Followers

Sabtu, 29 Januari 2011

Normala Tenang: Doktor Dalam Bahaya Keluarkan Sijil Cuti Tak Sakit Kepada Maarof


Profile:

NAMA GURU : MA'AROF BIN ABD MUTALIB
GRED/DG :     DGA32
OPSYEN :       BAHASA MELAYU
NO. FAIL JPNJ : 92119
TARIKH BERKHIDMAT DI SMK TENANG STESEN : 12 OGOS 1997

Nampaknya bakal YB Cikgu Mala mendesak dan mencadangkan supaya Para Doktor yang mengeluarkan Sijil Cuti Sakit di hubungi segera.

Menurut Normala, Doktor-Doktor tersebut perlu bertanggungjawab sepenuhnya kerana merekalah yang mengeluarkan sijil berkenaan.

Sijil Cuti Sakit Suami:Sila Rujuk Doktor, Kata Cikgu Mala
Posted on Friday, January 28 @ 02:27:14 PST by paktam
Oleh NURUL AIN MOHD HUSSAIN

LABIS: Calon PAS, Normala Sudirman mendakwa suaminya, Maarof Abdul Mutalib diberikan cuti sakit sehingga tempoh dua minggu berturut-turut disebabkan oleh masalah kemurungan akibat arahan pertukaran dalam tempoh 24 jam ke sebuah sekolah di Johor Bharu sebelum ini.

Beliau berkata, bagaimanapun jika media berminat menyiasat lebih lanjut mengenai kesahihan sijil cuti sakit kepada suaminya itu, dinasihatkan bertemu terus dengan doktor yang berkenaan.


“Lebih baik media berjumpa dengan doktor yang mengeluarkan cuti sakit tersebut kerana sebagai doktor beliau lebih profesional dan tahu kenapa dan mengapa surat itu dikeluarkan kepada pesakitnya.

“Media kalau nak tahu lebih baik tanya pada doktor itu lebih baik dan ada ketelusan,” katanya kepada pemberita di Dataran Wayang Pacak di sini pada Jumaat.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai tindakan suaminya mendapat cuti sakit selama 21 hari daripada dua pusat kesihatan di Segamat namun pada masa yang sama Maarof sering didapati menemani isterinya sepanjang musim kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

Dalam pendedahan yang dibuat oleh sebuah blog http://marahku.blogspot.com/ mendakwa suami calon PAS itu telah mengambil cuti sakit selama dua hari pada 6 dan 7 Januari dari Pusat Perubatan Keluarga di Jalan Segamat-Labis, Johor.

Ia diikuti dengan cuti sakits selama dua minggu bermula 10 hingga 23 Januari yang dikeluarkan oleh Klinik Kesihatan Bandar Putra, Segamat dan tambahan cuti lima hari lagi yang diperoleh daripada pusat kesihatan yang sama.

Dalam salinan surat sakit tersebut, dimaklumkan Maarof yang juga guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Tenang Stesen diberikan cuti sakit selama 2 minggu berturut-turut kerana beliau menghadapi masalah kemurungan yang serius.

Mengulas lanjut mengenai isu berkenaan, Normala yang lebih mesra dengan panggilan Cikgu Mala berkata, suaminya berdepan dengan tekanan yang hebat ketika mendapat tahu mengenai pertukaran yang diputuskan oleh Jabatan Pelajaran Johor sebelum tindakan tersebut ditarik balik dalam tempoh 24 jam selepas itu.

“Ya, hal penukaran itu memberikan kesan di hati suami saya kerana pada hari yang sama juga anak saya dimasukkan ke wad,” katanya.

Ketika ditanya bagaimana dengan keadaan suaminya ketika ini, Cikgu Mala berkata, emosi suaminya sangat stabil dan beliau juga menegaskan dirinya tidak langsung tertekan dengan isu sijil cuti sakit suaminya yang dijadikan bahan kempen dalam pilihan raya kali ini.

“Saya yakin dengan integriti pihak yang mengeluarkan sijil cuti sakit ini. Apa pun tohmahan atau fitnah yang tidak benar akan berbalik kepada orang yang menyebarkan fitnah itu. Insya-Allah, Allah akan memelihara saya daripada sebarang fitnah dan hasad dengki,” katanya.

Jelasnya isu serangan peribadi sudah tidak relevan untuk memancing undi pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

“Isu ini telah disensasikan dengan kaitan peristiwa yang tidak berasas. Isu sakit ini perlu tanya kepada doktor,” katanya

Komen Pendita:

Bukan Doktor sahaja yang perlu dihubungi:

1. Kerani Pentadbiran SMK Tenang Stesen - Bagaimana boleh menerima sijil sakit luar biasa tanpa menyemak terlebih dahulu dengan Pengetua SMK tenang Stesen.

2. Pengetua SMK Tenang Stesen - Bagaimana boleh menerima cuti sakit luar biasa dari Maarof Abd Mutalib tanpa merujuk kepada Pejabat Pelaran Daerah Segamat.

3. Pegawai Pelajaran Daerah Segamat - Bagaimana boleh menerima cuti sakit luar biasa ini tanpa merujuk kepada Jabatan Pelajaran Negeri Johor.

4. Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Johor - Mengapa tidak memberi panduan yang jelas mengenai peraturan cuti sakit kepada PPD Segamat. Dengan sebab itu PPD Segamat gagal memberi panduan kepada Pengetua SMKTS. 

5. Pejabat Kesihatan Segamat - Mengapa begitu mudah mengeluarkan cuti sakit yang luar biasa kepada orang ramai tanpa rekod perubatan yang jelas dan lengkap.

6. PIBG SMK Tenang Stesen - Mengapa Pengerusi dan AJK PIBG mengalu-alukan Cikgu Maarof menerima gaji bulanan tanpa perlu menjalankan tugas mengajar anak-anak mereka.

7. Dewan Ulamak Pas Pusat - Mengapa menghalalkan perbuatan yang bercanggah dengan islam.

8. SPRM - Mengapa tidak segera menjalankan siasatan. SPRM mempunyai kuasa menyiasat walaupun berdasarkan surat layang sekiranya mendapati ada keperluan yang berkaitan dengan kepentingan awam.




10 ulasan:

  1. 9. Cikgu Mala, mengapa tak nasihatkan laki agar jangan menipu sebab yang apa yang laki ko buat tu hanya akan menjejaskan peluang ko menang dalam pilihanraya. Tak Betol?

    BalasPadam
  2. jangan panggil cikgu la..
    dia dah letak jawatan bukan bersara 55tahun.
    dia bukan lagi guru....

    BalasPadam
  3. PAS/PKR DAN DAP TAK BOLEH SALAHKAN BN MAIN KOTOR BANTYAI PRIBADI CALON ATAIU SUAMI SEBAB PAS/PAKR YANG AJAR BN ...DAN SEGALA DOKUMENT YB D EDEDAHKAN BERHUBUNG CALON PAS , PAS TAK BOLEH MARAH DAN MINTA MANA-MANA PIHAK DI TUDUH DIBAWAH AKTA RAHSIA RASMI (OSA ) SEBAB PAKATAN KATA UNDANG2 ITU DA KETINGGALAN ZAMAN.. AYUH BN DEDAHKAN APA YG KAMU ADA UNTUK KERAJAAN PAKATAN ..TERMASUK APA-APA YG BERHUBUNGI AL JUBURI KAU TENGOK APA AL JUBURI AKAN KATA...MAJLIS PEGUAM PUN TAK LEH CKP BYK...MEKA PUN TALI BARUT PAKATAN...HANYA PAK LAH @SAMDOL TERMAKAN 'UMPAN" AGEN YAHUDI NI...

    BalasPadam
  4. Kalau Cikgu Mala ini calon BN/ UMNO. Suaminya ambil cuti 1 bulan pun orang tak kacau, malah nak tipu tanah orang pun ok kan?

    Main gadis Mongolia, isteri C4 gadis itu...

    BalasPadam
  5. Tanpa Nama 18:58,

    Sah bangkai bernyawa ni penyokong Pas, PKR. Kalau dah ada bukti isteri guna C4 bunuh gadis mongolia tu buatlah laporan polis. apa susah2 buat fitnah.

    Ini kes dah takde isu la ni.

    Ko sokonglah Pakatan Haram tu...tapi kebajikan ko dijaga dgn baik oleh UMNO-BN. Mak bapak dan sedara mara ko dah lama menikmati kemakmuran dan kesejahteraan di bawah pemerintahan kerajaan sekarang.

    Ko yg tak ada otak nak fikir. Asik nak main isu yang dah berkarat.

    Ciukupla bro. usah lah jadikan diri tu sama hina dengan Pas, PKR dan DAP. Diri kita ni dijadikan Tuhan mulia ko tau tak. Sampai bila nak jadi haiwan hina tunggangan Pakatan Haram tu.

    Maaf la bahasa kasar ckit..nak badi sedo.

    BalasPadam
  6. WANZAL111166@GMAIL.COM29 Januari 2011 pada 11:16 PTG

    ANON SATU NI BENGAP BETUI, DAH SALAH KIRA SALAHLA TAKKAN NAK CKP BETOI LAK..TERUK BETUI MENTALITI PAS NI, BENDA YANG SALAH MARAH PULA NK BAGI JADI BETUI...KAU JGN JADI MCM N.AJIS LAK, YANG SALAH PUN DIA KATA BETOI..

    BalasPadam
  7. Slam bro Karl
    WICARA SANG PENCINTA sudah saya link.
    Teruskan perjuangan

    BalasPadam
  8. Mohon sangat-sangat para blogers dapat sediakan sedikit posting berkait bagaimanakan si Makrop MC melangkah masuk bertugas pada 7 Feb 2011. Dapatkan ulasan atau komen daripada murid, guru dan ibu bapa yang berkenaan.

    Kita nak tahu adakah dia buat 'dont-no' je (Muka tembok). atau dapat lagi tambahan MC? Heee...

    kita kena bantras hingga keakar umbi isu MC ini kerana puak-puak PAS ni rasa diri mereka mulia dan suci sangat. Jangan biarkan kita terus di alam mistriiii...

    BalasPadam
  9. Maarof tu tak layak jadi guru dan pakai title cikgu pada pangkal nama dia. Buat malu suku sakat guru kat Malaysia aje.

    BalasPadam
  10. mohon di link kan dengan blog saya

    BalasPadam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...