Followers

Isnin, 28 Februari 2011

Anak Arwah Yusof Rawa Buat Lawak Bodo Lagi

Parti Melayu PAS sedang berkeliaran tanpa arah...
tak tahu ke mana nak dituju..

Dr. Mujahid, anak arwah ustaz Yusof Rawa, menuduh UMNO parti racist kerana UMNO sebuah parti yang memperjuangkan bangsa Melayu.

Anak aruah Yusof Rawa itu juga menegaskan bahawa amalan UMNO itu sangat berbahaya kerana boleh menggugat keharmonian negara.

Sumber petikan Harakahdaily (tulisan Fakhri Ali)

KEPALA BATAS, 27 Feb: Sistem politik kuno yang diamalkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) adalah bersifat perkauman yang sempit dan menyemarakkan kebencian antara sesama kaum dalam negara ini.
Amalan yang dipraktikkan Umno dan BN ini bukan saja merbahaya untuk diamalkan dalam sebuah negara berbilang kaum, malah ia memberi implikasi negatif yang begitu buruk kepada perpaduan dan hubungan antara etnik dalam negara ini.
Ahli Parlimen Parit Buntar, Dr.Mujahid Yusof Rawa berkata demikian ketika berceramah di Dewan Millenium, Kepala Batas malam tadi dalam program Penang Harmoni 2, anjuran Lajnah Penerangan PAS Pulau Pinang.
Menurut Mujahid lagi, Pakatan Rakyat (PR) yang bermati-matian untuk mendapatkan kuasa pemerintahan bukannya untuk menggantikan Umno dan BN dengan menjadikan amalan mereka sebagai ikutan.
Sebaliknya kerajaan PR meletakkan kepentingan semua golongan masyarakat berdasarkan kepada keadilan dan keharmonian kaum yang tidak pernah dilaksanakan oleh Umno dan BN semasa memerintah negara ini.

Katanya lagi, berlakunya perpecahan kaum dalam masyarakat negara ini adalah kerana amalan yang dipraktikkan oleh BN dan komponennya seperti Umno, MCA, MIC dan juga Gerakan yang mengamalkan sikap pecah dan perintah.

Anak arwah ustaz Yusof Rawa ini rupa-rupanya masih tidak faham asas-asas politik di negara ini. 

Memang pada asasnya parti UMNO ditubuhkan adalah untuk bercakap mengenai Melayu, MCA pula bercakap mengenai orang Cina dan MIC bercakap mengenai India, begitu juga komponen parti-parti yang lain.

Samalah dengan parti Pas ditubuhkan oleh segelintir kecil orang-orang Melayu khas untuk menentang UMNO, DAP pula oleh sekumpulan kecil kaum China khas untuk melenyapkan Perlembagaan Persekutuan.

Beliau juga nampaknya tidak menyedari hakikat bahawa sebagai sebuah parti, UMNO bukanlah kerajaan. MCA dan MIC juga bukan kerajaan dan begitulah parti-parti lain.

Yang menjadi kerajaan adalah Barisan Nasional (BN). Di dalam BN terpadunya Suara Rakyat yang diwakili oleh Melayu UMNO, China MCA, India MIC dan parti suku kaum yang lain.

Sebagai sebuah kerajaan, BN tidak memperjuangkan Melayu, tidak juga China, India atau kaum-kaum lain secara terpisah. BN memperjuangan Rakyat Malaysia yang pelbagai agama dan budaya mengikut ketetapan yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.

Kerana itulah BN berjaya menyatupadukan pelbagai kaum di negara ini. Memerintah dengan jayanya lebih dari 50 tahun dengan mencipta kejayaan demi kejayaan membangunkan negara dan kehidupan seluruh rakyat. Termasuklah kejayaan yang dinikmati oleh ahli-ahli Pas dan DAP dalam pelbagai bidang.


Kejayaan ini berlaku kerana BN bukan diperintah oleh UMNO. Bukan juga oleh MCA atau MIC atau mana-mana parti, tetapi kejayaan ini adalah Kejayaan Rakyat yang bersatu di bawah BN yang berkongsi kuasa memerintah bersama-sama. 

Mujahid dan pemimpin Pas tidak nampak hakikat ini atau sengaja menyelweng dari fakta dan kebenaran untuk meneruskan kemungkaran politik mereka. 

Ataupun mereka sedang menghadapi krisis identiti kerana Parti Melayu Pas dan Parti China DAP bermain sandiwara untuk mendapatkan undi.


Setelah melihat Parti Melayu Pas ditolak oleh bangsanya sendiri, kemudian mengalami kegagalan demi kegagalan, Mujahid terpaksa mengarang buku "Menuju Pas Baru".

Buku ini dihasilkan adalah sebagai bukti bahawa sebagai sebuah Parti Melayu, Pas gagal meletakkan dirinya di pentas politik Malaysia. Pas terpaksa memikirkan daya hayat politiknya yang semakin diketepikan masyarakat. Akhirnya Pas nampak bahawa langkah-langkah yang telah diambil oleh UMNO lebih berjaya menubuhkan kerajaan bersama-sama rakan-rakan lain dalam kompionen BN.

Mujahid sebenarnya sedang bergelut dengan tekanan daripada DAP yang tidak mempunyai cita-cita dan matlamat parti yang sama dengan Parti Melayu Pas. DAP memperjuangkan dominasi kaum China dalam merebut kuasa pilitik di negara ini, manakala Pas hanya berhasrat menumbangkan UMNO melalui retorik slogan agama Islam.

Titik pertemuan mereka hanyalah satu iaitu hasrat mengubah Perlembagaan Persekutuan kepada perlembagaan Malaysian Malaysia ciptaan China DAP.

Berdasarkan cita-cita politik dan matlamat parti yang tidak sama inilah maka buku ciptaan Mujahid ditolak mentah-mentah oleh Dewan Ulama Pas Kedah. Antara sebab-sebab penolakan Dewan Ulama Pas Kedah adalah seperti berikut:

1. Mujahid cuba membina persepsi bahawa hakikat sebenarnya PAS berjuang tanpa berpijak di bumi nyata. Sentiasa berfantasi dengan mengaitkan perjuangan di zaman lampau terutama zaman Rasulullah sedangkan hakikat kehidupan semasa matlah berbeza. 

2. Mujahid beranggapan kewujudan Pas adalah terpisah dibatas dalam skop tempurung kecil dan hanya untuk segelintir kelompok bangsa Melayu yang menganut agama Islam.  Maka Pas perlu dinasionalkan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan yang menjadi asas demokrasi di negara ini.

3. Mujahid merasakan Pas tidak realistik dalam perjuangannya tetapi menggunakan slogan retorik bahawa Islam itu syumul. Sememangnya agama Islam itu syumul tetapi Parti Melayu Pas hanya berfantasi dan beretorik tanpa berpijak pada realiti semasa.

4. Mujahid merumuskan bahawa Konsep "Kepimpinan ulama"  sejak lebih 20 tahun lalu didapati sangat lemah dan retorik yang keterlaluan terhadap keistimewaan ulama dalam Pas telah mula menimbulkan kebencian masyarakat terhadap ustaz-ustaz politik. Masyarakat mula menolak dan membenci ustaz-ustaz politik ini kerana terlalu mengutamakan matlamat parti sehingga sanggup mengenepikan nilai dan ajaran agama Islam.

5. Mujahid mendedahkan bahawa Pas menganggap Perlembagaan Persekutuan adalah Perlembagaan Thagghut. Maka dengan itu Pas akan memerintah Malaysia menggunakan al-Quran sebagai Perlembagaan Negara. 

6. Mujahid mengutarakan bahawa Pas perlu memujuk DAP sebagai komponen dalam Pakatan Rakyat supaya menerima al-Quran sebagai Perlembagan Negara untuk memerintah Malaysia bagi menggantikan Perlembagaan Persekutuan yang thaghut.

7. Dewan Ulama Kedah menegaskan Pas berjuang bukan untuk ke Putrajaya tetapi untuk menegakkan hukum Allah. Dewan itu amat yakin Pas mampu meyakini DAP untuk membantu Pas merealisasikana matlamat dan cita-cita parti itu kerana Pas berpegang kepada kepercayaan bahawa tidak ada gunanya ke Putrajaya jika perjuangan menegakkan hukum Allah tiudak dapat direalisasikan.

8. Mujahid mendedahkan sikap anti nasional Pas yang tidak akan menyanyikan lagu Negaraku, tidak akan mengibarkan Jalur Gemilang dan tidak akan memamakai pakaian kebangsaan kerana Pas hanya memperjuangkan perbezaan antara ah-haq dan al-batil.


Wahai Dr. Mujahid (anak arwah Yusof Rawa), 
betulkan dahulu maksiat politik Pas, 
sebelum menghasut rakyat mempercayai 
bahawa Parti Melayu Pas lebih baik dari UMNO.


Ahad, 27 Februari 2011

Pasir Salak Didatangi Pahlawan Terbilang


Hari ini 26 Februari 2011, Pasir Salak dikunjungi oleh Pahlawan Terbilang Melayu abad ini.

187 tahun yang lalu, di sinilah matinya seorang Residen British di tangan pahlawan-pahlawan Melayu yang mempertahankan tanahair mereka dari penjajahan pendatang asing.

PADA 2 November 1875, adalah tarikh kematian seorang residen British yang angkuh serta biadab. Hasrat James Wheeler Woodford Birch atau JWW Birch untuk terus ‘memperhambakan’orang Melayu tidak kesampaian sebaliknya kebiadapan lelaki asing itu menyebabkan nyawanya melayang.Itulah kemuncak kepada sejarah perjuangan orang Melayu menentang penjajah asing di Pasir Salak, sejarah agung yang akan terus dikenang sebagai bukti perjuangan demi cintakan bangsa, agama dan tanah air. Sumber petikan dari: nurluvin87

Hari ini di Pasir Salak Perak, telah dikunjungi oleh Pahlawan Melayu Terbilang abad ini, Tun Dr Mahathir Mohamad. Bersama beliau turut bersama Datuk Ibrahim Ali, Presiden PERKASA dan hampir 15,000 pejuang-pejuang Melayu yang datang dari seluruh negeri Perak.

Dalam ucapannya, YGH Tun Dr. Mahathir mengingatkan kembali bahawa kemakmuran dan keamanan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia berbilang kaum dan agama hari ini adalah disebabkan kesediaan orang Melayu untuk berkongsi kuasa negara ini dengan kaum-kaum lain. Dengan itu perjuangan orang-orang Melayu "adalah halal" dan dinikmati oleh semua pihak.

Tun menegaskan bahawa sejarah Malaysia moden telah membuktikan negara ini berjaya kerana kesediaan orang Melayu berkongsi kuasa politik dan ekonomi dengan kaum lain sepanjang 50 tahun sejarah negara ini.
(foto ehsan dari blog taipingmali)

“Kami sedia untuk berkongsi (kuasa) pemerintahan negara ini,” katanya yang mendapat sambutan hangat dari hadirin.

Dr Mahathir juga mengingatkan kesediaan ini merupakan pengorbanan yang sangat tinggi daripada bangsa Melayu kerana kedudukan orang Melayu adalah lebih buruk berbanding kaum-kaum lain.

Tun menegaskan bangsa Melayu tidak pernah mempersoalkaan apa yang dimiliki oleh kaum lain, kerana itu adalah hak mereka. Bagaimanapun,  hak yang cuma sedikit yang diperuntukkan dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang ada pada bangsa Melayu, janganlah dirampas. 

Bangsa Melayu berjuang untuk menentukan hak mereka dijamin dan tidak dirampas dengan apa cara sekalipun. Kerana itu Tun Dr Mahathir menegaskan bahawa tidak pernah  pihak kerajaan yang ditunjangi UMNO menggunakan pendekatan yang keras untuk menidakkan atau mengambil hak orang lain sebagaimana yang berlaklu di negara-negara lain.

Dalam apa situasipun Tun Dr. Mahathir selaku mantan presiden Umno, mengingatkan bahawa perjuangan bangsa Melayu di negara ini adalah untuk mempertahankan hak orang Melayu tidak dirampas atau dinafikan.

“Perjuangan kami adalah halal. Kami hanya berjuang untuk tempat di negara ini. Bukan banyak yang diminta walaupun kami merangkumi 60 peratus penduduk negara ini, kami hanya meminta 30 peratus, hanya separuh daripada itu,” katanya.

“Saya tidak fikir ia sesuatu yang tamak untuk meminta (hanya) separuh daripada apa yang menjadi hak kami,” katanya lagi.

Pasir Salak, dan beberapa lagi monumen sejarah bakal dikunjungi lebih ramai Pahlawan-Pahlwan Melayu atas nama mempertahankan agama, bangsa dan tanah tumpah darah.

Jumaat, 25 Februari 2011

Teoh Lee Lan...Air Matanya Akan mengalir Sehingga PRU13...

...lensa...lensa...lensa...
akan mengalirkan air mata sehingga PRU13...

Dipercayai Teoh Lee Lan akan terus mengalirkan air mata di depan lensa sehingga PRU13.

DAP sudahpun melengkapkan dirinya ke arah menjadi salah seorang calon partinya dalam pilihanraya itu nanti. Lee Lan di bawa menjelajah ke merata tempat untuk menyuburkan rasa benci pada kerajaan terutama di kalangan kaum China.

Nuar Berahim, bekas banduan itu juga sering memberi motivasi, galakan dan cara bagaimana Lee Lan perlu beraksi apabila menghadapi lensa.


Kini, persoalan kematian Beng Hock bukanlah menjadi perkara utama. Kematian Beng Hock hanyalah sekadar alat DAP dan Nuar Berahim untuk meningkatkan kebencian rakyat dan matlamatnya mendapatkan undi.

Perihal kematian Beng Hock kini sudahpun mendapat perhatian kerajaan. Atas desakan DAP dan Teoh Lee Lan, maka Suruhanjaya Siasatan sudahpun ditubuhkan dan sedang menjalankan tugasnya. Tetapi yang peliknya, DAP tetap menentang keras dan cuba pula membina persepsi bahawa Suruhanjaya itu tidak boleh dipercayai. Rakyat masih diajak membenci kerajaan.

Mengapa jadi bagitu? Mengapa?

Tersukan membaca petikan berikut:

Sumber petikan: dari blog sahabat theunspinners

Wee Choo Keong..Ahli Parlimen Wangsa Maju


KUALA LUMPUR: DAP has chosen to withdraw from the Royal Commission of Inquiry (RCI) into Teoh Beng Hock’s death because it knows he committed suicide, claimed an independent MP today.


Wee Choo Keong alleged that DAP “inside sources” informed him that Teoh, a former DAP political aide, had killed himself and was not murdered.

“According to my sources, DAP is afraid of the RCI’s outcome, because they know about this case,” the Wangsa Maju MP told a press conference at the Konsensus Bebas office here.

“They knew this was a case involving suicide,” added the former DAP and PKR member.

Asked if Teoh’s family might have known about his alleged suicide, Wee replied: “I don’t know about the family. But the DAP side knew about it. Otherwise, why did they pull out?”

On why DAP would withdraw from the inquiry when its leaders, including Lim Kit Siang, were pushing for it, Wee said: “Perhaps DAP did not expect the government to go ahead in setting up the RCI to look into Teoh’s death.”

Wee’s startling revelation comes amid the ongoing inquiry to establish Teoh’s cause of death, after an inquest held into the case saw the coroner ruling out both suicide and homicide.

Teoh was found dead in July, 2009, after being interrogated overnight by Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) officials at Plaza Masalam in Shah Alam.

Citing a lack of confidence in the RCI, both the Selangor government and Teoh’s family pulled out from the inquiry.

‘Why would MACC harm him?’

Meanwhile, Wee also attacked Teoh’s family lawyer, Karpal Singh, for questioning RCI chairman James Foong’s status.

Earlier this month, Karpal filed an application for Foong to recuse himself from the RCI as he was still a Federal Court judge.

“This is a lame reason, one you cannot accept professionally,” said Wee, who is a lawyer.

“If you ask Foong to recuse himself, we must give proof why he is not qualified to be chairman. But there is none, except that he is still a Federal Court judge,” he added.

Wee said that it was not wrong for a working judge to head a RCI.

“It is not a requirement for an inquiry chairman to be someone who is not a fielding judge. You already have this in the UK or in other Commonwealth countries. We can see clearly, how many inquiries still have working judges,” he added.

Wee also said that he found it hard to believe that MACC would harm its own witness.

“If that is the case, then MACC should be disbanded. How can you kill someone that lays the golden egg?” he asked, referring to the possibility of using Teoh’s testimony to prosecute opposition leaders.

Rabu, 23 Februari 2011

Gempar! Gempar!..Jelmaan Mayat Hidup Pandai Baca Skrip Ucapan.


Seluruh Rakyat Malaysia hendaklah berjaga-jaga!

Telah ramai Rakyat TERKORBAN akibat TERSIKSA

BERJUANGLAH...hak asasi akan TERJAMIN

Tidak akan ada KESENGSARAAN lagi

video

BERJUANGLAH!...BERJUANGLAH!

video
...Komunis Sudah Kasi

SEJARAH TIDAK PERNAH BERBOHONG

Perarakan mayat yang mencetuskan peristiwa 13 Mei 1969

..perarakan bermotif

Baca lagi Agenda Jahat DAP oleh sahabat Sekupangduas.



Selasa, 22 Februari 2011

GEMPAR!!..Mayat Hidup Merayau-rayau Di Pejabat DAP!

Keranda mendiang TBH
untuk dikebumikan kali kedua
kemungkinan ada pengkebumian lagi sehingga PRU ke-13

Teoh Beng Hock sudah mati. Sudah dikebumikan dan kemudian dikeluarkan semula dari kuburnya. Dikebumikan sekali lagi untuk kali kedua.

Seluruh rakyat Malaysia sudah faham bahawa tentulah ibubapa, keluarga, tunang dan sahabat handai berasa sedih atas kehilangan yang tidak diduga itu. Apatah lagi kematiannya tidak berlaku secara normal dan memberi ruang yang luas untuk spekulasi yang pelbagai.

Selama satu tahun pihak berkuasa telah menjalankan tanggungjawab yang sewajarnya dan keputusan telah diperoleh hasil dari penyiasatan mengikut prosedur yang standard. 

Bagaimanapun ahli keluarga mendiang tidak berpuas hati. Mereka menolak hasil penyiasatan kerana telah mempunyai keputusan sendiri terhadap kematian Teoh. Menurut kepercayaan mereka, mendiang dibunuh oleh pegawai SPRM. Maka selagi keputusan tidak mengatakan SPRM bertanggungjawab membunuh mendiang Teoh, selagi itu keluarga ini tidak akan berpuas dan tidak mungkin menerima keputusan selain dari yang mereka percayai.


Pada ketika ini mayat hidup mula berlegar-legar di Ibupejabat DAP, Pejabat Negeri dan cawangan. Paling banyak mayat hidup ini berlegar di Pulau Pinang dan Selangor. Mayat hidup juga merayau-rayau memasuki kuil, dewan-dewan serbaguna dan jalanraya..

Jelas sekali mayat ini hanya hidup di tempat-tempat di mana DAP berada.

...Di mana ada DAP...
di situlah Mayat Hidup berkeliaran

Teoh Lee Lan terpaksa ikut merayau bersama DAP dan menangis. Wajah menangis dan suara tangisannya mesti disiarkan di media cetak, elektronik termasuk sistem televisyen negara.

...semakin kuat tangisannya bila di depan lensa
SHAH ALAM, Jan 5 – With tears streaming down her face, Teoh Lee Lan made a passionate plea to Prime Minister Datuk Seri Najib Razak to honour his vow to her family and set up a Royal Commission of Inquiry (RCI) into her brother’s death after a coroner’s court delivered an open verdict today.
Speaking in Mandarin, Teoh Beng Hock’s sister slammed the coroner’s open-ended ruling, saying the family was unable to accept the a decision that did not give closure.
“We are disappointed. We are not satisfied. We want the truth,” she said, repeatedly.
She called on Najib to live up to his much-publicised 1 Malaysia slogan putting the rakyat first and give the family the closure they need.
Unable to contain her frustrations, she lashed out at the PM and told him that if he had agreed to set up an RCI from the start, as the family had requested, they would not have to put up with the open verdict. 

Mayat yang hidup dalam dunia DAP menjadi semakin semarak dan menjalar merebak berkeliaran keluar dari alam DAP. 


ALOR GAJAH kereta jenzah yang membawa mayat Teoh baru sahaja meninggalkan rumah bapanya di Taman Sri Kelemak menuju ke Nirvana Memorial Park di Semenyih.  Mayat Teoh telah ditempatkan di kediaman keluarganya sejak tiga hari lepas. Lebih 2,000 orang termasuk Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang dan juga Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Pengerusi DAP, Karpal Singh dan Penasihat DAP Lim Kit Siang hadir memberikan penghormatan yang terakhir.
Bernama melaporkan Anwar ketika ditemui pemberita berkata beliau mahukan perubahan tatacara dan etika pihak berkuasa seperti SPRM dan Polis dalam mengendalikan kes siasatan terhadap saksi. "SPRM dan polis terutama Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Ahmad Said Hamdan harus dipertanggungjawabkan kerana beberapa pelanggaran peraturan yang telah menyebabkan satu kematian," katanya

Untuk membantu mereka mendapat jawapan seperti yang dikehendaki, keluarga mendiang Teoh telah berusaha bersungguh-sungguh mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Khas. Mereka percaya kerajaan tidak akan berani menubuhkannya kerana percaya Teoh dibunuh oleh SPRM.


Atas rasa tanggungjawab, simpati dan rasa ingin tahu, YAB Dato' Seri Najib telah mengumumkan penubuhan Suruhanjaya Diraja yang telah diperkenan oleh Seri Padukan baginda Yang DiPertuan Agung dan ditubuhkan  pada 26 Januari 2011.


“Kita juga mahu tahu kebenaran dan apa yang sebenarnya berlaku kepadanya. Jangan politikkan isu ini. Kita ada cara untuk mengetaui kebenaran. Kita tidak akan lindungi sesiapa". Kata YAB DS Najib ketika mengumumkannya.


Dengan itu  Suruhanjaya ini telah ,mengadakan mesyuarat pertama pada 29 Jan, kedua pada 9 Feb. Dan mulakan  siasatan pada 14 Feb.



Pengkebumian kali kedua mayat Teoh sudah dilakukan
Mungkinkah akan berlaku pengkebumian kali ketiga?

Setelah siatan kali pertama dijalankan, keluarga Teoh tidak puas hati. Apabila kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan, mereka juga tetap tidak puas hati. Kini mereka berusaha pula mencari jalan supaya Suruhanjaya tidak dapat menjalankan tugas atau sekurang-kurangnya menjatuhkan maruah dan kredibiliti Suruhanjaya dengan kecaman demi kecaman.


Taktik DAP mempertikaikan kredibiliti Suruhanjaya Siasatan samalah dengan taktik yang digunakan dalam kes liwat kedua Nuar Berahim. Matlamatnya adalah untuk mengipas api kebencian dan menyemarakkan permusuhan perkauman dan anti nasional.

Yang pasti mayat Teoh akan terus hidup sehingga Pilihanraya ke-13.

Kerana kematian Teoh beng Hock adalah aset DAP untuk menyemarakkan kebencian kaum China terhadap kerajaan. Kematian Teoh juga katalis meningkatkan solidariti kaum China untuk membangunkan dominasi politik selepas kejayaan mengambil Pulau Singapura dan Pulau Pinang.

Mayat Teoh bersemadi di dalam kubur tetapi undi adalah untuk 
DAP
Mayat Ibrahim Libya bersemadi di Memali tetapi undi adalah untuk 
Pas


Isnin, 21 Februari 2011

Salahkah Kelantan Ada Maksiat? Kota Madinah Pun Banyak Maksiat Sejak Zaman Rasulullah


Penafian atau mengelak dari bertanggungjawab?

Itulah antara soalan yang bermain di fikiran orang ramai apabila Nik Aziz memberikan respons terhadap masalah pelacuran dan maksiat yang berleluasa di Kelantan sekarang.

Nik Aziz dengan tegas mengatakan masalah pelacuran dan kegiatan maksiat yang berleluasa di Kelantan adalah di sebabkan oleh  UMNO. Beliau juga menyalahkan media massa yang sengaja menyuburkan kegiatan itu .

Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata wujudnya kegiatan perjudian dan pelacuran di Kelantan disebabkan kurangnya penguatkuasaan kerajaan tempatan.
Nik Aziz (gambar) juga berkata wujudnya kegiatan itu adalah juga hasil peninggalan kerajaan dahulu dan beliau menyalahkan media massa yang mempengaruhi rakyat di negeri ini dengan budaya kuning.

Jelaslah bahawa Nik Aziz tidak tidak mahu mengaku bertanggungjawab sebagai pemerintah. Sebaliknya dengan cepat menyalahkan pihak lain.


Manakala anaknya, Nik Abduh,  menerima kewujudan kegiatan pelacuran serta sebarang bentuk maksiat yang berleluasa di Kelantan itu adalah perkara biasa. Rasululullah sendiripun tidak mampu mengatasi masalah maksiat semasa baginda mentadbir Kota Madinah. Inikan pula Kerajaan Pas yang tidak mempunyai kuasa dan kelebihan setaraf Rasulullah.
  
Petikan posting dalam blog Nik Abduh bin Nik Aziz (Feb. 17, 2011)

"Sebelum anda menunjuki saya pusat-pusat pelacuran dan gambar-gambar bogel pelacur Kelantan, mari saya perkenalkan anda dengan apa yang anda telah ketahui.
Adakah bandar Madinah di zaman al Rasul bebas maksiat? Tidakkan? Bagaimana dunia ini bebas maksiat sedangkan dosa itu sentiasa melekat di badan, apatah di hati. Bukankah keimanan kita adalah bahawa hanya al Rasul sahaja yang maksum dan bebas dosa dengan izin tuhannya?
Bukankah nabi pernah melaksanakan hudud yang membawa erti telah berlaku maksiat zina di Madinah? Bukankah nabi pernah menyebut kepinginnya untuk membakar rumah-rumah yang kaum lelakinya tidak keluar untuk solat berjamaah bersama baginda yang bererti seruannya diingkari juga di Madinah? Bukankah nabi pernah mencela peniaga di pasarnya yang menipu dalam perniagaan?

Kesimpulan Pendita:
  1. Ustaz Nik Aziz tidak suka orang ramai menyalahkan Kerajaan Pas Kelantan berkaitan berleluasanya kegiatan pelacuran dan maksiat di negeri itu. 
  2. Kegiatan pelacuran dan maksiat yang berleluasa di Kelantan adalah disebabkan oleh UMNO.
  3. Berkembangnya kegiatan pelacuran dan maksiat yang berleluasa di Kelantan adalah didorong oleh media massa.
  4. Nabi Muhammad sebagai Rasulullah yang dibekalkan kuasa yang tertinggi oleh Allah juga gagal membanteras maksiat di Kota Madinah. Jadi tidak logik menyalahkan Kerajaan Pas yang tidak sehebat kerajaan Rasulullah.
  5. Pelacuran dan maksiat di Kelantan memang tidak boleh dihapuskan kerana Rasulullah sendiri gagal menghapuskannya di Kota Madinah.
  6. Negeri Kelantan tidak akan bebas dari maksiat kerana perbuatan maksiat itu sudah melekat pada badan dan hati manusia.
  7. Hukum hudud yang dijalankan oleh Rasulullah di Kota Madiah juga tidak mampu dan gagal membanteras maksiat.
  8. Kegagalan Kerajaan Pas Kelantan menangani pelacuran dan maksiat tidak patut dibangkitkan kerana Rasulullah sendiri tidak mampu membanteras kegiatan mungkar tersebut kecuali jika menggunakan mata pedang (baca entri Nik Abduh).
  9. Nik Aziz tidak maksum dan kerana itu pelacuran dan maksiat mestilah berlaku berbanding Rasulullah yang maksum tetapi masih berlaku maksiat di zaman pemerintahannya di Kota Madinah.
  10. Nik Abduh tidak menyalahkan UMNO dan Media tetapi menerima baik kewujudan pelacuran dan maksiat di Kelantan kerana ianya juga wujud di zaman Rasulullah. Dengan itu tidak timbul sama sekali bagi mana-mana pihak menyalahkan pemerintahan kerajaan Pas yang diketuai oleh ayahandanya. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...