
DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD
15 Julai 1994

KUPASAN: PAS tidak pernah jujur untuk memberi penjelasan balas terhadap kupasan berikut. Sebaliknya mereka berterusan menyebarkan fitnah bahawa YBhg Tuan Dr Mahathir dan UMNO menolak Islam.


KUPASAN HUKUM HUDUD KELANTAN


Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) telahpun diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan pada tahun 1993.  Ini berikutan dengan janji Parti Islam SeMalaysia untuk melaksanakan Hukum Hudud pada pilihanraya 1990.

Namun begitu, sehingga sekarang Undang-undang ini belum dikuatkuasakan oleh Negeri  Kelantan.  Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat, telah memberi berbagai-bagai alasan untuk perkara.  Antara alasan yang paling besar yang diberikan adalah pihak kerajaan Pusat (UMNO) tidak membenarkannya.  Namun Nik Aziz tetap berjanji akan melaksanakan Hukum Hudud tersebut, setelah dikritik oleh Sultan Kelantan pada 19 Mei 1996.

Dari pandangan biasa, memanglah mudah untuk kita menuding jari kepada kerajaan Pusat dan menuduh ianya tidak islamik dan sebagainya.  Tapi bila kita kaji semula, kerajaan Pusat di bawah pimpinan Datuk  Seri Dr. Mahathir Mohammad tentulah mempunyai sebab yang kuat untuk menghalang perlaksanaan hukum tersebut. 

Berikut adalah petikan ucapan Dr. Mahathir di Nilam Puri, 1994

Ini tidak bermakna kita menolak hukum hudud. Kita hanya menolak tafsiran dan undang-undang PAS Kelantan yang tidak serasi dengan maqasid syariah. Penolakan sesuatu yang salah adalah wajib jika kita berpegang kepada ajaran Islam.

UMNO tidak melihat undang-undang ini sebagai UMNO, sebagai sebuah Parti Politik. UMNO mengasingkan parti dan politik dalam perkara ini. UMNO hanya mengkaji daripada sudut agama semata-mata. Siapa juga mesti kaji, terima atau tolak undang-undang PAS daripada sudut agama. Adalah salah melihat undang-undang Islam daripada sudut atau kepentingan Parti. UMNO tidak berbuat demikian.

Yang menolak dan patut menolak undang-undang PAS ialah orang Islam dalam UMNO. Pendirian UMNO sehingga kini ialah kerana orang Islam dalam UMNO belum mendapat bukti kajian yang tepat dilakukan berlandaskan ilmu feqah dan maqasid syariah. la bukanlah satu keputusan yang dibuat oleh UMNO secara sewenang-wenang.

Saya bercakap di sini sebagai seorang orang Islam yang dipertanggungjawab sebagai Presiden UMNO. Saya juga dipertanggung jawatan Perdana Menteri Kerajaan Malaysia. Soal undang-undang PAS bukan soal Dewan Rakyat semata-mata, walaupun Dewan Rakyat mempunyai peranan mengikut Perlembagaan Negara.

Kerajaan perlu mengkaji secara teliti undang-undang PAS Kelantan. Satu badan yang terdiri daripada orang Islam yang pakar dalam agama, hukum hakam dan jenayah perlu ditubuh. Mereka ini hendaklah terdiri daripada orang yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan yang lain selain pegangan kepada agama Islam. Namun mereka perlu kepakaran bukan sahaja dalam agama Islam tetapi juga dalam agama-agama lain dan dalam bidang jenayah dan undang-undang sivil dan jenayah. Seperti biasa mereka perlu mengambilkira keadaan semasa yang mempengaruhi amalan dan pelaksanaan ajaran, ibadat dan hukum dalam Islam.

Kerajaan Malaysia, sebagai Kerajaan yang bertanggungjawab terhadap agama dan umat Islam di Malaysia akan mengambil tindakan untuk menubuhkan badan ini. Sementara itu undang-undang PAS tidak boleh diterima atau dilaksanakan oleh sesiapa kerana ia masih bukan undang-undang Islam dan bukan undang-undang negara.

            Bila dirujuk di kalangan cerdik pandai agama, sebenarnya memang terdapat beberapa kekurangan yang serius dalam Undang-undang Hukum Hudud tersebut.  Di bawah ini penulis akan cuba memberikan sedikit kupasan berkenaan kekurangan-kekurangan tersebut, terutama sekali dalam bab zina.


PETIKAN UNDANG-UNDANG HUKUM HUDUD KELANTAN

Berikut ini di nukilkan sebahagian dari Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud):


BAHAGIAN III

Keterangan

39.     Bagaimana membukti kesalahan. En. 2/91.

(1)          Kecuali jika ada percanggahan dengan peruntukan yang ada dalam Enakmen ini, maka Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah 1991 hendaklah dipakai untuk membuktikan kesalahan-kesalahan di baawah Enakmen ini.
(2)          Semua kesalahan di bawah Enakmen ini samada kesalahan hudud atau kesalahan qisos, atau kesalahan ta'zir, hendaklah dibuktikan dengan keterangan lisan atau iqrar yang dibuat oleh tertuduh.

40. Bilangan saksi

(1)          Bilangan saksi-saksi yang dikehendaki untuk membuktikan semua kesalahan di bawah Enakmen ini melainkan zina, hendaklah sekurang-kurangnya dua orang.
(2)          Bilangan saksi-saksi yang dikehendaki untuk membuktikan kesalahan zina hendaklah tidak kurang daripada empat orang.

41. Syarat-syarat menjadi saksi

(1)          Tiap-tiap orang saksi hendaklah terdiri daripada seorang lelaki Islam yang akil baligh dan hendaklah seorang yang adil.
(2)          Seseorang itu adalah dianggap adil jika ia menunaikan apa-apa yang disuruh oleh Islam dan menjauhi daripada dosa-dosa besar serta tidak mengekalkan dosa-dosa kecil dan juga mempunyai isti'mal al-muru'ah, (perasaan dan pendirian menghormati diri).
(3)          Seseorang itu adalah dianggap adil, sehingga sebaliknya dibuktikan.

42. Keadaan keterangan

(1)          Untuk membuktikan tuduhan terhadap tertuduh dan menyebabkan dia boleh dihukum dengan hukuman hudud atau qisos, keterangan yang diberi hendaklah benar-benar terang dan tidak ada apa-apa kesamaran dan keraguan.
(2)          Tiap-tiap saksi hendaklah dengan terang menyatakan bahawa dia benar-benar melihat perbuatan yang didakwakan itu dan dalam kes zina pula keempat-empat orang saksi itu hendaklah menyatakan bahawa mereka benar-benar melihat kemasukan zakar ke dalam faraj perempuan pasangan yang bersetubuh itu dengan juga hendaklah jangan ada perselisihan dan pertelingkahan di antara saksi-saksi di dalam keterangan itu.

43. Menarik balik keterangan

(1)          Untuk menyebabkan hukuman hudud dikenakan kepada tertuduh setiap saksi itu hendaklah berdiri teguh di atas keterangan terhadap tertuduh itu, bukan sahaja dalam masa perbicaraan dan selepasnya, tetapi juga ketika hukuman itu dilaksanakan, kerana jika keterangan itu ditarik balik sebelum hukuman itu dilaksanakan, maka tertuduh itu tidak lagi boleh dikenakan hukuman hudud, dan jika keterangan itu ditarik balik ketika tertuduh sedang menjalani hukuman, maka hukuman itu hendaklah dengan serta merta diberhentikan.
(2)          Dalam kes zina jika seseorang saksi itu enggan memberi keterangan, atau memberi keterangan yang berlawanan dengan tuduhan, atau memberi keterangan menyokong tuduhan itu tetapi kemudiannya menarik balik keterangan itu, yang mana dengan sebab itu bilangan saksi yang menyokong tuduhan itu menjadi kurang daripada empat orang, maka tuduhan zina terhadap tertuduh itu tidaklah terbukti, dan yang demikian tertuduh itu adalah terlepas daripada dikenakan hukuman hudud; tetapi saksi-saksi yang telah memberi keterangan menyokong tuduhan itu adalah bersalah kerana melakukan kesalahan qazaf.

44. Iqrar

(1)          Sebaik-baik keterangan untuk menyabitkan tertuduh dan menyebabkan dia boleh dihukum dengan hukuman hudud ialah iqrarnya sendiri.
(2)          Iqrar itu hendaklah dibuat dengan sukarela dan tanpa apa-apa paksaan di hadapan seorang pegawai kehakiman dan kemudiannya diulangi di hadapan hakim pada masa perbicaraan dijalankan; dan jika perbicaraan itu mengenai kes zina maka iqrar itu hendaklah diulangi sebanyak empat kali di hadapan hakim pada masa perbicaraan dijalankan:

Dengan syarat bahawa iqrar itu hendaklah dibuat dan diulangi dengan tidak ada apa-apa ugutan, janji atau dorongan; dan hendaklah dengan nyatanya membuktikan secara terperinci bahawa tertuduh itu benar-benar telah melakukan kesalahan yang dengannya dia telah dituduh, dan dia faham bahawa dia akan dihukum kerana membuat iqrar.
(3)          Iqrar itu hanyalah boleh diterima sebagai keterangan terhadap tertuduh yang membuat iqrar itu sahaja, dan tidak boleh digunakan terhadap orang lain; dan untuk menjadikannya sah maka iqrar itu hendaklah bukan satu iqrar yang ditarik balik.

45. Menarik balik iqrar

(1)          Sesuatu iqrar itu boleh ditarik balik oleh tertuduh yang membuatnya pada bila-bila masa sahaja; meskipun pada ketika dia sedang menjalani hukuman.
(2)          Jika sesuatu iqrar itu ditarik balik sebelum dilaksanakan hukuman ke atasnya maka tertuduh itu tidaklah lagi boleh dikenakan hukuman itu, dan jika dia menarik balik iqrar itu pada ketika dia sedang menjalani hukuman, maka hukuman itu hendaklah dengan serta merta diberhentikan.
(3)          Jika pada bila-bila masa sebelum atau pada ketika hukuman dilaksanakan, tertuduh itu dapat melarikan diri daripada pihak yang berkuasa, maka dia hendaklah dianggap sebagai telah menarik balik iqrar itu; dan yang demikian peruntukan subsekseyn (2) hendaklah terpakai.

46. Keterangan qarinah

(1)          Kecuali seperti yang diperuntukkan dalam subseksyen (2) dan (3) keterangan qarinah walaupun berkaitan hendaklah tidak boleh dijadikan satu cara yang sah untuk membuktikan kesalahan hudud.
(2)          Dalam perkara zina, kehamilan atau kelahiran anak oleh seseorang perempuan yang tidak mempunyai suami hendaklah menjadi keterangan yang boleh mendapatinya bersalah melakukan zina dan yang demikian hukuman hudud ke atasnya hendaklah dikenakan melainkan jika dapat membuktikan sebaliknya.
(3)          Dalam perkara minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan, bau minuman yang didapati dalam nafas tertuduh itu atau muntahnya yang mengeluarkan arak atau sebarang minuman yang memabukkan atau apa-apa kesan darinya, atau pemerhatian Mahkamah kepada keadaan tertuduh itu bahawa dia sedang berada di dalam keadaan mabuk, hendaklah boleh diterima sebagai keterangan untuk membuktikan bahawa dia telah melakukan kesalahan syurb, melainkan jika ia dapat membuktikan sebaliknya.

47.              Apabila seseorang tertuduh itu tidak boleh dihukum dengan hukuman hudud kerana saksi-saksi telah menarik balik keterangan mereka sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 43 atau kerana tertuduh itu telah menarik balik iqrarnya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 45 atau kerana keterangan saksi yang ada tidak memenuhi syarat-syarat yang dikehendaki untuk membuktikan kesalahan hudud, maka tertuduh bolehlah dihukum dengan hukuman ta'zir, dan mahkamah hendaklah mengambil tindakan untuk menjatuhkan hukuman itu sekiranya ada keterangan yang cukup bagi maksud itu.

(Pelaksanaan Hukum Hudud Di Kelantan, halaman 120-125)


KUPASAN SEKSYEN 41 DAN 42


          Seksyen 41 dan 42 menerangkan mengenai syarat-syarat menjadi saksi dan keadaan keterangan yang boleh dikira sebagai sah dari saksi-saksi.  Di sini, Dr. Mahathir menerangkan lagi:

Untuk mengesahkan bahawa wanita itu benar-benar telah dirogol dan bukan ianya dengan rela hati berzina, empat orang saksi yang terdiri daripada orang yang tidak berdosa besar dan tidak melakukan dosa-dosa kecil berulangkali diperlukan.
Saksi seperti ini sudah tentu sukar didapati. Yang pertamanya, perogol tidak merogol di hadapan saksi. Ia sudah tentu tidak ingin mendedahkan dirinya kepada hukuman yang berat yang akan dikenakan ke atasnya. Jika hukuman tidak berat sekalipun ia tidak akan mendedahkan dirinya.

Saksi yang mulia tidak akan berdiam diri melihat perbuatan merogol berlaku di hadapan mereka. Tentulah mereka tidak bertanggungjawab jika mereka melihat jenayah yang begitu dasyat berlaku di hadapan mereka tanpa memberi pertolongan. Jika mereka tidak cuba menolong maka mereka akan menjadi orang yang bersubahat dengan perogol. Ini bermakna mereka turut berdosa dan tidak layak lagi untuk menjadi saksi yang boleh diterima.

Hanya jika mereka dipaksa menyaksi dan diugut oleh perogol atau rakan-rakannya mungkin saksi terpaksa menyaksi tanpa membuat apa-apa. Keadaan ini tidak mungkin berlaku melainkan dalam peperangan umpamanya, di waktu mana rogol berlaku tanpa apa-apa sekatan seperti di Bosnia, di mana orang Serb yang bukan Islam sering merogol. Tetapi mereka bukan Islam dan mengikut undang-undang PAS mereka tidak akan dikenakan hukum hudud.

Yang jelas ialah mangsa rogol yang membuat pengaduan tidak mungkin mendapat saksi-saksi yang boleh diterima di bawah undang-undang PAS. Dengan itu perogol tidak boleh didakwa di bawah undang-undang PAS.

Undang-undang PAS juga tidak akan menerima 'circumstantial evidence' iaitu tanda-tanda pada mangsa yang membuktikan ia telah dirogol. Undang-undang PAS tidak menerima kesan atau cedera luka di tempat-tempat berkenaan atau tanda-tanda pada perogol yang menunjuk mangsanya telah melawan untuk mempertahankan kehormatannya.

Dengan tidak adanya saksi yang empat yang diterima sah oleh undang-undang PAS dan penolakan 'circumstantial evidence' maka pengaduan dan tuduhan oleh mangsa rogol akan ditolak. Perogol akan terlepas daripada apa-apa hukuman.

          Dari pemahaman di atas, apabila Undang-undang ini dilaksanakan, ia akan menindas golongan-golongan tertentu, seperti mangsa rogol.  Ini kerana undang-undang ini dengan jelas menetapkan syarat-syarat yang ketat dan amat sedikit untuk mengesahkan perbuatan zina.  Tidak ada alternatif, contohnya penerimaan ‘circumstantial evidence’ seperti yang disebutkan di atas.  Mangsa rogol yang sudah tentunya tidak akan dapat membuktikan perbuatan rogol tersebut (berdasarkan keperluan 4 saksi) akan boleh didakwa kerana berzina.  Adilkah begitu?


KUPASAN SEKSYEN 46(2)

          Seksyen 46(2), mengenai keterangan qarinah, berbunyi seperti berikut: “Dalam perkara zina, kehamilan atau kelahiran anak oleh seseorang perempuan yang tidak mempunyai suami hendaklah menjadi keterangan yang boleh mendapatinya bersalah melakukan zina dan yang demikian hukuman hudud ke atasnya hendaklah dikenakan melainkan jika dapat membuktikan sebaliknya.”

          Sekali lagi isu mangsa rogol timbul.  Jika mangsa tersebut belum berkahwin, hamil ataupun telah melahirkan anak, jika beliau tidak dapat membuktikan beliau telah dirogol, maka beliau akan dikenakan hukuman hudud, iaitu dalam kes ini, rejam sehingga mati / sebatan 100 kali rotan.

          Fikirkanlah, di manakah keadilan di dalam undang-undang Hudud ciptaan PAS ini?  Mangsa rogol (wanita) akan teraniaya. Sedangkan Ajaran Islam tidak sekali-kainya begitu.  Allah s.w.t. berfirman, maksudnya " Allah yang menurunkan Kitab suci dengan membawa kebenaran, dan menurunkan keterangan yang menjadi neraca keadilan "(Asy-syura:17)

          Satu perkara yang patut ditekankan disini adalah Undang-undang Hudud di atas adalah ciptaan PAS, yang telah diambil bulat-bulat dari sebuah kitab kurun ke13 (maaf tidak dapat dinyatakan nama kitab itu disini) tanpa mengambil kira arus perubahan zaman dan teknologi.

          Kerajaan Pusat, (UMNO) sama sekali tidak pernah menolak Hukum Hudud, tetapi hanya menolak Hukum Hudud ciptaan PAS.  Terdapat perbezaan yang besar dalam kenyataan di atas.  Apa yang diperlukan ialah pemikiran yang rasional dari para pembaca untuk menimbangkan kupasan-kupasan di atas

comments:


WADIRONI berkata...
Assallamualaikum...kepemimpinan Pas hanya mempergunakan kedangkalan minda awam untuk mengiyakan dasar dan kefahaman yang sama sekali tidak memberikan manfaat untuk memuliakan dasar Islam . Dokongan awam terhadap Pas adalah golongan minoriti yang taksub dan mengaibkan adab dan kesantunan Muslim dan hanya memecahbelahkan kerukunan , Ukhuwah dan kekuatan serta keyakinan masyarakat Islam . Pas mesti dikuburkan ,jesteru perjuangannya hanya mencacatkan peradaban Islam . Terbaru hajat Pas untuk mengadakan sekali lagi "demo bersih" pd 9 julai nanti jelas menunjukan sikap radikalisme kepemimpinan Pas yg sengaja mahu merusak keharmonian dipersekitaran , sedangkan kebebasan dan keamanan sentiasa dijagai demi keutuhan membangunkan kepentingan Islam . Kepemimpinan Pas telah hilang pertimbangan kemanusiaan dan hanya menggamit kerusakan minda Melayu Islam dari terus kekal dengan keyakinan serta akhlak sebagai orang Islam .




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...